Assalamualaikum semua,
Tadi lepas keluar makan2 dgn husband and anak, boring2 aku pun melanggan la citer 7 Petala Cinta kat Astro First.. aku rasa nak tengok ni sebabnya aku tengok promonya ada unsur2 keagamaan sb tak banyak filem kat Malaysia ni ada unsur2 keagamaan mcm nie dan satu lagi sebab aku ada terbaca komen citer ni dari Koleksi Ceramah Ustaz Don Biyajid iaitu Ustaz yang tengah hangat sekarang.
Now aku takleh tido sb aku dah tido banyak dah siang td.. jadi aku pun nak tulis la pasal citer nie..
Now aku takleh tido sb aku dah tido banyak dah siang td.. jadi aku pun nak tulis la pasal citer nie..
Sebuah kisah yang menceritakan tentang Konflik dalam percintaan dan persahabatan, Kebaikan dan Godaan syaitan, Kemarahan dan kemaafan serta pengorbanan....
"Di antara 7 petala langit dan 7 petala bumi, ada 7 petala cinta."
Citer ni bagi aku la yer.. just ok ok la.. Jalan Citer yg mudah dan tak banyak la benda yang boleh menyusahkan fikiran kita untuk berfikir... No bad feeling.. Sb aku ni kadang2 kalau tengok citer yang sedih2 aku terbawak2 ke dalam dunia aku sdr.. Hehe.. Emotional terlebih..
Bagi aku, kalau yg berdebar pun at scene yg Attar kena belasah dengan gangster. Attar kena cucuk dan dibuang dalam tong sampah, ingat kan dah mati la sb agak teruk la dia kena cucuk tue… takut aku tengok pisau samseng tue..
Lagi bg aku scene yang agak berdebar semasa Attar digoda Oleh seorang perempuan bernama Nida dan mereka kena tangkap basah dan juga semasa Majlis Akad nikah Attar dan Saida, Si tunang Saida, Hamka yang telah kita sangka terkorban tiba2 muncul semula semasa betul2 akad nikah hendak di jalankan...
Yang lain2, just so and so saja.. kira dengan kata lain tak lah mencabar minda memikirkan masalah2 jalan citer ni.. Sb sesetengah filem ni otak kita akan bekerja sb memikirkan konflik jalan cerita...
7 Petala Cinta ni satu citer yg baik.. Ada unsur2 keagama dalam percintaan yang bagi aku yang mmg daif nie kira ok la… Tapi Dari segi aurat dan pemakaian tudung tu aku pun tak berapa pandai dan aku tak berani nak komen.. Wallahualam.. Sekiranya anda nak tau ulasan mengenai hal2 agama boleh la baca komen2 dari ustaz Don yang aku share kat selepas ulasan dari aku.
Tapi konflik percintaan dalam cerita ni macam main tarik tali.. tersenyum jugak la bila aku tengok...
Kisahnya bermula dengan percintaan Saida anak tok guru kat sebuah sekolah pondok yang telah bertunang dengan Hamka.. Tiba2 mereka dapat berita yg Hamka telah terkorban dalam satu letupan di Arab.. Tinggal la Saida yang dalam kesedihan dari hari ke hari sehinggala ke setahun lamanya....
Hati saida telah berjaya dicuri semula oleh Attar seorang pemuda yang telah kembali ke pangkal jalan... dan mereka pun bertunang tetapi percintaan mereka agak goyah dengan kehadiran seorg perempuan bernama Nida yang tidak berapa elok pekerjaan nyayang datang ke sekolah pondok tersebut kononya ingin bertaubat tetapi sebenarnya dia ingin memerangkap Attar sehingga la mereka ditangkap basah...
Lalu Attar pun dibuang dari sekolah pondok dan Saida pun tak mahu meneruskan pertunangan mereka. Ye la.. sapa nak kan kalau tunang telah ditangkap basah dgn perempuan lain... Bila Attar berada di luar sekolah, dia kena belasah oleh samseng yang sama2 jahat dengan dia satu ketika dulu...
Dalam masa yg sama Nida telah mengaku kesilapanya yg mmg dia yang rancang diatas apa yg berlaku sb telah jatuh cinta pd Attar..
