My Family Daisypath tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

17 Jun 2013

Day 2 ~ Island Hoping di Phi Phi Island Krabi

Day 2 - 27 May 2013

Sambung ye dari day 1. Kalau ada yang belum baca blh la klik and baca kat sini Phi Phi Island - Day 1

Anak2 dah bangun seawal 6 pagi.. Awal sungguh budak2 ni bangun.. Kalau nak ke sekolah agak liat nak bangun kan ....

Kami turun breakfast dalam pukul 7.30 pagi and terus bawa barang2 and keperluan untuk aktiviti hari nie iaitu island hoping.

Breakfast di resort nie biasa2 jer.. Disebabkan tidak tahu apakah makanan yang disediakan secara buffet tu, kami ambil langkah berjaga2 iaitu dengan mengambil roti bakar, corn flakes and coco crunch with milk, telur rebus separuh masuk, buah2 and salad.. Segala hotdog or ham and spegeti ada jugak tapi sebab tak tau apakah kandungan dalam tu, aku tak berani nak ambil makanan tu..

Masa breakfast aku sempat ambik roti yang agak banyak kuantitinya dengan tujuan nak bagi ikan2 makan masa island hoping nanti.. Tapi last2 roti2 tu jadi makanan kami.. hehehhee.. Nasib baik aku tapau roti kalau tak kesian anak2 kelaparan masa dalam boat tu..

Selesai breakfast anak2 bermain di pantai sementara menantikan long tail boat yang kami sewa datang untuk bawak kami ke island hoping..

Main pasir
Si kintet pun nak jugak


Hmmmm.. kan ibu dah cakap best main pantai... Last2 diorg sendiri yang pilih bermain di tepi pantai and pasir.. Dah nampak anak2 mula berjinak-jinak and sukakan laut.. For me, I mmg suka laut tapi yang biru je la..Ekekekekek

Jam dah pukul 9 tapi kelibat long tail boat masih tak nampak.. Hmmm.. kena tipu ker aku ni ?? Janji pukul 9..  Then aku call mamat semalam yang jualkan aku tiket tu. Dia kata boat tu on the way.. Tiba2 staff di resort tu panggil aku kerana ada panggilan telefon untuk aku. Rupanya long tail boat tu tak boleh menghampiri pantai resort tu sebab masalah yang sama dengan semalam iaitu air rendah..
Kami perlu ke bahagian belakang bukit The Beach Resort tu and boat sedang menunggu kami disitu. Pantai tu diberi nama Loh Moo Dee beach. Kami perlu naik kereta yang disediakan oleh resort ke atas bukit and kami perlu menuruni bukit tu dengan sendiri disebabkan jalannya off road.. Takde laluan untuk kenderaan...

Tapi tak lama pun dalam 5 minit kami dah berada di pantai..  





Jalan yang turun menuju ke Loh Moo Dee Beach







Tiada resort di sini cuma tapak perkhemahan n kedai makan yang kecik je


Loh Moo Dee Beach ni pun cantik jugak permandangan dan pantai nya...  Air nya lebih tenang berbanding dengan pantai di hadapan resort kami. Sebab kawasan nie nampak mcm teluk.. So air lebih tenang and takde ombak besar. Kalau pantai di hadapan The Beach resort tu, pantai tu mengadap ke lautan lepas so ombak agak garang and kuat. Tapi ada waktu kuat ada waktu tak kuat.


Di Loh Moo Dee ni tak ramai orang and takde resort tapi terdapat tapak perkhemahan and kedai makan yang kecil. Ada jugak kerusi2 malas and bertulis THB50 per seat.. Haaaaaaa... nak duduk atas kerusi tu kena charge yea... Sila lah bayar RM5.

And I ada buat research jugak sebelum ni yang di kawasan Loh Moo Dee ni terdapat shark point.. I tak pasti di mana and I think kat kawasan batu2 di hujung pantai tu but never mind kalau I berpeluang jejak kan kaki ke sini lagi akan ku terokai Loh Moo Dee beach ni pulak.. maybe lepak kat sini jer. Takyah pegi jauh2. In Shaa Allah..Harap2 dapat ke sini lagi nanti.

5 minit menanti, muncul la boat yang kami tunggu-tunggu.. Kami pun naik boat and siap sedia pakai jaket untuk snorkeling..and of course untuk keselamatan sekali. Driver boat ni blh berbahasa English tapi Thailand style la kan.  Takpe janji blh faham apa yang kami nak.

