My Family Daisypath tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

22 Oct 2014

Resepi Pulut Kuning

Hari ni hari mendung.. Mendung saja tapi ptang baru hujan.

Dok kemas almari terjumpa lah peras pulut siam pemberian kawan cik suami.

Tiba-tiba teringat nak buat pulut kuning. Idea ni pun datang disebabkan menu pagi tadi nasi lemak sambal ikan dan menu tengah hari tadi kari ayam ubi kentang.

So memang kena la makan pulut kuning dengan sambal ikan and kari ayam lebihan tadi.






Jom tengok bahan2 pulut kuning

Beras pulut 2 cawan
Asam keping 2 keping
Serbuk kunyit
Pewarna kuning telur - suka hati nak guna atau taknak guna anda boleh lebihkan serbuk kunyit
Daun pandan
Santan - saya guna 1 1/2 cawan (Anda kena pandai agak2 ye)
Garam secukup rasa

Cara - Cara : 

Basuhkan beras pulut cuci-cuci dan rendamkan beras pulut dengan air yg dimasukan asam keping, serbuk kunyit dan pewarna kuning telur. Rendamkan selama sejam atau dua. 

Kegunaan asam keping adalah untuk mencantikan beras pulut kita.

P/S : Tadi saya tak sempat nak rendam lama-lama. Saya rendam 30 minit jer...

Lepas rendam kukuskan beras pulut selama 20 ke 25 minit.

Lubang pengukus saya besar jadi saya tutupkan lubang dengan daun pandan.



Seperti kita tau daun pandan akan menyebabkan pulut kita wangi

Selepas beras agak masak...keluarkan dan sirakaan santan yg telah dicampur dengan garam dan gaulkan ke dalam pulut sehingga rata...

Setelah itu boleh la kukus semula beras pulut tadi selama 20 ke 25 minit atau sehingga pulut betul2 lembut....

Siap sudahhhhh....

Selamat mencuba yaaaaa.....



No comments:

Post a Comment