My Family Daisypath tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

14 Jan 2013

Hatiku tertinggal Di Janda Baik

As salam semua,

Lama tak hupdate pasal entry jalan2 kan?? Bukanya pasal entry jalan2 jer.. Blog nie pun dah berabuk2.. Susah gak kalau penyakit malas melanda.

Jalan-jalan ke Janda Baik nie pun dah lama dah.. Agak-agak dah nak dekat sebulan dah nak berlalu.. Tapi nak jugak hupdate cerita kat Janda Baik nie.. Nak jugak share kepada orang2 yang sudi membaca entry saya nie..hihihi..

Ok straight to the point. Masa nak plan datang bercuti-cuti kat Janda Baik nie, tahun baru akan menjelma so I think I should do something yang excited di hujung2 tahun ni with my husband and kids.

Before I continue my story, saya nak bagi warning yang saya dapat rasakan yang entry ni sangat panjang.. so be prepared takut2 nanti anda anda anda akan keboringan pulak.. Ye la setiap citarasa orang kan tak sama.

Okey.. Lets start..

Janda baik is located in Pahang. Not too far from KL, dekat dengan Genting Highland and Bukit Tinggi. Janda Baik nie adalah dalam kawasan Banjaran Titiwangsa which is located di hujung2 banjaran Titiwangsa. Kelasss tak ??? I pegi Banjaran Titiwangsa !!! Banjaran lagi hokey...

Sejarah nama Janda Baik ni adalah di suatu masa dahulu, di kampung nie ada sepasang suami isteri yang telah bercerai. kemudian mereka berbaik semula. Dari situ la datang nya nama Janda Baik ni. Bukanya di kampung ni ada banyak janda-janda yang baik baik belaka yer.. No no no.. salah tu yer..

Why I choose Janda Baik ??

Sebab tetiba saja hati nie inginkan sesuatu kelainan. Inginkan ketenangan, kedamaian, inginkan berendam di dalam air sungai semulajadi yang sejuk. Telinga nie pulak rindukan kicauan burung, deruan air sungai yang sangat sangat sangat mengasyikan. Rindukan permandangan menghijau, kabus and suasana yang sejuk... Owhhhh mmg saya sangat terasa kedamaian, ketenangan dan kesejukan itu di saat saya menulis entri kali ini. Masih segar and terbayang2 dalam fikiran saya setiap detik di situ. Kalau anda nak, kena la pegi sana and rasakan sendiri..

So google punya google terjumpa lah satu blog yang memberikan gambaran yang sebenar2 nya keadaan di janda baik nie. And she write a very good review about Hawa Resort di Janda Baik. So I pun tanpa ragu2 terus call and make reservation di Hawa Resort from 19 Dec to 21 Dec 2012. Its for 3 days 2 nights.

Mula2 tu muncul jugak la keraguan di hati bila fikirkan pasal hutan yang gelap, nyamuk, tempat or kedai untuk makan, keselesaan anak2 terutama si bunga Airis, adakah anak2 akan terhibur maklum la kat situ I'm sure takde hiburan yang lain kecuali air sungai tapi hati nie meronta2 nak jugak2 pegi ke tempat macam tu untuk menikmati keindahan semulajadi. Bak kata orang I want to Back to the nature. Sesekali apa salahnya biarkan anak2 merasai kehidupan semulajadi macam tu. Biarkan mereka rasa gigitan nyamuk hutan .. hehehee

Day 1 - 19 Dec 2012 Rabu

Saya menguatkan hati and plan diteruskan. Pagi tu sebelum bertolak, I just prepared Ayam, daging and hotdog untuk buat BBQ. Ayam and daging tu pun saya just perapkan dengan garam dan kunyit sahaja. Di Hawa Resort ni kita boleh buat BBQ if kita just sewa challet jer without full package. Kalau kita nak stay kat sana with the package senang la... kita pegi bawak badan ja... But for us, I just ambik bilik jer maklumlah kami kan berempat.. eh silap silap.. berlima termasuk bibik tapi tak termasuk Airis.. so agak berkos la kalau ambik pakej kan.. Tambahan pulak nak tidur 2 malam kat sana jadi boleh la cut cost mana yang boleh. Pagi tu I goreng bihun, bawak periuk nasi, kangkung goreng, sambal ikan bilis and telur dadar.

Dalam masa yg sama I bought Air kotak milo 1 carton, maggie cup, biscuits, Roti, Twisties, Apollo cake and FYI semua2 preparation is just for my kids takut2 nanti susah nak dapat makanan di waktu malam..Maklum la hutan kan...plus kami tak pernah sampai lagi kat sini. Who knows kan ? So I just be prepared. I believe with a little effort our vacation will be more excited. Yeayyyy !!!

Selain tu I bawak tikar, payung, ubat nyamuk, pewangi bilik (takut la bila tak berapa selesa dgn bau bilik so dengan pewangi ni bolehla kita menyelesakan diri kan ), Alas meja getah (just bawa sebab dah ada kat umah), alat2 pemanggang, sliper yang pakai dalam bilik tu. Tak lupa jugak I bawak buku Yassin and Al-Quran. Yes .. persedian bagi kami sekeluarga. Mana lah tau ada yang meganggu di dalam hutan. Maklumla tempat yang kami nak pegi nie kawasan hutan so I just be prepared.

