My Family Daisypath tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Showing posts with label Motherhood. Show all posts
Showing posts with label Motherhood. Show all posts

22 Oct 2014

Resepi Pulut Kuning

Hari ni hari mendung.. Mendung saja tapi ptang baru hujan.

Dok kemas almari terjumpa lah peras pulut siam pemberian kawan cik suami.

Tiba-tiba teringat nak buat pulut kuning. Idea ni pun datang disebabkan menu pagi tadi nasi lemak sambal ikan dan menu tengah hari tadi kari ayam ubi kentang.

So memang kena la makan pulut kuning dengan sambal ikan and kari ayam lebihan tadi.






Jom tengok bahan2 pulut kuning

Beras pulut 2 cawan
Asam keping 2 keping
Serbuk kunyit
Pewarna kuning telur - suka hati nak guna atau taknak guna anda boleh lebihkan serbuk kunyit
Daun pandan
Santan - saya guna 1 1/2 cawan (Anda kena pandai agak2 ye)
Garam secukup rasa

Cara - Cara : 

Basuhkan beras pulut cuci-cuci dan rendamkan beras pulut dengan air yg dimasukan asam keping, serbuk kunyit dan pewarna kuning telur. Rendamkan selama sejam atau dua. 

Kegunaan asam keping adalah untuk mencantikan beras pulut kita.

P/S : Tadi saya tak sempat nak rendam lama-lama. Saya rendam 30 minit jer...

Lepas rendam kukuskan beras pulut selama 20 ke 25 minit.

Lubang pengukus saya besar jadi saya tutupkan lubang dengan daun pandan.



Seperti kita tau daun pandan akan menyebabkan pulut kita wangi

Selepas beras agak masak...keluarkan dan sirakaan santan yg telah dicampur dengan garam dan gaulkan ke dalam pulut sehingga rata...

Setelah itu boleh la kukus semula beras pulut tadi selama 20 ke 25 minit atau sehingga pulut betul2 lembut....

Siap sudahhhhh....

Selamat mencuba yaaaaa.....



Resepi roti pizza

Assalamualaikum

Malam ni ntah kenapa datang mood rajin hupdate blog yg lama dah semput ni.

Masuk ni dah 3 resepi kot saya update malam ni.

Okey.. entry kali ni nak share resepi pizza roti.

Senang dan mudah...Kalau dalam bulan puasa tu dah banyak kali la saya buat atas permintaan anak2.

Resepi ni tak perlu buat doh pizza. Hanya guna roti gardenia atau High 5 sahaja.

Ok jom tgk bahan2

Bahan-Bahan :
Beberapa Kepingan roti gardenia mengikut saiz loyang anda
3 biji telur
200 ml susu fresh...
slice cheese mcm cheese yg kita makan dengan roti tu.. contoh cheesedale or mother choice.
Cheddar diparut - kalau beli yg siap2 diparut lg senang

P/S : Bahan-bahan ini bergantung kepada saiz loyang dan bilangan kepingan roti


Bahan untuk inti :

Bawang putih
Bawang merah
Daging kisar atau daging burger - Kuantiti anda kena pandai2 agak yea.. suka hati nak guna isi daging or isi ayam
Hotdog.. suka hati kalau tak nak letak pun takpa
Minyak masak
Garam
Serbuk Lada hitam
Serbuk lada sulah
Sos cili dan sos tomato sedikit
Sayur2 ikut suka hati anda... saya menggunakan lada benggala and mushroom button dalam tin tu
Lada Bengala
Bawang Holland sebab bawang ni ranggup

Cara-Cara untuk inti :

Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan masukan bawang merah yang telah ditumbuk dan juga daging sehingga masak dan empuk

Bila daging dah masak masukan hot dog

Masukan Mushroom, Lada hitam, lada putih, sos cili and sos tomato

Masukan garam secukup rasa

Masukan Lada Benggala dan bawang Holand

Masak bahan2 sehingga masak dan diketepikan serta disejukan

Cara-cara untuk lapisan roti :

Pecahkan telur dan gaulkan supaya sebati dengan susu segar

Celurkan roti di dalam bancuhan telur dan susu tadi dan disusun di dalam loyang. Loyang hendaklah disapukan dengan butter atau mentega terlebih dahulu

Tuangkan inti di atas roti dan ratakan

Susunkan slice cheese di atas inti tadi

Kemudian tutupkan slice cheese dengan roti seperti langkah pertama

Taburkan cheddar di atas roti

Jika ada lebihan susu dan telur tadi boleh juga tuangkan di atas roti

Bakar dalam oven selama 180 darjah dalam masa 40 minit bergantung kepada oven masing2....

