My Family Daisypath tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

26 Nov 2013

Dua heroku dah jadi bujang senang..... #Berkhatan

As Salam,

Lamanya tak menghupdate blog ni... ni semua due to my 4th pregnancy... opsssssss 4th sudah !!!!! What ???? Hehehe.. itu lah saya pun kurang percaya tapi itu sudah tertulis takdirnya... Saya redha..

Hmmm.. sekarang ni dah 5 bulan my pregnancy.. hmmm i guess its look like I'm having another baby boy .. What ??? Boy ?? Again ?? hehehee.. yes sebab sindrom2 semasa pregnant Si bunga Airis takde and tak nampak la for this time pregnancy.. Hmmmmm takpe lah... At least I have one flower in my garden... a very Sweet flower....

Ok back to the story...

Kali ni nak cerita and nak mengabadikan kenangan 2 heroku Adam and Aslan berkhatan pulak kat sini.

It's not easy okey... tambah2 me yang mmg takut nak tengok darah and luka-luka nie... I admit that I'm not strong enough and I don't know how to deal with that.. Nasib baik lah encik suami berani and he can deal with this. So aku serahkan segala-galanya kepada Encik Suami untuk uruskan anak2 dalam bab2 berkhatan nie.

Cuti hujung tahun 2013 mencatatkan satu lagi sejarah... Yes... Adam and Aslan akan berkhatan. Tanggal 16 November 2013, 8.20 malam di Putra Medical Centre, sungai Buloh  menjadi saksi kepada peristiwa ini.... Chewaaahhh.. (Hayat Jiwang TAK BOLEH BELAH hokey ....)

Keputusan untuk berkhatan nie sebenarnya kami yang putuskan. Tapi Adam and Aslan menyambut baik cadangan kami untuk berkhatan pada tahun nie. Tambah pulak Adam and aslan tengok cerita Upin Ipin yang menyatakan sunat nie tak sakit.. mcm kena gigit semut ja... so diorang ingat tak sakit lah... hmmmm mmg tak sakit tapi bila dah habis ubat bius tu... faham-faham je lah kan..

But sehari sebelum tu me and husband entertain dulu Adam and Aslan. Bawak tengok wayang cerita Thor sehari sebelum berkhatan. 

Di PMC nie cost berkhatan ialah RM250. Kaedah yang digunakan, saya pun tak pasti tapi mengikut cerita suami saya Doktor bius, pastu gunting pastu guna alatan yang macam laser untuk memberhentikan darah then Doktor akan jahit kulit sedikit.. sikit jer jahit dia....


Di sini saya ambil dari satu blog yang menerangkan kaedah yang digunakan di PMC ni..

Oleh itu ramai doktor menggunakan kaedah konvensional tetapi memotong kulit dan memberhentikan salur darah menggunakan cautery dan menjahit kulit menggunakan benang “catgut”. Ini mempercepatkan proses berkhatan dari 45 minit kepada 20 minit sahaja untuk seorang pesakit.

http://anuarsalmiah.blogspot.com/2012/10/kaedah-berkhatan.html

Untuk berkhatan ini semestinya perlu menunggu giliran. Abang Adam perlu masuk dahulu kemudian barulah diikuti oleh Si Adiknya Aslan. Saya dan Aslan menanti di dalam kereta sementara Encik suami membawa Abang Adam masuk ke hospital.

Tak banyak yang saya boleh ceritakan di sini kerana saya tiada di sisi Adam di saat itu. Cuma saya bolehlah cerita kembali apa yang diceritakan oleh Cik suami. Kata Cik suami sebelum Adam masuk ke dalam berjumpa doktor, mereka berselisih dengan seorang lagi kanak2 lelaki sebaya Adam/Aslan... Adam sempat bertanya budak lelaki tu, Sakit tak ?? Budak laki tu jawab " Tak... mcm kena gigit semut jer..."

Padahal menurut suami ada kesan air mata di mata budak lelaki tue.. hehehee.. semua cover line and nak mengenakan sesama sendiri...

Menurut Cik suami, Adam seorang budak yang kuat and tabah... Yes... dia takut and ragu2.. tetapi pasrah and redha dan menyerahkan segalanya kepada doktor iaitu menunjukan tutttttt kepada doktor sambil mulut berdoa and membaca apa saja ayat2 yang terlintas di fikiran. Sama lah keadaan ini dengan Aslan.... 

Mulut berdoa and berwirid, tapi kaki kepit... hehehehe... Alhamdulillah selepas lebih kurang 30 ke 40 minit, Cik suami membawa adam kembali kepada kami yang sedang menanti di dalam kereta.

Adam menanti di depan bilik rawatan manakala Aslan menanti di dalam kereta







Kenapa saya and Aslan menunggu dalam kereta ? Kerana kami tidak mahu Aslan terdengar jeritan atau tangisan abang nya. Sebab nanti kalau Aslan dah dengar abang nya menagis atau menjerit kesakitan... confirm lah tak jadi Aslan nak sunat malam tu kan ?? So better tunggu kat dalam keta sambil main game...

Setiba Adam di kereta... Aslan terus tanya... " Abang Adam... sakit tak ?? " and the best part adam hanya menggelengkan kepala kononya tak sakit... Padahal ada bekas-bekas air mata di mata Abang Adam... kesian... Dia nak kenakan adiknya pulak rasanya.

