Actually this is not in the plan pun. Semua nya berpunca kerana aku pergi meneman bibik ke kedai emas Poh Kong sebab dia nak belikan subang untuk cucunya.. Dalam memilih subang tu, Airis ni pun sibuk tunjuk2 Subang tu and nak kan subang tu. Pastu she tunjuk kat telinga dia. Sangat Brilliant kan ?? Dah nama gegirl tu apa lagi yang dapat menarik perhatian selain barang2 hiasan kan ?? Dia seperti tahu itu adalah barang perhiasan untuk dipakai..
Ntah mcm mana aku pun tanya budak sebesar Airis boleh ke tindik telinga. And they said boleh plus lagi baik sebabnya masa umur nie cuping nya lembut.. So aku pun call and mintak pendapat my husband then we agreed la nak menindik subang di telinga Si Bunga Airis.
Tapi aku tak menindik di Poh Kong tu sebab budak sales tu taklah macam persuade aku untuk menindik telinga airis. Lepas beli subang si cucu bibik aku jalan2 sambil menunggu Adam and Aslan habis Kumon and berenti pulak la kat kedai yg jual barang perhiasan wanita. Kat situ la sempat aku bershopping brooch yg cun melecun and menindik telinga Airis.
Airis seperti merelakan aje telinga nya ditanda and dibubuh ubat sejuk sebelum ditindik tu. Then she keep looking at me sebab I always said cantik cantik semata2 tak nak bagi dia takut and nangis... Masa telinga nya ditindik mmg aku nampak yg dia terkejut then dia nagis sb terkejut tapi dia nangis kejap je. Macam tak jadi nak menangis berpanjangan lagaknya. Settle lah sebelah telinga.
Lagi sebelah telinga ni agak susah nak buat sebab dia dah tau tapi bila dipujuk and didukung and I keep telling yang she cantik then pujuk2 plus cina tu bagi gula2 tup tup dah selesai. She nangis tapi sekejap je. Bila dalam kereta dia dah pegang telinga dia slow2 maybe nak merasai what happened kat her ear kan ??. On the way home she dah main2 macam biasa that means dah tak sakit dah la tu.
Bila sampai umah, aku dukung and tunjukan dia subang pink yang comel tu, she smiling at herself... Herself tu her la kat dalam cermin tu.. Subang pink tu kecik je and yesss mcm biasalah I choose pink color..
Hmmmm lega kan.. but me still letak minyak angin di subang tu seperti mana aku dulu2 letak minyak angin after tindik telinga...
Back to masa zaman2 I menindik telinga dulu. Masa tu aku dalam darjah 4 or 5. Semua kawan2 and sepupu2 dah siap tindik telinga. Macam2 bentuk subang diorg pakai. Tapi at that time aku masih tak menindik telinga. Ntah macam mana boleh tercicir sedangkan my sister dah tindik telinganya.
Pada satu cuti penggal sekolah, aku pegi jalan2 umah Mak Lang kat Ipoh. Tengah lepak2 ada org datang macam jual direct selling tu menawarkan perkhidmatan menindik telinga. Memandangkan masa tu hanya aku yg belum tindik telinga so Mak Lang aku pun offer kat aku. Aku pun apa lagi.. Hati nie mmg dah teringin nak pakai subang yg bermacam2 fesyen tu.. Bak kata org "Orang mengantuk disorongkan bantal " lah aku jadinya...
Mmg suspense la and sakit jugak masa tu but takpe asalkan cantik.. hehehe... Betul tak ?? Itulah kenangan aku menindik telinga dengan direct selling..
Jom tengok gambar Si Bunga Airis in action ..
Subang untuk budak kenit jer.. |
1 2 3 ini lah actionya |