My Family Daisypath tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

24 Sep 2012

Resepi Keow Teow Thng

Keow Teow thng.. aku tak pandai menghias hidangan heheheh

Last Saturday 22 Sept 2012, ada la my old friends nak datang Umah.. Dia ni dah lama merantau kat negara orang.. Bila dengar dia ada kat Malaysia ni, aku pun jemput la dia dtg Umah. Permintaannya, dia nak makan Keow Teow thng..

Alang-alang nak masak Keow Teow thng ni, aku ambik kesempatan masukan resepi dalam blog sekali. Memandangkan ramai jugak yg pm aku and nak mintak resepi nie.

Okey, sedikit pengenalan tentang keow teow thng. Actually Keow Teow thng ni masakan org cina. Keow Teow thng ni mcm Keow Teow sup but in Chinese style it's more to clear sup. Tidak mcm sup org melayu yg banyak menggunakan rempah.

Zaman-zaman aku sekolah menegah dulu, dalam umur 15 tahun, nie la favourite aku. Balik sekolah jer mesti singgah kt makcik yg jual kat astaka boundry kat Penang dulu. Kalau hari sabtu waktu ada kokurikulum sekolah, habis jer aktiviti KK aku and the geng akan datang and makan kat sini.

Lepas dah berkahwin and pindah ke KL mmg takde jual. if ada pun kat kedai Cina. Plus aku teringin nak makan masa mengandungkan Adam. So aku kena la usaha cari resepi kat google.. Nasib baik ada resepi kat google tapi tu pun cuma ada dua tiga cara je tapi kebanyakan diolah menjadi Malay style. Tapi ada satu resepi ni mmg from Chinese so aku just ikut la resepi dia.

Aku pun try and try and try buat sampaila aku teror so boleh la aku share kat blog aku ni. Tapi ni style aku lah ye setelah diubahsuai mengikut citarasa sendiri. Style aku ni more to spicy. I used serbuk cili and cilipadi kicap. Baru la best makan pedas2.

Jom start tengok apakah bahan-bahanya.



Bahan-bahan Untuk sup :
Ayam (kalau aku, aku akan guna yg bahagian isi jer iaitu bahagian dada)
Kaki ayam ( if suka makan kalau tak suka makan it just good for the sup taste. Boleh juga ditukar dengan tulang2 ayam yg boleh dibeli di pasar malam)
Air (suka hati banyak mana untuk buat sup)
Halia sedikit mengikut ukuran air.. ala mcm kita buat sup ayam biasa tu
Ubi sengkuang sebiji dipotong besar
Gula batu (secukup rasa)
Sos ikan
Lada sulah (satu sudu besar but secukup rasa)
Kiub ayam (satu)
Garam secukup rasa

Bahan sampingan :
1 labu bawang putih ditumbuk halus
Minyak untuk menumis bawang putih (i used minyak sayur)
Serbuk cili Alagapa's or Baba's
Fish cake
Bebola kesukaan( ayam / udang / sotong)
Daun bawang dihiris
Taugeh dicelur
Cilipadi digunting kecil, dicampur dengan kicap 

* Bagi aku, susah untuk meletakan sukatan bahan tertentu. So pandai2 la korang. Ni bukan nak buat kek so kita mesti pandai mengadjust apa yg patut.


Caranya :


Untuk sup

Rebuskan ayam, kaki ayam, halia dan juga sengkuang dan juga garam secukup rasa.


Sengkuang yg telah dipotong sedrhana besar


Bila isi ayam dah masak keluarkan dan disiat kecil. Lepas siat masukan tulang ayam ke dalam sup balik. just to make sure sup tu akan lebih sebati ngan rasa ayam.

Isi ayam yg telah dipotong dan direbus
 Isi ayam yg telah disiat




Masukan gula batu, kiub ayam, lada sulah dan sos ikan(secukup rasa) 

* Sos ikan bersifat masin so agak2 sukatanya biar rasa bersesuaian dgn garam tadi. 

Fish Sos, make sure ada tanda Halal Malaysia


Bila dah menidih and nampak sengkuang dah masak boleh tutup api dah. kalau boleh biar menidih lama sikit supaya air sengkuang betul2 sebati ngan kuah sup. And kalau nampak air kurang boleh tambah air lagi.