Tibalah giliran Aslan pula menyerahkan diri pada doktor. And sama lah mcm Adam, Aslan berdoa, berwirid and baca lah sagala surah yang dia tahu.. tapi kaki maintain kepit... hehehee... Ye lah.. kita org dewasa pun dengar seram inikan kanak2 berumur 6 and 7 tahun kan ??

Sementara menanti Aslan, saya sempat lah berbicara dengan Adam.

" Sakit tak ?? " dia cuma mengangguk.
"Abang tahan sikit.. nanti kita balik makan ubat.. abg boleh tidur and rehat hilang la sakit... Abang nak milo ?? "

Dia menggeleng " Nanti abang nak kencing kalau minum banyak "

Mungkin dia berasa risau untuk kencing mengenangkan luka-luka di tuttttt nya...

Tiba2 Adam bersuara " Dady tipu Abang.... Dady kata Dr cucuk kat paha.... tapi Dr cucuk di tuttttttt..... " Aishhhhh...kesianya lah pada si Anak...

Saya hanya diam and beritahu yang dady tak tahu .... sebab tu dia ingat cucuk di paha...

Adam masih merintih sakit... pedih... and duduk pun nampak  tak selesa... Tapi dia tak menagis and tidak juga meraung.

Silap aku jugak.. sepatutnya kami pergi ke hospital dengan 2 kereta.. selepas sorang dah selesai, aku boleh balik rumah dahulu. Jadi takdelah Adam tunggu lama di dalam kereta dengan keadaan yg sakit and tidak selesa... Tak terfikir langsung akan hal ini.

Selepas dalam 40 minit, Cik suami telefon saya and menyuruh saya bawa kereta ke pintu hospital.... Aslan dah selesai. 

Sampai di pintu hospital, saya nampak Aslan menangis tapi tak kuat la... menangis manja manja gitu... merintih kesakitan.. kesian lah wahai si anak.

Sementara Cik suami menguruskan bil dan mengambil ubat. Saya memimpin aslan masuk ke dalam kereta. Otw balik mereka terlelap di dalam kereta. Mana taknya mungkin kepenatan menagis td and plus siang tadi aktiviti kami full. Sebelah pagi ke orientasi Aslan, tengah hari lunch diluar and terus bawak ke petang kami ke The store untuk tukar game psp Adam and Aslan. Ye lah nanti diorg tak boleh jalan2 banyak so at least they have something to play with.

Di rumah Cik Suami set up kan tempat tidur Adam and Aslan. Gantung tali untuk mengantung kain pelekat supaya tak terkena tuttttttt..... tempat mereka tidur untuk seminggu tu ialah di depan TV. boleh la rehat2 sambil melayan TV nanti.

Kemudian kami beri makan ubat. Ada 3 jenis ubat. Demam / tahan sakit, bengkak and antibiotik. Adam aslan dah tak nak makan and minum pun malam tu sebab takut nak kencing nanti. Kemudian mereka tidur seperti biasa. Tiada rintihan dan kesakitan. Mungkin kesan ubat tadi.


Aktiviti yang tak lasak yang boleh dibuat sementara waktu jerrrrrr !!! 
Haaaa.... yang sepah tu keje Si Bunga Airis.. dia sorang pun masih boleh and masih mampu buat sepah hokeyyy !!!

Keesokan harinya, seperti yang dijangka.. aduhhh susahnya untuk memandikan mereka. Cik suami hanya lap2 badan and cuci bekas2 darah di kaki mereka.. Aduhhhh... saya memang tak tengok... Maaflah.. saya tak berani nak tengok perkara2 yang macam ni. Tak sanggup. Biarlah Cik suami yang uruskan mereka.

Mulanya nak kencing pun Adam Aslan tak berani, tapi sebab tak tahan akhirnya berjaya jugak dia membuang air kecil. 

Dari sehari ke sehari luka makin baik. Saya hanya masak sup daging, sup ikan merah and ikan goreng. Hanya itu jer menu untuk Adam and Aslan. Tak berani nak bagi makan ayam or sotong or udang takut gatal atau bengkak or nanah pulak nanti..

Geng dr Penang datang melawat.. Lagi cepat lah sembuh nanti tue...


Hari ni dah 10 hari peristiwa berkhatan tu. Hero2 saya dah pakai seluar. tapi jalan agak senget sebab kuping2 luka masih ada yang belum tertanggal. Mereka dah mandi seperti biasa. Cuma Si abang Adam tak berapa berani nak pakai seluar and saya tengok kupingnya lebih banyak dari adik. Takpe lah janji tak bengkak and tak nanah sudah. nanti dah kering and tertanggal kuping nya ok la tu....

Semalam mereka dah bermain di luar sambil jalan senget2. Hehehehe..masih seriau agaknya..Dalam senget2 pun masih lasak. Takpe lah asalkan mereka berani mencuba buat aktiviti seperti biasa seperti sebelum sunat.

Begitu lah ceritanya. Lepas ni me and husband plan, dah sembuh sepenuhnya, kami akan bercuti2 ke Legoland and mungkin terus lajak ke Universal studio Singapore....


Yeayyyyy !!!! Buku merah jangan lupa bawa moga2 belum tamat tempoh.... opssss ternyanyi plak..

Sekian sahaja. Nanti I akan hupdate cerita legoland and Universal Studio yer....

byeeee.... Wassalam..