My Family Daisypath tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

12 Jul 2012

Andai Ku bercinta Lagi

Nie nak luahkan perasaan ...

Hati aku terusik bila setiap kali dengar lagu " Andai Ku Bercinta Lagi " nyanyian Mojo and lagu nie adalah lagu tema citer Ameera @ TV3 dalam slot Samarinda..

Lagu yang mengusik kalbu.. U can call me jiwang, jiwang karat or whatever but I dont care ... Dengan alunan muzik yang syahdu with the Lirik yang jiwang heheheee...

Aku pernah dengar Edry KRU buat lagu nie berdasarkan kisah benar maybe kawan dia yang kematian isteri dan tidak boleh menerima kehadiran perempuan lain.. yang aku paling syahdu nie is this part

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Ada ke lelaki macam tue lagi ek ?? macam musykil jer kan ??

Back to Drama Ameera yang guna kan lagu nie as a temanya, memang syahdu la tengok part yang malam pertama isteri kedua aka isteri upahan tue nak bersama kan... terguris jugak la hati tengok.. Ye lah si suami nak dot dot dot dengan perempuan lain  kan ?? Aishhhh ntah la aku tak tau nak describe macam mana... korang kena tengok sendiri...kat episod 5

Actually citer ni mcm Ada persamaan dgn citer Hindustan lakonan Salman khan, Rani Mukreji and Pretty Zinta and Tajuk filem tu is chori2 chupke2. Cuma citer Hindustan tu tak seberat drama Ameera ni.. Drama Ameera ni agak berat.. Banyak masalah yg perlu difikir ..


And part yang paling makan dalam sekali ialah masa lirik ni :

"Apabila tiba waktu bersemuka, ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta, dengan bayangmu diminda "

Owhhh.. sungguh syahdu.. Dalam drama nie Amer betul2 cintakan isterinya dan tak sanggup nak kawin dua semata2 nak anak tapi dipaksa oleh isterinya Ameera dengan mencari isteri upahan..

Plus Ameera bukan menantu pilihan Emak Ameer and they also Ada musuh dalam perniagaan which is musuh tu adalah seorg Perempuan yg disukai oleh ibu Ameer and ibu Ameer plan nak jodohkan Ameer dgn their enemy ni..

They really nak jaga hati Emak Ameer sampaikan Ameera pura2 mengandung semata2 nak tutup mulut bebelan mak Ameer..

Plus lagi dapat isteri upahan yg mcm sakit mental.. Bila baby dah lahir still tak nak blah Dari rumah tu kiranya Dia telah langgar kontrak la and Emak Ameer dah tau perkara sebenarnya..

pedih jugak hati aku.. Sakit and terguris hati... Cheeewahh..

poyo jer kan aku ni ?? Over tau... Tengok drama samapi bawak ke tidur...

Harap2 Isteri upahan tue boleh pegi jauh2 and jangan la ganggu diorg nie kan ?? I wish..

Setakat nie tak abis lagi la citer ni so tak tau apa sudahnya..

Ntah apa2 aku nie.. emotional pulak ... Biar la kan ?? Janji aku tak mengacau orang .. heheheee.. Nie aku letak jugak lirik kat sini bagi korang rasa apa yang aku rasa...

Andai Ku Bercinta Lagi

Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti

Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti

Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka

Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh

Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih

Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tidak berpurnama

Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati



***************************************************************************

12 July 2012

To update this entry citer Ameera tu baru habis semalam 11 July 2012. Sungguh sedih. Apa yang diharapkan tidak kesampaian.

Harapan supaya Amer dan Ameera punah sebabnya Amer telah ditembak mati oleh Farouk.. Sedihnyaaaaa...Why la diorg nie buat citer sedih... Buat la they love happily ever after. Nyesal aku tengok episod akhir tue.. Tak puas hati.. membuat kan aku teringat2 part sedih tue.. Aisshhhh..

Dengan ketiadaan Ameer lagi la sesuai dengan lagu "Andai ku bercinta" lagi nie... Patut la tema lagu nie...

Tinggal la Ameera dan anak tirinya dengan mak mentuanya yg dah menyesal..

Sedih la... huwaaaaaaa... My heart broken... huhu..

Tapi aku tak kira.. aku nak buat andaian ikut suka hati aku yang Ameer tak mati. Ameer dapat diselamatkan di hospital.. hehehe




No comments:

Post a Comment