My Family Daisypath tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

16 Jul 2013

Day 5 ~ Check Out, Krabi Coastal Fisheries Research and Development Center, Santai minum air kelapa and flight take off

Day 5

Last Day in Krabi. Akhirnya tiba masa untuk balik ke Malaysia and perlu lah berhadapan dengan kehidupan sebenar. Takde lagi cuti2.. lepas ni keje keje keje.. Anak2 pula sekolah tuisyen ngaji sekolah tuisyen ngaji....

Hari terakhir kami di Phu Phi Maan nie seperti biasa. Breakfast, then bagi anak2 main kolam renang dengan Dady. But me stay kat bilik untuk mengemas and packing untuk pulang.. Hmmmm sayu...

Terasa rugi sepatutnya extend 1 hari lagi untuk ke Island Hoping di Krabi.. Takpe takpe.. next time ada alasan nak datang sini lagi..Sebenarnya memang tak cukup 5 hari ni.. Sepatutnya aku tambah 1 hari for 4 island hoping, jalan2 di pasar malam krabi mencari pancake. Dengar2 nya kalau ke sini mesti makan and try pancake sini. Istimewanya pancake sini dicampur dengan buah2 mengikut pilihan kita.. Menarik ker ?? Ntah lah tak sempat nak try.. huhuhuuhu...





 


















Check Out sepatutnya pukul 12 tetapi si driver taxi yang telah kami sewa tu datang pada pkl 11. Sebabnya dia nak membawa kami pusing2 area Krabi ni lagi. Kami di bawa ke Krabi Coastal Fisheries Research and Development Center. Di sini adalah tempat peliharaan anak2 ikan air masin untuk dieksport ke seluruh dunia.. Dasyat kan.. Di sini tidak dikenakan bayaran. Tapi kami telah terkena kerana mengambil payung yang terletak di atas meja kerana meyangkakan payung tu adalah untuk kegunaan para pengunjung.. hikhikhik.. Rupanya payung itu adalah untuk disewa.. Takpe lah dah ambik bayar je la sewa.. Bukan mahal pun. 50 sen jer duit kita... kalau tak salah aku lah..

Itu lah rupa payung yang disewa tu


Di Krabi Coastal Fisheries Research and Development Center, kami dapat melihat pelbagai jenis ikan air masin. Besar-besar.. Ada jugak anak2 nemo, turtles and macam2 jenis ikan lah.. Kami berada di sini sekejap sahaja then beredar setelah selesai menjengah semua aquarium and kolam2 yang terdapat di situ.

 
Anak Nemo
 






















Kami meneruskan perjalanan ke sebuah pantai.. Sorry lah. Saya tak ingat nama pantai tu. Tapi disini terdapat satu muzium fossil dan jugak terdapat gerai2 yang menjual kraftangan dari kulit-kulit siput. Driver taxi tu bg kami masa sekiranya kami hendak pergi melihat muzium fosil tu tapi kami hanya mengambil keputusan untuk duduk2 di tepi pantai sambil minum air kelapa sambil menikmati muzik yang dimainkan oleh seorang Pak Cik yang mencari rezeki dengan menghiburkan orang2 di jalanan. (Fuhhhh memang fail ayat aku.. hehehe)

Minum air kelapa sambil melayan muzik


Pak Cik tu boleh berbahasa Melayu and sempat lah suami saya bersembang dengan Pak Cik tu yang dia adalah dari Patani. Orang Patani memang boleh cakap Melayu kan ?? 

Nampak tak pulau tu ?? Tu la Chicken Island yang tak sempat kami pegi.. huhuh.. bentuk dia mcm chicken


Selesai menikmati air kelapa, kami pun bergerak ke airport. Dengan itu selesailah cuti-cuti kami di Krabi ini walaupun sebenarnya masih banyak yang perlu kami expose di sini. 

Gambar kenangan






Penerbangan ke LCCT Kuala Lumpur sangat lah menakutkan.. hehehhe.. Sebab di atas sana berawan. So memang terasa kapal terbang tu bergoyang apabila memasuki awan.. Aduhhhhh nasib baik sejam setengah jer.. Kalau tak mau lucut jantung aku ni...

Dan Alhamdulillah kami selamat mendarat di LCCT... 

Percutian yang sangat menyeronokkan. Hilang segala stress yang ada.. In Shaa Allah kalau ada rezeki boleh repapeat lagi ke Krabi..





Dah nak sampai di LCCT



Lepas ni jangan lupa jengah blog saya cerita2 ke Beijing pulak.... Yeayyyyy... 

















No comments:

Post a Comment