Tadaaaaaaa.... Siap untuk dimakaan.....

anak-anak yg suka mkn cheese or suka makan pizza mesti akan mengemari roti pizza ni. Lembut jer....




3 Dec 2013

Airis oh Airis... susahnya nak makan ubat and cara nak paksa makan ubat

Last Thursday, 28th Nov 2013 me and si bunga Airis akhirnya terpaksa akur pergi ke klinik pakar kanak2 Serena di Bukit Rahman putra Sungai Buloh setelah 3 hari batuk Airis masih tidak berkurang. Malah semakin teruk and dah nampak macam semput.
I'm so stressed. She batuk, I tried to give her some ubat batuk but Si bunga Airis is so clever. Seboleh-bolehnya dia tak nak ada ubat masuk dalam perut dia agaknya. Dia boleh pulak muntahkan balik all the ubat yg dah masuk mulut. Pandai sungguh dia keluarkan balik ubat-ubat yg dah masuk perut. I'm so stressed. Super stressed.  Rasa macam geramnyaaaaaaaa.... dah la dia sakit susah pulak nak makan ubat. Arghhhhh... Nanti dah tentu tentu batuk tu akan lebih parah.

Faham-fahamlah. Bila batuk tak baik, melarat ke kahak.. bila kahak dah banyak melarat ke paru-paru.. Takut paru-paru kena infection kan.

Then I tried to get opinion from my friends kat Facebook and google how to makesure ada ubat masuk perut Si bunga Airis ni. Sebab susah sangat. Seboleh-boleh dia akan batuk kan and muntahkan balik.

Alhamdulilllah ada gak kawan2 yg prihatin bg suggestion. Mcm2 hokey. . Yg buh dlm air kotak, yg buh dalam vitagen.... and macam2 lah.

So tanpa tunggu2 I balik keje terus beli vitagen. Then balik bg Airis minum vitagen yg dah mix ngan ubat batuk. Yessssss!!! Its work. Alhamdulilllah... malam tu she can sleep better than 3 nights before. 
Tapi I tak sedap hati. I have to get opinion from doktor pediatric.  So me and Si Bunga Airis pun pegi la jumpa Dr Sareena yg cute tu.

1st time she look to Airis she said... "ohh... this looks like she kena masuk wad."
Me.. hmmmmm I think I'm going to cry... "whatt??? Again.... ???? " tak sanggup rasanya setelah airis dah kena admitted kat wad selama 5 hari sebab rota virus last month.

Then I pun cerita la kat doktor yg this girl mmg susah nak makam ubat. She pandai muntahkan balik.
Dr. sereena asked me " then... after she muntah. . U give again tak?? "
I said " yes... I bg lg then she muntah lagi .. I'm so stress ... "
Dr sareena asked again " again ... she muntah for the second time. Then after that u bg lagi tak ubat ?"
" I said.. no.. I stop already..  I can't see her crying and crying and muntah and muntah... I tak sampai hati. I stress.."
Then Dr Sareena smile... she said " see.. I know that. Mesti u stop sb sayang and kesian to anak.. yes kita kesian to anak but u really have to paksa her makan ubat. Like what I did to my son before. I bogelkan dia..  I have to bg him makan ubat dalam toilet..terpaksa.. I feed then I picit mulut to make sure ubat masuk.. if nak muntah I jentik mulut dia or telinga dia bg dia takut supaya dia tak try untuk muntahkan ubat balik... u know ??? I have to do that. If not masuk hospital lg teruk. Cucuk sana sini. Lagi kita susah and anak pun sakit " panjang cerita dia kat I.
OMG... Brutal nya doktor nie.... Biar betul ?? hehehee... and anak doktor pun susah makan ubat ek ??? Yes I got the point. Then I asked back " if she still muntah again and again and again after i paksa dia makan ubat ?? "
Doktor answer " suap lagi dan lg. Sampai dah takde apa yg nak dimuntahkan. Sampai dia penat. I have to brutal. Then I make him scared said the ambulans will come or I cucuk you with jarum and bla bla bla..."
Owhhhhh susahnyalah. Samapi mcm tu sekali rupanya anak dia. Walaupun maknya doktor kan ??

