My Family Daisypath tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

29 Mar 2014

4rd child delivery - 1st part

Assalamualaikum,

Alhamdulillah saya dah selamat melahirkan anak yg ke-4 pada 20 Mar 2014 pada pukul 9.28 malam. Baby berat 2.95 kg. Dilahirkan secara normal. Baby boy... seperti yang diingini oleh anak bujang saya Abang Adam and Abang Aslan.

Beberapa kali saya minta diorg untuk doakan yg saya akan dapat baby girl lagi tapi abang2 tak nak. Diorg jawab..

" kita kan dah ada adik girl satu, kita nak adik boy pulak 1. " dengan confident nya...

Agaknya Abang Adam tu dah lupa yang Aslan tu adik dia... boy.. sb mereka membesar sekali and dah jadi macam kembar or dah jadi macam kawan dia yg mmg kadang2 berlawan mereka berdua tu.

Ok jom saya nak tulis tentang detik2 tibanya masa nak melahirkan anak saya yg no 4 ni.

Hari Selasa 18 Mar 2014 ada check up dengan Dr Ratna di Putra Medical Center. Check up appointment pukul 1245 tengah hari. Bila ada time untuk appointment ni senang... kejap je la menunggu.. takde la lama sangat nak

Bila scan kepala baby dah pusing ke bawah tp belum engage lagi... air and uri semua dalam keadaan normal... Alhamdulillah. .

Dr advice me to jalan banyak2 kalau nak bagi cepat bersalin..

Kebetulan hari tu saya pergi check up sorang diri... biarlah cik suami keje dulu... nanti bila bersalin dah nak cuti lagi... biarlah selesaikan keje dia dulu... so apa lagi lepas check up terus la pegi jalan2 kat The Store Sg Buloh tu. . Tapi ada jugak la TERbeli tuuutttttttt ( takleh mention kat sini... secrettt ok... ) hehheee... dalam pukul 6 petang baru sampai umah... beli sekali Big Apple donut kegemaran anak2..

Hari Rabu 19 Mar, saya masuk office. Tujuan nya nak pegi Pasar malam Pantai Dalam selepas keje.. Nak cari Yong Tau Foo kat selekoh Pasar malam situ.. memang sedap yong tau foo dia... rasanya dah 4 tahun lebih tau I tak makan yong tau foo tu. Sejak berpindah dr situ. Nasib baik one of my old friend bgtau adik tu masih berniaga di situ.. Alhamdulillah. . Rezeki... dapat jugak membeli yong tau foo tu...

Bukan nak cari yong tau foo tu jer, sebenarnya nak cari dim sum jugak... google punya google rupanya kat Pasar Malam Pantai Dalam tu ada jual dim sum  tu. Memang kebetulan lah and mungkin Allah nak tolong permudahkan urusan aku.

Teringin nak makan dim sum ni semua gara2 tengok citer Bukan Kerana Aku Tak Cinta la ni.. nampak sedap je si Mastura tu makan Dim Sum yang husband dia masak kan untk dia tu. Haaa kan dah teringin...
 
Dulu masa saya tinggal di Pantai Dalam, belum ada gerai Dim Sum ni.mungkin baru berniaga la ni.. baru tak baru pun dah nak dekat 4 tahun berpindah dr sini...

Hmmm settle... apa yg di idamkan semua boleh dapat beli kat sini. Sanggup pegi sorang2.. nak tunggu Cik Suami.. hmmm mmg blh nak tunggu tp lambat la... kena tgk bila time dia free so baik saya fikir baik saya pegi sendiri je and jalan slow2 bak kata orang santaiiii... kata nak bagi cepat melahirkan ?? Kalau tak sempat makan apa yang diidamkan lagi la kempunan kan.

Yong tau foo dah dapat... dim sum pun dah dapat.... nak cari petai pulak.... teringin nak masak sambal ikan bilis atau udang petai... Alhamdulillah. .. dapat dijumpai jugak di pasar malam ni... ingat kan dah takde musim petai ni. sambil2 jalan tu nampak pulak apam balik berintikan pulut hitam... pernah makan 4 5 tahun dulu... bila dah nampak then beli jugak (psttttt... sebenarnya tak makan pun... beli saja yg lebih sb makanan dah banyak )

Jalan2 lagi nampak pulak seri muka... mmg nmpak kelembutan seri muka tu... beli jugakkkk and rasanya mmg sedap, lemak, lembut sebijik mcm org2 kampung buat.. faham2 la.. kat sini susah nak dapat seri muka yg betul2 sedap... kadang2 yg hijaunya lebih banyak tepung.. kadang2 pulak pulutnya tak lemak... tapi yg ni sedap.. boleh diterima..

