Nampak tak kegebuanya... |
saya jatuh hati dengan acuan yg menjadi kegilaan ramai ini |
Assalamualaikum..
Harii ni gatai tangan lagi nak try buat apam gula hangus pulak... Ni semua rentetan dari group2 masak di FB lah ni.. Teringin tengok so memang kena try buat.
Terujanya bila kita buat menjadi tau so anda kena cuba ok...
Kalau anda baca habis entry ni saya ada sertakan sekali tips2 untuk buat gula hangus ye... Ingat kalau gula tu hangus sangat maka apam anda akan menjadi pahit....
Senang je resepi ni and buat la dengan penuh kasih sayang... Hehehe
Bahan-Bahan :
1 cawan Gula Pasir ( 1 cawan gula pasir ni membuatkan apam gula hangus anda tak manis sangat. jadi kalau anda minat manis anda boleh tambahkan sedikit lagi gula ye, Mgkn 1 1/2 cawan gula)
1 Cawan air panas
P/S : 2 bahan ni adalah untuk dijadikan gula hangus
2 Biji Telur
1/2 cawan minyak masak (Saya guna minyak jagung untuk kesihatan ye... rendah kolestral)
2 sudu besar marjerin atau butter
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh soda bicarbonat
1 1/2 cawan tepung gandum
Cara-cara:
Gula dihanguskan kemudian dicampur dengan air panas dan disejukan
Tips nak buat gula hangus ni..
- Sila gunakan senduk kayu. Masa nak hanguskan gula ni sangat la panas apinya dan memakan masa.. so better guna senduk kayu supaya tangan anda tak panas hokey...
- Api jangan kuat sangat. Jangan hanya ingat nak cepat siap
- Jangan buat keje sambilan lain semasa menghanguskan gula... kerana gula ni mesti hendaklah selalu dikacau supaya oa hangus dengan sekats. kalau tak gula akan hangit and jadilah apam gula pahit..
- selepas gula dah cair keseluruhanya... sila lah TUTUP dahulu api. Bila api dah tutup barulah kita masukan 1 cawan air panas tadi and kacau sehingga semua ketulan larut
- semasa menghangitkan gula janga tambah air selagi gula tak lebur sendiri
Blenderkan telur, marjerin, susu pekat manis and minyak masak. Blend sehingga kembang and kalau ikut adunan ni dalam 3 hingga 4 minit.
Dah selesai blend masukan gula hangus yang telah disejukan tadi and blend lagi. Blend ni sekejap je sb nak bagi adunan sebati dengan gula hangus
Masukan tepung yg sudah diayak dengan soda bicarbonat sedikit demi sedikit dan dikaup balik kan sahaja and pastikan semua tepung2betul2 sebati dengan adunan yg di blender tadi
Maka dengan ini siap la adunan and sedia untuk dikukus.
Adunan yg siap sedia untuk dikukus |
Kalau dalam loyang besar kena Kukus selama 45 ke 50 minit.
Jika acuan kecil-kecil mungkin dalam 15 ke 20 minit sahaja.
Sekian terima kasih
p/s Jangan lupa balut penutup pengukus ye...
Bahagian bawah.. cantik je kalau kita balut pengukus.. if not berlubang la sana sini |