My Family Daisypath tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

15 Jun 2013

Day 1 ~ Perjalanan dari KL to Phi Phi Island, Krabi Thailand



Assalamualaikum,
Haaaaaa... baru lah berkesempatan nak jengah and hupdate my blog ni..Busy yer...Dah nak masuk 3 minggu dah kami balik dari Krabi. 

Hokey entry kali ni nak cerita pasal my family trip to Phi Phi Island and Krabi Thailand.

Sebenarnya dah lama plan nak pi bercuti2 di Pulau2 nie.. Mula tu ingat nak pi dalam Malaysia jer and Pulau Tioman adalah dalam senarainya..
Tup tup.. Air Asia buat promotion plak to Krabi so kami pun memanjangkan lah kaki ke Krabi, Thailand.. 


Research punya research and google punya google.. dah timbul pulak idea untuk memanjangkan lagi langkah kaki and berehat di Phi Phi Island Thailand for 2 nights and di Krabi iaitu bahagian tanah besar selama 2 nights. 


So kami merehatkan minda di tepi laut and jalan2 makan angin di tanah besar merangkumi hutan2.. and shopping2.. Actually tak sempat nak bershopping pun.. huhuhu.. oleh kerana kekangan anak2 and kekangan masa.. so takyah la pening2 bershopping.. Tapi I shopping gak sorang2.. tinggalkan anak2 and cik Abang kat bilik hotel then I keluar cari skirt.. keh keh keh.. dapat gak la tangkap 4 5 pasang...

Okey sambung cerita ye.. Percutian kami adalah dari 26 May 2013 sehingga 30 May 2013.. Sudah ku beritahu kami nie kalau bercuti tak boleh semalam jer.. mesti 2 malam atau lebih if not takyah lah bercuti buat penat badan jer..

Masa saya research tu memang kurang yang menceritakan percutian di Phi Phi Island nie. Ada yang menceritakan di sini tapi tak banyak. So harap2 cerita saya nie dapat lah menyumbang sedikit sebanyak informasi ye..



Day 1 - 26 May 2013:
Flight kami ke Krabi pukul 7 pagi dr LCCT. Malam tu kami tidur di rumah saudara di Salak Tinggi sebab takut ketinggalan flight. Faham2 lah kan dengan 3 toodlers hmmmm bahaya kalau kami ambil risiko nak bertolak dari rumah.

Pukul 5 pagi kami bertolah dr Salak Tinggi and mengambil masa 10 minit untuk sampai di LCCT. Check in baggage sangat busy pagi tu.. Ramai yang nak pergi bercuti maklumlah hari tu adalah hari kedua cuti sekolah. Kami 5 beranak berat bag dah pun 35kg nasib baik tepat seperti yang dijangka.

Selepas selesai check in kami terus masuk untuk pemeriksaan imigresen.. Hati I ni sebenarnya berdebar2 gak mana lah tau kot2 nanti ada masalah di imigresen nanti.. Pasal PTPTN ker .. opsssss...

Alhamdulillah semuanya lepas and kami selamat masuk ke dalam flight. Nasib baik keadaan cuaca hari tu clear so takde lah saat2 mencemaskan dalam kapal terbang. Aku ni sebenarnya penakut naik kapal terbang... Tambah2 masa flight baru nak take off and masa flight nak turun dari aras atas awan ke bawah.. Waktu kapal terbang merempuh awan.. Fuhh.. bagai nak jatuh jantung den...and lagi satu wakyu nak landing...mcm brek flight tu tak makan jerkk..

Kami breakfast dlm flight and nasib baik Si Bunga Airis tidur sepanjang perjalanan dan ini memudahkan keje I. Rugi2.. Her first flight is tidur sampai la flight mendarat di Krabi...

Masa penerbangan adalah dalam 1 jam 30 minit. Bila dah selamat landing di Krabi and selesai urusan imigresen, kami di jemput oleh Mamat taxi yang telah aku booking online for airport transport to Phi Phi Island so that takdelah nak kelam kabut cari taxi nak ke jeti dengan 3 org budak. So better plan semuanya from Malaysia lagi. Aku buat online booking from airport to jeti and sekali la suh depa beli tiket feri to Phi Phi Island. Sebenarnya agak mahal and rugi jugak sebab kalau beli direct lagi murah. But I have no choice.. takpe lah janji memudahkan keje..

