My Family Daisypath tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

11 Jul 2013

Day 4 - Elephant trakking, emerald pool, krabi Town and shopping alone

Day 4

Cerita Untuk Day 3 boleh baca kat sini Day 3 - From Phi Phi Island to Ao Nang Beach

Hari ke-4 ni, kami berjaya bangun awal and turun untuk breakfast. Masih banyak tempat yang wajib kami jalan2 lagi. Esok dah nak balik KL and dah nak mula keje.. Booooringgggg...

Breakfast di Phu Phi maan resort ni biasa2 saja. Tak banyak pilihan makanan tapi lengkaplah segalanya. Ada cereal,  bun, nasi goreng, Sausages, ham, Pancake, telur mengikut permintaan kita and buah buahan. But its ok for me. I think that enough. Buat apa masak banyak2 kan.. membazir je. Cukup la ada yang asas. Sekurang2 nya kami boleh makan tanpa ragu2.

3 beradik ber breakfast.. Nampak tak yang kenit sekali tu ??
Tepat pukul 9 driver taxi tu dah sampai. Bagus la diorg ni. Memang on time kalau berjanji. Kami terus menuju ke detinasi pertama iaitu elephant tracking. 

Perjalanan ke elephant tracking tu dalam 40 minit. Untuk pengetahuan semua, di Krabi ni banyak elephant sanctuary. Bagi kami, kami hanya meletakan kepercayaan sepenuhnya kepada driver taxi tu. Dia yang tentukan yang mana satu untuk dipilih.

Nie la nama tempat elephant tracking tu


Sampai di sana kami mengambil 2 ekor gajah. Terpaksa la ambik 2 ekor sebab kami kan 5 orang.. bayaran yang dikenakan THB 2000 iaitu RM200 untuk satu jam perjalanan. Alang2 dah sampai di Krabi ni kan bayar je la 200 hinggit bagi anak2 merasa naik gajah. But this is not our 1st time naik gajah. Sebelum ni kami pernah naik gajah di Zoo Melaka. Tapi 5 minit jer but tak ingat berapa harganya... agak mahal naik gajah di melaka berbanding di Krabi sebenarnya.
Pengalaman menunggang gajah sangat mengujakan. Dengan permandangan bukit2 and jalan yg agak tidak stabil. Maklumlah jalan dalam hutan kan!!
Seperti biasa budak yg membawa kami naik gajah ni tak pandai berbahasa English so diam je la kan.. aku hanya bersembang dengan Adam. Hmmm .. Aslan hanya bersembang dengan dady nya..

Pemandangan dari atas gajah


Bukit berbatu.. mcm kat kampung aku jer..



Menantikan gajah tiba

Get ready sebelum gajah jalan..
 












Sepanjang jalan kami melihat budak lelaki tu ada memukul kepala gajah tu dengan hammer.. hmmmm kesian gajah tu kan ?? Tak sakit ke kena pukul ?? Kalau gajah tu jalan di luar treck je, confirm budak lelaki tu akan mengetuk kepala nya dengan hammer.. 

Kami jugak berpeluang melihat gajah tu buang air besar.. hehehehe.. kelakar.. Laju jer air kencing nya jatuh and banyak hokey.. macam paip pecah..
Setelah berjalan2 di dalam hutan, budak lelaki yang bawa kami terjun dari gajah... alamak !!! Gerun gak aku. Buatnya gajah tu tiba2 naik sheikh and lari jenuh la kami anak beranak kat atas tu.


hanya kami di atas gajah.. huwaaaa







Budak laki tu cakap kat aku " gambar "
Eh rupanya boleh cakap melayu ke?? Bila aku tanya dia boleh cakap melayu ke tak.. dia hanya senyum.. Nampak nya dia hanya tau cakap "gambar" ja kot..
Budak laki tu pun ambil la beberapa snap gambar kami.. sementara aku, adam and Airis dibiarkan di atas gajah sendirian. Nasib baik gajah tu ok and jinak. Agak lama jugak la kami di atas gajah tanpa pengendali gajah. . Huwaaaa.. 
Setelah selesai budak lelaki tu ambik gambar, dia pun bersedia untuk naik semula ke atas kepala gajah tu. Then dia cakap apa ntah pada gajah tu and gajah tu tunduk sikit... and budak laki tu pun terus lompat ke atas gajah..eh eh pandai la gajah tu.. hehehee.. Pandai ikut arahan..

