My Family Daisypath tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

31 Oct 2012

Kisah pregnancy ke-3 (part 2)

Okey la kita sambung balik kesah aku mengandungkan Airis nie.
 If  ada yang nak baca or belum baca yang part one boleh tengok kat sini Kisah pregnancy part 1

Setelah masuk bulan ke-7 aku mengandungkan Airis, hati and fikiran aku masih tertanya-tanya, di hospital mana kah aku nak bersalin. Lepas dah discuss ngan En.Suami, kami ambil keputusan untuk melahirkan anak dia sini sahaja. Maknanya kami tak mahu balik bersalin di Penang memandangkan Adam and Aslan bersekolah and waktu due aku tu cuti sekolah masih belum bermula.

Dalam tengah sarat mengandung, datang pulak masalah baru. Bibik aku yang bernama Bibik Endang tidak mahu balik ke rumah aku alasannya anak2 dia tak bagi dia bekerja lagi.



Mungkin aku terlalu baik kerana biarkan dia pulang ke kampung lebih awal dr sepatutnya untuk menyambut Aidilfitri walaupun dia bekerja dengan aku dengan masa yang masih belum sampai setahun. Kesudahan yang aku dapat dia pergi tak balik-balik ke rumah aku. Pening memikirkan badan aku yang semakin sarat and pening memikirkan sapa la yang boleh tolong aku semasa aku dalam pantang nanti.

Tujuan aku semoga bibik aku boleh balik raya awal and bila pulang semula ke Malaysia nie boleh la tolong2 aku masa dalam pantang nanti. Tetapi apa yang dirancang tidak menjadi..

Then aku cakap pada diri aku bahawa aku tak payah nak fikirkan si Endang tu. Aku cuma perlu fikirkan untuk terus harung je apa saja masalah yg melanda. 

Lalu aku menyibukan diri dengan memikirkan di hospital manakah yang aku nak melahirkan nanti. Aku tak mahu lagi mengingati lagi org yang tidak tahu mengenang budi.. Sekiranya dia terus terang pada aku bahawa dia tidak mahu kembali sudah tentu aku akan suruh dia balik apabila cukup setahun dia bekerja dengan aku. Aku pun tak mahu menahan orang yang tidak ada hati untuk bekerja dengan aku. huhuhuhhh..

Aku pun research and survey Hospital2 yang berdekatan samada swasta or kerajaan. Dalam dok menggoogle2 tu tadaaaaaaa aku terjumpa la satu hospital swasta iaitu Putra Medical Center (PMC) di area Bukit Rahman Putra Sungai Buloh ni. 

Then apa lagi aku pun buat la research tentang doktor and staff2 kat PMC nie. Semua review yang aku baca semuanya baik. Takde satu pun yg tak baik. Cuma ada satu doktor yang bila aku baca review banyak menyatakan beliau tak ok. But that is not my business sb kita kan boleh pilih doktor mana yang kita nak nanti. And bila aku tengok kos pun kira ok la.. Takla mahal melampau sampai ke 7 ke 8 hibu.. Sesetengah hospital yg aku survey harganya sampai 14 hibu.. Gilo ke hapo !!! Mahai nak mampos..

Aku ke PMC untuk check up apabila kandungan aku berusia 8 bulan lebih. Staff di kaunter bertanyakan pada aku samada aku nak melahirkan denga doktor perempuan or doktor lelaki. And My husband terus menyampuk Doktor perempuan.. Hehehhee ya ya mmg aku nak bersalin kat Doc perempuan .. segan la..

Masa aku google aku tahu yang disitu ada 2 doktor pakar sakit puan iaitu Dr. Zarul which is the owner of PMC ni and handsome orangnya and sorang lagi Dr. Ratna. Setelah keputusan diambil lalu kami pun jumpa la Doc Ratna dan beliau zoom jantina baby tu and barulah aku berasa yakin yang Baby yang aku kandungkan tu adalah baby girl.

Aku sempat check up ngan doktor ratna sebanyak 2 kali jer. Kemudian dah tiba masa nya untuk aku melahirkan. Mmg syarat di PMC if nak bersalin kat situ kita kena buat check up dengan dia sekurang2 nya 2 ke 3 kali then baru doctor tu ambik kes kita. Kalau kita main terjah je kat hospital tu doktor mungkin tak nak ambik kes kita tapi itupun terpulang pada budi bicara doktor.