1st place, abang boat ni bawak kami ke satu tempat yang banyak ikan. Bila baling or hulur roti ja merenyut-renyut ikan datang.. sangat jinak ikan2 disini.. sama je la mcm kat Perhentian or Redang sebenarnya ikan2 ni.. kalau letak roti atas tangan, kita akan rasa ikan2 ni gerak2 atas tangan.. geliii hokey...






 
Loh Moo Dee Beach & our Long Tail Boat dah sampai




Di Loh Moo Dee Beach nie, boat boleh masuk sampai ke persisiran pantai pulak..


 

 Di sini hanya 3 hero aku jer yang turun bermain dengan ikan. Aku tak berani turun sebab tak yakin dengan Si Airis.. Kalau la ada org yang boleh pegang kan Airis dah lama ku terjun join group hero3 I tue kan... Takpe.. sabaq sabaq.. Nanti Airis besar boleh datang lagi main2 dgn ikan.. mcm biasa ini adalah ayat penyedap hati.. huwaaa

Kami berhenti di sini dalam 30 minit. . Nasib baik gak la driver boat ni pun bawak roti. Save roti kami..Tapi roti si driver boat nie hmmm Masyaallah.. Dah naik berkulat.. hehee berbanding roti kami yang masih baru and segar.


Lokasi seterusnya kami ke Phi Phi Island kecil. On the way ke situ air agak kuat. and ada sekali tu kami merempuh ombak besar.. Aduhhhhh lemah jantung Den. Kalau korang nak tau ombak tu lebih tinggi dari boat.. Fuhhh nasib baik lah driver boat tu mahir dalam mengendalikan boat ni. Kalau tak ntah2 dah karam.. hehee...

Kami melalui satu gua. Aku tak ingatlah nama apa gua tu tapi mengikut driver boat tu disitu lah org mencari sarang burung.  Gua ini anda akan nampak sekiranya anda hendak masuk ke dalam kawasan Phi Phi Island kecik.. Confirm la anda akan nampak gua ni.


Gua yang tak ingat apa nama dia tp berada di pintu masuk ke Phi Phi island Kecik
Keadaan air laut jernih tapi tu lah.. ada sampah2 dalam air. . Hmmmm tapi takdelah sampai menyebabkan air tu keroh. Sampah2 ni pasti dari pengunjung2 yg datang kat situ..Spoil la kan..


Kami memasuki kawasan dalam Phi Phi kecil tu.. banyak boat2 yg sedang parking yg membawa pelancong2 yang tangah mandi..mcm2 ragam manusia and ada jugak bunyi music disko yang kuat.. Hmmmm..







Air di kawasan ni sangat hijau campur biru. Tiada arus langsung and kalau tetiba kita pejam mata and sampai sini kita tak akan tahu yg sebenarnya kita di kawasan laut. Ia seolah-olah air kolam yang hijau. Tiada terasa arus air langsung. Sangat tenang air nya. Ikan pun takde. . Dikelilingi oleh bukit2 yang berbatu-batu...
Tengok la tenang je mcm air kolam

Gaya Bebas
Mmg cantik and biru airnya.. anak2 pun tak takut langsung nak turun sebab tak de arus. Mcm berenang kat kolam je rasanya. Mula la diorg berenang dgn mcm2 gaya. . Kuak lantang,  kupu2.. hehheee.. maklumlah boleh terapung sebab pakai life jacket kan..
Aku pun tak melepaskan peluang lah join mandi sekali.. Airis pun turun tapi sekejap je sebab I not really confident nak pegang dia.  Plus she don't want to wear a life jacket.. so takyah la main air yer nakk.. dok je lah kat dalam boat dgn dady.. urut kaki dady ye nak..
Cik Airis urut je la kaki dady yer..
Agak lama kami berenang2 disitu.. sambil memerhatikan gelagat pelancong2 yg ada. Diorg datang dgn speed boat. Ada from Phuket, Krabi and I'm sure from Langkawi pun ntah2 ada jugak.
Boat menuju keluar
Setelah puas mandi and main disitu kami bergerak menuju ke next location. Tak ingatlah nama tempat tu. Tapi di kawasan tu air agak garang. Jadi kami tak turun and just tengok je tempat tu.Air pun nampak bergelora.

