My Family Daisypath tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

9 Oct 2012

Cerita tentang Pengalaman Melahirkan Aslan

Mengimbas kembali 5 tahun yang lalu dan sempena hari kelahiran Aslan pada 29 Sept 12, aku nak ceritakan pengalaman aku melahirkan Aslan kat blog aku nie untuk tatapan anak2 aku satu hari nanti.

Satu pengalaman yang masih segar dalam ingatan aku dan yang tak mungkin aku lupakan.

Aku mengandungkan Aslan semasa abgnya baru berumur 9 bulan. Dah rezeki Allah nak bagi aku terima seadanya walaupun tidak seperti yang dirancang.

Mengandungkan Aslan, aku tidak banyak karenah. Masa tu aku dah berkerja. Aku aktif dah takde masalah sangat. Morning sickness skit2 je and biasanya diwaktu pagi.

Mengandungkan Aslan sama seperti Adam. Perut aku tidak besar sebabnya mungkin aku tak makan vitamin seperti yang disarankan oleh doctor. Aku tak suka bau ubat tu and boleh membuatkan aku muntah. Kesihatan aku ok. aku takde kencing manis, takde darah tinggi pendek kata semuanya normal.

Mungkin juga kerana aku sibuk bekerja dan juga ada komitmen pada anak sulung aku, jadi aku mmg tidak sempat nak melayankan karenah aku sendiri pada masa itu. Tak sempat nak memanjakan diri kerana Adam juga memerlukan seseorang untuk dia bermanja.

Aku balik kerja aku masak, plus aku pernah beberapa kena naik tangga dari basement ke tingkat 11 kerana lif rosak.Tapi aku rasa itu adalah baik kerana org kata kalau kita aktif akan memudahkan proses bersalin kelak. Bukan nya kena berlari naik tangga tu but just naik slow2 semampu yang boleh. Bila penat stop and rehat la sekejap.

Semasa aku mengandungkan Aslan, aku rasakan masa berlalu dengan pantas dek kesibukan harian aku. Yang pastinya aku sangat suka minum air bandung.. and aku rasa takde makanan lain yang aku mengidam. Mungkin jugak hanya selang 9 bulan aku mengandung lagi so sebab tue takde yang mengidam kot. Sebab semuanya dah makan masa preganantkan Adam.. ye ka ? Ntah la.. Tapi aku rasa itu sedikit sebanyak menyenangkan pregnancy aku yg kali kedua ni. Sebab nya jarak tak lama.

Badan memang penat tapi aku mmg tak sempt langsung nak fikirkan tentang diri sendiri kerana melayankan anak sulung aku yang masih belum setahun. Dan kesilapan aku juga, pada masa itu aku merasakan anak aku yang sulung masih kecil untuk aku menceritakan yang dia bakal mendapat adik. Aku tak pernah sebut langsung pada Adam yang adik nya ada dalam perut.. and bla bla bla.. So Adam mmg tak tahu yang dia bakal mendapat adik.

Jantina bayi sudah aku ketahui. Kata doctor baby ni tak malu. He tunjuk terang-terangan... Hehee.. So memang tak mengharap la akan anak perempuan.

Lebih kurang lagi 2 minggu nak due aku dah start buat keje ofis dari rumah. Satu pagi lepas aku hantar anak aku ke nursery, aku balik rumah and ada report yg penting yang perlu disiapkan..Jadi aku hanya bekerja dari rumah untuk siap kan report tu.

Tengah buat kerja aku rasa semacam and bila aku check, aku tengok ada sedikit darah. Aku panic la juga walaupun ini bukan pengalaman pertama aku.

Aku beritahu suamiku and terus call mak aku yg berada di Penang. Nak tanya Pendapat Mak bahawa aku perlukah aku ke hospital dengan segera.

Mak aku suruh aku baring and tanya adakah aku berasa sakit? Masa tu aku mmg tak rasa sakit langsung. Lalu Mak aku suruh aku rehat and Mak ambik keputusan naik bas and datang Le KL. Bas ke KL dari Penang mmg takde masalah sebab banyak. Every 30 minit pasti ada bas yang akan bertolak ke KL.

Memandangkan aku tak rasa sakit, aku pun rileks. Masa tu dah takde rasa darah keluar lagi. Dalam pukul 4 ptg Mak aku sampai dan setelah berbincang kami ambik keputusan akan bergerak balik Ke Penang malam nanti. Keputusan tu dibuat pun bila Mak tengok aku takde rasa sakit and tande pun dah takde yang keluar pulak.