Nak bersalin disini senang, kita hanya perlu bawa baju baby untuk kegunaan baby masa nak balik nanti and baju kita sendiri untuk kegunaan nak balik nanti jugak. Yang lain semua dah tersedia disana. Berus gigi, sabun, ubat gigi, tuala, tuala wanita, pampers.. pendek kata semua lah.. peralatan asas disediakan di sana.


Airis dilahirkan pada 19 October 2011. Tapi pada 18 Oct 2011 iaitu sehari sebelum melahirkan aku masih ke office. Aku masih bekerja. Mungkin jugak kelebihan yang aku dah plan untuk lahir di sini jadi aku tak perlu ambik cuti lebih atau banyak fikir bila perlu balik kampung. Disebabkan mmg niat aku nak bersalin and berpantang di sini jadi aku masih boleh ke office walau hingga ke saat akhir.. 


18 oct 2011 tu aku mmg dah terasa yang badan aku berat and jalan pun dah tak berapa laju. Bila aku jalan tu aku rasa mengangkang jer. 18 Oct 2011 tu aku masih boleh lunch dengan officemate yang kebetulan kami ada buat farewell lunch. Cuma aku tak boleh nak join diorg bila diorg ajak round2 and cuci mata kat dalam Plaza Damas Shopping complex tu. Aku rasa tak mampu nak jalan untuk berjalan dah.

Pukul 5 ptg aku drive balik ke rumah. Aku drive slow-slow je. And nasib baik jalan belum jam and aku mmg terasa kadang2 perut aku mengeras and terasa cekang. 

Bila sampai depan rumah aku masih berada di dalam kereta dalam 10 minit sebab nak bagi perut aku releks sikit.  Malam tu aku hanya baring jer. Aku tak boleh bergerak banyak sebab perut aku mengeras tapi aku tak rasa sakit lagi. Aku nak tido tapi tak boleh sebab perut masih mengeras. Dalam pkl 11 aku terlelap juga sebab aku dapat rasakan yang perut aku dah rileks sikit.

Dalam pukul 2 ke 3 pagi aku tersedar dari tidur and aku dapat rasakan sesuatu. Bila aku check hmmmm ye.. ada darah keluar. Hati aku mula dup dap dup dap.. takotttt.. Aku kejut mak aku and macam biasa mak tya aku sakit ke tak.. Aku masih tak rasa sakit and mak aku suruh aku baring..

10 minit lepas tu mak aku datang pada aku and suruh aku siap2 and suruh husband aku hantar aku ke hospital sebabnya dia takut if tak sempat memandangkan ini anak yang ke-3. Kemungkinan laluan mudah buka. Dan history aku semasa melahirkan Aslan juga menunjukan yang Baby nya tidak sabar nak keluar.

Jadi aku pun bersiap2 la ke hospital dan mula2 tu suami aku nak bawak laju2 tapi aku bgtau dia tak payah la bawak laju2 sebab aku bukan rasa sakit pun..

Tiba di hospital doc buat VE and dia kata laluan hanya buka 2. Mcm biasa aku tak pasti 2 apa.. 2 cm kah ?? 2 inci kah? Tapi yang pastinya 2 la.. kemudian aku dibawa ke wad and nurse disitu buat CTG kat perut aku. Dah siap CTG nurse suh aku rehat and if rasa sakit aku perlu tekan butang untuk panggil nurse. Masa tu dah pukul 5 pg. Aku suruh husband aku balik rumah dulu sebab anak2 perlu ke sekolah dahulu.

Semasa aku berjalan ke wad aku rasakan ada air keluar and bila nurse tengok rupanya air ketuban telah pecah.

Sehinggalah pukul 8 pg, Dr Ratna datang pada aku and buat VE lagi .. arggghhhh aku sungguh tension. Tapi laluan yang buka hanya 3. 

Dr. Ratna beritahu aku, oleh kerana air ketuban sudah pecah, aku mesti bersalin hari ni jugak sebab takut infection. Doktor Ratna juga beritahu aku yang nurse nya akan masukan ubat untuk aku buang air dan aku akan dimasukan air untuk membantu proses contraction. Lepas nurse masuk kan ubat untuk buang air.. aku pun apa lagi terus la ke tandas and membuang apa yang patut..

Suami and mak aku sampai di wad selepas hantar anak2 aku ke sekolah and macam biasa aku suruh mak aku bancuh Milo and telur ayam kampung 2 biji. Lepas aku minum tu hmmmmmm.. tuhan saja yang tau. Contraction makin kuat and makin kerap. Tapi masih di tahap yang aku masih boleh tahan. Tahan tahan pun peritnya tetap sakittttt... dalam masa tu jugak la aku rasa nak membuang lagi. Aku panggil nurse and tanya bolehkah aku nak buang air. Doktor pun buat VE lagi and bukanya masih 3 and doktor kata yes aku boleh buang air.. 