Kami tiba di Krabi pukul 7.25 pagi waktu Thailand and 8.25 pagi waktu Malaysia. Waktu di Thailand ni lambat sejam yer dari waktu Malaysia. Harap maklum.. Jadi untunglah sebab kami flight kami pukul 7 pg(waktu Malaysia) and kami tiba di Krabi pukul 725 pagi (waktu Thailand).. ini lah yang dikatakan masa dapat diundur.. hehehee.. eh melalut pulak dah....

Kami terus di bawak oleh si tukang driver taxi ke Jeti yang diberi nama Pak Klong Ji Lhad Port, Krabi. Untuk pengetahuan semua jeti ke Phi Phi Island ada beberapa tempat. Kita boleh ambik dari Ao Nang dan sebagainya. Memandangkan kami dari Krabi airport, agent airport transfer tu recomend kan kami ambik jeti di area Krabi.

Suasana di Krabi, Thailand ala ala macam suasana di negeri kedah and perlis.. Struktur rumah. kedai2 sama lah mcm kat Perlis.. Jalan raya tak sesak sangat, banyak kedai yg jual makan-makan kampung, goreng-gorengan tapi masa kami sampai tu pagi, so nampak kedai je lah sebab kedai pun tak bukak lagi.. 


Sememangnya mengingatkan aku pada Perlis negeri kelahiran aku.. 

Semasa perjalanan ke jeti, kami di offer oleh driver taxi tu untuk chartered dengan dia jer untuk balik ke airport and untuk jalan2 di area Krabi. Katanya kalau ambik direct dari dia lagi murah.. ye la kalau ambik terus dr dia kita bayar untuk dia jer.. Driver tu dapat full payment.. So kami pun set and terima cadangan dia.. kami akan chartered driver tu jer untuk pusing2 di Krabi and untuk balik ke Airport nanti.. Dia akan tunggu kami di jeti pada hari kami balik dari Phi Phi Island nanti.

Setelah bertukar voucher and tiket feri, kami bertemu pulak dengan mamat yang menjual tiket feri ni.. Dia cadangkan kami beli tiket feri untuk balik semula ke krabi siap2 so tak yah lah kami cari2 di Phi Phi Island lagi and harga sama jer.. And yg paling best and menjimatkan, dia charged kami untuk 2 adults je.. Budak2 dikira free sedangkan semasa pegi agent yang aku order from online tu charged kami 2 adults and 2 kids.. hmmm so aku pun whatever la kan.. janji selamat dah la...

Online agent tu charge kami untuk tambang feri sahaja THB500/ adults and THB400/ kids..

Masa balik kami hanya perlu bayar THB400 / adults.. banyak kerugian telah melanda.. hehehe.. apa pun takpe lah. Benda dah jadi. Tak leh nak tarik balik.

And kami jugak terus membayar untuk menyewa private long tail boat untuk island hoping pada keesokan harinya. Penjual tu cadang ambik speed boat tapi memandangkan kami dengan 3 orang kanak2 lebih afdal sekiranya kami menyewa private long tail boat.. senang nak arahkan driver nya mengikut rentak kami sebab hanya kami jer yang akan naik boat tu... harganya THB2500 iaitu RM250. I think that ok sebab kami kan berlima. Kalau pakej yg speed boat tu dalamTHB1200 sekepala iaitu RM120 seorang..

Tapi kalau sewa speed boat diorg boleh pegi ke banyak2 pulau and tempat walaupun air ombak besar.. Kalau long tail boat ni tak boleh pergi ke tempat2 tertentu sebab air besar.. kang karam.. huhuhu.. Agak rugi la bagi aku bila dikira aku tak dapat pergi ke Maya Bay.. tapi takpe... next visit akan aku sampai di Maya Bay and James Bond Island. This visit just memantau jer sebab anak2 tak berapa nak besar so aku tak nak mengambil risiko.. chewaaaahhh.. ayat menyedapkan hati..

