My Family Daisypath tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

14 Sept 2012

Coret-coret Aidilfitri 2012


Assalamualaikum,

Tudiaaaaa dah.... lamanya tak hupdate Kat blog ni.. Dah fuhhh.. Fuhhh... Fuhhh... berabuk dah.. Tebal pulak tue..

Last update on 19 Ramadhan and today dah 27 Syawal dah baru la nak update.. It's been a month.. Wow sat nya masa berlalu kan??

Apa cerita Raya anda? Cerita raya cek tahun nie bestt.. Tahun ni cek beraya di Perlis.. Banyak kenangan2 silam di rumah Maktok cek dapat cek imbas balik.. Hmmm mmg tersengih la cek..sampai ke telinga kenyih nya tue..

Kat situ la tempat cek dikala cuti sekolah masa cek kecik2 dulu... Bukan nya dikala cuti sekolah ja.. cuti semester pun cek balik situ. Masa kecik2 main2, bakaq ikan termenung tak kira untuk makan tengah hari or makan malam tapi la nie umah tue dah usang.. ye la umah lama... pastu semua dah pi dok Penang and KL jadi tak dak sapa nak pesah dah la umah tue...

Cerita Raya cek bermula di sini...

Mulanya ... Kami bertolak ke Penang pada malam 16 Aug 2012. Raya kan 19 Aug 2012 jadi masih ada 2-3 hari lagi la nak sambut Aidilfitri. Sb nak elak dari jam punya pasai, kami plan balik malam Khamis tu jugak... Sempat la nak pi beli baju raya kat bapa cek keesokan harinya tue.. maklum la last minute shopping la katakan....

Alhamdulillah jalan clear. Kenderaan banyak tapi bergerak. Kalau tiba2 jam pun disebabkan oleh Lori yg besar and Lori tu tak blh laju..Jadi keta pun kena la dok ikut terkedek2 kat belakang lori tue.. cemuih la rasa... Kami bertolak dalam pukul 9 mlm kami sampai pukui 2 pg... Kira ok la 5 jam perjalanan..

Last Minit shopping di carefour
Jadinya hari Jumaat kami buat last minit shopping kat Carefour and Billion seberang Jaya. Pastu bukak posa kat umah maksu aku kat Penang, Sabtu pagi2 buta kami sibuk masak kari daging, ayam masak merah, rebus ketupat nasi and buat kuah kacang. Ketupat palas kami dah order dah... sebab tak reti nak balut plus mak cek pun dah tak larat nak masak2 nie.. yg jadi chef memasak hanya cek and Kak Lia.. kakak ipaq cek... dah kami dua ygt tingaai kan...

Rumah usang Moktok
Dah selesai masak kami bertolak balik Perlis dalam pukul 3 ptg.. siap angkut la semua2 lauk yg kami dah masak tadi.. sampai Perlis dah nak pukul 6 lebih and juadah bukak puasa beli ja la kat Pasar Ramadhan... Kami dok sibuk pikiaq nak bukak posa ngan apa.. tapi laki cek ngan abg cek sibuk nak pi beli lampu dengan pelita.. katanya nak memeriahkan suasana hari raya.. bila depa balik depa pun sibuk la buat apa yg patut sebelum berbuka...Nasib baik la kakak cek sampai dulu jadi dia la pi beli juadah buka posa untuk kami semua.. Cukup la yg simple2 janji kenyang..
Depa dok kalut nak pasang lampu and pelita

Macam2 kesah di malam raya ... Yg sibuk main bunga api and mercun, yang sibuk pasang pelita, yang sibuk jaga anak takut kena tangan anak masa budak2 main mercun, yang ngantuk, yang dah start makan ketupat palas cicah kari daging and ayam masak merah, and tak ketinggalan dengan nyamuk yang banyak.... hmmm.. part nyamuk yang tak tahan tue..

Walau mcm mana pun, kami sempat la pasang lampu lip lap lip lap and pelita.. Gambaq cek tak sempat ambik sebab dok kalut ngan anak2 cek... Jadi  umah Moktok yg usang nampak la meriah dan hidup sikit...

Kisah di pagi raya... liat bangun pagi sebab tido lambat, berebut bilik aiq, mandi air yg sangat sejuk maklum la air kampung, berebut nak iron baju, cari butang baju melayu tak jumpa, yang cerita pasal shopping baju last minit takde saiz, citer beli baju RM25 jer.. and macam2 la kesah nya.. Riuh la sat..


