My Family Daisypath tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

18 Jan 2013

Back to school story - 2013

As Salam to all my dear readers, 

Dah nak masuk 3 minggu anak2 memulakan persekolahan. Macam2 kejadian jugak lah yang telah berlaku.

#Yang duit hilang bila diberi untuk membeli beli baju sukan. Bila disiasat rasa-rasanya duit tu tercicir sebab aku dah pergi bersembang dengan adik yang menjual di koperasi sekolah tu. Adik tu mmg pasti dia nampak Adam pegang 2 keping RM10 tetapi selepas 5 minit kemudian, dah tinggal sekeping RM10 di tangan Adam... huwaaaaaaaa

# Yang buku aktiviti hilang pun terjadi jugak tapi akhirnya si anakanda kesayangan teringat kembali yang sebenarnya dia telah menghantar buku tersebut untuk disemak oleh guru. Penat Ibu lari sekejap pegi ke sekolah dengan Abang Adam nak tengok mungkin tertinggal di bawah meja.

# Yang hari2 makan or beli burger di kantin sekolah pun, anakanda hamba la jugak. Sampai kan aku terfikir nak komplain kat cikgu bahawa tak bagus jual burger, kentang goreng or nugget di sekolah. Itu adalah makanan yang tak berapa nak sihat. If seminggu sekali dia jual tu takpe la.. bayangkan anak-anak akan makan burger saja selama setahun ?? Apa akan jadi ?? Owhhhh mmg saya tak boleh nak bayangkan... Takpe nanti mesyuarat PIBG akan ku usulkan ini.. Ada Aku Kesah !!

# Lepas tu bila ditanya samada Abg Adam ada buang air besar or kecik di Sekolah and yang mengejutkan jawapannya adalah tidak. Bila ditanya kenapa tak buang air di Sekolah ?? jawapanya adalah sebab nanti Abg tak reti nak Pakai tali pinggang and tak reti nak masukan baju Sekolah di dalam seluar balik.. Anak anak.. Mcm mana la dia boleh tahan tak kencing satu hari.. Not good kan ?? kena penyakit batu karang baru tau.. Kalau dah macam ni keadaanya, nampak gaya lepas ni Adam kena siap and Pakai baju Sekolah sendiri la. Sebelum ni baju dipakaikan oleh aku atau bibik sebab kalau harap Abg Adam pakai sendiri alamatnya sampai pukul 8 pun tak siap-siap lah jawabnya...

So lepas ni lantak la kalau siap slow2 pun. Sebab Abg Adam kena practice macam mana nak pakai tali pinggang and masukan baju dalam seluar.. Hadoiii... Kalau satu hari nanti tiba2 tak tertahan and nak kena buang air kecik or air besaq jugak macam mana?? Sapa pulak yang nak tolong tu ?? Mungkin jugak sebabnya masa di Q-Dees dulu baju and seluar tak perlu dimasukan ke dalam.. so mmg tak pernah practice la dari dulu kan !!

# Satu hal lagi setelah buku dikatakan hilang, Si anakanda tertinggal bekas tuppaware ibu pulak... haddooiiii!!! dah la tu tuppaware horiginal !!! sebelum nie mmg dok bagi Abg Adam bawak tuppaware dari GSC cerita Rio. Tapi semalam dia nak bawak sandwich telur tapi tak nak berbentuk segitiga. Dia nak yang berbentuk segiempat. Tuppaware Rio tu bentuk ovul so I just bagi dia bawak my tuppaware la.. My square tuppaware.. Then rasanya nak dekat 10 kali pesan .. jgn lupa bawak balik.. tup tup.. dia tertinggal jugak tuppaware horiginal ibu dalam meja di kelas dia.. Huwaaaaaa.... Apa nak kata ?? Tak yah la kata apa2 cuma tunggu la if tuppaware tu still kat situ or dah gone... if gone redha ja la.. And learn from the mistake which is lepas nie jangan memandai bagi Si anakanda bawak tuppaware horiginal lagi hokeyyyy !!!

Hokeylah ... Now nak cerita pasal bekalan harian Abg Adam yang aku bekalkan ke sekolah pulak, sebelum ni mmg aku bekalkan duit poket je. RM2.50 sehari. Huh !!! zaman I dulu 5 kupang ja...