Selesai sudah.. last but not least, beli telur ayam kampung.. macam biasa tujuan nya untuk aku minum bila dah admit di hospital nanti. Untuk memudahkan proses kelahiran nanti. Sepertimana semasa kelahiran anak no 1 hingga lah anak no 3.

Dah selesai membeli dan membelah, dalam pukul 630, saya pun balik...

Malam tu makan la apa yg di shopping di pasar malam tadi... Alhamdulillah...

Khamis 20 Mar 2014, saya pergi jugak ke KL. Disebabkan ada officemate buat open table . Dia nak belanja semua2 org di office. . Dapat durian runtuh agaknya kot.. saya tak plan nk masuk office pun so I just go there for lunch.. mula2 malas nak pegi jugak hut she invite personally kan... susah nak tolak..

Kami lunch beramai-ramai di Sime Darby Convention Centre kat Bukit Kiara. Me masa on the way nak pegi sana dari Plaza Damas dah cakap dah to my office mate..

" I rasa tak sedap la bawah perut I ni. Rasa sengal2.. " but I take it as a joke and my officemate pun just gelak2 je.. they said they dont want to jadi bidan terjun.. tak pasal2 kena menyambut baby.

After lunch dalam pukul 2, we all balik Plaza Damas. Mmg dah plan n dah buat appointment nk pegi pedicure and manicure sebelum pegi lunch kat SDCC... susah saya nak potong kuku kaki sebab takleh nak tunduk... at least nanti masuk labour room kuku semua dah pendek and dah kemas... yg penting dapat jugak la diorg urut tangan and kaki walaupun tak lama mana... huhuhu..m

Semasa pedi meni tu sempat jugak la terlelap... terlelap kekenyangan kot... perut ada rasa sakit2 tp level kesakitan sama seperti tengah hari tadi. selesai pedi meni dalam pukul 330 ptg. saya terus balik ke rumah tp tersinggah pulak kat saloon... nak cuci rambut sebenarnya sb sakit kepala... owner saloon tu mmg best bila dia cuci kepala.. urutan yg blh hilangkan migrain and kita akan rasa lega... dah alang2 sampai saloon tu, I fikir baik aku buat treatment terus. Ye la sebabnya nanti takleh keluar pegi saloon lagi dah masa dalam pantang.

So that day I buat treatment.. merangkumi shampoo and trim skit rambut di belakang. Ahkak yg vogue tu siap iron rambut I... owhhhh tu sebenarnya dalam pakej..

Masa tengah cuci tu, akak tu ada tanya.. dah ada rasa sakit ke dik?? Perut adik dah nampak ke bawah la... dah kosong dah kat atas..

Saya pun jawab.. ada sakit skit2 tapi due saya 1 April.. lambat lagi kot.. rasanya klu awal pun dlm next week. I jawab dengan confident nya...

Masa tu kat bawah perut tu mmg ada sakit tapi x kuat.. so I think sakit biasa2 ja...

Selesai sudah treatment rambut terlintas jugak di hati.. nak pegi tandas kt saloon tu sebelum gerak balik rumah.. nak check apa yang patut. Mana lah tau mungkin dah ada tanda keluar... darah ke?? Tapi ntah macam mana saya terus keluar saloon selepas buat pembayaran.. dah terlupa nak pegi tandas. Sempat lagi cakap kat akak tu... "nanti lepas pantang pulak la saya blh datang kak... nak buat hair relaxing sekali lepas pantang... "

Balik dr saloon, tak terus balik ke rumah. Saya singgah pulak kat kedai untuk beli ikan and udang... rasanya macam ada mood malam ni nak buat sambal udang petai yg dibeli semalam... nak buat sikit. Esok nak buat sambal petai ikan bilis plk. Chewahhh kan.. bukan main semangat pulak hari ni nk masak. Padahal dah lama rasanya aku tak jumpa kunci kitchen...

Masa ni ada rasa sengal2.. tapi rasa yg sama macam tengah hari td and masih tak kuat and sebab yakin yg due lambat lagi... lebih kurang 12 hari lagi untuk ke tarikh due 1 April 14.

Sampai umah, saya suruh bibik siang ikan and udang.. sy suruh sekali bibik tumis kan cili dahulu sb cili kan selalunya lambat masak. So saya suh bibik tumiskan cili dulu sambil2 tu dia boleh basuh ikan and udang. Saya beritahu bibik saya akan turun masak lepas magrib. Nak naik atas mandi and solat dulu.

Bila dah naik ke bilik.. saya baring sekejap dalam 5 minit and sakit sengal2 tu masih terasa... saya pun bangun nak mandi and terkejut bila tengok dah ada tanda... dah keluar darah... huwaaaaaa... mengeletar rasa tangan and kaki..