Dalam pukul 12 mlm kami bertolak balik ke Penang and singgah di Ipoh, rumah maklang aku untuk bersahur. Owhh ya aku lupa nak mention kat sini. Masa tu adalah bulan puasa.

Setelah bersahur, Suami aku tidur and berehat sebentar. Nasib baik Jugak la masa tu anak aku yg sulung tak meragam. Masa tu umurnya baru setahun setengah.

Dalam pukul 10 Pagi kami gerak balik Penang. Hari tu jugak lepas buka puasa, suamiku perlu balik ke KL sebab nak selesaikan kerjanya sebelum mula cuti panjang. Dan juga Suami aku perlu settlekan hantar menghantar Kuih bangkit for raya yang sudah diorder orang.

After 2 days di rumah mak, aku mmg takde rasa sakit and darah pun dah stop. Mak ambik keputusan pada pagi Jumaat tu nak pegi hospital memandangkan dah tiba due date.Salah satu sebab mak ambik keputusan pegi Jumaat sebab Sabtu Ahad doktor takde so tak banyak karenah sangat bila di wad nanti.

Kat hospital, aku kena masuk wad sebab aku beritahu dah ada darah and dah due date. Sebelum masuk wad biasanya pesakit akan diperiksa Suhu badan, buat VE, and tekanan darah. Tiba2 pulak tekanan darah aku tinggi. Tp aku rasa tekanan darah aku tiba-tiba tinggi sebabnya aku berdebar-debar. Sangat berdebar2. Berdebar2 sebab nak kena buat VE yang paling aku tak suka tu.

Yang pastinya aku rasakan debaran aku bertambah untuk pengalaman aku yang kedua nie. Sebabnya aku dah boleh bayangkan segala prosedur2 yang kena aku lalui untuk proses bersalin nie..

Ada Jugak nurse2 a.k.a kawan Mak aku tanya aku.. " eh.. Ni yg last year datang bersalin kan ? " hehee.. Nampak sangat tak merancang. Nak buat macam mana dah telah ditentukan Allah SWT.

Di wad aku disuruh berehat and doktor cuma pesan if ada rasa sakit kena la bagitau kat diorg.. Itupan disebab kan laluan hanya buka 1. 1 apa aku tak tau la.. tapi aku dengar doktor kata 1 masa first check sebelum masuk wad td.

Lepas doc pesan if sakit bgtau diorg.... Huh !! Dalam hati aku kata... Jangan harap la. Kali ni aku dah plan.. Kalau sakit yg masih boleh ditahan, akan aku tahan jer. Sebabnya aku mmg tak suka kena buat VE tu. sakit tau dak..

Petang 28 Sept 2007 dalam pukul 5 ptg, Paksu aku and sepupu aku Zamzuri datang bawak Nasi beriani hameediyah. Sebab aku yang order. Aku cuma fikir nanti lepas bersalin dah tak boleh nak makan apa dah. Sebaik je Paksu hantaq nasi beriani tu aku bedal Nasi beriani tu sebungkus habis.. Licin.. Sambil2 Makan aku memang terasa ada sakit sikit2. Agaknya semasa Baby mengeras.

Dalam pukul 8.30 malam mak aku sampai and aku minta mak buatkan milo panas campur telur ayam kampung 2 biji. Itupun setelah suamiku call and beritahu dia dah sampai kat Jambatan Pulau Pinang.

Macam biasa Milo campur telur ayam kampung panas adalah salah satu proses menguatkan badan dan mencepatkan proses bersalin. And campuran ini amat sesuai bagi aku sebabnya mmg petua ni mujarab  semasa melahirkan Adam dahulu.

Tak lama lepas aku minum milo tu suami aku sampai and dalam masa yang sama aku mmg rasa perut aku menegang.. Sakit.. sakit.. sakit... Tapi aku tahan.. tahan.. tahan... 

Sebelum minum milo and telur ayam kampung tu takde la sakit. Minum jer terus rasa perut memulas.

Aku tak nak bgtau kat nurse yang bertugas semata2 nak elakan diorg buat VE... Arggghhhhh

Then sakit lagi.. sakitnya hanya tuhan yang tahu.. memulas perut hinggakan badan aku merengkot tahan kesakitan. Mak tetap urut2 pinggang and suami aku usap2 kepala aku suruh tahan sakit dan minta aku beristighfar.

Sakitnya mmmg mencengkam and aku rasa sakit yang datang semakin kerap.. aku suruh mak panggilkan nurse bila sakit tu kerap datang and tak tertahan. Aku kena jalan ke bilik pemeriksaan VE..