Perjalanan kami diteruskan dan kami menuju ke sebuah kolam.. maybe lombong.. gajah tu tak teragak2.. terus masuk ke dalam lombong and menyelamkan kepalanya.. aduhhh buat kami anak beranak jatuh masuk dalam air tu jenuh la kami. Agak lama dia selam kepala dia. Nampak gaya mcm menyelam sambil minum air. Heheehe.. Kesian gajah tu dahaga kan ??
Paras air ketika itu ialah setakat bontot gajah. . So memang dalam la air tu.. kalau tak reti berenang memang selamat lah kan kalau jatuh dalam tu !!!
Selesai menyelam and minum air gajah tu pun meneruskan perjalanan menghantar kami ke pelantar yang kami naik td.. fuhhh selesai sudah masa 1 jam menunggang gajah.. gayat hokeyy...


















Setelah selesai menunggang tiba masanya Adam and Aslan nak bagi gajah makan... di situ ada dijual pisang and sebakul pisang tu berharga hmmmmm tak hinggat la.. tp murah lah.. pisang pun agak lama.. bukan fresh..

Lapar rupanya gajah ni.. makan makan dan makan bila adam and aslan suap. Habis la jugak dalam 4 bakul pisang. 

 




Selepas itu kami dihidangkan dengan buah nanas yang sangat manis dan sedap. Kalau datang ke Krabi wajib makan nanas di sini yer.. lain macam manisnya walaupun kecik.  Aku je boleh habis kan sebiji nenas..


sedap sangat nanas ni
Airis pun suka



















Selesai makan kami pun meneruskan perjalanan menuju ke emerald pool.. dari elephant traking tu mengambil masa dalan 20 minit untuk sampai ke emerald pool.
Di emerald pool, pengunjung tidak dibenarkan membawa masuk sebarang makanan demi menjaga kebersihan tempat tu. Yuppp.. bagus jugak. Kalau tak mesti nanti banyak sampah, tikus and lalat kan?? Pengunjung hanya dibenarkan bawa masuk air mineral je. Tapi tu lah . Dengan anak2 kecik aku berjaya menyeludup masuk kit kat.. hehe.. jadi la mengalas perut anak2 kalau diorg lapar nanti.
Di luar emeral pool ada kedai2 makanan muslim. Dalam pemerhatian aku, aku nampak ada dalam 3 kedai makan muslim disini. So jangan risau kalau sampai di sini anda boleh la lunch sebelum atau selepas mandi di emerald pool.  Kami memilih untuk masuk and mandi di emerald pool dahulu dan bila kami keluar baru lah kami akan lunch.. Di luar ni jugak ada tempat mandi yang boleh tahan la kebersihanya.. Boleh la diterima oleh aku.
Perjalanan dari pintu gerbang ke emerald pool mengambil masa dalam 10 ke 15 minit.. fuhhh agak penat lah kan..Berpeluh-peluh jugak lah nak sampai kat kolam tu. Airis pulak tido time tu so gilir2 la dukung dengan cik suami. Jalan masuk biasa je.. jalan atas tanah merah dengan kiri kanan hutan.  So kalau datang sini sila lah pakai kasut yang sesuai. .


 



Bila sampai di sana aku sangat teruja.. Indahnya ciptaan Allah.. kolam ini adalah semulajadi.. bukan buatan manusia.. air nya yang biru dan jernih sekali memang boleh nampak sehingga ke dasar kolam. Memang mengasyikan. 
Kami pun apa lagi.. teruslah bersiap sedia untuk mandi manda di dalam kolam tu. Bila masuk ke dalam air, sekali lagi perasaan yang sangat mengujakan.. airnya jernih, biru.. and keadaan suhu air tu tak panas and tak sejuk.. selalunya kalau air dalam hutan ni kan sejuk gediii... tapi sini airnya sangat selesa. Pendek kata kalau berendam 24 jam pun kita tidak akan merasa sejuk.. I guess !! Tapi airnya agak dalam. Paras air kolam tu setakat dada orang dewasa. So kalau untuk budak2 lebih elok sekiranya kita bekalkan mereka pelampung. Jadi kita tak perlu risau. Adam Aslan and airis mmg kami belikan baju pelampung ala ala life jacket. Senang untuk mereka berenang ke mana2 sahaja.  Cuma airis la yang asyik berkepit ngan ibu sebab si bunga airis tu tak suka pakai baju pelampung tu.


 

Setelah berenang2 dalam kolam tu, anak2 ubah port pulak. Diorng pergi ke tepi2 kolam iaitu tempat air kolam mengalir keluar dan rupanya mereka nampak ikan2 berlari2 di sini. So apa lagi.. nak tangkap ikan la konon kan !!
Kami mandi2 di situ selama sejam lebih jugak la.. 

Port cari ikan







Setelah puas kami pun bergerak keluar dari emerald pool tu. Kami ambil keputusan untuk salin baju di luar pintu gerbang emerald pool. Sementara order untuk lunch sampai kami boleh salin baju.

Tengah hari tu kami order tomyam, daging paprik, Somtam (memang sedap somtam kat sini). harga yang dikenakan hanyalah RM50. Murah kan ??