Selepas tu Attar dibawa balik dan diminta oleh Ibu bapa Saida untuk terima Saida semula tetapi Attar tak mahu..
Tiba2 entah macam mana Attar terima jugak Saida kerana nak bagi semua org happy..
Masa Majlis akad nikah, tiba2 Hamka yg kita sangka telah meninggak muncul semula tepat pd masa Saida dan Attar hendak dinikahkan (Ala ala drama Nur Kasih la pulak )
Kemudia tak jadi la akad nikah dan Attar nak menyerahkan Saida pada Hamka semula..Sanggup la berkorban demi kawan..
Hamka terima …. Tapi ntah mcm mana tak terima pulak
Nampak tak ?? Sebab tue saya kata kisah cinta ni kisah cinta tarik tali.. hahhaaa

Kesimpulanya bagi aku, nice story and boleh la nak layan….jalan citer penuh and tak la boring dan yg paling penting jalan citer mudah difahami..
Disini aku sertakan koleksi Ceramah Ustaz Don tentang citer 7 Petala Cinta nie.. Wallahulam..
Disini aku sertakan koleksi Ceramah Ustaz Don tentang citer 7 Petala Cinta nie.. Wallahulam..
===================================================
7 Petala Kepincangan dalam 7 Petala Cinta (Dipetik dari Koleksi Ceramah Ustaz Don Biyajid)
1. Dimulakan dengan watak Hero dan Heroin duduk berhadapan dalam majlis pertunangan. Lalu berkatalah si hero: "Assalamualaikum, cinta." Si heroin menjawab manja mata menggedik, "Waalaikumus...salam, rindu." Bermulalah episod couple Islamik dalam sebuah pertunangan kerana lafaz ini diulang tanpa segan silu walau di hadapan orang lain pada scene seterusnya.
Tak lupa, siap ada team datang zikir-zikir macam nasyid sebut nama Allah untuk majlis pertunangan ni. Guna nama Allah ya.
Pertunangan tidak digalakkan untuk dihebahkan sebagaimana dijelaskan dalam video Ust.Don 30 Minit. http://www.youtube.com/watch?v=zeWzuFHI1Q8
2. Perlu diketahui lakonan tidak menghalalkan apa yang haram. Scene seterusnya, Akhi Hamka nak berangkat ke Yaman. Watak Diana Amir (Hilma) dilihat pegang tangan, bersalam dan dikucup kepala oleh Akhi Hamka di hadapan semua orang . Di luar cerita mereka ini adik-beradik ke? Tidak rasanya. Depan budak-budak pondok yang berkopiah, berserban, bertudung dll. Well, semua merestui benda yang haram dalam scene ni. Yang paling geli apabila scene 'tak halal' ini diiringi dengan selawat ke atas Nabi beramai-ramai.
3. Scene seterusnya heroin nama Saida nak ambil buku terjemahan dari bapa dia depan budak-budak pondok yang sedang menadah kitab. Saida memakai baju yang amat terang, dengan purdah 4 segi style baru mungkin. Bila lihat dari sisi belakang akan nampak juga bahagian pipi dari bawah. Dengan kata lain, ini bukan purdah. Tapi hanyalah kain 4 segi tampal kat bahagian mulut. Tudung Saida pula macam kepala alien bila sanggul tudung ketara tampak kelihatan Kelihatan. Tudung bonggol unta apply dengan purdah. Tak lupa juga telinga jelas terbentuk di tudung yang dipakai dalam cerita ini dari awal sampai akhir. Pelajar lelaki di depan melihatnya dengan pandangan penuh minat. Well, purdah tapi berfitnah. Terbaik. Watak Hilma juga pakai tudung bonggol unta. ( note: Diana Amir telah pun memohon maaf untuk kesalahan tudung bonggol unta kerana masa pembikinan filem tu beliau masih tgh belajar pakai tudung )
Gaya pemakaian tudung+purdah yang salah ini sekaligus telah mencemarkan nama baik golongan yang berpurdah.