Masa nak jalan tue pun aku dah membongkok2 tahan sakit and bila dah sampai di bilik VE tue, Nurse yang bertugas tue check and kata kat mak aku..

" Kak Sal, dah almost full la... Cuba Kak Sal rasa !!" lalu mak aku pun pakai sarung tangan and rasa..

" Ha ?? hang kata almost full. Nie dah full dah nie !!!.. Cepat bawak dia ke labor room"

Maklumlah, mak aku kan dah berpengalaman lama kat Hospital Bersalin Pulau pinang tu.

Lalu aku pun dibawa dengan kerusi tolak oleh attendent perempuan yg bertugas malam tu. Masa tue hanya tuhan yang tau.. Berpeluh2 aku menahan kesakitan.. Ya Allah.. aku mmg berdoa semoga aku sempat sampai kat labor room.

Kakak yang tolak aku dengan kerusi tolak tu pun pesan banyak2 kali kat aku.. " Dik .. tahan dik.. tahan.. jangan teran atas kerusi nie.. bahaya.. Tahan dik... " dia cakap kat aku and sambil tolak aku dengan cemas.... Kemudian dia sempat lagi cakap.. " Patutnya, nurse tu kena suruh saya tolak guna katil nie.. sebab dah full bukaknya.. tahan dik.. tahan .."

Time tue lagi la aku cuba sedaya upaya tahan.. aku tak nak apa2 terjadi kat Baby if terkeluar masa atas kerusi tolak.. Berpeluh2 aku menahan supaya tak terteran.. Owhhhhh mmg aku tak dapat nak gambarkan keadaan cemas masa tue..

Sebaik jer sampai kat labor room, mmg dah ada nurse and doktor dah siap2 kat situ menanti aku. Untuk transfer kan aku dari kerusi roda ke katil... diorg tolong pegang aku but aku cakap ...

"Saya dah tak tahan nie.. saya rasa baby dah nak keluar.." masa aku cakap tu aku menguatkan diri aku untuk bangun dari kerusi roda and naik atas katil . Aku kuatkan semangat and kuatkan hati.. aku taknak something bad happen to my baby. Dengan keadaan membongkokan badan sambil tangan dipegang di perut konon2 takut baby keluar aku duduk dia atas katil dan baring.. Masa tu perut aku memulas sakit yang amat sangat..

Doktor tengok and katanya dah nampak baby.. lalu dia suruh aku tahan lagi supaya doctor boleh pecahkan air ketuban..

Entah dari mana kekuatan yang aku dapat, aku tahan setahan-tahanya supaya aku tak teran.. aku boleh tahan and cuba bertahan sebab aku risaukan keselamatan baby.. aku tak mahu apa2 terjadi pada Baby..

Masa tu suami aku berada di luar. Dia siap2 nak masuk tapi belum dipanggil oleh nurse2 ni.. Ye lah.. mana sempat nak panggil sebab sebaik aku baring atas katil diorg dah nampak kepala baby... So mmg tak sempat la nak panggilkan suami aku.. kesian dia.. hajat di hati nak teman aku tak kesampaian...

Takpela... mak aku ada disebelah aku pun cukup lah dari takde sape2 yang teman aku.

Aku tahan2 semasa doktor nak pecahkan air ketuban. Bila terasa ada air panas mengalir keluar. Maksudnya air ketuban telah dipecahkan. Bila aku rasa jer panas tue terus aku kata..

" Saya tak tahan dah nie.. saya nak teran..sakit sangat perut saya ni..."

aku mmg tak dengar dah apa yang nurse2 and doktor tue kata and aku terus meneran.... berpeluh-peluh aku rasa. basah semua rambut aku sedangkan aircond hanya atas kepala aku.

"Arghhhhhhhh... Allah .... "(teranan yang pertama.. tapi aku tak jerit sb mak aku pesan jangan jerit.. tak elok... ) baby still tak keluar...

Then aku dengar mak cakap pada aku.. "kalau rasa nak teran sekali lagi.. teran kuat2 and panjang2....sikit lagi dah nak keluar tue... Kalau tak teran kuat-kuat nanti depa gunting "... Mendengarkan mak sebut gunting tu aku takut and aku tekad nak teran kuat2..


" Arghhhhhhhh.... "(teranan kedua... ) and belum habis teran tu aku tarik nafas and teran sekali lagi sekuat-kuat hati.." Arghhhhhhh..... " and sekelip mata aku dapat rasakan sesuatu yang besar keluar and aku rasa lega sekali.. Lega yang teramat2 sangat hanya tuhan yang tahu apa yang aku rasa bagaimana leganya aku.... Bila doktor angkat Baby aku nampak matanya terbuka and baby aku tue dah isap jari.... Hilang segala kesakitan dan keperitan aku tadi.