* tujuan sengkuang untuk menyedapkan sup tp kalau suka boleh ja kalau nak makan sengkuang tu. Kalau saya, saya akan makan kuahnya jer.

* sup ni memang rasanya manis sikit.. Itulah tujuan kegunaan gula batu. Tp pandai-pandai la kita agak. Jgn buat manis sgt. 

Rupa sup yg siap dimasak



Untuk bahan sampingan :

Minyak Bawang putih :
Tumiskan bawang putih dgn minyak yg sudah dipanaskan.
Perlahan api dan kacau2 sampai la bawang jadi kekuningan.



      Bawang putih ditumis
            

 Bawang putih anda akan jadi mcm ini

minyak bawang putih

Sambal :

Masukan sedikit minyak. Bila minyak panas masukan air sikit dan kemudian masukan serbuk cili.

Kacau hingga sebati and dia akan jadi mcm ni. Ingat api kena slow ye.

Sambal


 Rebus and potong bebola and fish cake mengikut saiz yang anda suka.


Celur Keow Teow / mee / bihun

Celur Taugeh 

Hiris daun bawang

Potong cilipadi and dicampurkan dengan kicap

Bahan sampingan







Dah siap :





Cara hidangan :

Masuk kan keow teow dan semua bahan sampingan ke dalam mangkuk. Termasuklah minyak bawang putih yg kita tumis tadi. 

Dan masukan kuah sup mengikut saiz mangkuk anda.

Peringatan : Kalau tak letak minyak bawang putih tu mmg tak akan sedap kuah thng tu tadi. Sukatanya agak-agak la bersesuaian dgn saiz mangkuk kita tadi. Kalau semangkuk keow teow thng yang nak dihidangkan mungkin anda boleh letak sesudu kecil miyak bawang putih tadi.





Beginilah rupa hidangan anda nanti.






Selamat mencuba !!!!


Last but not least, saya abadikan gambar tetamu2 saya yang datang menikmati keow teow thng disini.



 












15 comments:

  1. nampak sedapppnyeee.... nak try takleh masak hehehe dapur dah lama tak berasap

    ReplyDelete
  2. thanks tuk resepi..nak try buat esok sebab mmg favourite..hopefully menjadi dan sedap mcm yg selalu makan...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam Chekgu Pija.. mcm mana menjadi tak ?

      Delete
  3. Tq sb share resepi ni .dah 5 t ahun sy cari .hr sy dpt mcm yg sy prnh rasa dulu.dulu sellu mkn dkt sg tiram byn leaps.skrg dk perakk tak Der dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam Kak.. mcm mana jadi tak ? dah try ke belum ?

      Delete
  4. To Chekgu Pija and Puan Noor Hamidah Harun.. macam mana jadi tak ?? Share la sikit kat sini..

    ReplyDelete
  5. boleh la sy cuba utk birthday party ank bln depan...rupa keow teow thng ni sama mcm kedai keow teow thng kt home town..mmg tmpt pebret n famous...dh lama cri resipi ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam Siti Nur Rohayu... haaaaa sebelum masak banyak2 for birthday party kena try buat untuk sendiri makan dulu.. nanti update lah saya ye menjadi ke tak atau pun apa yang terlebih and apa yang terkurang..

      Delete
  6. Saya bru je lepas masak & makan..... sedap cuma sambal tu macam x brp jd..., :-)
    Apa pun mmg seedaap :-)

    ReplyDelete
  7. Dear, nak tanya minyak bawang putih tu kan. Maksudnya kita tumis bwg putih sehingga jadi perang mcm dlm gmbr puan tu ye? And minyak banyak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye... bawang putih kita tumbuk halus.. klu rajin potobg dadu kecil.. saya x rajin so sy tumbuk je... pastu tumis dalam minyak... agak2 la minyak tu debgan bawang kita.. lebuh sikit minyak tu mcm dlm gambar sb masa kita makan.. kita akan masuk gak.minyak tu sikit dengan bawang putih garing tu... nanti dah try share ye jadi ke tak..

      Delete
  8. Sejak jmpa resepi ni dh byk kali sy bt..puas hati mkn..sedap

    ReplyDelete
  9. Sejak jmpa resepi ni dh byk kali sy bt..puas hati mkn..sedap

    ReplyDelete