My Family Daisypath tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

12 Oct 2012

Kisah Tonton Mobile - Sevice yang cool

Assalamualaikum Semua,

Meh-meh... Cek nak cerita kat sini.. Pasal Tonton Mobile nie..

Cek nie mmg peminat setia la tonton mobile nie. Apa-apa aja drama kat Tv3, kalau cek tengok pelakon-pelakon nya best and mengancam mmg cek akan ikut drama tu. Tapi biasanya cek tak sempat nak kejar time ikut TV tu maklum lah anak ramai (ramai sangat ka kan ?? Padahal 3 ja...)

Jadi tonton mobile nie la tempat cek dok tengok semua drama2 kat TV3. Kalau ada ja cek dengaq ada org kata satu2 citer tu best and pelakon2 yang cek suka, cek akan ikut la kat Tonton mobile ni.

Selalunya Cek tgk tonton nie masa malam sebelum tidur. Yang pastinya lepas anak2 tidur la. Baru depa tak kacau cek.. Agak2 laki cek keja tonton ni la peneman cek lepas anak2 tiduq. Dak pun cek tengok tonton nie masa menunggu anak2 cek kat tuisyen ataupun kat tempat ngaji.

Pendek kata ada ja masa terluang and cek free, cek akan tengok la kat tonton mobile nie. Senang.. yang penting takdak iklan. Kalau kat TV slot dia 1 jam kat tonton 30 minit ja... Dah jimat masa cek kat sini. Kalau kat TV 30 minit kat tonton ni 20 minit ja... Maklum la takdak iklan kan !!!!! Memang cek layan la... Kalau tengok kat TV memanjang iklan dia kadang2 tu sampai cek tertiduq.. wakaka...

Tambahan pulak kadang2 dok berebut dengan anak2 and suami. yang satu nak tengok kartun yang satu nak tengok cerita omputeh.. Last2 cek surrender.. Biaq la Anak and daddy diorg berebut. Sebab nya cek dah ada tonton mobile.. hah hah hah (gelak jahat)

Nak tau awat cek pilih tonton mobile ?? Awat cek tak pilih tonton tengok kat laptop ?? Pasai cek nie pemalas nak bukak laptop. bercinta-cintun la nak bukak laptop. kadang2 bermingu-minggu cek tak sentuh laptop.. Kesian laptop cek tu.. Dulu disayang2.. kini tidak dipandang....

Cerita terkini yang cek dok ikut kat tonton sekarang nie Runtun Qalbu and dendam Sarakit ja.. Eh awat 2 ja ek ?? Hmmm sebab tue ja yang berkenan di hati cek buat masa sekarang.

Semua drama2 yang popular kat TV3 seperti Seindah Sakura, Naziha, Bukan Bidadari, Nora Elena, Coklat Vanila dan banyak lagi la... tak tersenarai kat sini.. semua cek ikut melalui tonton mobile nie.

Tak dapat cek bayangkan kalau takde tonton mobile nie.. Sudah tentu cek tak dapat nak ikut semua drama2 yang best best best tu... Sb bg cek, cek ni lebih suka drama dari filem sebab selalunya drama ni ceritanya lebih real and lebih dekat dengan masyarakat.. kalau filem... macam khayalan pun ada.. but of course not semua la..

Oh ya... semalam cek nak tengok Runtun Qalbu episod 2... Tapi iPhone cek ni dok loading loading loading tak abis2 loading... cerita tu still tak leh nak tengok jugak. Yang heran nya episod 1 and 3 boleh ja tgk and dendam sarakit tu pun boleh tengok jugak. Runtun Qalbu episod 2 yang tak boleh nak tengok. Cek pun rasa tak best la kan.. mana syok nak langkah2 episod...

Cek pun tekan la kat contact us kat tonton tuand email la diorg yang cek tak leh nak tengok Runtun Qalbu episod 2 nie (mesti hampa semua kata cek nie perda.... sungguh2 sampai hantaq email.. hehehe ).. cek pun email la.. alaaaaa bukan susah pun semuanya cek tekan2 kat iphone ja pun.. Everything di hujung jari cek ja... sambil baring2 boleh hanatq email.. Dah nama pun smart phone kan.. mesti lah kena bijak dan panadai...

Lepas cek hantaq email dia reply email yang cek hantaq tu failed.. then cek resend sekali lagi and still failed.

Cek tetap tak puas hati... Cek google pulak.. cek nak jugak dapatkan address email untuk complain yang cek takleh nak tengok episod 2.. dok loading sampai batery cek dah kurang...

Jeng.. jeng..jeng.. tiba2 cek nampak AskTonton kat google tu.. Tapi AskTonton tu FB punya page la.. So dengan tak buang masa cek click and cek send message ikut cek punya Fb ke AskTonton tu.....

Pagi tadi dia reply... Wow.. cek mmg appreciate sangat dia reply and admin tu pun cool jugak...

Cek try buat apa yang dia suh tadaaaaaaaaa cek dah boleh tengok dah episod 2 Runtun Qalbu tu... hari nie anak2 cek tuisyen so cek ada bahan la nak tengok semmentara tunggu depa habis tuisyen.

Ni cek nak buh la apa yang cek message kat AskTonton tu and apa yang depa reply..

Apa pun krew AskTonton kat Facebook mmg cool ...

100 markah cek bagi... 







Nampak tak yg mula2 dia guna ayat skema.. last2 dah klq dah human being kita.. hehehee

kesimpulanya - Setiap masalah pasti ada penyelesaianya tak kira berat, ringan, susah or senang...

No comments:

Post a Comment