Selain tue for my kids mmg tak akan lupa pelampung for them main2 dalam sungai, tempat tangkap ikan and jika ada rezeki nak pegi sana lagi, I will make sure I will bring jala je  terus. Sebab ikan banyak kat dalam sungai tu cuma susah bebenor nak tangkap ikan pakai jaring yang kecil. Jangan lupa jugak bawa goggle sebab dgn goggle ni kita boleh selam and u will see anak2 ikan berenang2 di dalam sungai.. Banyak tau...

Selain tu saya juga bawa permainan for my kids domino and satu lagi tak ingat la nama mainan tu tapi mainan tu mcm bloks2 and kita kena susun and make sure susunan kita tu tak jatuh. Kami bawak gak PS2 konon-konon if boring malam2 boleh main kat dalam bilik but we are very wrong sebabnya di Hawa Resort Janda Baik nie TAK ADA TV DI SEMUA CHALET... so kesudahanya PS2 tu we just simpan je la dalam kete.

Kami bertolak ke Janda baik at 1.30 pm. Sungguh lambat and tersasar dari plan sebenar hokeyy. Tapi tu la faham2 la I have to packing for 5 people.. I hate packing ok. Plus I have to masak makanan untuk di bawak kesana sebab takut nanti anak2 lapar and susah nak cari makanan kat situ so I think better bawak ja la something for lunch nanti. Biar la masakan simple asalkan dapat penuhi perut suami and anak2.

Memang ada bibik tolong tapi hmmmmm takleh nak harapkan sangat si Bibik nie sebab dia suka lupa and sesuka hati dia ja pilih baju yang nak dibawak nanti.. Kalau tak kena or salah baju di mata Encik suami saya... bukan si Bibik yang kena marah tapi yg kena marahnya aku la.. huwaaaaaa.. so better aku yg siapkan semua2.. keja bibik bahagian logistik and kawal anak2 semasa aku masak and bahagian cuci mencuci.. hihihi.. Geliga tak I ??

We arrived at Hawa Resort around 2.30 pm. Takde la jauh mana pun cuma sedikit jam di bulatan Batu Caves, we stuck there dalam 20 minit jugak la... Just that.. Yang lain traffic clear. Kalau tak stuck kat situ mesti kami dah sampai lagi awal.

When we enter to Janda Baik .. Yess .. Yess.. Yesss.. memang dah terasa nyaman nya kampung ni. I still can nampak Kabus even thought dah pukul 2.30 ptg. Cermin kereta dibuka supaya kami dapat merasakan kenyamanan (ada ke perkataan ni ?? ) dan kesegaran angin di situ. Believe me.. betul2 menyaman kan hokey !!..

Pemandangan hijau, berbukit dan berkabus sungguh mendamaikan hati. I really love it. Love love it.. Sekali sekala kami melalui anak2 sungai yang jernih semasa hendak menuju ke Hawa Resort. Walaupun belum merasai air sungai dengan tangan, aku mmg yakin dan pasti yang air tu mesti sejuk.. and if me sendiri tak sabar nak terjun masuk sungai apatah lagi my kids.. Adam and Aslan mmg sangat tak sabar nak mandi. Biar pun perut lapar. Belakang kira hokey.. yang penting nak main air dulu..

Bila sampai di sini, baru la hati aku pasti yang di Janda Baik nie, u alls tak perlu risau sebab memang ada kedai runcit yang menjual groceries. Semua ada sebab kita berada di kawasan kampung yang mempunyai komuniti mereka sendiri. Kedai makan pun ada but tak banyak tapi I think boleh la menampung orang2 yang datang bercuti di Janda Baik nie.. kalau tak salah ada la dalam 6 gerai makan and 1 gerai burger.. heheee.. sedap ok makan burger dengan bunyi deruan air sungai. Sangat lah marvelous. I believe, not so many people know that Janda Baik nie adalah tempat yang best. Saya mmg teruja sebab tak sangka ada jugak tempat best yang macam ni dengan perjalanan yang tak jauh dari KL. Jadi jakun sekejap !!

Okey now lets focus to Hawa Resort yang kitaorang stay for 2 nights.

Bila kami sampai kami melalui satu titi besi untuk masuk ke Hawa resort ni. Atas titi tu jelas la kelihatan sungai yang owhhhh susah untuk saya gambarkan betapa air sungai tu memanggil-manggil kami untuk mandi.

Sesampai Di Hawa Resort, takde kereta ok.. Hanya kereta kami.. huhhh suspense ni.. Berani ke kami anak beranak jer nak stay kat situ ?? Kami parking and mencari2 la office or Lobby untuk check in. Sebaik kami turun kereta ternampak la 2 orang lelaki sedang bersembang di atas kerusi batu dibawah payung. Terdapat beberapa biji durian and beberapa botol mineral water di atas meja di hadapan mereka.

Me and husband pegi sana and nak bertanya la pakcik2 tu mana lobby.. hahaaa.. Pak cik tu dengan selamba kata " Niii laaaa lobby nya" nak tergelak aku. Dengan bersahaja pakcik tu buat lawak.

Lalu kami pun berkenalan dgn pakcik-pakcik tu. Sorang bernama Pak Cik Zaidi and sorang lagi dikenali sebagai Sifu Jasni..

