My Family Daisypath tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

25 Nov 2014

Resepi apam pisang kukus (ala ala kek pisang )

Malam ni hujannn..  sejukkk... perut lapar... tengok kat dapur Mother in law ada pisang.... tinggggg tercetus la nak cuba buat apam pisang... boleh jugak panggil kek pisang sebab teksture nya gebu dan gebas...

Bahan2
Pisang dilenyek (boleh guna pisang yg manis2... cth pisang emas, pisang berangan). Hari ni sy guna pisang 44 hari... hasil tanaman father in law

Kuantiti pisang dilenyek adalah 2 cawan

Bahan yg diblender sampai kembang
1 cawan gula
1 cawan minyak sayur/ minyak masak
3 biji telur
2 sudu kecil banana esen

Tepung 2 cawan
2 sudu kecil Serbuk soda bicarbonat
2 bahan ini diayak

Cara2

Pisang dilenyek halus (tak payah blender kalau nak kejadianya cantik)

Blend kan gula, minyak masak dan telur sampai kembang... bila kembang masukan banana esen dan blend sebati lagi

Campur kan pisang dengan adunan yg telah di blender

Masukan tepung dan kaup balikan sampai sebati

Sedia untuk dikukus selama 45 minit

Taraaaaaaa... siap suda

Cuba jangan tak cube yer...

27 Oct 2014

Resepi Apam Gula Hangus


Nampak tak kegebuanya...


saya jatuh hati dengan acuan yg menjadi kegilaan ramai ini




Assalamualaikum..

Harii ni gatai tangan lagi nak try buat apam gula hangus pulak... Ni semua rentetan dari group2 masak di FB lah ni.. Teringin tengok so memang kena try buat.

Terujanya bila kita buat menjadi tau so anda kena cuba ok...

Kalau anda baca habis entry ni saya ada sertakan sekali tips2 untuk buat gula hangus ye... Ingat kalau gula tu hangus sangat maka apam anda akan menjadi pahit....

Senang je resepi ni and buat la dengan penuh kasih sayang... Hehehe

Bahan-Bahan :

1 cawan Gula Pasir ( 1 cawan gula pasir ni membuatkan apam gula hangus anda tak manis sangat. jadi kalau anda minat manis anda boleh tambahkan sedikit lagi gula ye, Mgkn 1 1/2 cawan gula)

1 Cawan air panas

        P/S : 2 bahan ni adalah untuk dijadikan gula hangus

2 Biji Telur
1/2 cawan minyak masak (Saya guna minyak jagung untuk kesihatan ye... rendah kolestral)
2 sudu besar marjerin atau butter
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh soda bicarbonat
1 1/2 cawan tepung gandum

Cara-cara:

Gula dihanguskan kemudian dicampur dengan air panas dan disejukan

Tips nak buat gula hangus ni..
  1. Sila gunakan senduk kayu. Masa nak hanguskan gula ni sangat la panas apinya dan memakan masa.. so better guna senduk kayu supaya tangan anda tak panas hokey...
  2. Api jangan kuat sangat. Jangan hanya ingat nak cepat siap
  3. Jangan buat keje sambilan lain semasa menghanguskan gula... kerana gula ni mesti hendaklah selalu dikacau supaya oa hangus dengan sekats. kalau tak gula akan hangit and jadilah apam gula pahit..
  4. selepas gula dah cair  keseluruhanya... sila lah TUTUP dahulu api. Bila api dah tutup barulah kita masukan 1 cawan air panas tadi and kacau sehingga semua ketulan larut
  5. semasa menghangitkan gula janga tambah air selagi gula tak lebur sendiri
Dah selesai buat gula hangus,

Blenderkan telur, marjerin, susu pekat manis and minyak masak. Blend sehingga kembang and kalau ikut adunan ni dalam 3 hingga 4 minit.

Dah selesai blend masukan gula hangus yang telah disejukan tadi and blend lagi. Blend ni sekejap je sb nak bagi adunan sebati dengan gula hangus

Masukan tepung yg sudah diayak dengan soda bicarbonat sedikit demi sedikit dan dikaup balik kan sahaja and pastikan semua tepung2betul2 sebati dengan adunan yg di blender tadi

Maka dengan ini siap la adunan and sedia untuk dikukus.

Adunan yg siap sedia untuk dikukus


Kalau dalam loyang besar kena Kukus selama 45 ke 50 minit.
Jika acuan kecil-kecil mungkin dalam 15 ke 20 minit sahaja.

Sekian terima kasih

p/s Jangan lupa balut penutup pengukus ye...






Bahagian bawah.. cantik je kalau kita balut pengukus.. if not berlubang la sana sini


26 Oct 2014

Resepi Jeruk Mangga Asam boi cilipadi

Assalamualaikum

Salam Hari Ahad..
Hari ni macam nak cuti memasak.. kami lunch di luar je. Tapi sementara nak keluar lunch sempat jugak la saya try buat jeruk mangga ni..

Memang owesome. . Senang and sedap. Cik somi saya mmg hantu asam so mmg kena la dengan tekak dia..

Resepi ni tak menggunakan cuka ye. So tak akan membuatkan sakit tekak and org pregnant pun blh makan.