4. Scene seterusnya, flashback setelah Hamka dikatakan maut dalam letupan. Scene heroin bersama Hilma adik Hamka di tepi jeti. Dia teringat balik keromantisan akhi Hamka (ulang lagi Assalamualaikum Cinta, Wslm Rindu) yang datang dan duduk betul-betul di sebelah si heroin. Belum kahwin. Kononnya tidak mengapa sebab ada adik temankan, duduk berdua-duaan dekat-dekat macam tu tak menjadi kesalahan. Lalu startlah heroin bermadah:
"Duhai bakal imamku, jangan biarkan hadirmu sekejap mata dan jangan biarkan kebersamaan kita hanyalah sementara." Ayat orang bercinta. Bercinta sebelum kahwin adalah.....haram kan?
5. Scene Attar datang hantar buku-buku ke rumah. Saida bersama-sama Abi dan Umminya dalam rumah. Saida berpurdah tapi lengan tak tutup dan tak cuba untuk tutup lengannya yang sememangnya aurat di depan tetamu si Attar. Masa tu scene heroin sedih, mungkin sedih tu menjadikan aurat lengan itu halal?
Mulut tutup, aurat lengan buka.
6. Scene seterusnya, flashback Saida lagi. Dia teringatkan Akhi Hamka sedang mengajar al-Quran di jeti bersama-sama dengan Hilma adiknya. Hairannya, si heroin duduk betul-betul sebelah dengan hero. Adik hero duduk jauh sikit pula. Terbalik. Sepatutnya adik lah yang dekat dengan si abang. Bukan wanita lain. Wow, siap si hero menepuk manja si heroin yang belum halal lagi buatnya dengan kain serban beliau.
7. Fakharuddin Attar ( Hero Utama selepas Hero Sampingan Hamka mati ) dibuang Madrasah Qalbun Salim tanpa dengar penjelasan dari kedua-dua pihak. Attar dicekup berkhalwat dengan wanita bernama Nida oleh Imam disaksikan heroin, ummi, Hilma dan watak2 lain. Ironisnya, pada satu scene awal perkenalan dengan Nida, si Attar ni tidak pula mahu masuk bilik si Nida untuk mengambil serbannya. Tapi kali ini, senang-senang sahaja masuk bilik. Godaan syaitan mungkin.
Pihak pondok terus buang, yakni terus menjatuhkan hukuman berdasarkan apa yang mereka saksikan dengan mata kasar tanpa dilakukan timbang-tara terlebih dahulu. Cara Islamkah begini mengajar untuk berlaku tidak adil pada pesalah?
Last sekali punya scene - scene nikah Saida dan Attar, baju pengantin perempuan tak ikut syarak. Tudung masuk dalam. Tapi pakai purdah.
Cerita ini disudahi dengan kata-kata hero sampingan Hamka:
"Di antara 7 petala langit dan 7 petala bumi, ada 7 petala cinta."
7 petala cinta tidak diterangkan dalam cerita ini. Apa benda yang tujuh itu amat kabur sekali. Yang pasti, cerita ini telah mengangkat tema cinta sebelum nikah. Kerana cinta pada Saidatul Nafisah, Hamka rela berkorban walaupun jadi mangsa letupan semata-mata nak siapkan hadiah perkahwinan Hamka dan Saida, yakni al-Quran tulisan tangan sendiri buat Saida.
Sebelum menonton, anda kena ingat:-
1. Cerita ini bukanlah gambaran kehidupan Islam sebenar.
2. Bukan gambaran sebenar kehidupan pondok/pesantren yang mengasingkan lelaki dan perempuan.
3. Nice try dari pengarah, tapi tidak cukup nice untuk menggambarkan Islam yang indah.
4. Skripnya boleh tahanlah. Tapi jalan cerita, you tentukan sendiri. Still tak dapat challenge KCB (Ketika Cinta Bertasbih). Tidak ada cerita yang sempurna Islamikanya. Tapi betterlah kalau lihat dari etika pemakaiannya.
5. Sekiranya ketujuh-tujuh kritikan terbuka di atas diperbetulkan dan dititikberatkan dalam cerita terbitan akan datang, insyaAllah cerita itu lebih better. Penonton berhak mengkritik.
p/s: Kritik sebab cerita dia nak menonjolkan Islam dan nak mengaitkan Islam. Kalau cerita bukan cerita Islamik, tak perlu kritik sangat sebab memang kita tahu tak syarie langsung pun.
Kalau ada salah ejaan tu paham2 la.. nie dah malam.. hehe
ReplyDelete