My Family Daisypath tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

5 May 2012

Biar la apa orang nak kata... cara aku .. cara aku la..


Baru2 nie kita dikejutkan lagi dengan kehilangan seorang bernama Nayati budak warga Belanda kalau tak silap. Dia diculik di depan sekolah nya di International School Mount Kiara.. sekolah org kaya2 la tue.. and dekat jugak la dgn office aku.. Scary ok

And Alhamdullilah after 6 days missing this 12 years old boy telah dijumpai semula di R&R Rawang Selatan.. Tue pun his parents bayar wang tebusan.. kalau tak apa akan jadi kan ?? Nasib baik la mereka berduit...Apa pun syukur la...


Rasanya kepala otak saya nie dah tak boleh nak menerima kisah2 penculikan, penderaan, kematian dan pembunuhan kanak2 yang tak berdosa dan tidak tau apa2 itu.. Sedih bila terbaca berita ttg kes2 mcm nie.. yang mati kena bakar pembuangan bayi dan mcm2 lagi la….

Sb tue la kalau aku and suami keluar ke shopping complex or pergi mana2 saja la dengan anak2.. aku mmg tak akan lepaskan mereka.. faham2 ja la 2 boys nie.. Aishhh tuhan saja yang tahu betapa susahnya nak kawal mereka. Lari sana lari sini…

To yg takde anak hmmmm.. korang tak faham situasi aku.. To yg baru ada sorang or two anak… maybe you guys masih boleh control lagi anak2 korang and to yg takdak anak boy… ok lagi kot nak kawal yang girs but apa pun zaman sekarang nie budak laki and perempuan sama ja.. org jahat sekarang nie dah tak  kira nak ambik laki or perempuan, sama ja depa nak sebat… Mintak la dijauhkan dr tue semua kan …

Kalau aku keluar ngan anak2 aku, aku tak kisah kalau org nak kata or pandang2 sinis kat aku if aku marah or jerit2 pangil anak aku sb hanya aku yg tau mcm mana nak kawal anak2 aku.. So korang takyah la kata aku ni bad mothers yer sb aku tau kalau aku tak buat mc tue… mungkin anak2 aku leh hilang or sesat sebab budak2 nie kalau dapat jalan tue.. diorg jalan jer ikut kaki… dah tak ingat apa dah…

And sometimes aku lebih suka pergi shopping groceries sorang2 or pergi ngan suami aku saja and anak2 tinggal rumah sb senang untuk kami concentrate nak cari and beli barang apa. Anak2 tinggal je kat umah and of course la I will buy something to them. Bukanya kita lupa anak2 kalau kita tak bawak ke kedai. Sebabnya kalau bawak anak nie.. hmmmm.. nak tgk brg pun takleh.. keja kena kawal diorg jer… kalau sedang asyik tengok barang nanti anak2 hilang.. sape yang susah.. aku jugak…

Satu lagi kalau nak beli baju raya anak2 nie.. aku cukup takut bawak anak2 nie.. Sb masa shopping raya kan orang akan ramai sangat kat shopping complex... mudah untuk kita leka sb sibuk memilih baju untuk anak2 and mudah la budak2 nie hilang dari pandangan mata. Kalau dah hilang dr pandangan mata tue mmg pengsan la nak cari kalau la anak2 aku hilang.. hmmmm aku tak dapat nak gambarkan keaadaan aku masa tue…

Kebiasaanya kalau shopping raya aku akan keluar shoping khas untuk brg anak2 ja… Untuk barang2 aku, suami and rumah aku akan pegi sendiri tanpa anak2.. Semua yg aku buat ni demi keselamatan anak2 aku… aku tak dapat nak effort kalau anak2 aku hilang



Jadi kesimpulanya di sini :
  1. Biar la apa org nak kata kalau kita terjerit2 panggil anak2 masa kat shopping complex or pegang anak tak nak lepas2. Tak kisah la org nak kita kita nie ibu yang suka jerit2 or ibu yang garang macam singa janji anak kita selamat sb hanya kita yg tau perangai anak kita and if something bad happen org yg memandang kita dengan sinis sb kita jerit2 panggil anak tadi tak leh nak tolong buat apa pun…
  2. Biar la kita tinggal anak2 dirumah kalau nak shopping grooceries . Lebih selamat jika kita nak bandingkan bawak anak2 jalan2 shopping, sedangkan kita dok sibuk shopping satgi anak2 kita hilang… Sb kita masih boleh bawak anak kita jalan2 di tempat lain, taman permainan, picnic and outing yg betul2 jalan2 so that we can focus to our kids too… and belive me if kita bawak budak2 shopping they akan BORINGGGGG…. Sb tue la they akan dok lari sana sini…
  3. Sometimes ada jugak akan kata, “Hmmmmm.. org tue pi jalan tak bawak anak … kesian anak dia” … if I heard that I akan kata kat org yang kata tu “ Whateverrrr .. cakapla apa yang ko nak and talk to my hand” Sibuk jer org cam tue kan ?? kalau jadi apa2 ko cuma mampu kasihan kan aku aje kan ??
  4.  And sometimes kalau aku kat rumah, Aku nie jenis tak bagi anak main luar dari pagar halaman rumah.. sbnya aku malas nak klr and aku malas nak bersosial ngan makcik2 sebelah… Anak2 aku nie akan dtg la mintak kebenaran and kdg2 aku bagi and kadang2 tak… So kalau time aku tak bagi tue… makcik2 jangan cakap apa yer.. suka hati saya la yer…  saya tak nak anak2 saya terperangkap dalam bahaya and kalau jadi apa2 makcik2 mesti tengok jerk an ??
  5.  Ada jugak aku terserempak ngan parents yang menggarikan tangan anak mereka. Maksud saya parents tue garikan tangan anak mereka pada tagan parent tersebut.. I totally tak salahkan parents tue sb hmmmmm… hanya parents tue yg tau how to control their kids.. tapi harap2 tue bukan la parents tue sengaja buat mcm tue yer…

So bukan mudah la nak jaga anak2 nie.. sendiri ingat la yer..
t
4   


2 comments:

  1. mmg la.. klw jd tarzan kat shopping complex tu perangai aku lah tu.. tapi worth than anak hilang kan?

    ReplyDelete
  2. Yezaaaaaaa.... hanya kita2 ja yg tau perangai anak2 kita kan ?? org dok pandang semacam sb kita jerit2panggil anak or marah2 anak kat dpn org ramai but if something bad happen diorg tue mesti tengok ja kan ??

    ReplyDelete