Then I tanya ok or not if I campur dlm vitagen. She said no problem. Asalkan ada ubat masuk ke dalam.  If not Airis will become more penat. And followed by jangkitan paru2... susahnya la kan... why la susah sangat nak makan ubat.. susah sungguh hati kita tahap tak tau nak cakap dah. 
So for this morning.. airis kena nebulizer ( I tak sure the spelling ). Alahh... yg kena buh gas kat idung and mulut tu.

Ni dah tenang sikit
Nangis kuat2






















Si bunga airis ni mcm fobia bila nampak doktor atau nampak nurse atau nampak all the alat2 dlm hospital ni. Maybe due to dia kena masuk wad last month kot.  Kesian dia... ketakutan dah.

1st 10 minutes she nangis kuat2 bila pembantu klinik tu letak alat tu kat muka.. sekuat-kuat hati dia nangis. sampaikan dia muntah dalam alat tu. Dah kena tukar ubat. Tapi pembantu clinic tu kata... semua yang keluar tu lendir. Bagus jugak tu.
Sambil pegang dia I pujuk and pujuk supaya Airis tak nangis and tak meronta-ronta lagi. I have to buka her favorite game baby bas kat my phone supaya dia leka and at last she diam. Maybe sb dia rasa x sakit kot walaupun letak alatan tu di muka.. aduhhhh seksa hanya tuhan yang tahu. Berpeluh-peluh dibuatnya.
Dah selesai Dr. check again and said... " I have feeling if u make sure the ubat masuk... she can recover.  Now the sound is 30% to 40% better.. "
Bila dengar doktor kata cam tu.. I dah ada semangat nak paksa dia makan ubat sepertimana yang diceritakan oleh doktor tu tadi.. sepertimana yang doktor tu buat untuk anaknya.... So on that day Airis diberi 3 jenis ubat iaitu antibiotic, kahak/paru2 and pelega.
Bila sampai umah I tried to give ubat pelega and antibiotic yg dicampurkan dengan susu coklat dutch lady kotak. She so clever. She can taste the ubat I think. Dia minum sikit then dia ludah keluar... Arghhhhh. .. stress nya aku.Nampaknya cara ni tak berjaya.

I asked my 2 boys to rasa air coklat tu... and yessss Adam and aslan pun kata... air tu rasa ubat...Hmmmm patutlah kan. so I have to ubah strategy.Hmmmm mmg tak leh jalan. 

So I just masukan ubat pelega dalam air vitagen. Yes.. dia minum habis vitagen tu. Actually ubat pelega tu manis thats why she boleh minum dengan vitagen tu.

After 1 hour... I have to bg antibiotic and ubat kahak for paru2. Kali ni kena cuba kaedah paksaan sampai jaya macam Doktor cerita tadi...
Mcm biasa, I paksa suap masuk mulut, She telan then she buat2 batuk and she muntah balik ubat tu.. nagis-nangis, jerit-jerit... Dah membazir 4ml for antibiotic. 
I took another 4ml antibiotic lagi gantikan yang tak berjaya  tadi.... sama gak muntah, nagis, jerit, meronta, ... arghhhhhh.... another 4ml antibiotic dibazirkan lagi.
I tak putus asa. Semangat masih ada. ubat mesti diberi if not I have to go to the clinic again ambik surat untuk masuk wad.... 