Belum sempat saya nak tanya dengan bilik yang kami dah booking Pakcik tu ajak kami makan durian dulu. Saya sempat tanya " Jual mcm mana durian ni, Pakcik ??" hehehe.. sungguh daif aku. Maklum la kalau kita dok kat kawasan kita, apa sahaja mesti dibeli ok. takde yang free. Nak buang air pun kena bayar ok.. Ini kan pula nak makan durian. hehehe..

Pak Cik tu dengan happy kata " taaaak payah bayaaaaaar... makan sajaaaaa... freeeeee" Nada percakapan Pak Cik nie sangat la kelakar.. meleret and memanjang jer bila dia cakap. Sangat jelas di mata saya bahawa fikiran mereka tidak serabut dengan kesibukan seperti kita yang bekerja di kota. Nampak happy jer berehat2 di bawah payung, di tepi sungai sambil menunggu untuk menyambut pengunjung...


Pemandangan sungai semasa kami pekena durian



Pak Cik Zaidi sedang membelah durian.. nyummyy





Suami saya tak makan durian..


So apa lagi, saya and anak2 termasuk my bibik pun makan la durian sepuas2nya.. Pak Cik Zaidi mengopek durian tak berenti selagi tidak di stopkan oleh saya. Yes I am durian lover tapi takde la nak makan sekali hadap sampai sebiji sorang.. I just boleh makan durian sekali makan 2 ulas jer. Tak boleh lebih.. Masa kami dok makan durian, my husband lari jauh2 sebab dia tak makan durian.. sungguh rugi kan org Malaysia tak makan durian ni...

Lepas selesai makan durian kami pun dibawa oleh Sifu Jasni ke bilik yang kami tempah. Yang menambahkan keakraban kami dengan Sifu Jasni adalah, Sifu Jasni tu pun org Penang. Tapi dah beli tanah di Janda Baik and dah tinggal disana. So bila orang Penang bertemu orang Penang, kami dilayan extraordinary sikit la kan.. I like...

Keadaan di bilik biasa2 aje..Not like a 4 or 5 stars hotel. Bilik and toilet bersih. Bilik mandi dan tandas diletakan secara berasingan which is I like the konsep yang mcm tu. And sedikit tips sila lah bawak selipar yang mcm kain yang perlu kita pakai di dalam bilik tu sebab lantainya sejuk and kadang akan basah apatah lagi lepas kita mandi sungai.. Kalau saya mmg tak suka jalan dia tas lantai yang mcm tu. Dan satu lagi tips sila lah bawa kain lap kaki anda dalam 2 helai sebabnya bilik tu hanya menyediakan 1 helai jer kain lap kaki.. Nasib baik aku ada teringat nak bawak extra kain lap kaki tadi sebab mmg dah tau dah budak2 nie a.k.a anak aku mmg mcm2... ni tumpah tu tumpah.. Fening.. Fening...See... seperti yang aku katakan tadi kita kena prepare untuk memastikan keselesaan anak beranak kita... Towel tidak disediakan yer.. pihak resort hanya bagi sabun mandi May kecik jer... tu pun 2 bungkus..

Tapi yang paling penting and yang menjadi keutamaan kami ialah kami dapat mendengar deruan air sungai dari bilik. Itulah permintaan aku. I want a room closer to the river supaya I can hear the river. Kalau ada bilik di gigi sungai lagi best.. bukak pintu terjun jer terus...  Yeaaayyyy !!!


Jangan risau .. walaupun katil satu.. kita boleh minta extra bed.. freeeeee jeeeee... no extra charges



Balkoni kami... Just kami ok... (Alas biru tu i Bawak)

Kami diberi bilik yang bernama Apple. Yang best bilik nie kami ada private balcony sebab bilik kami adalah yg hujung sekali and ada jugak wakaf di depan bilik. Wakaf tu macam Gazebo la. Gazebo tu sangat dekat dengan sungai pendek kata kita boleh mengawasi anak2 kita yang mandi mandi di sungai dari gazebo nie.

Bila dah angkat semua barang masuk ke dalam bilik, my 2 heros apalagi terus meminta kebenaran untuk memulakan aktiviti utama di sini iaitu mandi sungai. Seperti yang aku katakan biarlah perut lapar tapi suara deruan sungai lebih kuat memanggil anak2 untuk berendam.

Dari pemerhatian saya, sungai ni taklah dalam, and arus tak laju sangat. It just nice and boleh la melepaskan anak2 bermain di situ tapi kita mesti la jugak sentiasa mengawasi mereka. Jangan la dibiarkan terus kan ..

Aku menemankan suami lunch dahulu and bila dah selesai makan2, saya pun join anak2 mandi sungai. Wowwww air sungai nya sangat sejuk. Masa mula2 nak merendamkan badan dalam air sangat sejuk gedik-gedik ok. Tapi bila dah start berendam dah ok dah. Kalau rendamkan kepala mmg terasa seronok and sejuk. Hilang segala penat lelah and strees di office. Terasa kesejukan meresap ke seluruh badan.. nyamannnnn...

Kami mandi dari pukul 4 ptg sampai la ke pukul 6.30 ptg. Anak2 mmg liat bila dipanggil suruh naik ke darat. Encik suami sambung tidur di bilik sebab dia mmg kekurangan tidur kerana semalaman bekerja. Makanya I just layan jer anak2 mandi sampai la ke pukul 630 ptg. Mmg tak tau sejuk budak2 ni..