Baby selamat dilahirkan pada pukul 1.36 pagi 29 September 2007.

Terdengar Nurse2 tue kata pada aku... Dah buka mata... isap jari pulak tu...

Doktor bawa baby and tunjuk pada aku.. " Ni baby apa nie ?? " aku tengok and kata " Baby boy....."
masa tue aku mmg kepenatan plus kelegaan. Tiba2 terdengar suara suami aku masuk and tanya doktor " Isteri saya mana ? dah bersalin ke ? " Lantas mak aku terus keluar bilik beritahu dia yang aku dah bersalin. Tadi mmg depa tak sempat nak panggil sebab dah nampak kepala baby...

Semasa baby dimandikan, aku ternampak akak yang tolak aku tadi.. aku minta dia bawakan aku segelas air suam... Tapi kakak tue datang dengan Milo panas.. aku sangat lega.. dia bawa straw sekali supaya mudah aku minum.. Jasa akak tue mmg aku ingat sampai hari ni...

masa proses menjahit tue aku tidur. aku tak pasti samada aku diberi ubat pelali or aku mmg kepenatan and tertidur. Aku pun tak tanya doktor tu. Asalkan semuanya dah selamat.

Dalam pukul 3 pagi aku dikejutkan oleh nurse untuk dibawa ke wad. Maklum la hospital kerajaan so dikejutkan untuk bawa aku pun ke wad menggunakan kerusi roda.

Di wad aku tidur and aku suruh mak and suami aku balik rumah jer supaya mereka boleh bersahur. Yang penting pagi2 awal2 esok datang. Aku dan baby pun tidur dengan lelapnya.. Nasib baik baby ok and tak buat perangai pada malam pertama tu.

Esoknya dalam pukul 10 pagi, Abang adam datang ke hospital untuk melawat aku. Masa tu dady dukung dia. Dia senyum tengok aku but senyumanya terbantut bila dia terpandangkan adiknya..

Kemudian dia tgk aku balik and selang seli tengok adiknya. Mungkin dia hairan.. siapa yang tido sebelah ibu aku ni ?? Yang paling memilukan.. Adam tengok adik sambil mengisap jari tanganya.. mungkin berasa kecewa agaknya...

Tengah hari tue aku dah boleh balik rumah selepas baby dah buang air kecil and air besar. Selepas saja balik rumah, Adam mmg buat perangai. Dia asyik nak duduk dengan dady dia. Dia tak nak kat aku. Nasib baik Dady ambik cuti lama untuk melayan karenah ibu, Adam and adik nya...

Begitu lah kisah Aslan 5 tahun yang lalu. Bila tengok perangai dia and dibandingkan dengan proses kelahiran dia, dia mmg seorang yang berdikari and aktif (sama seperti sifatnya yang dia tak sempat-sempat nak keluar untuk tengok dunia hari Aslan dilahirkan tu).

Tue la pengalaman kedua aku melahirkan anak. Dan disebabkan aku suka sangat minum air bandung, baby yang keluar tu pun pink jer color dia. heheheeee...

Diharapkan coretan aku nie dapat la dibaca oleh anak2 aku suatu hari nanti and diharapkan segala pengalaman aku dapat dikongsi dengan semua.

Sesungguhnya pengalaman mengandungdan melahirkan anak adalah yang terindah and susah untuk digambarkan pada semua. Sekejap tadi kita berasa betapa sakitnya hendak melahirkan anak, tapi sejurus kita nampak anak yang selamat dilahirkan segala kesakitan kita tadi hilang sekelip mata.

Macam mak aku selalu kata, sakit nak bersalin nie kejap ja macam sakit tu diambik dan dibuang.. Setelah melalui proses bersalin tue baru la aku faham apa yang mak aku maksudkan.

Syukur Alhamdulillah segalanya selamat seperti yang aku harapkan.. Amin.. 

Tengah mencari gambar2 Aslan masa dia Baby.. Sedih la.. Tak jumpa..


Aslan mmg terkenal dengan mcm2 hal


Tengok lah betapa kreatifnya dia



Dia suka bergaya



 
2010
2010


  
2012

2009 - Smart Reader Kid

2008




2008 - Lil Beansprout Montessori





2011- Peminat tegar Angry Bird

2012 - Q-Dees Annual Concert - Ala ala K-Pop

1 comment: