Malam ni hujannn.. sejukkk... perut lapar... tengok kat dapur Mother in law ada pisang.... tinggggg tercetus la nak cuba buat apam pisang... boleh jugak panggil kek pisang sebab teksture nya gebu dan gebas...
Bahan2
Pisang dilenyek (boleh guna pisang yg manis2... cth pisang emas, pisang berangan). Hari ni sy guna pisang 44 hari... hasil tanaman father in law
Kuantiti pisang dilenyek adalah 2 cawan
Bahan yg diblender sampai kembang
1 cawan gula
1 cawan minyak sayur/ minyak masak
3 biji telur
2 sudu kecil banana esen
Tepung 2 cawan
2 sudu kecil Serbuk soda bicarbonat
2 bahan ini diayak
Cara2
Pisang dilenyek halus (tak payah blender kalau nak kejadianya cantik)
Blend kan gula, minyak masak dan telur sampai kembang... bila kembang masukan banana esen dan blend sebati lagi
Campur kan pisang dengan adunan yg telah di blender
Masukan tepung dan kaup balikan sampai sebati
Sedia untuk dikukus selama 45 minit
Taraaaaaaa... siap suda
Cuba jangan tak cube yer...
No comments:
Post a Comment