I took another 4ml... nak jugak paksa masuk perut dia... sama jugakkkkk.... muntah, nangis, jerit.... I'm really really stress. 
Rasanya tak sikit pun ubat masuk dalam perut dia. Semuanya dimuntahkan balik. But I banyaklah lendir yang keluar bersama-sama ubat tu... 
Dah 3 kali then I give up. Mati kutu nak buat apa lagi. Kalau kena masuk wad lagi... I pasrah... redha ja la jika tu jalan terbaik supaya si bunga Airis boleh sembuh. 
Kesudahanya ubat kahak tak dapat nak bg lg sebab Airis dah nampak letih and mengantuk. Tp tengah hari tu she tido 3 jam and agak tenang. Jarang batuk. Aduhhhh susah hatinya aku nie...
Mabe ada jugak kot ubat yang masuk perut.. syukur...
Malam tu dalam pukul 8 mlm.. yes.. I have to berperang again..  

Cuba lagi bagi antibiotic. I bagi sikit-sikit. Bila ubat tu masuk dalam and again she try to muntahkan balik, I marah dia kuat2, jegilkan mata bagi dia takut, cuba alihkan perhatian dia supaya dia tak mencuba untuk keluarkan balik muntah tu. 

Hmmm kali ni berjaya. Nampaknya dia agak terkejut bila I jentik telinga dia.. Sorry nak.. kena jugak buat cam tu. If not mmg tak masuk lagilah ubat dalam badan awak. Dia cuba keluarkan ubat and yes ubat keluar tapi sikit.. 

Yes !!! menjadi... Then i suap lagi sikit and I ulang marah2 dia. buat2 nak jentik her telinga again.. (Buat-buat jer..... tp nampak la dia takut and she stop to trying nak keluarkan balik ubat tu) 

Fuh !!! Agak lega rasanya bila nampak sendiri yang ada ubat masuk ke dalam badan Si bunga Airis ni. So I dah dapat idea and cara2 macam mana nak paksa dia makan ubat. Bila dia try nak muntahkan balik tu, cuba tarik perhatian dia supaya dia tak cuba nak muntah. Marah dia.. jegil mata bg dia takut .. hehehe and jentik telinga.. agak2 lah kan nak jentik telinga tu... sekali jentik dia dah takut. kali kedua tu buat2 je la ala ala nak jentik telinga. Yes.. saranan doktor tu memang menjadi. tak salah marah and pukul anak supaya diorg nak makan ubat. Jangan ikut sangat nanti sakit bertambah parah.

So begitulah seterusnya sampai ubat habis. Itupun I have to pegi clinic balik and ambik another antibiotic sebab banyak anticiotic yang dah terbazir. So untuk cukupkan 5 hari antibiotic kena lah pegi ambik lagi.....

After 3 days makan ubat Airis dah nampak better. Dah tak lembek lagi. Suara dah makin kuat. Dah makin cakap banyak. Syukur Alhamdulillah. Berkat doa akhirnya Airis is getting better... Syukur sangat2...


After 3 hari makan ubat
Bila dah sihat sikit..






















So lepas ni kalau sakit lagi mmg kena guna approach yg Doktor tu cakap. Picit mulut, tekan, paksa dia makan ubat.. jentik, marah, buat garang supaya dia takut nak cuba muntahkan ubat tu balik...

Begitulah cara2 nak paksa anak2 yg susah nak makan ubat supaya makan ubat ye. Kita terpaksa buat mcm tu. Sebelum jumpa doktor tu, I terlalu ikut anak. She dont want so I pun takyah lah bagi..

At last sampai doktor pun terkejut bila tgk Airis nampak semput. Tu semua salah saya sebab sy biarkan batuk dengan harapan batuk boleh baik sendiri... hehehee...













26 Nov 2013

Dua heroku dah jadi bujang senang..... #Berkhatan

As Salam,

Lamanya tak menghupdate blog ni... ni semua due to my 4th pregnancy... opsssssss 4th sudah !!!!! What ???? Hehehe.. itu lah saya pun kurang percaya tapi itu sudah tertulis takdirnya... Saya redha..

Hmmm.. sekarang ni dah 5 bulan my pregnancy.. hmmm i guess its look like I'm having another baby boy .. What ??? Boy ?? Again ?? hehehee.. yes sebab sindrom2 semasa pregnant Si bunga Airis takde and tak nampak la for this time pregnancy.. Hmmmmm takpe lah... At least I have one flower in my garden... a very Sweet flower....

