My Family Daisypath tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

20 Oct 2014

Resepi Kuih Cara Manis

Assalamualaikum

Lama tak gebang2 kat blog nie...
Rindu pulak rasanya...

Nie saja la nak bagi mood bergebang datang balik supaya blog ni kembali bernafas.
So hari ni nak share resepi Kuih Cara Manis.

Senang dan mudah...


Bahan-bahan :

Quantiti kena pandai2 agak tau


  •  Tepung Gandum dalam 2 cawan
  •  Telur Sebiji dipukul sikit sebelum diblender
  • Daun Pandan beberapa helai ikut la kuantiti tepung Gandum kita tadi
  • Garam secukup Rasa
  • Air - agak2 sesuai
  • Santan setengah cawan... Boleh jugak guna susu segar untuk sesiapa yg hendak menjaga kesihatan
  • Gula 

Cara-Cara :

Daun Pandan dihiris dan diblender dengan sedikit air untuk dapatkan air pandan

Campurkan/gaulkan tepung gandum, Air pandan, telur, air,  garam dan santan/susu
Bila sebati sikit kita blenderkan campuran tadi supaya ia lebih halus

P/S : Adunan agak2 ye... jangan pekat sgt.. jangan cair sangat

Panaskan Acuan kuih Cara
Sapukan sedikit minyak dalam acuan
Then tuangkan adunan ke dalam acuan apabila acuan kita sudah panas.

Tip : saya guna jug supaya senang tuang bancuhan kuih cara supaya tak tumpah and comot..















Sudukan sedikit gula ditengah-tengah kuih..

Bila dah masak boleh angkat..

Ini lah hasilnya... tadaaaaaaa
















Selamat mencuba ok..

Wassalam






No comments:

Post a Comment