Akhirnya anak2 naik ke darat jugak bila hujan mula turun renyai2. Nasib baik hujan. Kalau tak jenuh nak ajak Adam and Aslan naik. Airis mandi sekejap saja sebab Si bunga Airis tu mmg tak tahan kesejukan.

Malamnya, kami prepare untuk ber BBQ. Malam itu hanya 2 family termasuk kami jer yang menginap di area chalet kami. Alhamdulillah sebab mmg macam biasa we planed to avoid crowd. Mmg kami dapat menggunakan semua facility yg ada tanpa perlu berebut dengan orang lain.. Wohoaaa..





Mcm biasa .. ini lah tugas suami saya



Belakang tu la Sifu Jasni.. orang Penang


Sekali lagi suami Ingin mendapat kepastian Dari Sifu Jasni berkenaan tempat untuk ber BBQ. Menurut Sifu kami Boleh BBQ di tempat yg disediakan oleh pihak Resort atau pun kami Boleh berbbq di Depan bilik kami. Memandangkan anak2 masih kecik.. Dia sarankan supaya kami BBQ di harapan chalet Sahaja. Sifu memanggil salah sorang staff tolong set up kan tempat BBQ untuk kami. Alangkah bertuahnya.. Siap tolong nyalakan api lagi.. Double bertuah hokey !!

Kesimpulanya malam tu kami menghabiskan masa dengan dengan aktiviti BBQ dan makan2 sambil ditemani dengan bunyi cengkerik dan deruan air sungai.. Yang Penting DERUAN AIR SUNGAI hokeyyy.. 

Bila dah selesai menikmati makan malam kami pun lepak di gazebo kayu yang berada dihadapan chalet kami sambil bermain permainan domino and blok (apa ntah namanya).








Aslan kata berjaya !!

Sungguh indah malam itu. Just rileks, tak kelam kabut, tak payah nak memikirkan apa2 dan yang penting kami menikmati malam kami yang indah dan syahdu sambil ditemani suasana di dalam hutan, bunyi cengkerik and deruan air sungai.. Sungguh indah dan susah untuk saya gambarkan disini.

Dalam pukul 11.30 malam kami pun masuk tidur. And Alhamdulillah malam pertama kami disitu kami dapat tidur dengan nyenyak sekali. Mungkin jugak disebabkan oleh kepenatan berendam di siang hari tadi.. ZZZzzzzz

Hari Kedua - 20 Dec 2012 Khamis

Kami bangun awal kerana hajat dihati nak mencari nasi lemak seperti yang di recommend oleh Sifu Jasni. Sifu Jasni dah pesan kena pegi awal. Selalunya dalam pukul 8 pagi kemungkinan nasi lemak sudah habis dijual. Dia kata nasi lemak di gerai sebelum Jambatan batu tu memang sedap and ramai. So yang paling semangat is me. Nak bangun awal and nak menikmati nasi lemak sambil mencuci mata untuk merasai kenyamanan di pagi hari. Kami bergerak menuju ke gerai Nasi lemak dalam pukul 7.45 pagi and pada waktu itu kabus masih tebal. sejuk dan nyaman. Semasa hendak keluar dari Hawa Resort kami terserempak dengan Sifu Jasni dan dia membawa berita sedih kepada kami bahawa gerai nasi lemak tu tak dibuka pada hari itu. So dia recomend kepada kami gerai roti canai yang sedap di situ. Gerai roti canai tu terletak disimpang 3 sebelum masuk ke jalan menuju ke Hawa Resort. Berhadapan gerai roti canai ada satu kedai makan D saji. Tapi mcm biasa saya dah google, D saji ni menyediakan makanan ala ala Thai dimalam hari.

Bila kami sampai di gerai Roti Canai sekali lagi kami merasa hampa sebabnya roti canai dah habis... huwaaaaa sedihnya hati saya. Baru saya nak try roti canai yang dikatakan sedap oleh Sifu Jasni. Tapi apakan daya takde rezeki.. 

Kami pun patah balik ke jalan menuju masuk ke Hawa Resort and terjumpalah satu cafe yang diberi nama Andak's Place. Nasib baik masih ada makanan untuk sarapan and kami sekeluarga pun makan la nasi lemak. Nasi lemak nya pun sedap jugak and banyak pilihan lauk.. Dari permerhatian saya cafe ini diusahakan oleh sepasang suami isteri yang agak berumur tapi takde lah tua sangat... Masa dok sedap makan nasi lemak tu ada la satu Pak Cik nie and aku pasti dia org kampung situ. Pak Cik tu order LEMPENG.. wowwwww... ada LEMPENG ko.. So next visit di Janda Baik akan aku try LEMPENG di Andak's Place tu.

Andak's Place sangat menarik cafe nya.. Ada wifi ko !!! Kelassss taw... And susun atur and rekabina cafe pun sangat classic. Diperbuat dari batu2 sungai and buloh-buloh and sorrryyyy I terlupa nak snap gambar.. Bukan terlupa tapi sibuk melayankan anak-anak yang nak itu dan ini...But you all boleh try pegi situ nanti. Nasi lemak sedap and here they have a choices like Lempeng panas hokeyyy. Ada jugak Mee & Keow teow goreng.. and ada la  3 to 4 jenis lauk lagi..