Ok back to the story...

Kali ni nak cerita and nak mengabadikan kenangan 2 heroku Adam and Aslan berkhatan pulak kat sini.

It's not easy okey... tambah2 me yang mmg takut nak tengok darah and luka-luka nie... I admit that I'm not strong enough and I don't know how to deal with that.. Nasib baik lah encik suami berani and he can deal with this. So aku serahkan segala-galanya kepada Encik Suami untuk uruskan anak2 dalam bab2 berkhatan nie.

Cuti hujung tahun 2013 mencatatkan satu lagi sejarah... Yes... Adam and Aslan akan berkhatan. Tanggal 16 November 2013, 8.20 malam di Putra Medical Centre, sungai Buloh  menjadi saksi kepada peristiwa ini.... Chewaaahhh.. (Hayat Jiwang TAK BOLEH BELAH hokey ....)

Keputusan untuk berkhatan nie sebenarnya kami yang putuskan. Tapi Adam and Aslan menyambut baik cadangan kami untuk berkhatan pada tahun nie. Tambah pulak Adam and aslan tengok cerita Upin Ipin yang menyatakan sunat nie tak sakit.. mcm kena gigit semut ja... so diorang ingat tak sakit lah... hmmmm mmg tak sakit tapi bila dah habis ubat bius tu... faham-faham je lah kan..

But sehari sebelum tu me and husband entertain dulu Adam and Aslan. Bawak tengok wayang cerita Thor sehari sebelum berkhatan. 

Di PMC nie cost berkhatan ialah RM250. Kaedah yang digunakan, saya pun tak pasti tapi mengikut cerita suami saya Doktor bius, pastu gunting pastu guna alatan yang macam laser untuk memberhentikan darah then Doktor akan jahit kulit sedikit.. sikit jer jahit dia....


Di sini saya ambil dari satu blog yang menerangkan kaedah yang digunakan di PMC ni..

Oleh itu ramai doktor menggunakan kaedah konvensional tetapi memotong kulit dan memberhentikan salur darah menggunakan cautery dan menjahit kulit menggunakan benang “catgut”. Ini mempercepatkan proses berkhatan dari 45 minit kepada 20 minit sahaja untuk seorang pesakit.

http://anuarsalmiah.blogspot.com/2012/10/kaedah-berkhatan.html

Untuk berkhatan ini semestinya perlu menunggu giliran. Abang Adam perlu masuk dahulu kemudian barulah diikuti oleh Si Adiknya Aslan. Saya dan Aslan menanti di dalam kereta sementara Encik suami membawa Abang Adam masuk ke hospital.

Tak banyak yang saya boleh ceritakan di sini kerana saya tiada di sisi Adam di saat itu. Cuma saya bolehlah cerita kembali apa yang diceritakan oleh Cik suami. Kata Cik suami sebelum Adam masuk ke dalam berjumpa doktor, mereka berselisih dengan seorang lagi kanak2 lelaki sebaya Adam/Aslan... Adam sempat bertanya budak lelaki tu, Sakit tak ?? Budak laki tu jawab " Tak... mcm kena gigit semut jer..."

Padahal menurut suami ada kesan air mata di mata budak lelaki tue.. hehehee.. semua cover line and nak mengenakan sesama sendiri...

Menurut Cik suami, Adam seorang budak yang kuat and tabah... Yes... dia takut and ragu2.. tetapi pasrah and redha dan menyerahkan segalanya kepada doktor iaitu menunjukan tutttttt kepada doktor sambil mulut berdoa and membaca apa saja ayat2 yang terlintas di fikiran. Sama lah keadaan ini dengan Aslan.... 

Mulut berdoa and berwirid, tapi kaki kepit... hehehehe... Alhamdulillah selepas lebih kurang 30 ke 40 minit, Cik suami membawa adam kembali kepada kami yang sedang menanti di dalam kereta.