Menuju ke feri yang sudah tiba


Nie la feri nya.. taklah kecik taklah besar


Perjalanan dr Jeti ke Phi Phi Island mengambil masa Satu jam setengah. Pagi tu cuaca baik so takdelah ombak2 yang boleh membuatkan feri tu terhuyung hayang. Syukur rasanya. Kami anak beranak mmg tertidur lah dalam feri tu. Tapi aku taklah tertidor sangat pun sebab rasa mcm pening.. Mungkin pening tak cukup tido plus keletihan plus naik feri.. mmg pening.. mcm nak muntah pun ada. Nasib baik saya ada bawak Minyak angin cap kapak so okey lah sikit rasanya.. So ingat kengkawan.. jangan lupa bekalkan minyak angin yer.. hehehe... Bagi anak2 and cik abang pulak Masing2 keletihan and nak cover balik tidur semalam yang tak berapa nak lena sebab excited. Bayangkan lah si Bunga Airis tidur pukul 3 pagi semalam.. then pukul 4 pagi I dah nak kena bangun siap2 kan .. Pendek kata tak tidur la sebenarnya I semalam..

Sesampai di Phi Phi island saya sangat teruja.. Air laut yang biru dan jernih and ikan2 yang berkejar2 dalam air mmg membuatkan saya tak sabar untuk menjejak kan kaki ke tanah Phi Phi Island ni.. Sangat jernih airnya tetapi keadaan cuaca waktu itu macam mendung jer.. macam hari nak hujan. So bagus jugak la.. tak la panas sangat rasanya.. Ikan-ikan yang biasa dilihat semasa I pergi berhoneymoon dengan Cik Abang di Perhentian and Redang dapat dilihat di sini juga.. Ikan yang belang2 kuning tu.. merenyut2 tepi titi.. menantikan pengunjung mambaling roti.. Sangat teruja...

Ikan di jeti Phi Phi Island

Ikan di Jeti Phi Phi Island berebut roti




Merenyut-renyut ikan

 Tiba di jeti kami di sambut oleh staf-staf Phi Phi The Beach resort. Untuk pengetahuna semua kami akan menginap di Phi Phi The Beach Resort. Untuk ke resort ni kami perlu menaiki long tail boat and mengambil masa 7 ke 10 minit dari jeti Phi Phi Island. Tetapi untuk tujuan check in and check out pihak resort memberikan FOC untuk semua yang menginap di situ...


Kami diberi baju hujan plastik pakai buang sebagai persediaan naik bot sb nampak mendung..


 
Beg kami pun dibungkus sebab takut hujan.. bagus gak diorg nie..

             
Kenapa saya memilih resort ini ?
1) Lokasinya di bahagian hujung Pulau and mengikut research saya.. resort ni takde bunyi bising hasil dari club2 malam..

2) Setiap bilik di Resort ni menjanjikan ada private Balkoni and setiap bilik menghadap ke laut - Owhhhh itu mmg bilik idaman saya..

3) Bilik di resort ini terletak di lereng bukit and kedudukan bilik ni tinggi dari laut. Yessssss mmg ini yang saya cari-cari sebabnya Phi Phi Island pernah musnah akibat Tsunami tahun 2005 dulu.. Walau apa pun saya tawakal and pasrah je la sekiranya bencana alam itu terjadi di saat kami berada di situ.. so saya tanamkan dalam hati.. Jangan excited sangat.. Beringat-ingat and jangan lupa kebesaran Allah.

4) Kami sekeluarga tidak perlu berjalan and pergi jauh sebabnya Resort ni menyediakan swimming pool and private beach.. so kami boleh rileks jer di kawasan resort yang sememangnya mempunyai pantai, permandangan dan air laut yang cantik. nak snorkeling pun boleh. Tak yah pergi jauh2.. Its so perfecttt..

Kelemahan Resort ni adalah resort ni tidak menjanjikan makanan halal so kami terpaksa mengambil taxi boat iaitu long tail boat untuk ke Jeti merangkumi pekan Phi Phi Island besar ni untuk makan malam atau lunch pada esok hari.. dan itu bermaksud menambahkan kos kami and nanti sy akan bgkan tips2 apabila memilih taxi boat ni.. sebab saya sudah terkenaaaa... huhu..