Selesai makan kami kembali ke Hawa Resort and sekali lagi terserempak dengan Sifu Jasni yang sememangnya sangat ramah and suka bercerita. Sifu Jasni bawak kami round2 seluruh resort and dapat la kami tengok bilik VVIP dan juga bilik yang macam Dome untuk 8 orang dalam satu bilik. Selain itu Sifu Jasni bawa kami jalan2 tengok burung2 yang ada dipelihara di situ. Pantang jumpa durian, Sifu Jasni akan mengarahkan staff di situ menghantar durian ke chalet kami.. Jenuh nak makan durian.. PENGSAN...


Melawat burung2 peliharaan






Oh ya lupa nak cerita konsep di Hawa resort ni. Konsepnya kalau kita datang and ada buah yang boleh dimakan, maka anda makan la.. Jika ada rambutan yang dah masak, maka anda petik la.. It's like open farm.. kalau terjumpa buah durian luruh, sila la ambik and belah la durian itu. Kalau anda tak ambik maka pengunjung lain yang akan ambik nanti. So anda lah yang rugi.

Tapi kita nie kena la pandai agak2 kan. Kalau jumpa rambutan atau yang masih muda jangan la pulak dipetik. Jangan tamak hokey.. Maknanya buah yang tak masak lagi yg anda jumpa itu bukan lah rezeki anda.

And sungai di sini jugak hanya lah untuk check in guest je yer... So mmg privacy. And if anda nak datang dengan day trip boleh jugak just jumpa staff di sini and anda dikenakan bayaran tetapi saya tak pasti berapakah bayaran nya..

Aktiviti kami pada hari Kedua disini hanya lah mandi sungai.. Yessss.. we all tak jemu. Kami main Tube Rafting, Main tangkap2 ikan, menyelam kepala di dalam air yang sejuk gedik-gedik, makan durian di tepi sungai pendek kata hari kami dihabiskan di dalam air. Agak sejuk naik kejap ke darat kemudian turun lah balik. Memang puas hati maklumla chalet mmg berhampiran sungai. Anak2 jugak senang dipantau.

Walaupun masa itu boleh dikatakan setiap petang akan hujan lebat di KL tetapi Alhamdulillah sepanjang kami di Janda Baik cuaca sangat nyaman. Jika hujan pun hanya sekejap2 saja.

And my husband dapat cekup anak ikan Toman hokey.. Aku geli tengok anak ikan Toman tu sebabnya perut dia kelihatan macam sisik ular.. Yewwwww.. So aku takde la nak ambik gambor sebab aku geliiiiii tengok perut ikan itu. Tu ja la first time aku tgk. Lepas tu aku tak tengok dah. Selain dari anak ikan Toman, Abg Adam dapat la tangkap 7 ke 8 anak2 ikan juga tapi lepas tu kami lepaskan balik kesemua ikan-ikan tu. Tangkap pun semata-mata hanya untuk keseronokan jer.

Hari kedua nie, kami tak makan lunch hokey.. I just buat sandwich.. Yes i bawak Sardin, bawang,cilipadi and limau.. hehehehe.. Then Of course la roti. Sausage BBQ semalam pun ada so sosej tu pun kami makan dengan roti, sos and mayonis.. Memang menyelerakan.. Plus makan2 durian, rambutan and manggis di tepi sungai.. memang terbaik..

Pada hari Kedua ni, Adam and Aslan dah dapat kawan. So senang la kerja aku. Aku boleh melayan diri aku sendiri.. hehehehe..

Pada malam harinya kami ber BBQ lagi. Lebihan daging, ayam and sausage semalam yang belum dibakar, kami mintak izin dengan Sifu Jasni untuk menumpang di peti ais kantin disitu.. Nasib baik boleh tumpang peti ais kalau tidak mahu pecah perut kami nak masak kesemua sekaligus. Itu lah baik nya jika kita selalu merendah diri apabila di tempat orang. In shaa Allah orang akan menolong kita.

Pada malam ke-2 kami keluar ke kedai groceries untuk membeli arang and beras. I kan bawak periuk nasi.. hehee.. And arang yang kami bawa dari rumah tak cukup. So nak tak nak kami pun keluar cari arang, beras and ais dan kudap-kudapan yang lain.

Semasa proses nak nyalakan api, Sifu Jasni datang lagi and bawak kan kami manggis.. rezeki murah sungguh kami disini. Hajat di hati nak masak nasi tak jadi sebabnya kami diberi nasi goreng yang lazat. Cukuplah untuk kami sekeluarga. Baik sungguh hati depa nie.. Apa pun tak kira.. Cuba kalau kita pegi stay kat hotel 4 and 5 stars.. mano ada benda free. Apa pun dikira hokey... nama ja hotel 4 , 5 stars.. 

Malam tu bukan saja  kami diberi nasi goreng, siap diberi laksa lagi .. huhhhh.. penuh perut tahap nak PENGSAN..Alhamdulillah Rezeki Allah..

Dah selesai ber BBQ and dinner, aku tak tunggu lama diluar. Malam ke2 tu aku rasa extra mengantuk. Bukan aku jer, anak2 pun dah nampak mengantuk and mata pun dah merah keletihan. Kami tidur dalam pukul 10 mlm. My husband tak tidur awal tapi berborak dengan Sifu Jasni sampai ke pukul 3 pagi... Fuhhh tahan betul mata diorg ni...