Jom tengok bahan2

Mangga muda
Gula lebih kan sedikit
Garam
Adam Boi ikut suka anda nak banyak mana
Cilipadi dipotong kalau nak pedas boleh la lebihkan

Cara2

Buah mangga dipotong. Ikut suka la nak potong mcm mana. Kalau saya suka yg nipis

Basuh buah mangga and toskan

Campurkan buah denga bahan2 yg lain

Simpan dlm peti selama 3 4 jam and sedia dimakan.

P/s : masa sy buat tak sempat perap pun. Dah dimakan...

25 Oct 2014

Resepi cucur kembung manis ranggup

Assalamualaikum

Ok... hari ni nak share resepi cucur kembung manis ni.. memang mudah and anak2 suka... diorg kata " cucur ni sedap sangat ibu masak "

Hati pun berbunga riang...
Cucur ni Sesuai untuk kanak2 sebab ianya ranggup diluar and lembut didalam. Hari ni saja masa buat cucur ni saya buat 2 bancuhan... laju je habisss

Cucur ni ada lah satu fenomena mcm apam susu jugak di group Kuih muih moden dan tradisional di FB..

Ok jom tengok bahan2 dan cara2 dia ye kawan2..

2 cawan tepung gandum
2 cawan air betul2 panas dicampur dengan garam secukup rasa
3 sudu susu manis
1 sudu kecil esen vanila (ini saya tambah ye..)

Campur kan bahan2 diatas dan kacau hingga sebati and boleh la digoreng apabila minyak dah panas.

Hokey sedikit tips..

Saya campurkan air panas dan garam supaya rasa garam lebih mudah sebati apabila kita Campurkan air dan tepung

Adunan ini mmg mudah untuk kita bentuk bulat-bulat sebab dia melekit-lekit.

Anda kena cuba baru anda tau ok...
Senang kan??

22 Oct 2014

Resepi Pulut Kuning

Hari ni hari mendung.. Mendung saja tapi ptang baru hujan.

Dok kemas almari terjumpa lah peras pulut siam pemberian kawan cik suami.

Tiba-tiba teringat nak buat pulut kuning. Idea ni pun datang disebabkan menu pagi tadi nasi lemak sambal ikan dan menu tengah hari tadi kari ayam ubi kentang.

So memang kena la makan pulut kuning dengan sambal ikan and kari ayam lebihan tadi.






Jom tengok bahan2 pulut kuning

Beras pulut 2 cawan
Asam keping 2 keping
Serbuk kunyit
Pewarna kuning telur - suka hati nak guna atau taknak guna anda boleh lebihkan serbuk kunyit
Daun pandan
Santan - saya guna 1 1/2 cawan (Anda kena pandai agak2 ye)
Garam secukup rasa

Cara - Cara : 

Basuhkan beras pulut cuci-cuci dan rendamkan beras pulut dengan air yg dimasukan asam keping, serbuk kunyit dan pewarna kuning telur. Rendamkan selama sejam atau dua. 

Kegunaan asam keping adalah untuk mencantikan beras pulut kita.

P/S : Tadi saya tak sempat nak rendam lama-lama. Saya rendam 30 minit jer...

Lepas rendam kukuskan beras pulut selama 20 ke 25 minit.

Lubang pengukus saya besar jadi saya tutupkan lubang dengan daun pandan.



Seperti kita tau daun pandan akan menyebabkan pulut kita wangi

Selepas beras agak masak...keluarkan dan sirakaan santan yg telah dicampur dengan garam dan gaulkan ke dalam pulut sehingga rata...

Setelah itu boleh la kukus semula beras pulut tadi selama 20 ke 25 minit atau sehingga pulut betul2 lembut....

Siap sudahhhhh....

Selamat mencuba yaaaaa.....



Resepi roti pizza

Assalamualaikum

Malam ni ntah kenapa datang mood rajin hupdate blog yg lama dah semput ni.

Masuk ni dah 3 resepi kot saya update malam ni.

Okey.. entry kali ni nak share resepi pizza roti.

Senang dan mudah...Kalau dalam bulan puasa tu dah banyak kali la saya buat atas permintaan anak2.

Resepi ni tak perlu buat doh pizza. Hanya guna roti gardenia atau High 5 sahaja.

Ok jom tgk bahan2

Bahan-Bahan :
Beberapa Kepingan roti gardenia mengikut saiz loyang anda
3 biji telur
200 ml susu fresh...
slice cheese mcm cheese yg kita makan dengan roti tu.. contoh cheesedale or mother choice.
Cheddar diparut - kalau beli yg siap2 diparut lg senang

P/S : Bahan-bahan ini bergantung kepada saiz loyang dan bilangan kepingan roti


Bahan untuk inti :

Bawang putih
Bawang merah
Daging kisar atau daging burger - Kuantiti anda kena pandai2 agak yea.. suka hati nak guna isi daging or isi ayam
Hotdog.. suka hati kalau tak nak letak pun takpa
Minyak masak
Garam
Serbuk Lada hitam
Serbuk lada sulah
Sos cili dan sos tomato sedikit
Sayur2 ikut suka hati anda... saya menggunakan lada benggala and mushroom button dalam tin tu
Lada Bengala
Bawang Holland sebab bawang ni ranggup

Cara-Cara untuk inti :

Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan masukan bawang merah yang telah ditumbuk dan juga daging sehingga masak dan empuk

