My Family Daisypath tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

25 Oct 2014

Resepi cucur kembung manis ranggup

Assalamualaikum

Ok... hari ni nak share resepi cucur kembung manis ni.. memang mudah and anak2 suka... diorg kata " cucur ni sedap sangat ibu masak "

Hati pun berbunga riang...
Cucur ni Sesuai untuk kanak2 sebab ianya ranggup diluar and lembut didalam. Hari ni saja masa buat cucur ni saya buat 2 bancuhan... laju je habisss

Cucur ni ada lah satu fenomena mcm apam susu jugak di group Kuih muih moden dan tradisional di FB..

Ok jom tengok bahan2 dan cara2 dia ye kawan2..

2 cawan tepung gandum
2 cawan air betul2 panas dicampur dengan garam secukup rasa
3 sudu susu manis
1 sudu kecil esen vanila (ini saya tambah ye..)

Campur kan bahan2 diatas dan kacau hingga sebati and boleh la digoreng apabila minyak dah panas.

Hokey sedikit tips..

Saya campurkan air panas dan garam supaya rasa garam lebih mudah sebati apabila kita Campurkan air dan tepung

Adunan ini mmg mudah untuk kita bentuk bulat-bulat sebab dia melekit-lekit.

Anda kena cuba baru anda tau ok...
Senang kan??

1 comment:

  1. wahhh . nampak sedap . esok nk try buat la . nk suruh my mom rasa

    ReplyDelete