My Family Daisypath tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

22 Oct 2014

Resepi Apam Susu

Di Facebook ada satu group masakan tu iaitu Kuih Muih dan Makanan Tradisional Melayu tengah menjadi trend ahli-ahli group masak Apam susu...

Hari2 mengadap saya pun dah teringin nak try. Senang jer cara buatnya.. and bahan pun mudah....

Resepi saya ambil dari group tu lah...

Bahan-bahan :

  • 4 Biji telur gred A
  • 1 cawan gula castor
  • 1 sudu besar ovellete
  • 4 sudu besar susu pekat
  • 2 sudu besar minyak sayur atau minyak masak
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 cawan tepung gandum diayak dengan soda bicarbonat 1 sudu teh
  • Pewarna yg anda suka
Cara-Cara :

Mixerkan telur, gula, esen vanila dan ovellete sehingga kembang and putih. Setengah orang guna blender pun boleh

Bila dah kembang masukan susu pekat and mixer kan lagi

kemudian masukan tepung sedikit demi sedikit and mixerkan lagi. Selang seli yer.... masukan tepung and mixer then masukan tepung then mixer sampai lah tepung tu habis.

masukan minyak and kacau sebati

Bahagikan kepada 3 untuk diwarnakan

sapukan sedikit minyak pada acuan sebelum dimasukan bancuhan tadi

Dah sedia untuk dikukus


Kukus selama 45 minit mengikut besar acuan anda ye...

Pastikan tudung pengukus dibalut supaya air tak menitis ke atas apam kita nanti... kalau air menitik tak cantik la apam tue....

balutkan tudug pengukus supaya air tak menitik


Ni la hasilnya.. memang gebu gebas...
Anak2 pun suka.. siap hantar bagi jiran rasa... my neighbor and anak2 dia pun suka... Alhamdulillah


suka tengok apam susu yg kecik2 tu




No comments:

Post a Comment