Hari ketiga - 21 Dec 2012 Jumaat

Kami bangun awal lagi sebab tak mau terlepas untuk merasai nasi lemak yang di recomendkan oleh Sifu Jasni. And yesss.. Alhamdulillah kami dapat jugak makan nasi lemak di gerai tu. Tapi bagi aku.. nasi lemak tu biasa je... but but but.. ada yang luar biasa.. Pulut manis mak cik tu sangat luar biasa. Sedap sangat hokey.. memang terasa yang makcik tu masak dengan ikhlas hati.. hahahaaa.. yang best sekali, sepinggan cuma RM1.. Mau pengsan saya makan sorang2.. hehhe


Sangat sedap...


Selesai sarapan kami balik ke resort and untuk berjumpa la Pak cik Zaidi. Rupanya Sifu Jasni dah pegi KL ada urusan kerja pagi tu. Tujuan jumpa dengan Pak Cik Zaidi sebab nak extend satu malam lagi tapi nasib kami tak baik sebab dah full. So kami pun pasrah and perlu lah bersiap2 untuk pulang pada hari itu jugak.

But But But... yg bestnya.. Menurut Pak Cik Zaidi, kalau kami nak check out pukul 8 malam pun boleh.. wowww.. bestnye..Menurut Pak Cik Zaidi pada masa tu hanya bilik kami jer yang terguna so sempat la untuk staff nak kemas bilik kami. Jadi kami decide nak keluar pukul 6 petang.. Sangat best hokeyyy.. Tak payah nak kelam kabut check out pukul 12 tgh hari.. Wohoaaaaa..

So apa lagi !!! seperti biasa aktiviti diteruskan dengan mandi air sungai lagi. Masing2 tak nak melepaskan peluang mandi air sungai sejuk tu. Maklum la petang nanti dah nak balik.. SEDIHHH...

Kami mandi dari pukul 10 pagi and me, stop la pkl 1 ptg sebab nak siap2 mengemas. Tetapi Adam and Aslan stop at 4 petang. Kecut semua bila dah berendam lama dalam sungai.

Setelah mengemas kami pun bertolak la balik dalam pukul 5 ptg. Perjalanan keluar dari Janda Baik sangatlah sayu.. Chewaahhh.. Sayang untuk kami meninggalkan tempat yang cantik and nyaman seperti itu. Kabus masih kelihatan segar dan kesejukan terasa. Sesungguhnya hatiku telah tertinggal di Janda Baik. In shaa Allah aku akan kembali di sini...

Tips : Sila la datang pada weekdays sebab pada weekends, menurut Sifu Jasni mmg ramai and kebanyakan nya datang ke sini untuk membuat family day or team building. Tetapi sekiranya and datang jugak di cuti hujung minggu sila lah bawak baldi sebabnya air didalam tandas atau bilik mandi akan slow sekiranya bilik-bilik di sini penuh... Sekian...

Jom tengok gambar and biar la gambar yang dapat menceritakan semuanya..










Penting bawak kasut crocs yer sebab nanti kaki tak sakit bila pijak batu dalam sungai nanti



Tiub Rafting




Makan Rambutan di tepi sungai.. terbaik


1st night.. BBQ set up









Sifu Jasni ni mmg suka bercerita and yg sorang lagi tu adalah pendengar setia... 








gogle penting.. jgn lupa bawak tau !!


Dady pun bertiub rafting jugak.. mmg best!!


Encik suami melayan hero-heronya
Tiub Rafting... me pun dah try... kat sini 


Tiub Rafting tersangkut


Berjaya melepaskan diri


Tak mengendap ikan.. bukan senang ok.. lain kali kita bawak jala



Airis tak tahan sejuk sangat..




Aslan in action.. suka tengok butir2 air tu macam diamond kan ??


My partner in crime.. haha


Aslan and Dady
From Gazebo view


Kami bertiub Rafting dari hujung sana..


Masam.. sebab takleh mandi because hujan renyai2


Budak tak tahan sejuk so dia main pelampung atas darat


Bergomol dalam air


Dady and Si bunga Airis


Ni la pot kami.. Sebelah atas tempat budak2.. sebelah bawak tempat me and husband bertiub rafting...



3rd day - Adam and Aslan dah dapat kawan


After mandi makan durian dulu.. pastu terjunnn balik..


Our last day.. macam makin banyak org .. nasib baik kami dah nak balik





Si bunga Airis with yellow flower 


BFF..


Lek lu...




Aslan dok bercerita apa ntah kat family yg satu lagi tu.. Diorg pun khusyuk dengar.. haha


Layan manggis yg diberi oleh Sifu Jasni








Lebihan durian yang perlu kami bawak balik.. Jenuh makan

54 comments:

  1. Waalaikumusalam Farah Nabila.. Bilik tu ada yg RM150, RM300 ...tapi actually kalau u walk in boleh mintak diskaun kat Pakcik Zaidi tue.. hehehe.. we all tak dapat diskaun sebab we all booking dgn office.. rugi tau but next time I know already.. ;)

    ReplyDelete
  2. wah menarik sgt-sgt..arang utk BBQ sn pun ada jual kan?nak tau ayam yag buat BBQ tu bwk daru rumah kan..so perapkan dalanm box warna putih tu eh..pastu letak dalam plastik and letak ais ke??yela malam br wat BBQ kan..tkt busuk..ke cmner?leh mintak advice sikit kak..