Seterusnya kami ke Monkey beach.  Dah nama pun monkey memangnya ada monkey kat situ. Setelah sampai driver boat tu suggest kami pegi makan dulu. Sebab air pasang and pantai tenggelam... Air dah tutup pasir pantai tu. Maybe after makan nanti air akan surut. Masa tu dah pukul 1 tgh hari lebih dah. Elok lah perut pun dah rasa lapar sebenarnya.

So kami pun setuju nak pegi lunch dulu and kami cakap kat driver boat tu kami nak cari kedai makan muslim. Barulah kami tau yang sebenarnya driver boat tu pun muslim. Hmmm senang hati kami.

Setelah sampai and parking boat di pekan phi phi ni kami dibawa ke kedai makan muslim. Kami dah cakap suh dia bawakan kami ke kedai muslim yang paling best disini. I mean i bayangkan sebuah restaurant yang 3 4 bintang lah. Dia menggangguk so ok lah. Ku pikirkan dia fahamlah maksud kami. 


Ni la Long tail boat kami
Tup2, yes dia bawak kami ke kedai makan muslim, tapi kedai tu terletak di bahagian belakang2 jalan yg kami dah datang semalam.  Maksudnya kedai makan yg tak proper. Kedai makan kampung yg lagaknya seperti kedai tu hanya untuk penduduk di situ je. Bukan nya kedai untuk pelancong2. Jalan nak menuju ke kedai ni pun tak bertar.. hanya berpasir.. Alahh mcm jalan2 kampung tu.

Ok kami takde masalah nak makan kat situ. Asalkan muslim. Kat situ ada jual nasi2 lauk. . And bila tengok lauk pauknya.. ok boleh diterima.
Kami ajak driver boat tu makan sekali.  Cik Abang saya nampak bersemangat nak makan sebab dia nampak ada satu lauk ni .. apa ke nama dia ntah. Ala2 asam rebus kalau kat Malaysia ni. Tapi di sini kuahnya agak pekat.
Anak2 pun makan nasi putih and they also suka la hirup asam rebus tu(tak tau apa nama makanan tu) tapi aku makan nasi goreng. Kedai makan tersebut jugak ada jual ais kacang. Memang best minum ais kacang bila cuaca panas2 ni.
Masa aku tengah menikmati nasi goreng ku,  adalah sorang mamat ni duduk di hadapan aku memandangkan dah takde tempat duduk yang lain. Dia makan apa ntah.  Mee mcm laksa tapi kuah kuning.. sebenarnya teringin nak tanya apakah nama yang dia makan tu tapi segan la pulak.  So I diamkan diri je la. Takde la nak tanya..
Cik Abang mengisi nasi

 


Total lunch kami termasuk driver boat pada hari tu ialah THB600 iaitu RM60. Ok lah.. berbaloi la. Makan pun puas. 

Selesai makan kami sambung balik naik boat nak sambung pegi ke monkey beach. Aku sempat beli selipar sb kaki dah melecet. 



Sampai di Monkey Beach, air agak surut. Tapi itu pun pasir pantai nya nampak sikit jer. Tapi better la dari tadi iaitu airnya lebih tinggi. Driver boat ni dah bawak kawan dia sekali. Aku rasa mungkin sebab dia nak mintak tlg kawan dia handle monyet and handle boat jugak.  
Boat di parking berdekatan dengan pokok yg ada banyak monyet yang sedang bergayut di atas pokok tu. Ada bapak monyet, ada mak nya ada anak nya jugak. Agak agresif a monyet ni nak kan makanan. Patutlah driver baot ni bawak kawan supaya kawan dia boleh halau monyet ni kalau monyet ni naik ke atas boat. Kami turun ke dalam air. Melihat gelagat monyet-monyet dari dalam air. Yang best tu monyet yang jatuh dalam air boleh berenang hokey.. Kesian monyet tu habis basah.. Tu lah sapa suh takleh dok diam.. Kan dah jatuh dalam air laut.. Hehehe
Cik Abang tengah bagi monyet makanan

Monyet yang agak agresif.. Dah naik atas boat orang sebelah


Kami lepak di situ dalam 30 minit. Kami gerak ke next location selepas ada boat yang masuk ke kawasan tu jugak. Kali ni aku mintak driver boat ni bawak ke tempat yang banyak ikan. Sebabnya nak habiskan sisa2 roti yang tinggal. Kami ke lokasi di depan resort kami. Tapi agak ke tengah laut la cuma lokasi ni betul2 hadapan resort kami. Actually kami boleh nampak lokasi ni dari bilik kami sebenarnya... Boat pun berhenti kat situ and kami pun memulakan aktiviti iaitu aktiviti memberi ikan makan.. Di sini kami tak dibenarkan turun sebab gelora air agak kuat.