Selesai makan kami perlu ke hot spring.. Tetapi aku memilih untuk tidak ke hot spring. Dah penat lah and anak2 dah tertido kepenatan di dalam van. Lain kali je lah aku ke hot spring. Tapi sebenarnya aku tak minat lah air panas ni... So tak yah lah pegi. Maybe next time. Lagipun waktu dah pukul 3 ptg.

Driver taxi tu bagi cadangan kepada kami untuk pergi pusing2 di pekan krabi. Yess kami setuju tambahan pula aku memang nak mencari seluar skirt nanti. Di Pekan Krabi, kami pusing2 masuk kedai untuk mencari seluar yang aku nak. tapi tak terjumpa.. 

Sambil2 melihat2 pekan krabi yang biasa aja seperti pekan2 kita di Malaysia nie. Takde apa yang menarik sangat. Kami pun ambil keputusan untuk balik ke resort. On the way balik tu driver taxi tu bawak lah kami pusing2 di pantai2 yang perlu kami lalu untuk ke resort. Kami hanya melihat keadaan sekeliling dari dalam van sahaja.

Kemudian kami dibawa ke gerai souvenir. Besar kedai ni.. and aku rasa driver taxi ni dapat komisen if kami beli di sini. tapi tak kesah la.. sempat la beli sikit2 souvenir buat kenangan. Kami di sini pun sekejap sahaja and lepas tu kami terus dibawa balik ke Resort.

Kami sampai di Phu Phi Maan Resort and terus ke kolam untuk temankan anak2 mandi. Kali nie hanya anak2 jer yang mandi sebab me and husband dah tak kuasa dah nak berendam... anak-anak ?? Kami layan kan je lah kehendak mereka. Lgi pun ni kan hari terakhir kami di sini sebelum balik esok.. biarlah anak2 main air sepuas-puasnya..

Malam itu aku mendapat pelepasan dari Mr Husband untuk keluar mencari seluar skirt yang kami cari tak jumpa2 tadi.. Kali ni hanya aku sorang.. hehehee.. Anak2 ditinggalkan di bilik bersama Dady mereka. Faham2 lah. Kalau bawak anak2 memang tak berkesempatan lah nak shopping.. Mana nak ligan anak.. mana nak tengok barang.. so biarlah aku pegi sorang diri.

Di Phu Phi Maan resort ni ada menyediakan kenderaan untuk ke Ao Nang Beach. So aku naik kenderaan yang disediakan tu lah. Agak hairan driver tu sebab aku pegi seorang diri tambahan pulak malam2 kan.. 

Jumpa lah 3 4 seluar yang di cari. Sambil2 memerhatikan keadaan malam di situ. memang meriah. Banyak jugak tempat untuk massage, Manicure and pedicure, baju2 and gerai2 makan. Kedai makan muslim pun banyak.

Sambil2 cari baju tu aku sempat jugak lah tengok pakej2 island hoping yang ada ditawarkan di situ. Ada banyak travel agency di situ. Baru lah aku sedar yang sebenarnya aku ni dah tersalah langkah. Sepatutnya aku kena stay disitu satu hari lagi untuk ke island hoping di sekitar Krabi. Baru aku tau yang di sekitar Ao Nang Beach tu pun ada pulau-pulau yang cantik yang tidak perlu pergi sejauh ke Phi Phi Island. Antara pulau yang selalu termasuk dalam pakaej ialah 4 pulau ni iaitu Chicken Island, Poda Island, Tub Islandand Phra Nang Cave Beach (Railay). Huwaaaaa sedih-sedih.. Rupanya aku jalan tak abis lagi di sini. Tapi apakan daya tiket kapal terbang dah beli so pasrah je lah. Kena balik jugak lah esok but think Positif. Mungkin kami boleh datang lagi ke Krabi ni untuk settlekan hoping island untuk 4 pulau ni next time. Ada jugak alasan kan ?? yes.. aku bertekad dalam hati.. akan kami pergi lagi ke sini untuk menyelesaikan apa yang tak selesai huhuhu..

Berbalik pada cerita yang aku keluar shoppingsorang2 di malam hari, Mr Husband dah call suh balik cepat and order makan for dinner melalui service room resort. Sampai di bilik kami pun order makanan and just tunggu makanan dihantar ke bilik. Malam tu kami order White tom yam, Chicken chop, Prawn popia.. Mahal Hokey.. Itu saja RM180.. hahahaa.. takpelah bukan selalu.. Nama pun makan kat hotel kan ?? Mahal tapi makanan taklah sedap mana... lagipun ni kan malam terakhir di sini ??

Kami pun makan malam and terus tido selepas itu sebab kami perlu bangun awal esok sebelum berkemas balik ke KL. Kalau tak salah flight dalam pukul 3 petang esok.. huhuhu.. sedih sedih.. Percutian dah nak berakhir.











































No comments:

Post a Comment