Adam menanti di depan bilik rawatan manakala Aslan menanti di dalam kereta







Kenapa saya and Aslan menunggu dalam kereta ? Kerana kami tidak mahu Aslan terdengar jeritan atau tangisan abang nya. Sebab nanti kalau Aslan dah dengar abang nya menagis atau menjerit kesakitan... confirm lah tak jadi Aslan nak sunat malam tu kan ?? So better tunggu kat dalam keta sambil main game...

Setiba Adam di kereta... Aslan terus tanya... " Abang Adam... sakit tak ?? " and the best part adam hanya menggelengkan kepala kononya tak sakit... Padahal ada bekas-bekas air mata di mata Abang Adam... kesian... Dia nak kenakan adiknya pulak rasanya.

Tibalah giliran Aslan pula menyerahkan diri pada doktor. And sama lah mcm Adam, Aslan berdoa, berwirid and baca lah sagala surah yang dia tahu.. tapi kaki maintain kepit... hehehee... Ye lah.. kita org dewasa pun dengar seram inikan kanak2 berumur 6 and 7 tahun kan ??

Sementara menanti Aslan, saya sempat lah berbicara dengan Adam.

" Sakit tak ?? " dia cuma mengangguk.
"Abang tahan sikit.. nanti kita balik makan ubat.. abg boleh tidur and rehat hilang la sakit... Abang nak milo ?? "

Dia menggeleng " Nanti abang nak kencing kalau minum banyak "

Mungkin dia berasa risau untuk kencing mengenangkan luka-luka di tuttttt nya...

Tiba2 Adam bersuara " Dady tipu Abang.... Dady kata Dr cucuk kat paha.... tapi Dr cucuk di tuttttttt..... " Aishhhhh...kesianya lah pada si Anak...

Saya hanya diam and beritahu yang dady tak tahu .... sebab tu dia ingat cucuk di paha...

Adam masih merintih sakit... pedih... and duduk pun nampak  tak selesa... Tapi dia tak menagis and tidak juga meraung.

Silap aku jugak.. sepatutnya kami pergi ke hospital dengan 2 kereta.. selepas sorang dah selesai, aku boleh balik rumah dahulu. Jadi takdelah Adam tunggu lama di dalam kereta dengan keadaan yg sakit and tidak selesa... Tak terfikir langsung akan hal ini.

Selepas dalam 40 minit, Cik suami telefon saya and menyuruh saya bawa kereta ke pintu hospital.... Aslan dah selesai. 

Sampai di pintu hospital, saya nampak Aslan menangis tapi tak kuat la... menangis manja manja gitu... merintih kesakitan.. kesian lah wahai si anak.

Sementara Cik suami menguruskan bil dan mengambil ubat. Saya memimpin aslan masuk ke dalam kereta. Otw balik mereka terlelap di dalam kereta. Mana taknya mungkin kepenatan menagis td and plus siang tadi aktiviti kami full. Sebelah pagi ke orientasi Aslan, tengah hari lunch diluar and terus bawak ke petang kami ke The store untuk tukar game psp Adam and Aslan. Ye lah nanti diorg tak boleh jalan2 banyak so at least they have something to play with.

Di rumah Cik Suami set up kan tempat tidur Adam and Aslan. Gantung tali untuk mengantung kain pelekat supaya tak terkena tuttttttt..... tempat mereka tidur untuk seminggu tu ialah di depan TV. boleh la rehat2 sambil melayan TV nanti.

Kemudian kami beri makan ubat. Ada 3 jenis ubat. Demam / tahan sakit, bengkak and antibiotik. Adam aslan dah tak nak makan and minum pun malam tu sebab takut nak kencing nanti. Kemudian mereka tidur seperti biasa. Tiada rintihan dan kesakitan. Mungkin kesan ubat tadi.


Aktiviti yang tak lasak yang boleh dibuat sementara waktu jerrrrrr !!! 
Haaaa.... yang sepah tu keje Si Bunga Airis.. dia sorang pun masih boleh and masih mampu buat sepah hokeyyy !!!

Keesokan harinya, seperti yang dijangka.. aduhhh susahnya untuk memandikan mereka. Cik suami hanya lap2 badan and cuci bekas2 darah di kaki mereka.. Aduhhhh... saya memang tak tengok... Maaflah.. saya tak berani nak tengok perkara2 yang macam ni. Tak sanggup. Biarlah Cik suami yang uruskan mereka.