Bila daging dah masak masukan hot dog

Masukan Mushroom, Lada hitam, lada putih, sos cili and sos tomato

Masukan garam secukup rasa

Masukan Lada Benggala dan bawang Holand

Masak bahan2 sehingga masak dan diketepikan serta disejukan

Cara-cara untuk lapisan roti :

Pecahkan telur dan gaulkan supaya sebati dengan susu segar

Celurkan roti di dalam bancuhan telur dan susu tadi dan disusun di dalam loyang. Loyang hendaklah disapukan dengan butter atau mentega terlebih dahulu

Tuangkan inti di atas roti dan ratakan

Susunkan slice cheese di atas inti tadi

Kemudian tutupkan slice cheese dengan roti seperti langkah pertama

Taburkan cheddar di atas roti

Jika ada lebihan susu dan telur tadi boleh juga tuangkan di atas roti

Bakar dalam oven selama 180 darjah dalam masa 40 minit bergantung kepada oven masing2....

Tadaaaaaaa.... Siap untuk dimakaan.....

anak-anak yg suka mkn cheese or suka makan pizza mesti akan mengemari roti pizza ni. Lembut jer....




Resepi Apam Susu

Di Facebook ada satu group masakan tu iaitu Kuih Muih dan Makanan Tradisional Melayu tengah menjadi trend ahli-ahli group masak Apam susu...

Hari2 mengadap saya pun dah teringin nak try. Senang jer cara buatnya.. and bahan pun mudah....

Resepi saya ambil dari group tu lah...

Bahan-bahan :

  • 4 Biji telur gred A
  • 1 cawan gula castor
  • 1 sudu besar ovellete
  • 4 sudu besar susu pekat
  • 2 sudu besar minyak sayur atau minyak masak
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 cawan tepung gandum diayak dengan soda bicarbonat 1 sudu teh
  • Pewarna yg anda suka
Cara-Cara :

Mixerkan telur, gula, esen vanila dan ovellete sehingga kembang and putih. Setengah orang guna blender pun boleh

Bila dah kembang masukan susu pekat and mixer kan lagi

kemudian masukan tepung sedikit demi sedikit and mixerkan lagi. Selang seli yer.... masukan tepung and mixer then masukan tepung then mixer sampai lah tepung tu habis.

masukan minyak and kacau sebati

Bahagikan kepada 3 untuk diwarnakan

sapukan sedikit minyak pada acuan sebelum dimasukan bancuhan tadi

Dah sedia untuk dikukus


Kukus selama 45 minit mengikut besar acuan anda ye...

Pastikan tudung pengukus dibalut supaya air tak menitis ke atas apam kita nanti... kalau air menitik tak cantik la apam tue....

balutkan tudug pengukus supaya air tak menitik


Ni la hasilnya.. memang gebu gebas...
Anak2 pun suka.. siap hantar bagi jiran rasa... my neighbor and anak2 dia pun suka... Alhamdulillah


suka tengok apam susu yg kecik2 tu




21 Oct 2014

Resepi Kek Paun atau kek butter mudah

Assalamualaikum

Hari ni nak share kek butter simple
Sesuai la kalau ada yang baru nak belajar buat kek ni.
Sangat mudah and very basic ye... Percaya la....


Ni sy sengaja campurkan lebihan coklat chip dlm peti ais


Jom try....

Bahan-bahan :
240g tepung naik sendiri lebih baik jika diayak supaya tepung menjadi lebih ringan
4 biji telur gred B
240g Marjerin
200g gula halus (resepi asal 240g gula halus)
2 sudu kecil esen vanila

*selain guna esen vanila boleh jugak kalau kita nak tukar kepada orange paste atau perasa pisang.... ikut selera anda ye..

Cara-cara :
1. Mixerkan marjerin and gula sampai putih and kembang, Semasa sage ni anda boleh pukul  selama mana anda suka yg penting sampai adunan jadi putih.

diputar sampai kembang dan putih



2. Bila dah kembang dan putih, masukan telur satu persatu dan pukul lagi.. maksud saya masuk sebiji telur pukul sekejap.. then masuk lagi satu dipukul sekejap sampai la telur habis
P/S : Jangan lupa telur mesti dibasuh. Jika tidak dibasuh dah jadi hukum haram.... sedikit info lah ye..

3. Masukan esen vanila dan dipukul sekejap untuk bg esen vanila sebati

4. Masukan tepung sedikit dan mixerkan. Ulangkan langkah dengan memasukan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis

5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Kalau saya.. saya akan masukan warna hijau, pink dan kuning.



6. Jika saya nak buat kek orange saya hanya masukan orange paste sahaja dan sy tidak menambahkan colour lain sebab orange paste tu akan membuatkan kek kita menjadi warna orange

Warna kek akan jadi mcm ni lepas kita letakaan oraange paste sahaja


5. Loyang digoreskan dengan marjerin dahulu sebelum dimasukan adunan.

Adunan dimasukan mengikut turutan.. diletjan di tengah2 loyang


6. Kemudian bolehlah dibakar dengan suhu 170 ke 180 darjah selama 45 minit ke 1 jam mengikut oven masing2 ya...

Tadaaaaa... siap sudaahhh...




Mudahkan !!! So apa lagi... selamat mencuba lah....








