My Family Daisypath tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

18 Oct 2012

Kisah pregnancy yg ke-3 (Part 1)

Tomorrow 19 October 2012 pukul 1.37 tengah hari genap lah anak dara aku yang sorang tu (buat masa ini) berumur setahun. Kejap je masa berlalu. Aku rasakan macam baru ja aku pening2, mabuk2 tup tup dah setahun dah umur anak aku.

For information, Sejak 2 hari lepas Airis baru berani nak berjalan. Agaknya dia berani nak jalan tu lepas aku belikan dia push walker hari tu. Cerita tentang push walker ni boleh tengok kat sini ye...Fisher Price Stride and ride on lion.   


Sebelum beli push walker tu Airis mmg nak berjalan tapi mmg nampak dia takut2 and dia lebih banyak meniti pada apa saja yang dapat dicapai olehnya. Contohnya meniti di sofa or cabinet.

Sejak 2 hari lepas, Airis sudah mula melangkah 5 to 6 tapak dah sambil tersengih2. Baru melangkah dah nak cepat2 sampai and nak berlari..Sungguh aku tidak akan lupakan gaya Airis.


Sebelum start melangkah sikit2 tu Airis dapat satu kepandaian. Mengamuk apabila tidak diberikan apa yang dia hendak. Sambil menyembamkan mukanya ke lantai and sambil menghentak-hentak kan kaki nya tanda tak puas hati.. Aishhhh takde sapa yang ajar kamu nak...


Okey, Sapa yang berminat nak tau kisah aku melahirkan Airis boleh la baca entry kali nie..  Setiap pengalaman untuk melahirkan anak mmg tetap segar dalam ingatan aku and tak mungkin aku lupakan..


Jarak antara Airis dan abangnya Aslan adalah dalam 4 tahun. 4 tahun tu jaraknya agak lama la kan.. Maklumlah dah lama tak jaga baby kecik and dah lama tak berjaga malam.. 



Kehadiran Airis sememangnya dinanti and memang dirancang. Bila aku fikirkan umur yang makin meningkat aku tidak was-was untuk mengandung lagi. And setelah dikurniakan 2 anak lelaki mestilah terdetik dihati inginkan anak perempuan pulak.


Sebelum 'berusaha' untuk mendapatkan Airis, aku banyak buat research how to get baby girl. Apa yang aku boleh rumuskan kat sini, pemakanan suami isteri jugak penting dalam menentukan gender baby tapi yang paling aku setuju sekali setelah difikir logiknya adalah kitaran haid si isteri. Kita mesti tau bila waktu subur and bilakah waktu tak subur and the best thing sekali aku siap download satu applications ni kat iphone aku.. hehehehee.. nama apps tu " Maybe Baby". 


Maybe baby nie aku rasa dia cuma ikut teori sains and sesuai diguna untuk wanita2 yang tiada masalah dalam kitaran haid macam aku la..





Ni la apps tu.. kita cuma perlu masuk last period and kita kena tau menstrual cycle kita

Setelah berusaha and Alhamdulillah positif and aku rasa aku mengandung pun sebab badan2 aku rasa sengal and kepala aku selalu rasa berpusing. Mengandungkan Airis banyak dugaan dan rintangan.. My morning sickness teruk sangat.. aku muntah2 dari awal mengandung sampai la ke akhir mengandung.. Adoooiii.. mmg lemah longlai la.. Makanan pedas mmg aku tak boleh nak sentuh langsung. Sebabnya bila aku muntah segala hidung aku akan berasa pedih sangat2.

Masa awal kandungan, aku tak boleh langsung nak tengok media-media sosial nie. Bila aku bukak ja FB mula lah kepala aku pening and aku akan muntah. Bukan media sosial je..  if aku dengaq bunyi tone what apps ke or YM ke aku akan start pening and stress. So memang masa awal kandungan tu aku tak tengok lah segala2 media sosial yang ada. Mmg aku banned kan kesemuanya.