Aku pun masuk ke dalam bilik air untuk membuang ditemani oleh suamiku. Aku dah cakap dah kat suami aku jangan masuk.. Biar aku yang masuk buang air tapi beliau sangat risaukan aku and dia nak jugak masuk dalam bilik air tu teman kan aku buang air. Hehehehe..

Aku pun buang la air sambil suami ku yang tercinta tu kat depan aku.. Sungguh malu... heheeee.. Tapi muka dia selamba jer tengok aku buang air.. sekali buang aku tekan flash sekali buang aku tekan flash.. walaupun dia suami aku tapi hmmmm malu la.. tak tau nak cerita. 

Owhh suami aku tunggu aku sambil pegang balang air yang disampung ke lengan ku.. Kiranya suami aku tu jadi tukang pegang balang air tu la.

Kami kat dalam tu agak lama. ada la dalam 15 ke 20 minit. Kemudian terdengar nurse ketuk pintu dari luar. 

" Puan.. puan ok ke dalam tu" aku pun jerit balik and kata Ok
Selesai membuang kat dalam bilik air tu aku keluar and nurse tu sebenarnya dok tunggu aku diluar.. Dia risau sebab aku dalam tu lama and takut aku pengsan or terbersalin dalam bilik air.. Hehehee..

Bagi aku, aku rasa aku tau beza nak buang air and nak bersalin.. Sebab tu aku berani pergi buang air.

Nurse memberitahu aku perlu dibawa ke bilik bersalin sebab dia dah tunjuk pada doktor cacatan masa contraction aku. Katanya nie dah kerap. Aku pun dibawa ke bilik bersalin.

Di bilik bersalin perut aku semakin kerap mengeras. Tapi aku rasa masih belum tiba masanya and aku suruh husband aku pegi ke sekolah ambil anak2 aku dari sekolah. Sekolah anak2 aku dengan hospital agak dekat and kesian anak2 aku if husband aku lewat ambik mereka.

Sepanjang ketiadaan husband aku disisi, aku menahan kesakitan sorang2. Bila nurse tengok aku kesakitan, nurse panggil Dr Ratna and sekali lagi Dr. ratna buat VE.. kemudian Dr kata ada satu selaput yang perlu dikeluarkan. Sebabnya selaput tu menganggu proses contraction aku. Bila selaput tu dikeluarkan mungkin akan cepatkan proses aku bersalin.

Dia pun keluarkan selaput tu and aku... aku nangis... huhhhu.. aku nangis teresak2.. Aku pun heran kenapa aku nangis.. yes aku nangis sebab kesakitan and ntah mungkin pilu kot suami aku takde disisi. Sungguh mengada-ngada..

Dr Ratna dengan lembut tanya pada aku. " Kenapa Puan nangis ?? " aku tak boleh jawab soalam dia. " Sabar puan.. mmg la sakit sikit. Ni anak no 3 kan ? Puan kena kuat..  Insyaallah semuanya selamat. Nanti sy suruh nurse suntik ubat tahan sakit sikit supaya puan boleh bertenang" Bila dia tengok aku tak respond dia cakap lagi sambil usap2 belakang aku sb dia tau kot yg aku sakit kat belakang ni ha...

" Suami puan mana ? Tadi saya nampak ada.." 
Aku pun jawab " Dia ambil anak2 kat sekolah. Nanti dia dtg balik "

Kemudian Dr Ratna pun suntikan aku ubat tahan sakit. Ubat tahan sakit ni bukan epidural.. dia cuma bg kita tahan sikit la sakit and if contraction belum kuat dia boleh buat kita tidur sebentar..

Tapi hampehhh.. ubat tahan sakit tu tak berkesan kat aku. Sakit tetap sakit. And bila suami aku datang baru lah aku rasa lega sikit. Suami aku urut2 pinggang aku bila contraction datang and bila aku rasa sakit sgt.

Ayat2 suami aku.. " Sabar .. Sabar... memang la sakit.. dulu masa Adam n Aslan pun sakit macam ni jugak... Dulu boleh tahan.. sekarang pun mesti boleh tahan " terngiang2 ayat dia kat telinga aku sampai hari nie.

Mungkin jugak aku rasa yang dulu mak aku ada di sisi.. tapi di hospital ni hanya suami yang dibenarkan masuk.