Tentang makanan... Sememangnya saya dah sediakan payung sebelum hujan.. Ye lah travel dengan kanak kanak kanak sememangnya memerlukan saya untuk bersedia tentang sebarang kemungkinan .. chewahhhh...Saya sempat bawak maggie, roti and jajan-jajan. So bolehlah mengisi perut sementara dapat mencari kedai makanan muslim di area jeti Phi Phi Island. 

Sesampai di resort kami terus check in and kami terus dapat masuk ke bilik. Alhamdulillah kami dapat masuk ke bilik seawal pukul 11 pagi. Tak perlu tunggu lama2..

kena naik keta nie ke bilik sebab agak tinggi di atas bukit



Jendela yg menhadap laut
Balcony view





















Keadaan di Bilik sangat mengujakan. Maksud saya yang mengujakan ialah permandangan dari balkoni kami. Kami booking untuk bilik berkatil besar and 1 singgle katil. Maklum lah keluarga mak kan besar.. so kena la ambik bilik yang selesa sikit. Seperti yang dijanji and dibayangkan bilik kami mempunyai private balkoni berview kan ocean and Pulau Phi Phi Kecil. Boleh dikatakan kalau saya baring di atas katil pun saya tetap dapat melihat dan mendengar air laut.. Sungguh indah ciptaanNYA.. Tersenyum saye meleret2 bila apa yang diimpikan menjadi kenyataan.. Yeayyyyy...

Cuma satu jer kedudukan aircond yang tidak center di dalam bilik menyebabkan keadaan di bilik agak panas.. But that is not a big problem... masih boleh dihandle..

 

Di Bahagian belakang bilik, iaitu di bahagian belakang kepala katil yang dipisahkan oleh dinding, ada 3 bahagian iaitu didahului dengan bahagian sinki, tandas and dihujung sekali bahagian shower. Bahagian shower pun best jugakkkk sebabnya mata saya masih boleh memandang laut and Phi phi island kecil semasa mandi.. Diorg buat open air concept untuk mandi tapi tak lah open sangat... just nice.. and masa mandi tu pun dapat dengar deruan air ombak yang memang mengujakan..



Keadaan di dalam bilik kemas, bersih and taklah besar sangat.. Beratap, berdinding and berlantaikan kayu... ala2 kat kampung gitu...
Maaf saya tak dapat nak ambil gambar secara menyeluruh di bilik nie sebab sibukan anak2 and sebab dah keletihan.. Ye la dr naik kapal terbang ke naik feri ke naik boat so mmg lah meletihkan...Masuk jer bilik diorang terus cari katil nak merenggangkan pinggang.. 

Kami mengambil keputusan untuk berehat dan bila dah redup sikit baru lah kami nak memulakan aktiviti.. Nasib baiklah saya sempat bawak maggie cup, roti and jajan.. so untuk lunch hari tu ini lah makanan kami. And sangat bertuah lagi pagi tadi kami dibekalkan nugget and karipap dari tuan rumah yang kami menumpang tido semalam. So memang lengkap lah lunch kami untuk hari ni... Alhamdulillah kenyang perut mata kami pun terlelap..

Walaubagaimanapun.... 


Walaubagaimanapun ye... 2 hero kami Adam and Aslan tak tidur.. I'm not sure apa yang mereka buat sehinggalah pukul 3 ptg,2 hero tu dah kejutkan kami bangun tidur sebab kami dah janji nak turun bermain and bersiar2 di pantai and di swimming pool selepas Asar...

Kami pun turun bersiar2. Hajat di hatiku nak mandi laut.. Tapi anak2 lebih memilih untuk mandi kolam.. Hmmmm budak2 zaman sekarang kan.. jalan atas pasir kaki rasa geli.. So biarkan je la dia mandi kolam.. Ni kan baru warming up.. Nanti diorg tau la mana lagi best... Kolam ker laut ?? 