Kebetulan pulak hari yg keluar tanda, hari tu lah Cik suami keje...waktu tak keluar tanda dia off pulak kan... saya call and bgtau dia dah klr tanda. Sakit sikit2 dr tengah hari and actually sampai saat tu pun sakit tak kuat sangat... rasa nyilu nyilu je..

Cik suami kata ok dia akan balik terus and suh saya tunggu dia. Tapi bila difikir-fikir balik, tak berani la nak tunggu sebabnya ni dah anak no 4. I takut sangat satgi tiba2 nak terberanak terus ke or terbesalin kat rumah or kat dalam keta bila my husband sampai nanti. Plus I call balik my husband and tanya, jalan jam tak???

And oh yesss... jalan jam...aduhhhh!! Lagi lah I tak nak tunggu.. rasa tak yakin nak tunggu kat rumah.

Then, disebabkan jalan jam, my husband bg cadangan minta tolong abg atau kakak yg hantar anak2 ke sekolah.. owh tidakk... malu lah pulak nak mintak tolong pada org yg tak biasa dengan kita..

Pastu my husband kata nak minta tolong kawan dia yg dok kt saujana utama sg buloh datang ambik and hantar saya ke hospital.. owhh tidakk.. segan rasanya.. plus rasanya mcm tak berani nak tunggu lama2. Takut tak sempat..

Lalu aku gagahkan diri, kuatkan semangat and lagipun level kesakitan yang aku rasa masih seperti tengah hari tadi. 

Dengan yakin, Saya call Cik suami and bgtau yg saya akan drive sendiri ke hospital.  Saya meng confidentkan cik suami and beritahu dia Jangan risau sebab rasa sakit yang masih belum kuat ni rasanya saya mampu untuk drive ke hospital. Then cik suami kata ok... kita jumpa kat hospital.

Sebelum meninggalkan rumah, saya pesan kepada bibik tolong tengok anak2. Sambal yg telah ditumis yang pada asalnya saya nak masak sambal tumis udang dgn petai tadi, saya suruh dia masak sardin sahaja untuk anak2.

Si Bunga Airis takde masalah. She just said " bye ibu... " bila saya bgtau dia yang saya nak ke hospital. I think she know hospital is not a good place to go. So she just bye to me..

Setelah salam dgn anak2 saya pergi meninggalkan rumah. Masa tu dalam pukul 715 mlm. Sayu jugak la bila nak meninggalkan anak2 di rumah... Namun aku mesti tabah and aku mesti pastikan yg aku sempat sampai di hospital sebelum terjadi apa2 yg tak diingini.

Perjalanan ke hospital lebih kurang 20 minit juga la dengan speed yg I bawak masa tu. Bila terasa sakit and saya nak tekan kan disini yang level kesakitan masih lagi minor macam tengah hari tadi. Bila ada rasa sakit I just talk to baby sambil usap2 perut

" sabar ye sayang.... nanti kita sampai hospital... tunggu ibu sampai tau... ni ibu sorang2 ni... sabar ye... tunggu sampai kat hospital dulu "

He such a good boy.. bila cakap mcm tu perut kembali terasa lega. Syukur.... namun kesakitan tu masih berulang tapi tak masih tak kuat sakitnya..

Half way perjalanan saya perasan yg ada kereta di belakang saya bg signal emergency.  Keadaan masa tu semakin gelap and I tak perasan kereta apa and warna apakah kereta itu..

Pelik jugak rasanya sebab keta tu masih beri signal emergency sepanjang perjalanan.  Dalam hati terdetik.. ish nak potong... potong je la... when I turn left keta tu ikut.. when I turn right the car still there ... ishhh kalau nak merompak pun not this time lah kan... adoiii la... but I just ignore keta tu.. sebab sibuk memikirkan sempat ke tidak nak sampai hospital ni.

Bila dah nak dekat sampai hospital. Di trafic light terakhir... I call my mum. Nak bgtau yang dah on the way to hospital sb dah keluar tanda.. mak tanya tanda apa? Saya pun bgtau la tanda darah..

Then she asked me ada dengan sapa tu?? Sapa hantar ke hospital. And she was so shocked when I told her yang I pegi hospital alone. Huhuhuhhhuuuu... terkejutnya mak..

Then to make she calm down..  I told her yang dah nak sampai hospital... nak tunggu harris takut tak sempat... takut terbesalin kat umah or dalam keta... so sb rasa tak sakit sangat tu yg bawak keta sendiri slowly ke hospital....