20 Oct 2014

Resepi Kuih Cara Manis

Assalamualaikum

Lama tak gebang2 kat blog nie...
Rindu pulak rasanya...

Nie saja la nak bagi mood bergebang datang balik supaya blog ni kembali bernafas.
So hari ni nak share resepi Kuih Cara Manis.

Senang dan mudah...


Bahan-bahan :

Quantiti kena pandai2 agak tau


  •  Tepung Gandum dalam 2 cawan
  •  Telur Sebiji dipukul sikit sebelum diblender
  • Daun Pandan beberapa helai ikut la kuantiti tepung Gandum kita tadi
  • Garam secukup Rasa
  • Air - agak2 sesuai
  • Santan setengah cawan... Boleh jugak guna susu segar untuk sesiapa yg hendak menjaga kesihatan
  • Gula 

Cara-Cara :

Daun Pandan dihiris dan diblender dengan sedikit air untuk dapatkan air pandan

Campurkan/gaulkan tepung gandum, Air pandan, telur, air,  garam dan santan/susu
Bila sebati sikit kita blenderkan campuran tadi supaya ia lebih halus

P/S : Adunan agak2 ye... jangan pekat sgt.. jangan cair sangat

Panaskan Acuan kuih Cara
Sapukan sedikit minyak dalam acuan
Then tuangkan adunan ke dalam acuan apabila acuan kita sudah panas.

Tip : saya guna jug supaya senang tuang bancuhan kuih cara supaya tak tumpah and comot..















Sudukan sedikit gula ditengah-tengah kuih..

Bila dah masak boleh angkat..

Ini lah hasilnya... tadaaaaaaa
















Selamat mencuba ok..

Wassalam






23 May 2014

Gadget #justsaying #holidayBeijing


As salam..
Dah pukul 2 pagi.. semua penghuni dalam bilik ni and bilik sebelah dah tido...  tinggal la I yang terkebil2 takleh tido.. awat la kan...

Ok just nak story about gadget2 yang canggih manggih ni... tak kira la iphone, samsung note, tab or ipad atau apa2 aja and the most important wifi or phone data yang we subscribe from our phone line provider. Tak guna gak ada smartphone tapi tak subscribe data kan...

Kadang2 I pikir tak bagus mana pun guna gadget2 yg canggih ni..
ye la cuba u all bayangkan ye..

One whole happy family sedang berehat menonton tv ... tapi si ayah and si ibu sibuk dengan phone masing2. Ber whats app la.. ber FB la.. anak2 dibiarkan tanpa interaksi atau dibiarkan menonton sesama mereka sahaja. Bila anak tanya something tentang cerita yang di tonton tu.. kita tak dapat nak respond sb kita cibukkk ngan gadget... tak ke kita dah waste our quality time with the kids???

Satu lagi... one whole happy family keluar berjalan2 pada hari minggu or bercuti sekeluarga... 

Si ayah masih sibuk dengan gadget di tangan berwhats app or calling2 pasal keje..
Yg si ibu sibuk ambil gambar and upload kat FB... then dok tunggu orang comment...  (macam kenal jeeeee ibu tu... keh keh keh... but I'm not so bad... after upload I simpan phone then I concentrate to kids... balik umah or dalam kereta, when the kids settle down baru i reply all the comments. )
Tak ke hilang quality time with the family???

Kadang2 stress gak bila berkumpul sesama keluarga tapi masing2 sibuk dengan gadget yang canggih manggih masing2... buat apa berkumpul?? Baik dok je umah masing2 mengadap gadget masing2 kan?? Anti sosial ke apa ni? Sampai terus slow wifi kt umah.. bayangkan kala 1 family ada 6 gadget... tambah ngan family lain yg datang... tak ke bertingkek-tingkek gadget sampai menyelow kan wifi..

Hokey... this is my story.... my real story. ..
Last year in June 2013... I pegi holiday ke Beijing... just me.. husbands and kids tak pegi. Just me and my friends (thanks darling sebab bagi I pegi bersuka suki ngan kawan2... love you deep deep)

Okey back to the story...

Di Beijing or China.. Facebook diharamkan.. kalau tak salah saya...

Masing2 yang pegi tu ada phone2 yg canggih manggih... actually phone je canggih tapi tak best gak sebab tak roaming nak guna internet. Maklumla mahal kalau nak guna internet kalau kita di luar negara.. so baik takyah la on the roaming tu...

Dalam group kami yang pegi seramai  20 org tu hanya 2 atau 3 org je yg ada internet connection.. yg lain tarakkkk... including me la yg tarakkk roaming tu. Actually I have tapi x nak on sb takut kena charge yg mahal or charge yg tak tau apa... so better off the roaming tu.

So selama 6 hari 5 malam kami disana.. bayangkan tanpa internet connection. .. mcm2 cerita kami kongsi bersama... bergurau senda.. bercerita... melawak... mengarut.. merapu... and kami mcm dah sangat rapat sedangkan ada yg baru sehari kami kenal...

Di beijing sangat best kalau bershopping... lepas je selesai shopping.. kami akan share sesama kami apa yg kami beli, handbage warna apa... mainan untuk anak, harga yg kami dapat, cerita2 yang kami siap gaduh ngan peniaga2 cina...mmg best... semua pengalaman kami akan share kan... waktu makan antara waktu yg meriah. Makan  semeja sambil bercerita itu ini... 