Mulanya nak kencing pun Adam Aslan tak berani, tapi sebab tak tahan akhirnya berjaya jugak dia membuang air kecil. 

Dari sehari ke sehari luka makin baik. Saya hanya masak sup daging, sup ikan merah and ikan goreng. Hanya itu jer menu untuk Adam and Aslan. Tak berani nak bagi makan ayam or sotong or udang takut gatal atau bengkak or nanah pulak nanti..

Geng dr Penang datang melawat.. Lagi cepat lah sembuh nanti tue...


Hari ni dah 10 hari peristiwa berkhatan tu. Hero2 saya dah pakai seluar. tapi jalan agak senget sebab kuping2 luka masih ada yang belum tertanggal. Mereka dah mandi seperti biasa. Cuma Si abang Adam tak berapa berani nak pakai seluar and saya tengok kupingnya lebih banyak dari adik. Takpe lah janji tak bengkak and tak nanah sudah. nanti dah kering and tertanggal kuping nya ok la tu....

Semalam mereka dah bermain di luar sambil jalan senget2. Hehehehe..masih seriau agaknya..Dalam senget2 pun masih lasak. Takpe lah asalkan mereka berani mencuba buat aktiviti seperti biasa seperti sebelum sunat.

Begitu lah ceritanya. Lepas ni me and husband plan, dah sembuh sepenuhnya, kami akan bercuti2 ke Legoland and mungkin terus lajak ke Universal studio Singapore....


Yeayyyyy !!!! Buku merah jangan lupa bawa moga2 belum tamat tempoh.... opssss ternyanyi plak..

Sekian sahaja. Nanti I akan hupdate cerita legoland and Universal Studio yer....

byeeee.... Wassalam..























18 Oct 2012

Kisah pregnancy yg ke-3 (Part 1)

Tomorrow 19 October 2012 pukul 1.37 tengah hari genap lah anak dara aku yang sorang tu (buat masa ini) berumur setahun. Kejap je masa berlalu. Aku rasakan macam baru ja aku pening2, mabuk2 tup tup dah setahun dah umur anak aku.

For information, Sejak 2 hari lepas Airis baru berani nak berjalan. Agaknya dia berani nak jalan tu lepas aku belikan dia push walker hari tu. Cerita tentang push walker ni boleh tengok kat sini ye...Fisher Price Stride and ride on lion.   


Sebelum beli push walker tu Airis mmg nak berjalan tapi mmg nampak dia takut2 and dia lebih banyak meniti pada apa saja yang dapat dicapai olehnya. Contohnya meniti di sofa or cabinet.

Sejak 2 hari lepas, Airis sudah mula melangkah 5 to 6 tapak dah sambil tersengih2. Baru melangkah dah nak cepat2 sampai and nak berlari..Sungguh aku tidak akan lupakan gaya Airis.


Sebelum start melangkah sikit2 tu Airis dapat satu kepandaian. Mengamuk apabila tidak diberikan apa yang dia hendak. Sambil menyembamkan mukanya ke lantai and sambil menghentak-hentak kan kaki nya tanda tak puas hati.. Aishhhh takde sapa yang ajar kamu nak...


Okey, Sapa yang berminat nak tau kisah aku melahirkan Airis boleh la baca entry kali nie..  Setiap pengalaman untuk melahirkan anak mmg tetap segar dalam ingatan aku and tak mungkin aku lupakan..


Jarak antara Airis dan abangnya Aslan adalah dalam 4 tahun. 4 tahun tu jaraknya agak lama la kan.. Maklumlah dah lama tak jaga baby kecik and dah lama tak berjaga malam.. 


13 Oct 2012

Bibik oh Bibik ..

Me : bik.. Nanti dah 2 tahun bik keja sini, Bulan 2 2013 bik balik kan?? bik nak datang balik tak Malaysia??

Bibik : Insyaallah .. Di sana tak ada Uwang.. Jadi Bibik kena keja la

Me : Bik nak keja ngan saya lagi atau bik nak cari majikan baru?

