My Family Daisypath tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

21 Oct 2014

Resepi Kek Paun atau kek butter mudah

Assalamualaikum

Hari ni nak share kek butter simple
Sesuai la kalau ada yang baru nak belajar buat kek ni.
Sangat mudah and very basic ye... Percaya la....


Ni sy sengaja campurkan lebihan coklat chip dlm peti ais


Jom try....

Bahan-bahan :
240g tepung naik sendiri lebih baik jika diayak supaya tepung menjadi lebih ringan
4 biji telur gred B
240g Marjerin
200g gula halus (resepi asal 240g gula halus)
2 sudu kecil esen vanila

*selain guna esen vanila boleh jugak kalau kita nak tukar kepada orange paste atau perasa pisang.... ikut selera anda ye..

Cara-cara :
1. Mixerkan marjerin and gula sampai putih and kembang, Semasa sage ni anda boleh pukul  selama mana anda suka yg penting sampai adunan jadi putih.

diputar sampai kembang dan putih



2. Bila dah kembang dan putih, masukan telur satu persatu dan pukul lagi.. maksud saya masuk sebiji telur pukul sekejap.. then masuk lagi satu dipukul sekejap sampai la telur habis
P/S : Jangan lupa telur mesti dibasuh. Jika tidak dibasuh dah jadi hukum haram.... sedikit info lah ye..

3. Masukan esen vanila dan dipukul sekejap untuk bg esen vanila sebati

4. Masukan tepung sedikit dan mixerkan. Ulangkan langkah dengan memasukan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis

5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Kalau saya.. saya akan masukan warna hijau, pink dan kuning.



6. Jika saya nak buat kek orange saya hanya masukan orange paste sahaja dan sy tidak menambahkan colour lain sebab orange paste tu akan membuatkan kek kita menjadi warna orange

Warna kek akan jadi mcm ni lepas kita letakaan oraange paste sahaja


5. Loyang digoreskan dengan marjerin dahulu sebelum dimasukan adunan.

Adunan dimasukan mengikut turutan.. diletjan di tengah2 loyang


6. Kemudian bolehlah dibakar dengan suhu 170 ke 180 darjah selama 45 minit ke 1 jam mengikut oven masing2 ya...

Tadaaaaa... siap sudaahhh...




Mudahkan !!! So apa lagi... selamat mencuba lah....








No comments:

Post a Comment