Sebab apa?? Sebab takde internet connection. Kami tak boleh hubungi kawan2 di malaysia. Jadi kami hanya boleh bersembang je ngan kawan2 serombongan yg di depan mata.
Bayangkan selama 5 hari tu... mcm2 cerita kami dpat share bersama. Kalau waktu makan and ada internet connection mesti masing2 bersembang tak semeriah without internet kan??

But... but... but....

When its comes to the last day... di airport....
Kami kena menunggu di airport dalam 3 4 or 5 jam la jugak... di airport diorg sediakan wifi...
Tapi wifi disini bukan sesuka hati kita boleh connect.. sapa yg nak guna wifi kena pegi ke kaunter and get the password. Satu password hanya boleh guna in only 1 hour. Nak dapatkan password tu siap kena tunjuk passport.. kena isi form bagai... after 1 hour kalau nak guna lagi wifi tu kena pwgi kaunter amd mintak another password. Setiap org lain2 password. Cara kerajaan China nak detact apa yg kita buat di alam cyber..
Nampak tak mcm mana negara China control penggunaan Internet.  Takut sungguh diorg ni nak bg kita guna internet.

Ok dah dapat password boleh la connect.  Jangan terkejut... bila log in FB tak masuk2... dok loading tak abis abis loading.. naik menyampah... sb tu la I said before.. China ni dah haramkan FB.
Ok fine... so i berwhats app je la...
Semua yg menyertai rombongan tu dah pegi ambik password wifi...

Dah dapat connect ngan dunia luar maka sesama kami pun secara automatic nya ter disconnect. Tiada lagi gurau senda sesama kami... masing2 di dunia masing2...masing2 ngan gadget masing2
Sorang di sudut sana... sorang disudut sini.... sorang di hujung sana and sorang dihujung sini... masing2 sibuk dengan gadget masing2 di tangan. .. maklumla.... dah dapat connect dengan org yg jauh di mata.. orang yg dekat dimata... hmmmmm diabaikan... or buat2 tak nampak...
Ada jugak dah dapat internet connection terus bukak tonton nak tgk teduhan kasih.. heheee.
Maklum lah dah 6 hari tertinggal tgk drama tu... hahahaaaa....

Selepas my own experience pasal internet di Beijing.. tiba2 keluar iklan raya maxis. Tentang budak bandar balik kpg... takde internet connection. .. dia keboringan.. tapi blh plk main guli la, menikmati keindahan kampung sebab takde internet.

Rupanya kat kampung dia tu ada internet tapi budak kampung tu dah off kan modemnya....
Haaaa.. sama la dengan apa yg jadi pada saya semasa di Beijing...

Tu je la yg I nak bebelkan malam ni... tetiba je teringat Beijing... teringat Beijing teringat MH370 (lets Doa for MH370)
My rombongan group
Batu jed yg ong... #konon
Menakluki tembok besar China

17 Apr 2014

Set Bersalin Amway

Assalamualaikum
Hari tu saya dah janji kan nak share kat sini pasal set bersalin yang saya gunakan semasa dalam pantang.

Sebelum tu kalau yg belum baca kisah delivery anak no 4 saya boleh baca kat sini ye... Part 1 and Part 2


Entry kali ni nak cerita tentang set bersalin Amway and product2 yg saya guna semasa dalam pantang. Mcm artis pulak... takdelah nak perasan artis tp saja saya nak bercerita pasal kisah2 masa berpantang ni.. nak bg org visit and baca blog saya supaya lebih meningkat... suka tengok bila graft pelawat semakin bertambah hehehee.. okey jom start..
Dari anak no 1 sehingga lah anak no 4 ni saya tetap setia pada set bersalin amway.
Why?
Because its so convenient,  easy to use, efficient,  complete dari ibu sehinggalah ke baby. 
Antara yg ada dalam set bersalin amway ialah baby oil iaitu minyak telon. Minyak baby Amway ni sangat best, wangi, menyegarkan and the best things is bila I aply to my baby after bath.. mesti baby akan terkentut... lega bila dengar baby kentut so kita tak perlu risau masalah kembung perut.


Okey.. dalam set bersalin ni ada herba mandi, herba pembersih wanita, herba peramping perut, herba penghangat badan, pilis dan minyak urut herba untuk ibu. Bahan2 ni adalah untuk kegunaan luaran.
Bg kegunaan dalaman ialah Teh herba untuk diminum dan pil selepas bersalin.

Psstt psttttt. .. tgk jugak ye kesesuaian puan2 dan juga baby... takut baby cerry berry sb panas bila minum teh and makan ubat herba ni.
Saya makan pil selepas bersalin ni dari anak no 1 sehinggalah no 3. Baby dan sy takde masalah.
Tp bg anak no 4 ni saya tak makan pil amway ni. Saya gunakan product dr HPA. Pil Paramaria, propolis, minum kopi radix dan juga teh herba yg dijadikan sebagai air minuman seharian... teh tu sedap sangat..


Kopi radix pun tidak mengurangkan susu malah memberikan saya rasa tidak letih sewaktu bangun pagi walaupun saya tidur lambat atau bangun malam untuk pump susu yg akan dibuat stock semasa saya mula keja nanti.