Bik : keja ngan Cik la.. Takut majikan lain tak baik

Me : tapi.. Saya selalu marah Bibik

Bibik : iya la Cik marah. Dah Bibik buat salah.. Mesti la Cik marah ... Tengok ni dah berapa hari dah Cik tak marah Bibik sebab Bibik tak buat salah.. Ada dah 5 , 6 hari Cik tak marah Bibik

Me : ( dalam hati.. Hmmmm tau takpe... )


11 Oct 2012

Airis new cute toy - Fisher Price Stride and ride on Lion


Photo from Google



Yesterday I bawak balik Si Lion yang comel berhidung purple dan berlampu kelip-kelip untuk Airis practice berjalan. We decided to bought this Fisher Price Stride and ride on Lion ni sebab Lion ni comel and nak menolong Airis supaya cepat jalan. Tak sabar betul kami nak suh dia jalan.. hehehhee

No la.. Airis nie nak jalan but she takut2.. So hoppefully this lion dapat bantu Airis. And my sister pun recommend me to try this push walker.

 Bila Airis dapat Si Lion berhidung purple tu I teach her how to push and walk with that lion.

She push and start walked but she don't want to push the lion dari belakang. I memang ajar she to push dr belakang because that is the way it should be but she wanted to pushed the lion dari depan because she wanted to play with the lion nose yang ada lampu kelip2 yang berwarna purple yang comel tu.

Plus we have to press the lion nose to make the music sound. So cute tau that lion.. hahahaa (Aku pulak yang lebih)

Than when the lion keluarkan music she started to danced danced danced and danced...

So i just want to share the video in my blog.. For you guys to see how cute and excited she is... 

The First video Airis menari-nari tak berenti bila dengar music and the second video showed how she pull the lion and then she menari-nari lagi...

 

Why Ibu and Dady ?

Our kids call me Ibu and call my husband Daddy. 

Why we wanted them to call Dady and Ibu ? this name is not matching at all. Not suitable at all but we still wanted them to call Daddy and Ibu.

Why ? Why not Daddy and Mummy or Ibu and Ayah or Mak and Bapa or ayah (Like me and my husband) ataupun Umi and Baba or papa and mama and bla bla bla..

Kisah nya macam nie, Dulu-dulu, When I worked in Penang and my office mate, Kak Wati has 2 sons. They call her Ibu and her husband Daddy. I felt So sweet, different and cheeky too. Something really different and tak banyak orang buat macam tu. 

Then I set in my mind if i have a kids I also want they call me and my husband Ibu and Daddy.

Kebetulan pula my boyfriend a.k.a my husband now la want his kids call him daddy.. and he don't mind if i want my kids to call me Ibu. So go on la.. We agreed with daddy and Ibu..

The problem is, normally infant yang nak start cakap will speak Mamamama or papapapa or dadadada... Susah nak ajar diorg sebut Ibu... Ibu... or dady.. dady.. sebab ada 2 suku kata... hehehheee.. At least daddy tu they said dydydy... Ibu... Just Buuuuu..

But anyways my kids boleh jugak la sebut Daddy and Ibu.. tue pun bila diorg dah boleh cakap sikit2.

Ada jugak yang tanya  kenapa tak panggil Mummy.. I said ... We just follow what we want but the true stories is I influence by my friend and my friend tue tak tau pun yang I copycat dia.. heheheheee...

(To Kak Wati.. if you read this, I just wanna say thank you because you give me an idea... a very sweet idea...which is not all people like us )

Then I realize my cousin pun terikut-ikut I.. I think so!!!! Her name is Intan.. kan Intan kan kan kan ???

Her kids also call them daddy and Ibu. Maybe because after she heard my kids call dady and Ibu, she become like me. Terasa macam best then dia pun set her mind like me. And one more thing, before she got married, she selalu datang lepak at my house.. so terikut2 agaknya.. Hehehehee

That the story why my kids call me Ibu and Daddy...

Very different with others, sweet and cheeky and sekurang2 nya sorang ala2 mat salleh seorang still ada ciri2 kemelayuan sikit ...

Don't you all think that sweet and cheeky too???
What about you ??


Adam / Airis / Aslan