After 3 hari ke sekolah, bila Abg Adam balik Sekolah aku akan call dari Ofis to check whether he arrived at home safely and of course la check ada ke tidak balance duit yang dibawa balik. So far dia akan bawak balik 50 sen.. Then I soal siasat jugak, tanya apa yang dia makan di Sekolah. Then Abg Adam akan jawab burger and fries RM1 each.. So habis la RM2 and 50 sen dia bawak balik and aku suh dia masukan dalam tabung.

Esoknya aku tanya lagi and he makan benda yang sama. Then hari ke3 pun benda yg sama. So dlm fikiran aku nie, kepala otak Aku kata, takleh jadi ni... Hari2 makan burger and I'm so sure that is not good.

So dikuatkan azam and semangat, berazamlah Si Ibu nie a.k.a aku la untuk bangun awal setiap pagi untuk menyediakan bekalan untuk Si anak. So far setakat last week sampai ke hari ni mmg aku berjaya la siapkan Abg Adam bekalan untuk dimakan waktu rehat nanti. Abg Adam mmg jenis tak bersarapan so cukupla pekena susu dalam botol sebelum mandi. Oppssss !! Ye anak saya yang berumur 7 Tahun tu masih isap and minum susu dalam botol hokeyyy .. Tapi takpe la.. Bagi Aku, Aku tak kesah asalkan dia nak minum susu. Sebabnya kalau nak ikutkan, me and husband mmg tak minum susu so biar lah anak2 minum susu sampai diorg yg tak nak sendiri susu tu satu hari nanti.

Berbalik pada cerita bekalan harian Abg Adam. Satu hari nanti aku Akan buat jadual seperti yd dilakukan oleh salah seorg kawan lama aku pada anaknya. Tapi buat masa sekarang, Aku kena buat research dulu apa yg Abg Adam suka and apa yg dia tak suka. So nanti Boleh la tukar2 menu supaya Abg Adam rasa happy dapat Makan makanan Dari rumah.

For bekalan Abg Adam and sometimes Aslan jugak, mmg Aku yang prepare sendiri. Memang la aku ada Bibik yg boleh buat sebenarnya tapi Bibik aku tu tak kreatif. Kalau kata buat nasi goreng makanya... nasi goreng aja lah selama sebulan. Tu takpe lah jugak tapi tujuan utama aku sebenarnya aku nak anak aku makan makanan yg dibuat sendiri oleh Aku.. Bukan kah itu lebih afdal ?? Kesian anak.. Dah la sepanjang siang masa ibu bekerja Abg Adam akan dok umah ngan Bibik .. So ibu kena la curi masa untuk siapkan bekalan anak selagi ada kudrat. Boleh jugak la ibu bacakan doa2 untuk melembutkan hati si anak kelak. Bab2 cuci mencuci baru la aku serahkan kepada Bibik and aku jugak bertekad bahawa biar la Aku sendiri yang mengiringi Abg Adam menunggu kereta yang akan bawa dia ke sekolah.. Sebabnya bagi aku masa menunggu kenderaan bersama Adam lah masanya untuk aku beri pesanan or peringatan supaya Abg Adam tak lupa.. Tp tu la, dah nama budak, dalam pesan2 pun kadang2 lupa jugak apatah lagi kalau tak pesan .. Menang gone la.. So petuanya, Kita perlu bagi pesanan hari2 kepada anak2 biarpun penat bercakap mcm air dituang di daun Keladi.. Itu adalah lumrah budak2... Cepat lupa and alpa sebab ingat nak main ja. Dan ini peringatan untuk diri aku sendiri... bersabar lah yer ibu dengan karenah anak2.

Lepas aku sediakan Adam bekalan, wang saku aku kurangkan ke RM1.50 sehari.... Hokeyyy, thats good kan ... Adam tak belanja duit tue di sekolah tetapi bila aku call after time sekolah, Abg Adam beritahu yg dia tak guna duit di sekolah tu TETAPI Abg Adam telah membelanjakan nya di hadapan rumah jerrrrr... iaitu beli ais krim yang dok ting ting ting lalu lalang di depan umah.. Hahahhaaa.. bijak anakanda nie.. Tak guna duit di sekolah tetapi guna duit di rumah..Dushhhhh !!!


Oleh itu berkuat kuasa serta merta duit saku Adam aku kurangkan lagi ke RM1 jer sehari and aku dah warning Abg Adam jangan beli ais krim lagi. Bukan la aku nie teruk sangat.. itu tak bagi.. ini tak bagi tapi aku just control la anak aku dari makan benda2 manis mcm tu.. kalau tak takde la gigi Adam and Aslan masih cantik sampai sekarang kan!!! ahakkksssss.. perasan pulak aku nie.. Ye la budak2 kalau dibiarkan 24 jam asyik nak makan gula2, pastu gigi akan jadi hitam or tak pun patah sebelum waktunya.. Nak makan ais krim boleh tapi waktu ibu ada di rumah... So boleh la aku control sikit budak2 tue apa yg patut.