Okey berbalik pada set bersalin Amway tu... Salah satu sebab Saya sangat sukakan set bersalin amway ni ialah kerana ianya sangat mudah dan efficient.  Semua didatangkan dalam bungkusan kecil untuk kegunaan harian.

Herba mandian dan herba pembersih wanita didatangkan seperti uncang teh

Bagi herba mandian and herba pembersih wanita, ia dibungkus di dalam uncang seperti uncang teh lipton tu. Kita hanya perlu ambil 1 uncang setiap hari dan uncang itu direbus dengan air di dalam periuk. Mandian dan pembersih wanita ini dibekalkan selama 20 hari. 1 uncang tu kita boleh rebus untuk dimandi pada waktu pagi dan petang selama 20 hari. lebih baik dimulakan seawal 3 atau 4 hari selepas bersalin.
Aroma herba mandian and herba pembersih wanita ini sangat lah wangi dan menyegarkan.
Cara menggunakanya ialah Masukan uncang herba ke dalam air dan rebuskan air selama 15 ke 20 minit atau sehingga air akan menjadi warna perang kemerahan. Gunakan air rebusan ni dalam keadaan suam. Klu saya, saya suka panas sikit sebab mengikut mak saya air panas dapat membantu angin dalam badan cepat keluar and melancarkan aliran darah.
Saya mula mandi dari hari ke 3 atau ke 4 selepas bersalin. . Memang best and menyegarkan sebab aroma herba yg wangi.
Bagi herba pembersih wanita, sama juga masukan uncang ke dalam air dan rebuskan selama 15 ke 20 minit atau sehingga air jadi keperangan. Kemudian saya suka masukan air rebusan herbal pembersih dalam besen and saya duduk dalam besen tu sampai saya puas hati. Ataupun anda boleh menggunakan air itu sebagai pencuci.



Selepas mandi pagi saya akan sapukan minyak urut amway di kaki, tangan, bahu, perut,  pinggang... pendek kata dimana2 lah ikut suka puan nak sapu. Jangan sapu di muka and kemaluan dah la ye...

selesai sapu minyak saya akan bertungku... biasanya saya akan bangun mandi pukul 8. Jadi dapat lah bertungku diwaktu pagi sebab kalau nk bertungku biarlah di waktu pagi... masa anak no 1 and 2 saya gunakan tungku batu yang berat tu... pagi2 mak saya terpaksa panaskan tungku, lps tu tungku dibalut dengan kain. takpe lah waktu tu mak masih kuat dr sekarang...bolehla angkat tungku tu...

Tapi untuk anak no 3 dan 4 saya bertungku menggunakan iron.. heheheee.. senang... panas pun cepat. .. takyah berpeluh2 depan api.. takyah nak susahkan mak.... iron pun tak berat... asalkan panas and boleh memanaskan bahagian bawah perut iaitu untuk kecutkan rahim kita. Mak saya kata bagi perut tu masak... I dont know what is the meaning tapi ikut jer la... asalkan bertungku untuk kebaikan masa hadapan.

Selepas bertungku saya akan pakai bengkung.  Tapi sebelum tu saya kena sapukan herba peramping perut dahulu di perut.

Campuran herba peramping perut

Bagi penggunaan herba peramping perut pula, boleh digunakan dari 5 hari selepas bersalin. Bg saya, saya gunakan selepas saya rasa kurang kesakitan di jahitan. Sebab nak ikat bengkung tu kalau jahitan masih sakit kita akan rasa tak selesa dan kita akan rada ragu2.
Tp kelahiran ke 3 dan ke 4 kesakitan jahitan tidak terasa. Mgkn sebab sedikit jahitanya .. jadi saya dah start pakai bengkung and herba peramping perut dr hari ke 4 selepas bersalin.

Biasanya saya pakai peramping perut ni selepas mandi pagi dan selepas saya sapukan minyak urut amway di tangan, kaki dan pinggang atau diseluruh badan yg terjangkau oleh tangan . Selalunya dalam pukul 9 pagi saya dah pakai herbal peramping perut dan bengkung. Saya pakai dr pukul 9 pagi sehinggalah pukul 5 petang.

Saya dah interview makcik yg mengurut saya tu...sebab apa kena pakai bengkung??

Pemakaian bengkung adalah supaya pinggul kita kembali rapat selepas terbuka semasa melahirkan anak. Selain itu ia adalah untuk membetulkan dan mengecutkan kedudukan rahim kita yg mengembang semasa mengandung dan untuk menjaga supaya perut kita tak sejuk. Dan lagi satu, ia adalah untuk mengempiskan perut.

Set Amway ni didatangkan sekali dengan bengkung. Bengkung amway ni ala ala traditional sebab kita kena ikat sendiri bengkung tu. Saya suka guna bengkung ni sebab selalunya bila suami saya ikat mmg dia akan ikat dengan kuat dan kejap...