Macam Biasa lepas Solat Hari Raya, keluar dari umah Moktok pergi la beraya rumah saudara mara. Dah habis ronda2, adala dalam 4 buah umah kami balik ke rumah moktok. Takleh nak pi banyak2 umah sebabnya anak2 kami dah buat macam2 perangai.. Pening cek...

Bila dah sampai umah moktok,  semua yg lelaki2 bergotong royong la kat halaman umah moktok.. Gotong royong ni dibuat di petang raya PERTAMA ye... Kira cucu moktok ni sanggup la korbankan hari raya semata2 nak clearkan umah Moktok.  Buang apa yang patut kat halaman umah nak bagi rumah tue cerah skit.. clear sikit and tak mau la kan nak bagi ada binatang liar mcm sssssssss mai kan.. eeeeeee takut ai...

Gotong Royong - 1st Syawal

Anak dara cek dok posing tepi bendang


Raya kedua, kami pi beraya lagi and kali nie kami pi umah Maktih kat Arau...tudiaaaaaa... makanan wajib yg aku dok cari2 time raya ada kat umah Maktih iaitu laksa.. uihhhhh sedap aih...Biasanya kalau kat belah2 Perlis and Kedah ni, kalau hari raya mesti ada Laksa or Bihun sup daging... tapi tahun nie aku jumpa laksa ja.. huhuhu.. tak pa aih.. jadi la tue...Bihun sup aku tak jumpa sebab kami pun takla pi round banyak sgt umah... kami pi round umah2 yang wajib ja..
Laksa hidangan wajib Aidilfitri di Perlis

Tp before pekena laksa kami dok minum aiq kelapa yg baru kait dari pokok and cicah mampelam dulu kat tepi bendang... Best woooo... Dok kat tepi bendang tu, angin menderu, redup, pelam dok cicah baguih punya laju... pedas, masam mmg aku tak dapat la nak bayangkan and cerita la kat sini... KAU ADO ???
Pak Su dok pulun kupas buah nyok kelapa muda.. fresh dr pokok

sambil menyicah sambil bergambaq
dulu2 cek dok main kat ndoi nie la

yang budak2 dok main ndoi... syok woooo berangin.. sejuk ja hati.. memang aku kenyih sampai ke telinga la.. suami aku dok sibuk sembang ngan Paktih aku kat Bangsal.. bangsal tu mmg tempat favorite Pak tih aku la... tempat dia dok buat pisau.. aku tak berninat so aku tak pi la sana...and takde la gambaq nak tunjuk kat hampa no...
Suami cek takdak sb cek cr tak jumpa


Sejuk mata memandang
 Dah selesai kami pi umah Tok Ndak adik Moktok aku.. kat umah ni kami pi punggah air koq pulak sebab suami cek mmg dok cari ikan puyu sawah nak bawak balik kampung dia di Melaka... Memamng rezeki kami la.. Tok Ndak tue bagi free ja.. yahooooo.. suka la suami cek.. depa pun pungggahhhhhhh laaa habis-habisan...
Aktiviti MENGAUT ikan puyu

Dah selesai round masa raya ke 2 kami balik umah Moktok and mcm biasa depa sambung la bab2 gotong royong tue... Baru la cerah sikit tengok umah...depa bakaq apa yg patut..


Raya ke 3 aku dah gerak balik KL... aduhhhhh 12 jam aku kat atas jalan nak ke Melaka.. sakit segala tulang. nampak gayanya raya ke 3 kami beraya dalam keta and atas highway je la... tapi Alhamdulillah la kami sampai dengan selamatnya..

Raya kat Melaka biasa2 ja la.. ye lah dah raya ke empat dowwww... apa yang ada lagi ?? org pun dah abis raya...  aku and husband and anak2 hanya pegi beraya rumah2 yg wajib je di Melaka.. letih semalam tak abis lagi dowwww..
Nie dah raya kat belah Melaka & KL
Raya ke 5, kami dah gerak and balik beraya di belah2 KL... Borrringgggggg....

Haaaa... setelah penat beraya dapat la aku dok umah Sabtu and Ahad before masuk office balik after 10 days bercuti and bersuka ria......


Itu lah cerita Aidilfitri 2012 kami...

Penat tapi menyeronokan...

Tapi yg hairan tue.. entry ni nak cerita pasal raya tapi gambaq ketupat and rendang takdak pun... huwaaaaaaa... cek lupa nak ambik.. takpa2 tahun depat cek ambik no... hehee


Kepada semua, masih belum terlambat sy nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf Zahir dan Batin.. Raya kan sebulan .... hehehhee..



Wassalam...




















No comments:

Post a Comment