Pool yang dekat dengan beach
Kolam dalam tak sesuai utk budak2



Kami bercanda di tepi kolam tapi mata aku sememangnya masih ke laut.. Laut yang biru and jernih betul2 membuatkan aku jatuh cinta.. Angin yang menderu, bunyi pukulan ombak and kadang kala di selang seli dengan bunyi long tail boat dan bunyi kicauan burung amat melegakan jiwa. Terdetik di hati.. alangkah bestnya if umah aku kat sini... keh keh keh.. sempat lagi tue..

Di resort ini swimming pool taklah besar tapi dalam yer.. Tak sesuai untuk kanak2.. Sb tu anak2 saya mandi kolam pakai pelampung. Kedudkan swimming pool nie dekat dengan pantai. So kita masih merasai dan dapat melihat jelas lautan biru yang sangat cantik.. Aku nie memang pencinta laut.. tambah lautan di pulau2 di dunia. 

Bila dah mandi kolam aku pujuk anak2 untuk bermain di persisiran pantai.. and kali nie mereka ok and tidak menolak permintaan aku... so kami pun continue bercanda di pantai....


my heart, life and soul tengah main air
Sangat cantik dan bersih pantainya


Aku taklah bercanda mana pun.. sebab kena menemankan si Airis yang bermain pasir.. 3 hero aku mmg seronok lah berlari2 di tepi pantai mengejar ombak.. Mmg aku nampak diorg enjoy sangat bermain air laut yg biru and jernih tu.

Dalam pukul 5.30 petang, saya cadangkan kepada Cik Abang supaya kami ke town untuk mencari makanan.. kiranya sekali untuk makan malam la.. Aku pergi ke receptionist untuk bertanyakan.. Macam mana and di mana kami boleh mencari long tail boat.. Kami dibantu oleh beach boy untuk mencari taxi boat and kebetulan ada satu longtail boat yang sedang parking di tepi pantai di hadapan resort. So kami pun naik la taxi boat tu and kami dikenakan tambang TBH200 iaitu lebih kurang RM20 untuk ke pekan mencari makan.. Aku rasa harga itu amat berbaloi ..


Long tail boat yang tengah parking di pantai resort

Dalam perjalanan menuju ke Pekan.. hujan la pulak... tapi its ok dalam hati aku berkata hujan di sini tak boleh menyebabkan pening or demam sebabnya udara di sini bersih and tidak tercemar. Jadi hujan di sini tidak beracid.. Konon nya lah kan.. I'm not sure my teori ni boleh pakai ke tak.. hahahaaa.. But yes we all tak rasa pening and tak demam pun sepanjang di sini... Walaupun kena hujan and main panas...


Phi Phi Island enterance
Deretan kedai.. selepas hujan


ok sambung cerita... Sesampai kami di pekan..iaitu di kawasan jeti yang kami mula2 sampai pagi tadi, kami berjalan la sambil cuci2 mata tengok apa yg ada dijual di pekan tu sambil mencari kedai makanan muslim.. Di sini terdapat macam2 kedai. Ada jugak jual baju2 and cenderahati, pakej2 island hoping pun banyak dijual di sini so sekiranya saya tak beli island hoping pakej di Krabi pun takde masalah sebenarnya sebab di sini pun banyak dijual. Barang2 keperluan pun ada dijual di pekan ini.

Selain itu di pekan Phi Phi besar ni ada sekolah, masjid, poloce station, club2 sebab di Pulau ni ada komuniti mereka tersendiri. Di sini ada penduduk tetap sb tu lah kawasan nie lengkap dengan sekolah. Ianya tidak tertumpu kepada pelancongan sahaja.

Menurut research, untuk mencari kedai makanan muslim, kita perlu cari masjid and di kawasan masjid tu ada lah kedai makan muslim.. Agak jauh gak la kami berjalan dalam pekan tu.. cuci2 mata sambil cari kedai makan tetapi kebanyakan yg kami tanya semuanya tutup and masih belum beroperasi lagi.. Masa tu dalam pukul 6. Kebanyakan nya masih setup untuk membuka kedai di waktu malam..