Last Location.. Di hadapan resort kami





Ikan berebut-rebut roti








Di sini aku dapat lihat kelibat ikan yang lain sikit dr tadi iaitu ikan warna biru. Ia ada 2 ekor jer and I belive ianya sepasang. Then ada ikan warna hitam sepasang jugak and ikan warna merah oren.. Ikan merah oren tu ada sekor ja.. Yang lain2 ikan yang belang2 kuning tu..ikan yang dapat dilihat di jeti Phi Phi island.

Kami disitu dalam 20 minit and bila roti dah habis kami pun gerak menuju ke pesisiran pantai resort kami. Masa tu dah pukul 4 lebih. So tamatlah aktiviti kami pada hari itu. Kami pun balik ke bilik untuk berehat . Itupun anak2 tak puas hati nak jugak sambung berenang kat kolam pulak. Tapi aku dah berjanji yang kami akan turun lagi petang nanti dalam pukul 6. Hadoiii kalau tak berjanji mmg anak2 tak nak naik ke daratan lah jawabnya.


Kami balik ke bilik dan berehat and terlelap... Aku tersedar dah pukul 6 petang and maggie cawan lah jugak yang menjadi pengalas perut. Diikuti oleh Aslan and Airis pun layan maggie jugak.. Pukul 6.30 petang kami turun and main2 di kolam and pasir pantai. Hanya anak2 yamg mandi manda and aku dah malas nak membasahkan diri. Kanak2 memang tak reti penat kan ?? Kami bercanda di situ sehinggalah matahari mula terbenam kami pun balik kebilik semula untuk mandi and bersiap2 turun untuk dinner pulak.

Owhh yaaa.. esok 28 May 2013 adalah anniversary kami yang ke 8. So plan nya nak makan2 lah kat tepi pantai sambil menikmati keindahan pantai and keindahan malam. Early celebration la kononya dengan anak2.

Pukul 8.30 malam kami turun ke restaurant.Restaurant tu tak menjanjikan makanan halal but kat situ they have seafood bakar.. So kami pun order udang, ikan, telur goreng and sotong goreng tepung and also tomyam seafood vegetarian.. ntah la itu lah yang aku cakap kat yang order tu sebab aku kenal pelayan tu.. He muslims. So aku cuma harapkan terbaik dari dia..

 

 
Makanan sampai and kami makan tapi biasalah with 3 toodlers ni kan.. paham-paham je lah.. Telan pun tak masuk rasanya. Macam sangkut jer kat tekak nie.. Adoiiii... Kiranya makan malam tu nak cepat je lah habis makan and balik ke bilik untuk berehat. Aishhh anak anak.. Hilang niat nak berdinner di tepi pantai tau.. hmmmm




Selesai makan kami pun balik ke bilik and sambung lah aktiviti apa yang patut.. Me with Candy crash, Adam and Aslan with PSP, Dady with candy crash jugak sambil2 tgk TV and Airis aktiviti meganggu and berebut PSP dengan abang2.





So malam tu lebih indah sebabnya kami melepak di bilik and di balkoni sambil disapa angin malam yang dingin and malam tu bintang pun banyak.. Sangat cantik.. Takleh nak snap pun gambar sebab camera I kan yang berapa nak canggih so tak nampak pun apa yang saya nak cuba gambarkan. Dah try snap hanya nampak gulap gulita jer. Takpe lah biarlah keindahan malam tu hanya melekat di fikiran saya...

End of Day 2...



































2 comments:

  1. cantik laut dia... happy anniversary :-)

    ReplyDelete
  2. Laut dia mmg cantik Di.. Tapi sama je dengan kat Perhentian or Redang.. Cuma datang sini boleh la tengok2 negara orang..
    thanks Di for the wishes..

    ReplyDelete