    ReplyDelete
  3. memang menarik.. rasanya ni la salah satu percutian kami yang lain dari lain sebelum ni.
    hmm kat sana ada kedai groceries.. arang mmg ada jual sb saya pun beli arang di kedai tu masa malam kedua.. siap beli beras lagi sb kami bawak periuk nasi..
    Ayam tu saya perap semalaman sebelum bertolak keesokan harinya dalam freezer so bila esok nak bertolak ke sana ayam dah beku and Insyaallah boleh bertahan la sampai ke malam.. bila malam just nice dah lembut and boleh bakar..cuma saya simpankan dalam bekas yg tebal supaya udara tak dapat masuk. saya guna flask nasi yg kecik tu yg mcm ada kat kedai jual nasi tu. untuk bg nasi tu sentiasa panas. tapi kalau encik ringan2 kan mulut boleh je tumpang kan freezer kat kantin di Hawa resort tu.. staf2 nya baik2 belaka.. kami pun tumpangkan lebihan ayam yg nak dibakar untuk malam kedua kat kantin tu...tak plan pun nak menumpang freezer kat situ tapi tgh2 sembang kami dipelawa if ada lebihan blh simpan so kami pun ambil la kesempatan.

    Tapi sy advise jgn pegi weekends sb sy pernah dengar masa weekend agak ramai la yg menginap kat Hawa resort tu and takde la privilege mcm yg kami dapat.. macam saya, kami pegi cuti sekolah hujung tahun tapi masa weekdays mmg enjoy..tak ramai and sungai tu mcm kami yg punya..

    Kalau encik nak simpan dalam box ais putih tu pun ok jugak... tapi saya tak de box putih tu so takdelah simpan.. kedai kat kampung tu pun ada jual ais batu so jangan risau la.. boleh je beli ais batu and campurkan kat dalam bekas ais encik tu bila kat sana nanti

    ReplyDelete
  4. no tepon uncle zaidi plzzz

    ReplyDelete
  5. Thank sebab sudi jengah di blok saya.

    Please email saya ye.. so saya boleh bagi no telefon pakcik zaidi tu. My email mariana_omar1@yahoo.com

    ReplyDelete
  6. berminat nak ke sana. boleh x emailkan no uncle zaidi tu ke email sy nurulnatisya@gmail.com.. thanks..:-)

    ReplyDelete
  7. Salam, berminat juga ke sana, nanti emailkan phone no pakcik Zaidi tu ek..melatishafika@yahoo.com - thanks ;)

    ReplyDelete
  8. Thanks sudi menjengah citer nie.. nanti saya email ok..

    ReplyDelete
  9. berminat nak ke sana. boleh x emailkan no uncle zaidi tu ke email sy rtmelaka@gmail.com.. thanks.

    ReplyDelete
  10. boleh emelkan no. phone uncle zaidi ke nisam867@gmail.com

    ReplyDelete
  11. terima kasih kerana puan sudi berkongsi pengalaman yang menarik. insya-Allah, saya dan keluarga juga berhasrat ke sana. mohon jasa baik puan untuk e-melkan saya nombor telefon abang zaidi ke ltmazizi@gmail.com bagi kegunaan saya pada masa hadapan. panjangkan salam silaturahim saya kepada suami puan dan anak-anak. selamat menyambut Ramadhan mulia.

    ReplyDelete
  12. Salam..best bace cite akak smpai abes sy bace..hehe..emelkan sy no pkcik zaidi ye..tq..itsmiaa@hotmail.com

    ReplyDelete
  13. Saya rasa sy dah reply semua.. if ada yang belum let me know ye..

    ReplyDelete
  14. tolong bg no fon tmpt ni ke zai_rie2@yahoo.com ..tq

    ReplyDelete
  15. panjang sungguh cerita..i siap catit details barang yg u bawak..ehheheh..kdg2 ta terfikir pun mcm extra alas kaki n alas meja biru :)..hehehe btw leh emailkan no pakcik zaidi ke saya tak..
    me_athome80@yahoo.com

    plan n ke sini cuti seolah ni...igt kat d'ark je best..rupanya hawa resort pun ok ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmmm next time maybe sy boleh try kat d'ark plak... Best ek ?

      Delete
  16. Salam. boleh tolg bg no phone ni kat saya jugak.. emel saya hilmiby@gmail.com. terima kasih.

    ReplyDelete
  17. Salam puan,bole sy dapatkan no pakcik zaidi... Sy kena pergi kursus ,bos suruh ...anak masih baby 10 bulan nyusu badan,alahai bos pun kejam suh pegi juga... Bole puan email ke beckmq1979@gmail.com...terima kasih puan sy nk book kan utk husband dan ank2

    ReplyDelete
  18. puan..emailkan no encik zaidi tu.. tq

    nazr1881@gmail.com

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum, boleh saya dapat kan nombor pacik zaidi?

    malinasiam@yahoo.com.my

    thnks

    ReplyDelete
  20. Assalam… bleh saya dptkan no telefon pakcik zaidi… email sy cikcila@gmail.com

    ReplyDelete
  21. salam.. saya memang bercadang kesana.. bolehkah minta no tel en zaidi tu.. mrs.naziha@gmail.com.. tq

    ReplyDelete
  22. Salam. Boleh saya dapatkan no telefon pakcik zaidi....email saya aziah4176@yahoo.com. Thank you.