Sebelum pakai bengkung kita kena sapukan herba peramping perut dulu diperut. Herba peramping perut ni didatangkan sebanyak 20 packet untuk dipakai selama 20 hari. Senang kan?? 1 hari kita buka 1 packet.  Tak payah ceduk pi ceduk mai.. atau tak payah sukat pi sukat mai... terus je buka 1 packet untuk dipakai setiap hari selama 20 hari.
Herba ni perlu dicampur dengan 3 4 sudu air panas  sehungga jadi satu pes and kemudian disapukan dengan rata di kawasan perut. Selepas disapu diperut, tutupkan dengan kain nipis ditempat yg kita sapu di perut tu sebelum pakai bengkung. Saya guna kain lampin anak yg agak lama2 tu... sayang nak guna lampin baru.
Apakah fungsi kain lampin lama atau kain nipis yg saya  gunakan untuk tutup perut tu??
Fungsinya ialah supaya bila kita pakai bengkung, bengkung kita tak kotor. Kita tak perlu cuci bengkung kita hari2. Yang perlu di cuci hanyalah kain yg kita cover perut kita lepas kita sapu herba peramping perut tu. Sebabnya selepas campuran tu kering ia akan jadi macam tanah liat atau lumpur yang kering. Ia jadi berpasir dan berwarna kuning.  Agak jenuhlah kalau nak hilangkan kekuningan di bengkung kita. Perut kita akan rasa panas selepas memakai herba dan bengkung itu.

Campuran penenang atau pilis
Selepas makan tengah hari,  saya terus sahaja pakai pilis di dahi.  Pilis ni pun didatangkan dalam 15 packet and untuk dipakai selama 15 hari. Ia blh digunakan pd hr ke 4 selepas bersalin.
Campurkan satu sudu teh air panas dalam pilis ni dan sapukan di seluruh dahi. Kemudian baring and cuba pejamkan mata and tenangkan fikirkan.  Pemakaian pilis ni akan mendatangkan rasa panas di dahi seperti kita pakai minyak angin tetapi awas jangan sampai pilis atau air pilis masuk mata... pedih hokey...nak.lagi best baring di tempat yg ada angin sikit2 tu supaya pilis kering.. sejuk je dahi kita nanti.. tapi baunya agak kurang menyenangkan lah.
Pakai pilis ni dan biarkan ia kering selama sejam sebelum membersihkanya..
Biasanya semasa pakai pilis ni saya akan baring and tido sekejap. Itupun sekiranya baby ok... so baby tido ibu pun tido lah.

Selain menggunakan pilis dari amway ini, saya guna juga Bam puah pala sebagai pilis. Saya sapukan di dahi pada waktu pagi selepas mandi dan selepas mandi petang. Pilis dari Amway saya pakai pada waktu tengahari selepas lunch. Memang menyegarkan, memanaskan kawasan dahi yg kadang2 kepeningan.


Dalam pukul 4.30 ptg saya akan pakai herba penghangat badan. Sebelum pakai penghangat badan ni saya rebuskan herba mandi dan herba pembersih wanita. Supaya nanti air mandi siap sedia digunakan sebaik sahaja saya selesai memakai penghangat badan ni.

Campuran penghangat badan
campuran penghangat badan ni didatangkan dalam 15 packet untuk kegunaan 15 hari. Boleh digunakan 4 hari selepas bersalin.
Sama jugak seperti herba peramping perut, campuran penghangat badan ini dicampurkan dengan 3 atau 4 sudu air panas supaya ia menjadi pes. Digaulkan Kemudian kita aply di seluruh kaki, seluruh tangan, di leher, belakang badan yg mana yg boleh dijangkau oleh tangan saya lah. Pendek kata seluruh badan yg terjangkau oleh tangan kecuali muka, perut, dan kemaluan.
Fungsi penghangat badan ni adalah untuk menghangatkan badan. Satu lagi untuk menghalang angin masuk badan sambil membantu membersihkan kulit dan mencantikan kulit. Badan kita akan terasa panas sementara nak menunggu campuran kering. Biarkan selama 2 3 jam sebelum membersihkanya... huhuhu bab pakai herba penghangat badan ni sy malas sikit. Saya hanya memakai selama sejam sahaja. Mana taknya kalau nak pakai lama2 mcm mana nak menyusukan baby dengan badan yg penuh kekuningan kalau baby menagis... dah tentu2 habuk akan masuk mata baby or hidung baby..

Campuran penghangat badan ni agak remeh. Sebab bila kering ia akan jadi berpasir. So apa yg saya buat adalah...
Saya ambil cadar besar, saya bentangkan cadar tu besar2 di tempat dimana yg saya nak pakai penghangat badan ni. Saya bentangkan di atas lantai untuk saya berpijak dan sebahagian lagi saya bentangkan di birai katil supaya lantai dan birai katil tempat saya duduk tu tak terkena campuran penghangat badan tu. So tempat yg kita duduk dan pijak tu tak terkena kotoran campuran tadi. Kalau tak habislah tempat yg kita duduk dan diri tu akan kotor kekuningan dek terkena herba ni.

Tips.. saya buat ni di depan tv so takdelah rasa lama sgt 40 minit or 1 jam tu.