Dari jeti sampai ke hujung jalan Phi Phi kami melalui resort2 yang tersedia di pekan. Hmmm banyak jugak cuma aku tak memilih resort di pekan Phi Phi sebab mengikut blog or tips2 yang aku baca dari internet.. di pekan Phi Phi ni, suasana malam sangat bising dengan bunyi2 muzik dr club2 malam yang sememangnya banyak di sini... So I think tak sesuai untuk kanak2 and lagi satu di Pekan ini lah yang terkena serangan Tsunami pada tahun 2004 dahulu.. Sememangnya ramai yang mati and pekan ini ranap sama sekali.. huhuhu.. agak menakutkan jugak lah bila aku teringat pasal peristiwa Tsunami dulu.And aku berdoa banyak2 mudah-mudahan kami sekeluarga selamat di sini... Amin..

Yang best tu siap ada sign board yang menunjukan kawasan untuk selamatkan diri jika berlaku Tsunami.. hmmmm agak menakutkan lah..


Run for life


Malangnya nasib kami hari tu gerai2 di area masjid pun macam tutup and belum mula operasi lagi.. aku tak pasti samada kami salah tempat or tak jumpa seperti yang dikatakan di internet. Kedai makan memang banyak tapi kami mencari kedai makanan halal atau pun muslim food and ditambah pulak bawak anak2 yang dah kepenatan berjalan kaki.. Ada jugak yang menjual burger and tertulis halal tapi si suami nak makan nasi.. Ye lah seharian tak pekena nasi... Owh ya actually makan jer nasi lemak masa kat atas flight tadi.. hmmmm

Kami ambil keputusan untuk berpatah balik and makan di satu gerai yg menyediakan makanan India.. Ada beriani, ada ala2 Thai and ada jugak western food.. Tapi kedai tu kedai India la.. ada roti canai.. and not mamak or  ntah la..tetapi kedai nie takde tanda halal... Setelah meneliti menu and aku tak nampak pun yg diorg ada serve pork.. so kami pun makan disitu. Makanan yang kami pilih ialah seafood... Tomyam, ikan 3 rasa, telur dadar and sayur kailan.. Then anak saya memilih untuk makan roti naan and anak yg no 2 nak makan beriani sayur.... 

Kesemua total yg kami makan hari tu dalam RM110 jugak lah.. Tapi bagi aku ok lah harga tu sebab kami berlima plus nie kan Pulau Pandan daun ketengah...and yang bestnya mamat yang keje kat situ boleh cakap melayu.. Wah.. bila di interview dia pernah bekerja di Johor.. Nampak mcm Bangladeshi and Pakistan... But whatever lah kan.. Yang Penting dia tahu berbahasa melayu... senang hidupp..


Selesai makan aku sempat membeli seluar skirt yang mmg aku minat untuk pakai disini.. Harganya THB350 iaitu RM35.. agak mahal la kalau nak dibanding dengan di tanah besar... Jika di Krabi aku dapat seluar ni dengan harga THB250 iaitu RM25. Tapi kalau nak dibandingkan yang di jual di Plaza Damas ni.. baik aku beli ja yg RM35 di Pulau Phi Phi ni.. ahaksssss... Kalau kat Damas ni material and fesyen yg sama, they sell RM69.90.. huhhhhh.... Boleh jalan daaaa...Tapi aku beli gak la bila dapat diskoun 20% di Damas ni sebab malas nak pegi cari kat tempat lain.. so pejam mata and beli ja la.. Mahai pun mahai la kan... Then aku beli mainan untuk Si bunga Airis ... Alahhh mainan yang untuk dimain di atas pasir.. tempat korek2 tu.. Harganya THB200.. hmmmmm.. 

Ok back to the story, bila  perut dah kenyang and kami pun nak balik.. masa tu lebih kurang nak ke pukul 7. Kami menuju ke jeti untuk mencari taxi boat and on the way ke sana kami disapa oleh mamat yang sedang mencari pelanggan. Dia ada menyediakan khidmat taxi boat, khidmat pakej island hoping...


Mamat tu tanya kami.. " you want taxi boat ?? where ??" 