Selain dari tu, apa saja benda yang aku suka sebelum aku mengandung, aku jadi benci sangat kepada benda2 tersebut.. aku tak boleh tengok, aku tak boleh sentuh pendek kata aku tak boleh langsung terlibat dengan benda2 tu lagi.. 


Contohnya, selepas aku berpindah dr KL aku ada beli bean bag untuk rumah baru aku.. sebelum tu aku suka sangat bean bag tu.. mmg tiap2 hari aku lenyek-lenyekan bean bag tu tapi lepas aku start mabuk tu.. aku tak boleh langsung nak dekat ngan bean bag tu. Kalau dekat confirm serat merta aku naik pening and loya. 

Lagi satu perfume. Sebelum aku mengandung perfume yang paling favorite aku dok pakai masa tu Perfium Sarah Jesicca Parker Lovely.. Bila aku start mabuk aku tak boleh langsung bau perfume tu and FYI bukan bau jer nampak botol pun aku boleh jadi pening.. Aku pun tak tau kenapa kah perangai aku jadi sebegitu rupa.

Sepanjang tempoh hamil tu segala jenis minyak angin menjadi kawan baik aku. Agak2 dah immune satu2 jenama aku tukar ke jenama yang lain. Dari minyak cap kapak ke minyak cap ikan emas ke minyak gamat yang entah apa nama then ke vicks then ke minyak Yu Yi cap limau and yang pasti sekali minyak yang last aku guna minyak dari Indonesia. Namanya Balsem Lang - Aromanya Terapi..Memang wangi aromanya.. Minyak tu diberikan oleh bibik aku yang dulu. Dia kesian tengok aku parah bagai nak rak..



Photo from Mr. Google lah..


Sepanjang tempoh kehamilan tu jugak ada satu perangai pelik. Aku tak boleh tidur atas katil. Aku rasa sesak and rimas.. Kesian En. suami aku. Apa yang aku buat aku bentang toto kat bawah besar2 dan aku tidur sorang2. Rasa lapang sekali and  Adam and Aslan aku suruh tidur dengan dady mereka.. Tapi tu la.. dah nama pun anak kadang2 Aslan akan datang and bisik pada aku.. "Ibu.. adik nak tidur tepi ibu boleh ? " kesian dia... Aku pun berilah dia kebenaran if dia bisik pada aku macam tu di malam hari... Mungkin baby Airis kesian kot pada abg nya .. heheee


Sepanjang kehamilan jugak aku mengalami lenguh2 badan, lenguh2 tangan, lenguh2 jari pendek kata semua lenguh la..Plus hari2 aku perlu travel ke tempat keja yang kadang2 memakan masa selama 40 minit sebab jam.. Tapi aku bersyukur sebab masa 3 bulan pertama tu, if my husband cuti dia akan hantar and ambik aku. Kadang2 tu aku tinggal je kereta aku kat office sebab aku tak mampu nak drive balik ke rumah.


Tapi tu la.. hanya aku yang tau betapa perit rasanya and hanya pada mak dan suami aku je la tempat aku ceritakan segala keperitan. Aku tak update kat Fb sebab aku anti FB masa tu. heheheee.. kalau tak anti FB mungkin jugak aku update but lets think positif.. Kita update jer benda positif kat FB supaya semua kawan2 kita rasa positif.. Betul tak ??


Ok back to the story..Sepanjang kehamilan aku tu, aku hanya boleh makan nasi putih, kicap and ayam or ikan goreng. Nasi aku tu tak boleh berkuah sebab aku cepat loya but anyways aku bersyukur sebab aku masih mampu makan untuk kesihatan anak dalam perut aku tu. Selain dari nasi putih macam tu, aku hanya boleh makan buah anggur and epal hijau. Itupun if makan buah2 tu terlebih.. hmmmm mmg aku termuntah lah jugak aku...


