My Family Daisypath tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

15 Mar 2019

Lama nya menyepi

Assalamualaikum...

Ya Allah lama nya tak datang sini.
Gara2 sibuk... tak ingat password.. Sunil dgn anak2 Dan macam2 la...

Anyway it's so many things happen..
Mcm2 dalam fikiran..
Mcm2 planning..
Mcm2 impian..
Semua macam2 lah..

Harap jalan yang dipilih ni adalah jalan yg betul..
In Shaa Allah..

25 Nov 2014

Resepi apam pisang kukus (ala ala kek pisang )

Malam ni hujannn..  sejukkk... perut lapar... tengok kat dapur Mother in law ada pisang.... tinggggg tercetus la nak cuba buat apam pisang... boleh jugak panggil kek pisang sebab teksture nya gebu dan gebas...

Bahan2
Pisang dilenyek (boleh guna pisang yg manis2... cth pisang emas, pisang berangan). Hari ni sy guna pisang 44 hari... hasil tanaman father in law

Kuantiti pisang dilenyek adalah 2 cawan

Bahan yg diblender sampai kembang
1 cawan gula
1 cawan minyak sayur/ minyak masak
3 biji telur
2 sudu kecil banana esen

Tepung 2 cawan
2 sudu kecil Serbuk soda bicarbonat
2 bahan ini diayak

Cara2

Pisang dilenyek halus (tak payah blender kalau nak kejadianya cantik)

Blend kan gula, minyak masak dan telur sampai kembang... bila kembang masukan banana esen dan blend sebati lagi

Campur kan pisang dengan adunan yg telah di blender

Masukan tepung dan kaup balikan sampai sebati

Sedia untuk dikukus selama 45 minit

Taraaaaaaa... siap suda

Cuba jangan tak cube yer...

27 Oct 2014

Resepi Apam Gula Hangus


Nampak tak kegebuanya...


saya jatuh hati dengan acuan yg menjadi kegilaan ramai ini




Assalamualaikum..

Harii ni gatai tangan lagi nak try buat apam gula hangus pulak... Ni semua rentetan dari group2 masak di FB lah ni.. Teringin tengok so memang kena try buat.

Terujanya bila kita buat menjadi tau so anda kena cuba ok...

Kalau anda baca habis entry ni saya ada sertakan sekali tips2 untuk buat gula hangus ye... Ingat kalau gula tu hangus sangat maka apam anda akan menjadi pahit....

Senang je resepi ni and buat la dengan penuh kasih sayang... Hehehe

Bahan-Bahan :

1 cawan Gula Pasir ( 1 cawan gula pasir ni membuatkan apam gula hangus anda tak manis sangat. jadi kalau anda minat manis anda boleh tambahkan sedikit lagi gula ye, Mgkn 1 1/2 cawan gula)

1 Cawan air panas

        P/S : 2 bahan ni adalah untuk dijadikan gula hangus

2 Biji Telur
1/2 cawan minyak masak (Saya guna minyak jagung untuk kesihatan ye... rendah kolestral)
2 sudu besar marjerin atau butter
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh soda bicarbonat
1 1/2 cawan tepung gandum

Cara-cara:

Gula dihanguskan kemudian dicampur dengan air panas dan disejukan

Tips nak buat gula hangus ni..
  1. Sila gunakan senduk kayu. Masa nak hanguskan gula ni sangat la panas apinya dan memakan masa.. so better guna senduk kayu supaya tangan anda tak panas hokey...
  2. Api jangan kuat sangat. Jangan hanya ingat nak cepat siap
  3. Jangan buat keje sambilan lain semasa menghanguskan gula... kerana gula ni mesti hendaklah selalu dikacau supaya oa hangus dengan sekats. kalau tak gula akan hangit and jadilah apam gula pahit..
  4. selepas gula dah cair  keseluruhanya... sila lah TUTUP dahulu api. Bila api dah tutup barulah kita masukan 1 cawan air panas tadi and kacau sehingga semua ketulan larut
  5. semasa menghangitkan gula janga tambah air selagi gula tak lebur sendiri
Dah selesai buat gula hangus,

Blenderkan telur, marjerin, susu pekat manis and minyak masak. Blend sehingga kembang and kalau ikut adunan ni dalam 3 hingga 4 minit.

Dah selesai blend masukan gula hangus yang telah disejukan tadi and blend lagi. Blend ni sekejap je sb nak bagi adunan sebati dengan gula hangus

Masukan tepung yg sudah diayak dengan soda bicarbonat sedikit demi sedikit dan dikaup balik kan sahaja and pastikan semua tepung2betul2 sebati dengan adunan yg di blender tadi

Maka dengan ini siap la adunan and sedia untuk dikukus.

Adunan yg siap sedia untuk dikukus


Kalau dalam loyang besar kena Kukus selama 45 ke 50 minit.
Jika acuan kecil-kecil mungkin dalam 15 ke 20 minit sahaja.

Sekian terima kasih

p/s Jangan lupa balut penutup pengukus ye...






Bahagian bawah.. cantik je kalau kita balut pengukus.. if not berlubang la sana sini


26 Oct 2014

Resepi Jeruk Mangga Asam boi cilipadi

Assalamualaikum

Salam Hari Ahad..
Hari ni macam nak cuti memasak.. kami lunch di luar je. Tapi sementara nak keluar lunch sempat jugak la saya try buat jeruk mangga ni..

Memang owesome. . Senang and sedap. Cik somi saya mmg hantu asam so mmg kena la dengan tekak dia..

Resepi ni tak menggunakan cuka ye. So tak akan membuatkan sakit tekak and org pregnant pun blh makan.

Jom tengok bahan2

Mangga muda
Gula lebih kan sedikit
Garam
Adam Boi ikut suka anda nak banyak mana
Cilipadi dipotong kalau nak pedas boleh la lebihkan

Cara2

Buah mangga dipotong. Ikut suka la nak potong mcm mana. Kalau saya suka yg nipis

Basuh buah mangga and toskan

Campurkan buah denga bahan2 yg lain

Simpan dlm peti selama 3 4 jam and sedia dimakan.

P/s : masa sy buat tak sempat perap pun. Dah dimakan...

25 Oct 2014

Resepi cucur kembung manis ranggup

Assalamualaikum

Ok... hari ni nak share resepi cucur kembung manis ni.. memang mudah and anak2 suka... diorg kata " cucur ni sedap sangat ibu masak "

Hati pun berbunga riang...
Cucur ni Sesuai untuk kanak2 sebab ianya ranggup diluar and lembut didalam. Hari ni saja masa buat cucur ni saya buat 2 bancuhan... laju je habisss

Cucur ni ada lah satu fenomena mcm apam susu jugak di group Kuih muih moden dan tradisional di FB..

Ok jom tengok bahan2 dan cara2 dia ye kawan2..

2 cawan tepung gandum
2 cawan air betul2 panas dicampur dengan garam secukup rasa
3 sudu susu manis
1 sudu kecil esen vanila (ini saya tambah ye..)

Campur kan bahan2 diatas dan kacau hingga sebati and boleh la digoreng apabila minyak dah panas.

Hokey sedikit tips..

Saya campurkan air panas dan garam supaya rasa garam lebih mudah sebati apabila kita Campurkan air dan tepung

Adunan ini mmg mudah untuk kita bentuk bulat-bulat sebab dia melekit-lekit.

Anda kena cuba baru anda tau ok...
Senang kan??

22 Oct 2014

Resepi Pulut Kuning

Hari ni hari mendung.. Mendung saja tapi ptang baru hujan.

Dok kemas almari terjumpa lah peras pulut siam pemberian kawan cik suami.

Tiba-tiba teringat nak buat pulut kuning. Idea ni pun datang disebabkan menu pagi tadi nasi lemak sambal ikan dan menu tengah hari tadi kari ayam ubi kentang.

So memang kena la makan pulut kuning dengan sambal ikan and kari ayam lebihan tadi.






Jom tengok bahan2 pulut kuning

Beras pulut 2 cawan
Asam keping 2 keping
Serbuk kunyit
Pewarna kuning telur - suka hati nak guna atau taknak guna anda boleh lebihkan serbuk kunyit
Daun pandan
Santan - saya guna 1 1/2 cawan (Anda kena pandai agak2 ye)
Garam secukup rasa

Cara - Cara : 

Basuhkan beras pulut cuci-cuci dan rendamkan beras pulut dengan air yg dimasukan asam keping, serbuk kunyit dan pewarna kuning telur. Rendamkan selama sejam atau dua. 

Kegunaan asam keping adalah untuk mencantikan beras pulut kita.

P/S : Tadi saya tak sempat nak rendam lama-lama. Saya rendam 30 minit jer...

Lepas rendam kukuskan beras pulut selama 20 ke 25 minit.

Lubang pengukus saya besar jadi saya tutupkan lubang dengan daun pandan.



Seperti kita tau daun pandan akan menyebabkan pulut kita wangi

Selepas beras agak masak...keluarkan dan sirakaan santan yg telah dicampur dengan garam dan gaulkan ke dalam pulut sehingga rata...

Setelah itu boleh la kukus semula beras pulut tadi selama 20 ke 25 minit atau sehingga pulut betul2 lembut....

Siap sudahhhhh....

Selamat mencuba yaaaaa.....



Resepi roti pizza

Assalamualaikum

Malam ni ntah kenapa datang mood rajin hupdate blog yg lama dah semput ni.

Masuk ni dah 3 resepi kot saya update malam ni.

Okey.. entry kali ni nak share resepi pizza roti.

Senang dan mudah...Kalau dalam bulan puasa tu dah banyak kali la saya buat atas permintaan anak2.

Resepi ni tak perlu buat doh pizza. Hanya guna roti gardenia atau High 5 sahaja.

Ok jom tgk bahan2

Bahan-Bahan :
Beberapa Kepingan roti gardenia mengikut saiz loyang anda
3 biji telur
200 ml susu fresh...
slice cheese mcm cheese yg kita makan dengan roti tu.. contoh cheesedale or mother choice.
Cheddar diparut - kalau beli yg siap2 diparut lg senang

P/S : Bahan-bahan ini bergantung kepada saiz loyang dan bilangan kepingan roti


Bahan untuk inti :

Bawang putih
Bawang merah
Daging kisar atau daging burger - Kuantiti anda kena pandai2 agak yea.. suka hati nak guna isi daging or isi ayam
Hotdog.. suka hati kalau tak nak letak pun takpa
Minyak masak
Garam
Serbuk Lada hitam
Serbuk lada sulah
Sos cili dan sos tomato sedikit
Sayur2 ikut suka hati anda... saya menggunakan lada benggala and mushroom button dalam tin tu
Lada Bengala
Bawang Holland sebab bawang ni ranggup

Cara-Cara untuk inti :

Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan masukan bawang merah yang telah ditumbuk dan juga daging sehingga masak dan empuk

Bila daging dah masak masukan hot dog

Masukan Mushroom, Lada hitam, lada putih, sos cili and sos tomato

Masukan garam secukup rasa

Masukan Lada Benggala dan bawang Holand

Masak bahan2 sehingga masak dan diketepikan serta disejukan

Cara-cara untuk lapisan roti :

Pecahkan telur dan gaulkan supaya sebati dengan susu segar

Celurkan roti di dalam bancuhan telur dan susu tadi dan disusun di dalam loyang. Loyang hendaklah disapukan dengan butter atau mentega terlebih dahulu

Tuangkan inti di atas roti dan ratakan

Susunkan slice cheese di atas inti tadi

Kemudian tutupkan slice cheese dengan roti seperti langkah pertama

Taburkan cheddar di atas roti

Jika ada lebihan susu dan telur tadi boleh juga tuangkan di atas roti

Bakar dalam oven selama 180 darjah dalam masa 40 minit bergantung kepada oven masing2....

Tadaaaaaaa.... Siap untuk dimakaan.....

anak-anak yg suka mkn cheese or suka makan pizza mesti akan mengemari roti pizza ni. Lembut jer....




Resepi Apam Susu

Di Facebook ada satu group masakan tu iaitu Kuih Muih dan Makanan Tradisional Melayu tengah menjadi trend ahli-ahli group masak Apam susu...

Hari2 mengadap saya pun dah teringin nak try. Senang jer cara buatnya.. and bahan pun mudah....

Resepi saya ambil dari group tu lah...

Bahan-bahan :

  • 4 Biji telur gred A
  • 1 cawan gula castor
  • 1 sudu besar ovellete
  • 4 sudu besar susu pekat
  • 2 sudu besar minyak sayur atau minyak masak
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 cawan tepung gandum diayak dengan soda bicarbonat 1 sudu teh
  • Pewarna yg anda suka
Cara-Cara :

Mixerkan telur, gula, esen vanila dan ovellete sehingga kembang and putih. Setengah orang guna blender pun boleh

Bila dah kembang masukan susu pekat and mixer kan lagi

kemudian masukan tepung sedikit demi sedikit and mixerkan lagi. Selang seli yer.... masukan tepung and mixer then masukan tepung then mixer sampai lah tepung tu habis.

masukan minyak and kacau sebati

Bahagikan kepada 3 untuk diwarnakan

sapukan sedikit minyak pada acuan sebelum dimasukan bancuhan tadi

Dah sedia untuk dikukus


Kukus selama 45 minit mengikut besar acuan anda ye...

Pastikan tudung pengukus dibalut supaya air tak menitis ke atas apam kita nanti... kalau air menitik tak cantik la apam tue....

balutkan tudug pengukus supaya air tak menitik


Ni la hasilnya.. memang gebu gebas...
Anak2 pun suka.. siap hantar bagi jiran rasa... my neighbor and anak2 dia pun suka... Alhamdulillah


suka tengok apam susu yg kecik2 tu




21 Oct 2014

Resepi Kek Paun atau kek butter mudah

Assalamualaikum

Hari ni nak share kek butter simple
Sesuai la kalau ada yang baru nak belajar buat kek ni.
Sangat mudah and very basic ye... Percaya la....


Ni sy sengaja campurkan lebihan coklat chip dlm peti ais


Jom try....

Bahan-bahan :
240g tepung naik sendiri lebih baik jika diayak supaya tepung menjadi lebih ringan
4 biji telur gred B
240g Marjerin
200g gula halus (resepi asal 240g gula halus)
2 sudu kecil esen vanila

*selain guna esen vanila boleh jugak kalau kita nak tukar kepada orange paste atau perasa pisang.... ikut selera anda ye..

Cara-cara :
1. Mixerkan marjerin and gula sampai putih and kembang, Semasa sage ni anda boleh pukul  selama mana anda suka yg penting sampai adunan jadi putih.

diputar sampai kembang dan putih



2. Bila dah kembang dan putih, masukan telur satu persatu dan pukul lagi.. maksud saya masuk sebiji telur pukul sekejap.. then masuk lagi satu dipukul sekejap sampai la telur habis
P/S : Jangan lupa telur mesti dibasuh. Jika tidak dibasuh dah jadi hukum haram.... sedikit info lah ye..

3. Masukan esen vanila dan dipukul sekejap untuk bg esen vanila sebati

4. Masukan tepung sedikit dan mixerkan. Ulangkan langkah dengan memasukan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis

5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Kalau saya.. saya akan masukan warna hijau, pink dan kuning.



6. Jika saya nak buat kek orange saya hanya masukan orange paste sahaja dan sy tidak menambahkan colour lain sebab orange paste tu akan membuatkan kek kita menjadi warna orange

Warna kek akan jadi mcm ni lepas kita letakaan oraange paste sahaja


5. Loyang digoreskan dengan marjerin dahulu sebelum dimasukan adunan.

Adunan dimasukan mengikut turutan.. diletjan di tengah2 loyang


6. Kemudian bolehlah dibakar dengan suhu 170 ke 180 darjah selama 45 minit ke 1 jam mengikut oven masing2 ya...

Tadaaaaa... siap sudaahhh...




Mudahkan !!! So apa lagi... selamat mencuba lah....