Cerita pasal masak pagi2 buta ni seawal 6 pagi, Memanglah pedih mata ni hanya tuan badan yang tahu.. Tambah2 kena tidur lambat if my part time job tu kena siapkan malam tu jugak. Tapi takpe ibu sanggup bersengkang mata and berikat perut demi anak2... Cuma kadang2 ibu jadi orang hijau tu bukan la pilihan ibu tapi pilihan anak2 sendiri.. Sapa suh bagi ibu naik darah?? Haaa.. Sendiri la tanggung kan..

Cer kalau baik jer.. boleh ikut arahan dan aturan mesti ibu tak jadi orang hijau or suara ibu tak macam petir.. hehehe..

Bagi Aslan aku tak kisah sangat sebab sekolah dia masih menyediakan makanan untuk murid2 so kalau dia kata nak bawak bekal baru lah aku tapaukan. Tapi mostly dia nak bawak nasi lemak so Ibu nie singgah la tapau nasi lemak dalam tuppaware Rio Aslan. Anak aku yang nama Aslan nie senang bab2 makan nie... Asalkan jangan ada sayur dia makan. Tapi kalau baby jagung or carrot mmg favorite Aslan la.

Homework takat nie Abg adam no problem. Aku balik rumah selalunya homework dah siap sebab homework yang ada sekarang nie adalah yang basic2 je.. Mewarna, menulis and mengira. So setakat nie takde masalah la pasal homework Adam. Ibu balik keja dah settle.

Bila malam, I dah start kasi training to Adam, Aslan and si Bunga Airis untuk masuk ke bilik and tidur pukul 9.30 malam. So setakat nie pukul 10 malam ketiga2 A's tu sudah tidur. Alhamdulillah.. So mmg mudah bila diaorg nak bangun awal ke sekolah cuma Aslan nie tetap liat nak bangun pagi. Bagi Adam takde masalah. He can wake up at 6 am and secara automatic Airis pun akan bangun and nak mandi jugak pukul 6 tu. But Si Bunga Airis akan tidur semula pd pukul 7 selepas Abg Adam naik kereta ke sekolah. So after Abg Adam pegi, aku akan tidurkan si Bunga Airis dalam buaian and selalunya 5 minit jer Airis dah terlelap. Mgkn sb dia bangun terlalu awal.

That's it lah cerita2 pengalaman pertama aku dalam menguruskan anak masuk ke darjah 1. In shaa Allah aku akan perbaiki masa aku and skill masak aku untuk menjimatkan masa dimana2 yang patut and boleh dijimatkan The keys word is Kalau kita dah bertekad nak buat sebaik2 nya In shaa Allah tidak apa yang boleh mengahalang kita. In shaa Allah penyakit M besar tu oun akan hilang. And yang penting malam rehat la secukupnya...

Sekian, Wassalam

Jom tengok bekalan2 yang saya bekalkan kepada anakanda sayang .... Just a simple dishes but believe me you akan berpuas hati bila tengok makanan yang kita bekalkan habis di makan oleh si anak... and the best part lagi bila si anak call and cakap " Ibu... sandwich tadi sedap la.. sandwich yang paling sedap yang pernah abang makan ..." Wonderful kan ?? At least he knows how to appreciate me...





Sandwich Telur extra Mayonis (Antara favorite Abg Adam)


Sandwich Telur and ayam goreng ala2 KFC


Sandwich Tuna with Mayonis and Kek Lapis and Biskut Tiger.. Sandwich and biskut licin.. kek lapis jer yang dibawa balik


Sandwich telur and ayam goreng and brownies(brownies tu Ibu beli daaa)


Nasi goreng Pataya and Sos Tomato .. He like this


Roti telur mayonis and sos tomato - nak yang benyuk 4 segi plak.. Tuppaware ni yg tertinggal tu


Bihun goreng and sos tomato and cookies
P/s : Tadi call Adam and dia beritahu lain kali tak payah buatkan bihungoreng untuk dia... teeetttttt.... oleh itu bihun goreng di delete dari senarai berkuat kuasa serta merta.. hehe..


No comments:

Post a Comment