Mulut rasa pahit, tapi aku jarang makan asam. Aku mengidamkan makanan yang manis seperti Cup cakes yang aku selalu akan beli di Wondermilks dan juga aku idamkan Coklate Durian Cake yang aku beli di Just Heaven di Bangsar. Mmg satu nikmat yang tak terhingga bila aku dapat makan cupcakes and coklate durian cake tu. Nasi lemak daun pisang yang sebungkus RM1 pun aku makan hari2. Tapi kegilaan makan nasi lemak ni bila kandungan dah masuk 5 to 6 months.


Cupcakes from Wondermilks

Choclate Durian Cake from Just Heaven.. mmg heaven ok
Nasi lemak daun pisang.. I makan 2 bungkus sehari ok


Selain tu aku asyik nak makan pisang goreng and cempedak goreng. Pendek kata aku mmg mengidamkan sesuatu yang manis and i get the lesson of that. Tapi nak buat mcm mana dah teringin kan ??


What lesson i get ?? Ujian kandungan gula mendapati yang aku ada kencing manis .. huhuhuhu.. sedih... but apa yang doktor kata Its normal sebab umur dah banyak.. hmmmm mcm tua sangat aku nie.. Tapi kalau tengok pemakanan aku pun mmg tak hinngat la kan !!!

Aku kena check kadar gula dalam darah every 2 weeks and last2 aku malas nak pi klinik aku decide buat ja la ujian gula tu sendiri..

terasa macam doktor pulak bila buat test ni sendiri.. hehee


Selain tu aku teringin jugak la nak makan nasi kandar penang, tak dapat nasi kandar penang aku ajak husband aku pegi Nasi kandar Kuddus kat jalan TAR.

Aku teringin nak makan roti jala and nasi hujan panas tapi yang peliknya roti jala n nasi hujan panas yang aku idamkan nie.. aku nak kan yang aku masak sendiri.. huhuhu.. nak tak nak .. aku pun masak la sebdiri and of course la bibik aku yg dulu tolong aku.


Roti jala kari ayam

Nasi hujan panas


Tapi yes aku mengaku.. mengandung kali nie lebih mencabar and mcm2 penyakit yang aku dapat mungkin salah satu faktornya umur aku dah masuk 3 series. Masa mengandungkan Adam and Aslan, aku takde pun penyakit macam nie so itu menguatkan lagi kepercayaan aku bahawa umur jugak adalah penentu susah or senang tempoh kehamilan kita...

Salah satu lagi, ini menguatkan keyakinan aku bakal dapat baby girl sebabnya morning sickness aku sangat teruk jika nak dibandingkan dengan morning sickness yang lepas.. hehehehe and doktor pun sempat buat kesimpulan before scan dia kata selalunya kalau mcm2 hal masa mengandungkan ni kita carrying baby girl sebab dia tengah buat research pasal hal2 nie.. Aku hanya tersenyum ja la masa tu..

Macam pregnancy aku sebelum ni, perut aku tak besar jugak. Seperti biasa aku tak makan segala obat yg doktor bagi.. sebab busukkkk and hehehheeh aku takut susah nak push nanti... cuma bila dah 7 bulan ke atas aku dapat melihat perubahan badan aku.. perot and punggung membulatss.

Scan yang pertama aku buat semasa kandungan berusia lebih kurang 4 bulan and yesssss doctor nampak itu adalah baby perempuan. Aku bersyukur sangat2 kerana apa yang aku impi and idamkan tercapai but but but.. aku masih was2 and aku masih tak mahu berharap and percaya sangat. Aku takut kecewa bila tiba2 yang keluar nanti lelaki.. Jadi aku hanya buat2 tak tau sehinggalah aku scan di Putra Medical Center (PMC). Doktor Ratna zoom and tunjuk pada aku yang baby tu adalah perempuan. Dengan lembut dia kata " hmmmm.. nampak tak tu ada bentuk burger.. mmg perempuan ni.. " Aku bersyukur sangat.. Alhamdulillah..

Cerita seterusnya di part 2 lah ye... 

aku nak cerita why aku decided nak bersalin di PMC and detik2 aku melahirkan anak aku yg ke3 nie..

nie link nya Kisah Pregnancy ke-3 (part 2)








No comments:

Post a Comment