    ReplyDelete
  23. Salam...blh email kan sy no tempat ni?..tq...
    aiq_girl@ymail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah email add.
      aiq_girlz@ymail.com

      Delete
  24. assalamualaikum.. nk tanya.. katner beli tiub rafting tu? tq

    ReplyDelete
  25. Waalaikumusalam. . Saya beli kat toy r us

    ReplyDelete
  26. assalamualaikum...nk minta no tel pakcik zaidi tu..ni emel saya yosscampoo@gmail.com

    ReplyDelete
  27. assalamualaikum, boleh tlg emailkan no pakcik zaidi tu tak kak.. ni email saya nasrinmakmur@gmail.com mekasih :)

    ReplyDelete
  28. Asssalaam kak.tlg email kan no encik zaidi tu di zahid_ab@yahoo.com

    ReplyDelete
  29. mohon emailkan details seperti harga dan no telefon p.i.c kepada saya.lagi satu nak tanya, chalet dia kene naik tangga ke?sbb saya plan nak bw mak saya..dia xboleh naik tangga dan selalu atas wheelchair..so kalau takde tangga atau 1 mata anak tangga saja sesuai lah untuk kami. email saya nhaziz89@gmail.com. terima kasih

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum...bleh email no fon pkcik zaidi tu??bcdang nk pg lg 2 mggu..email sy mrslayla@yahoo.com..tq ye kak..

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum Puan, mintak emailkan saya no. tel pak Zaidi, macet74@gmail.com. TQVM Puan.

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum puan..minta jasa baik emailkan sya nombor telefon en zaidi tu..sya dah hampir 6 bulan x bawak anak, isteri bercuti disebabkan masalah kesihatan sya..teri a kasih ye puan

    ReplyDelete
  33. Maaf..email sya ezzy887@yahoo.com. .terima kasih

    ReplyDelete
  34. Best.. Sis mohon beri no. En zaidi... Nie email sy syafiq_edu86@yahoo.com.. Ingt nak p bln november nie.. Tqvm sis

    ReplyDelete
  35. assalamualaikum .. lia mmg bercadang nak ke janda baik.. mmg tgh survey2 la chalet murah2 dan harga yg berpatutan ni... kebetulan jmpa blog ni.. baca dri a-z.. mmg best... terima kasih sudi kongsikan pengalaman bercuti puan sekeluarga kpd kami semua...

    boleh emailkan pada lia contact no hawa resort atau pun no tel pak zaidi tu ke?

    noly_83@yahoo.com

    ReplyDelete
  36. Dear, Sobah Mariana oemar
    Saya ikut suka dengan Hawa resort janda baik dengan cerita anda. If you don't mind please give me Tel no En Zaidi untuk booking one.And give us a no of chale that quite silent ( paling ujung ) but still good. Thanks a lot for your helping n Best regards, Endro,Kuantan .Our e-mail : wid_son@yahoo.com

    ReplyDelete
  37. salam.sy nk tya chalet tue ad tv n peti ais? leh sy dptkn no tel zaidi. halizan@navy.mil.my

    ReplyDelete
  38. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  39. Assalamualaikum, boleh saya dapatkan no pakcik zaidi rahayu_aziz@yahoo.com. Tq

    ReplyDelete
  40. As salam....boleh x bg no pak cik zaidi ni.. email saya tba3095@gmail.com

    ReplyDelete
  41. Assalam sis..bole email HP no Abang zaidi..email ke: annazainy@gmail.com
    Thanks sis

    ReplyDelete
  42. Assalam sis..bole email HP no Abang zaidi..email ke: annazainy@gmail.com
    Thanks sis

    ReplyDelete
  43. Assalam sis..bole email HP no Abang zaidi..email ke: mardianamuhd@gmail.com
    Thanks sis

    ReplyDelete
  44. hi.. boleh emailkan phone no abang zaidi kepada saya? email id: roshani@fomema.com.my

    ReplyDelete
  45. assalam..bleh sy dpt kn no hp abg zaidi ...email sy..eja3313@yahoo.com
    T.ksh

    ReplyDelete
  46. Salam.boleh sy dptkn nk hp en zaidi..email sy..nanie3103@gmail.com.t.ksh

    ReplyDelete
  47. Salam.boleh sy dptkn nk hp en zaidi..email saya siaismai@yahoo.com

    ReplyDelete
  48. Salam.boleh sy dptkn nk hp en zaidi..email saya siaismai@yahoo.com

    ReplyDelete
  49. Salam.boleh sy dptkn nk hp en zaidi..email saya usopyob@gmail.com

    ReplyDelete
  50. Salam puan,terima kasih atas perkongsian,dok baca puan punya entry pun terasa syioknya,boleh dak kalau tolong share nombor telefon encik zaidi? Emel saya ismail.amj@gmail.com
    Terima kasih ya

    ReplyDelete
  51. As salam semua.. saya dapat feedback dari org2 yg tanya... encik zaidi akan suh call pejabat urusan hawa resort sdr... harap maklum

    ReplyDelete