Then she sound ok and calm sikit bila I told her yang dah sampai hospital. Fuhhh lega.... mintak mak tolong doakan semoga mudah segala urusan saya... syahdu pulak.. selalunya masa nak bersalin mak ada menemani di sisi. Kali ni my mum nun jauh di Penang.

Bila nak masuk simpang hospital, the car yg dok bagi emergency signal to is still there... masih mengekori di belakang. Lantak lah kan... rasa lega bila dah sampai di Putra Medical Center Bukit Rahman Putra. 

Bila dah sampai takde parking pulak kat depan2 hospital.. hajat di hati nak berenti je di betul2 pintu hospital.. tapi takde ruang sb ada kereta yang menunggu... damnnn...

So pusing la lagi satu round untuk cari parking... and kereta tu pun still ikut jugak I pusing lg satu round. Dalam pada dok tengah pusing tu cik suami call... dia bgtau yg rakan sekerja nya, Rashid tengah follow I dr belakang... oooooo makanya.... yg dok bg emergency light tu kawan dia la... ishhh kalau ku tahu dari td sebenarnya kawan dia yg follow mesti aku lebih cool dari tadi...

Bila dah tau kawan dia yg follow and dia masih follow walaupun aku tengah cari parking... terus ku parking kereta walaupun bukan di kotak parking...

I bukak pintu, turunkan kaki ke bawah ... I mean keluarkan kaki ke luar kereta and tarik nafas dulu for 10 second sebelum bangun dr kereta...

my husband's friend cakap " kak .. kenapa tak berenti keta depan hosp ??"

I just said... " ntah..takleh pikir dah and tak tau yang ikut tu awak ... klu tau saya berenti dah kat depan tu tadi "

Masa tu muka saya dah berkerut... tahan sakit... level sakit masih macam tengah hari tadi tapi lebih sikit. Agaknya sb dah sampai hospital kot.

"Ok kak... kak masuk dulu.. Cik Haris dah nak sampai... "

I pun serah kunci keta kat Rashid and terus masuk hospital... kebetulan nampak assistant Dr Ratna kat registration counter.

" Dik... Dr Ratna ada ?? Sy dah klr tanda la"

"Tanda apa puan? Ada rasa sakit tak?"

"Ada sakit sikit2 dr pkl 12 tgh hari td... ada darah .. "

Lepas ambil tekanan darah and yes tiba2 tekanan darah saya tinggi.. huhu... sy bgtau kat nurse tu... sb sy baru sampai kot and saya stress. Sy drive sendiri tadi.

Selepas itu sy  terus dibawa masuk jumpa Dr Ratna... nasib baik jugak la mlm tu Dr Ratna ada klinik. So takde la nk kena check ngan dr lain dahulu sblm call Dr Ratna.. terus saja jumpa Dr Ratna.

Dalam bilik doktor... Dr ratna macam biasa. Dah tersenyum. saya bgtau doktor yg saya ikut cadangan Dr untuk mempercepatkan bersalin dengan berjalan.. 3 hari saya jalan.. berjaya jugaa...

Dr. Buat VE and dia tersenyum...

" Dah 5 1/2 cm  dah buka Puan... malam ni puan bersalin la tu.. puan masuk wad.. blh solat Magrib dulu kat wad.. lepas solat magrib kita mulakan prosuder. Kita masukan ubat untuk buang air besar, pastu masukan air drip bg kuat and bantu contraction sikit then kita nk buat CTG... " dengan lemah lembut Dr Ratna explain...

Ok... time tu sy masih tersenyum. . Ntah la senyum apa... senyum takut atau senyum suka sebab akhirnya sampai waktu untuk delivery... masa tu dalam pukul 800 mlm... atauoun senyum tak sangka yang sakit sikit2 tu rupanya dah membuatkan laluan dah buka 5 1/2 cm... huwaaaaa...

Setelah selesai urusan pembayaran deposit oleh Cik Suami.. saya dibawa naik ke wad dengan kerusi tolak dan kami memilih untuk stay di single room. Senang untuk cik suami temankan saya malam nanti...

Fuh.... Panjang lagi cerita ni tau.. to be continue la pulak cerita2 macam mana proses kelahiran kali ni ok.....

Tungguuuu....

Wassalam

2 comments:

  1. Best la tgok life hg beb...baca stori2 hg...aku suka...rasa nak jadi cam hg...hmmmm...nak buat cane dulu2 tanak skola pandai2...huhu...
    so...take gud care of yourself...pantang betoi2....nanti dah update stori baru btaw naa...x sabaq nak baca...

    ReplyDelete
  2. Biasa biasa ja.. masing2 ada story sendiri kan..hehheee.. thanks sb sudi membaca.. hehe

    ReplyDelete