Aku pun jawab la "Yes, to long beach, The beach resort.. How much ??"
Mamat tu jawab " THB400"
Aku bisik kat Cik Abang.. "aiii tadi kita datang THB200 jer.. Takyah la ambik .. kita cari taxi boat kat jeti jer.. " Dengan perasaan ingatkan boleh dapat texi boat yg murah sama macam kami datang tadi....

Tunggu punya tunggu di jeti, semua taxi boat yang lalu semua tak ambik penumpang.. Then kami patah balik ke tempat yg mamat2 ni lepak.. Ada satu mamat yg lain menyapa kami... and dia nie geng2 mamat yang first tadi jugak la.. 

" Come come.. Long beach THB700 ??"
Me and husband .. " what ???THB 700.. no thanks.."

Nampak tak yang sebenarnya geng2 diorg ni dah tau kami nak pegi mana.. Nampak sangat mamat 1st td dah cerita kat kawan2 dia.. cissss..

Cik Abang saya sempat berbisik kepada saya " Geng2 diorg gak nie.. Diorg tau kita nak pegi situ so depa dah main harga sebab kita reject yg 1st tadi and diorg nampak kita tunggu kat jeti pun takde taxi boat.. " Terkedu saya and hati berdebar2..

Suami bisik.. " Kesian kat anak la.. sejuk "
bayangkan kami ke town dengan pakaian yang kami mandi td.. mmg la sejuk tapi I think thats better jalan dlm keadaan lembab so taklah panas kan ? kan ? kan ?
Kemudian kami masuk ke satu kedai yg menjual pakej2 island hoping and bertanyakan kepada perempuan yg sedang jaga di kedai tu harga untuk ambik taxi boat ke resort kami menginap.

She said " Wait, i call first then i give you qouatation " English nya boleh difahami..
Setelah 2 minit dia bercakap di telefon she give us THB800..
Fuhhhhh... lagi naik harga dia .. jenuh lah kami.. takleh nak balik resort dah.. nak nagis dah aku.. And I think she called geng2 tadi jugak sebab my husband yg faham sikit-sikit bahasa Thai beritau perempaun tu describe kami ni mcm mana.. Maksudnya si belah sana tanya siapakah yang nak naik taxi boat tu.. cisss sekali lagi..

Tapi Cik Abang aku cool je and anak2 aku pun muka yang takde apa2 masalah.. mungkin mereka tak tau masalah yg menimpa ibu and dady mereka.. tak tau ibu dah mcm nak nangis nie... hahaha
Menurut perempuan yg jaga di kedai tu, pukul 7 ke 8 air laut surut.. untuk ke The Beach resort tu ada batu2.. so susah untuk boat masuk sb boat boleh tersangkut kat batu.. Thats why la harga dia mahal..

She suggest suruh kitaorg tunggu dalam pkl 830 malam, air naik and masa tu mungkin banyak boat yang nak pegi ke sana.. Then kami pun berlalu.. sambil jalan aku berbincang denga Cik Abang..

I said sorry to Cik Abang sebab reject yg 1st offer tu.. mana la kita nak tau kan.. ingatkan kalau kita jual mahal diorg blh kurangkan harga mcm kat kedai2.. huhuhu... So please learn the lesson kalau sapa2 yg datang sini ye..

Sambil2 jalan and berbincang dengan Cik Abang, ada lagi sorang mamat datang menyapa.. " Taxi boat ?? Where ?? " Then Cik Abang jawab " Long Beach, The beach resort.. "

Aku yang mengekori mamat di dibelakangnya sempat tengok yang mamat tu tanyakan sesuatu kepada mamat yg 1st yg offer THB400 td.. 

Then baru mamat tu bagi price " THB600 now go.. " Then My Cik Abang tu pun terus jawab ok... fuhhh lega... 

Cik Abang terima jer tawaran tu sebab pikir kesian kat budak2....And I know dia bagi harga tu pun setelah sempat bertanya sesuatu kat mamat yg first tu..memang sah geng2 ni dah main kan harga memandangkan kami yang ada budak2 kecil takde pilihan. Aku tak kesahlah.. janji Cik Abang ok and tak marah aku.. hehehehe..  So kami pun menuju ke boat and balik ke resort.. Lega rasanya... 