Masa tu Dr dah takde dalam bilik tu dah. Nurse yang tengah sediakan barang2 cakap pada aku.. " Puan mengiring belah kiri Insyaallah akan kurangkan sakit and cepat kan proses pembukaan "

aku pun buat la seperti disarankan and aku sempat cakap pd suami aku yg kenapa aku rasa sakit sangat. " Nape sakit sangat ni ?? Ada benda yang Abg tak maafkan yana ke ?? " Sambil menahan kesakitan..

"Jangan cakap yg bukan2 boleh tak ? Takde semua dah dimaafkan " dia jawab pada aku sambil urut2 belakang aku..

Aku sempat kerling ke arah nurse tu and nampak nurse tu tersenyum...

Sakit makain kerap and kuat. Aku pun bgtau kat nurse tu.. " kak saya rasa sakit sangat ni... semakin sakit and macam nak meneran dah.." Nurse tu buat Ve and aku nampak dia mula kelam kabut. 

Nurse tu tekan butang panggil doctor and sekelip mata aku nampak ada dalam 5 org lagi nurse masuk ke dalam bilik aku and kemudian doctor sampai.

Dalam menahan kesakitan tu aku nampak Dr. Kelam kabut pakai sarung tangan and terdengar dia baca Bismillah and Doktor cakap kepada aku.. "Ok.. Puan.. Dr dah dah ada kat sini and kami dah ready nak sambut baby Puan ye... kalau Puan rasa nak push puan push saja.."

Masa dia cakap tu aku mmg dah rasa nak terberak.. Aku pun teran...

"Puan.. Dr dah nampak kepala Baby.. Puan push kuat2 ye nanti bila rasa nak teran lagi.. "

Tak sampai 1 minit aku rasa nak teran lagi and aku push sekuat-kuat hati and panjang sambil aku menyebut ALLAH.. and yessssss.... Alhamdulillah Baby dah selamat dilahirkan tepat pukul 1.37 tengah hari and Dr menunjukan Baby pada aku and aku sempat memandang ke tingkap melihat hujan yang turun renyai2 menyambut kehadiran anakku (Wah macam novel pulak ayat ni).

Hari yang penuh bermakna pada aku. Hari yang sejuk dan redup dengan hujan rahmat yang renyai telah menyambut kelahiran bayiku yang seberat 2.6 kg jer pada pukul 2.04 pm.

Dalam2 aku dok tengok hujan renyai2 mataku terpejam and aku tertidur.. Aku dikejutkan oleh Doktor yang beliau nak keluarkan uri dari dalam perutku and aku mengangguk and terus tertidur kepenatan dan kelegaan..

Aku terbangun apabila nurse perlu pindahkan aku ke katil yang lain untuk ditolak ke wad. Bila aku tersedar aku tengok diri aku dah siap sepenuhnya.. Baju and kain telah disalin and aku terus tanya nurse tu.. " Dah siap ke ?? Dah habis jahit ke ?? " Nurse tu kata semuanya dah selesai and jahitnya sikit saja..

Aku pun ditolak ke wad and sampai di wad aku dah nampak wajah suami dan anak2 and wajah emak aku. Alhamdullillah umurku masing panjang untuk melihat wajah2 yang aku sayang lagi..

Seperti yang aku inginkan.. Tuhan mendengar doa ku.. Kami menerima kehadiran seorang Puteri. Lalu kami berikan nama Airis Safia Ariana..

Airis adalah Bunga.. Safia adalah wanita yang baik dan suci and Ariana adalah Full of life

Memang hajat dihati if dapat anak perempuan aku menginginkan nama bunga. Aku kan suka bunga.. hehehee

Begitulah kisah aku melahirkan Airis and Alhamdulillah aku melahirkan Airis normal senormalnya tanpa sebarang bantuan alat yang mengerunkan. Aku sangat bersyukur kepada Allah.. Alhamdulillah..

Bayaran yang aku perlu bayar di PMC ni RM2100. Itupun sebab husband aku suruh aku extend di hospital sehari memandangkan dia perlu ke office untuk settle kan kerjanya sebelum bercuti panjang. 

For me ok la harga tu dengan layanan dr doktor dan nurse yang sangat memuaskan hati ... Next pregnancy aku dah decide aku akan kembali lagi di PMC nie.. 







Airis 1st day - 2 jam selepas melihat dunia





Berusaha masuk laci


Berjaya then tepuk tangan sambil tersenyum

Airis 1st Birthday Celebration @ picnic Kuala Kubu Baru


Airis 1st birthday celebration di kampung

Thank you nenek sebab sponsor Ais cream cake for Airis Birthday




No comments:

Post a Comment