Bila dah kering herba tu saya bersihkan dan terus mandi petang sekali. Mandi dengan air herba yg sama digunakan masa mandi pagi tadi.
Selesai mandi saya sapukan minyak urut di kaki, tangan, perut and dimana2 la tempat yg terasa nak buh minyak tu. Kadang2 di kaki saya sapu lotion mustajab halia extra hot supaya kaki terasa extra panas.
Bila selesai makan malam, saya pakai bengkung lagi.  Sebabnya untuk menjaga supaya kita tidak tidur terlalu lasak sb bila pakai bengkung ni pergerakan kita terbatas sikit. Tapi tu lah kadang2 bila malas malanda tak pakai jugak bengkung di waktu malam ni.
Waktu mlm ni sy sapukan lotion mustajab extra hot di perut sebelum pakai bengkung.  Konon2 nak bg perut kempis tp mmg kempis pun perut selepas pantang... yg takut nya 2 atau 3 bulan selesai berpantang.  Sebabnya pantang jumpa makanan yg sedap. Kira nk mkn je kan.


Masa dalam pantang saya makan nasi macam biasa semasa 3 minggu pertama.. makan tengah hari and makan malam... ni untuk memberi tenaga balik kepada badan selepas melahirkan. Selepas 3 minggu pertama saya cuma makan nasi sehari sekali iaitu waktu tengah hari... malam saya ambik cereal dari HPA.. kadang2 nestum and milo ataupun biskut 4 segi cicah ngan kopi radix atau milo.

Tetapi saya jumpa makanan baru selepas sahabat lama saya dtg melawat sy dari jauh. Kebetulan dia ada hal di KL dan bila nak balik ke Penang tu dia singgah di rumah saya... lepas ni oat ni la jadi kudapan saya. Sedap oat ni and murah.. siap suh kawan saya pos laju dari Penang...


Semasa dalam pantang menu harian saya ialah nasi panas, lada hitam yg ditumbuk halus, ikan rebus yg direbus sekali dengan bawang, kunyit, halia, bawang putih dan asam jawa.

Sehari saya rebus sekor je ikan. Jadilah habuan makan tengahari sekali makan. Selain itu ayam bakar, kadang2 ikan bakar, sawi rebus, lobak putih masak air, bayam masak air, sup ayam atau sup daging... tue ja la menu nya. .. bertukar2...

Lobak putih, sawi and bayam untuk membanyakan susu. Saya ni bukan org yg makan sayur tapi demi anak saya makan jugak lah dengan harapan boleh membanyakan susu.

Saya baru belajar satu resepi dr makcik yang mengurut saya. Lobak putih yang dimasukan dalam sup ayam.. boleh tahan sedapnya... taklah boring asyk makan lobak putih masak air je.

Kalau agak2 bosan makan nasi saya makan bubur dengan ikan bilis goreng dan lada hitam atau dengan ayam or ikan goreng.

Antara menu semasa dalam pantang
Satu lagi yang saya nak kongsikan disini ialah makan bubur untuk melawaskan buang air besar. Lepas bersalin kita akan fobia untuk buang air besar.  Saya ada masalah ini masa melahirkan anak yg no 4 ni.. google pi google mai saya dapat solution.

Masak bubur seperti biasa. Kemudian masukan halia yg ditumbuk halus. Bila nasi dah kembang, goreng 2 3 ulas bawang putih.  Bila bawang putih dah kekuningan masukan dalam bubur dan tutupkan sehinggalah bubur masak..

Saya mengalamai masalah buang air ni tetapi lepas makan bubur ni... ia menyenangkan yg susah nak keluar tadi.

Begitulah cerita2 saya.. rasanya tue ja lah yg sy dapat share. . And harap anda yg membacanya dapatlah apa2 faedah dari entry ini.

Owhh sy bukan agent Amway atau HPA yer... saya hanya share je apa yg sy rasa and apa yg sy guna..and lg satu masa berpantang kena rajin la.. klu kita tak rajin tak guna jugak kita beli set bersalin apa pun atau sebagus mana pun set bersalin tu. Buat rugi je beli if tidak digunakan sampai habis..

itu aje lah entry untuk kali ini.

Sekian Wassalam

9 Apr 2014

Flexi Breastpump & Accessories from Eve Love for sales

Assalamualaikum,

Saya nak perkenalkan electronic breastpump from Eve Love. Saya telah jatuh cinta sejak pertama kali menggunakan eve love breastpump ni. Sebab itu lah saya berminat untuk menjual dan berkongsi pengalaman dengan puan2.

Breastpump ni adalah digunakan secara double pump. Mudah digunakan, cantik menarik and comes with powerbank. Boleh digunakan dengan wayar yg disambung terus ke elektrik source ataupun dengan menggunakan powrbank yg diberi secara percuma untuk memudahkan para ibu mengepam dimana2 walaupun tiada suis elektrik... sangat convenient.  Tak perlu nak beli bateri.

Convenient for working women yg berhasrat untuk berikan yang terbaik untuk anak-anak iaitu susu ibu yang sememangnya berkhasiat and baik untuk baby membesar.

Flexi Breastpump ni juga boleh digunakan secara handfree. Sambil drive pun boleh pump.. sambil jalan pun masih boleh pump. Sambil makan or sambil mengadap computer pun masih boleh pump..

Harga Flexi Breastpump from Eve Love sangat lah berbaloi and mampu milik..

Mempunyai sucking level sehingga 10 level.

Jom tengok pakej2 yang telah saya sediakan mengikut kegunaan dan kesesuaian puan2 dan juga mengikut budget puan2.

Saya juga menjual secara individual iaitu puan2 boleh membeli secara loose item.  Just hubungi saya melalui pm di facebook atau email kepada saya mariana_omar1@yahoo.com ataupun just comment di ruangan bawah...