Betul lah seperti yang diterangkan oleh perempuan di kedai tadi yang air pada waktu tu rendah. Boat yg kami naik tu mcm tersangkut di batu sehinggakan driver boat tu kena tutupkan enjin and tolak dengan kayu. Memang aku terasa boat tu tersangkut di batu sebab ada bunyi... Fuhhhhh.... takut gak la aku mana tau tiba2 karam boat tu.. hahahaha..


Long tail boat itu masuk ke pantai dengan bantuan tolakan ombak.. enjin dimatikan... bila ombak datang ke pantai seakan2 ombak tu menolak boat tu sambil dibantu dengan driver boat tu yg seperti mengayuh boat tu... mcm tu lah.. tak reti nak describe mcm mana..

Ini menunjukan air surut sebab kita boleh nampak batu di tengah laut.. masa baru sampai datang batu tu tenggelam and tak nampak


Then I said to my husband.. Yes.. now dah paham.. jangan keluar petang ke town sb air rendah.. susah dapat boat and rate time tu mahal... Alhamdulillah kami selamat sampai di resort akhirnya and kami sempat bermain pasir and air laut sebentar sebelum balik ke bilik and sambil2 menikmati keindahan alam semulajadi di pantai dikala matahari terbenam..


Si Bunga Airis just enjoy kat pasir jer
Dah terlondeh baju dah..

 
4 of them
yang penting..kita enjoyyy..

Bercanda

Di senjakala



Malam tu kami just berehat2 di bilik and di balkoni bilik sambil bertemankan angin laut, bunyi pantai dan bintang2 yg agak banyak malam tu.. Kami perlu tidur awal sebab kami dah janji dengan driver long tail boat untuk aktiviti island hoping pukul pagi esok.

Di dalam bilik tu ada notis yang pihak resort mengingatkan kami untuk tutup pintu and tingkap sebab kalau tak nyamuk masuk... Then again hasil dari research, aku mmg bawak mosquito repellent yang jenis sembur di kaki.. so malam tu kami tidur tanpa gangguan nyamuk.. Si Bunga Airis mendapat baby cot FOC dari pihak resort....

Don't worry di sini ada tv and astro lagi. . So jangan risau... pasti anda tak keboringan.. and owh yaa lagi satu information yg saya boleh beri ialah di sini ada wifi.. kelasss kan?? 

Tapi saya di beritahu wifi hanya blh diguna di kawasan lobi sahaja, tetapi sebenarnya kami dapat access wifi dr bilik kami.. so dah dapat wifi apa lagi.. enjoy jer la.. tak yah susah2 nak ke lobi untuk access wifi.. boleh la aku sambung main candy crush di balkoni sambil diri disapa oleh angin. . Alangkah lega fikiran di kala itu.. tak payah pikirkan masalah yang ada... 

End of Day 1..

Penat lah.. nanti la saya sambung for Day 2 ye.. 

Kalau nak sambung baca day 2 sila lah klik di sini Phi Phi Island Day 2

Gambar kat bawah ni adalah spot tempat yg sama. Gambar 1st tu masa kami baru sampai, gambar kedua bila dah petang sedikit. Nampak tak batu tu ??


Ni pulak masa air pasang.. sikit lagi je batu nak tenggelam

Ini menunjukan air surut sebab kita boleh nampak batu di tengah laut.. masa baru sampai datang batu tu tenggelam and tak nampak

6 comments:

  1. Wow.. best baca your story trip to phi phi island. Mesti seronok kan. Rindu betul dengan krabi. Rasa macam nak pergi lagi je.

    ReplyDelete
  2. Tue la.. best sangat.. cukup lengkap kat krabi tu. Dari laut ke hutam ke shopping ke makan sedap2.. hehehee.. Sepatutnya hari tu saya kena dok 5 malam.. baru habis round.. ni tak habis pusing sebenarnya..

    ReplyDelete
  3. Sgt menarik bc blog ni.just nk tny ckt u book hotel online ke direct to hotel?

    ReplyDelete
  4. Salam..boleh saya tahu room type yg awk nginap di phi phi beach resort.. Thank

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam. . Saya stay di deluxe seaview room

      Delete