My Family Daisypath tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

22 Oct 2014

Resepi roti pizza

Assalamualaikum

Malam ni ntah kenapa datang mood rajin hupdate blog yg lama dah semput ni.

Masuk ni dah 3 resepi kot saya update malam ni.

Okey.. entry kali ni nak share resepi pizza roti.

Senang dan mudah...Kalau dalam bulan puasa tu dah banyak kali la saya buat atas permintaan anak2.

Resepi ni tak perlu buat doh pizza. Hanya guna roti gardenia atau High 5 sahaja.

Ok jom tgk bahan2

Bahan-Bahan :
Beberapa Kepingan roti gardenia mengikut saiz loyang anda
3 biji telur
200 ml susu fresh...
slice cheese mcm cheese yg kita makan dengan roti tu.. contoh cheesedale or mother choice.
Cheddar diparut - kalau beli yg siap2 diparut lg senang

P/S : Bahan-bahan ini bergantung kepada saiz loyang dan bilangan kepingan roti


Bahan untuk inti :

Bawang putih
Bawang merah
Daging kisar atau daging burger - Kuantiti anda kena pandai2 agak yea.. suka hati nak guna isi daging or isi ayam
Hotdog.. suka hati kalau tak nak letak pun takpa
Minyak masak
Garam
Serbuk Lada hitam
Serbuk lada sulah
Sos cili dan sos tomato sedikit
Sayur2 ikut suka hati anda... saya menggunakan lada benggala and mushroom button dalam tin tu
Lada Bengala
Bawang Holland sebab bawang ni ranggup

Cara-Cara untuk inti :

Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan masukan bawang merah yang telah ditumbuk dan juga daging sehingga masak dan empuk

Bila daging dah masak masukan hot dog

Masukan Mushroom, Lada hitam, lada putih, sos cili and sos tomato

Masukan garam secukup rasa

Masukan Lada Benggala dan bawang Holand

Masak bahan2 sehingga masak dan diketepikan serta disejukan

Cara-cara untuk lapisan roti :

Pecahkan telur dan gaulkan supaya sebati dengan susu segar

Celurkan roti di dalam bancuhan telur dan susu tadi dan disusun di dalam loyang. Loyang hendaklah disapukan dengan butter atau mentega terlebih dahulu

Tuangkan inti di atas roti dan ratakan

Susunkan slice cheese di atas inti tadi

Kemudian tutupkan slice cheese dengan roti seperti langkah pertama

Taburkan cheddar di atas roti

Jika ada lebihan susu dan telur tadi boleh juga tuangkan di atas roti

Bakar dalam oven selama 180 darjah dalam masa 40 minit bergantung kepada oven masing2....

Tadaaaaaaa.... Siap untuk dimakaan.....

anak-anak yg suka mkn cheese or suka makan pizza mesti akan mengemari roti pizza ni. Lembut jer....




No comments:

Post a Comment