My Family Daisypath tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

12 Jul 2013

Day 3 ~ From Phi Phi Island to Ao Nang Beach Krabi ~ Phu Phi Maan Resort

Day 3 - 28 May 2013

Cerita Krabi Day 2 boleh baca di sini Krabi Day 2
Hari ni disebabkan kepenatan kami anak beranak bangun lambat sikit. Kami turun untuk breakfast and macam biasa anak turun untuk berenang lagi. Tapi kali ni aku hanya bagi diorg main di kolam renang sahaja. Sambil me and husband makan2, sambil anak2 bermain kolam. Maklumlah kolam renang hanyalah di sebelah tempat makan. Kami lepak di bawah sehingga la pukul 10 pagi. 
Kami naik ke atas bersiap-siap untuk check out. Di sini check out time ialah 11 pagi. But aku dah call receptionist tu and beritahu yang kami akan check out pukul 1130 pagi. Feri ke Krabi adalah pukul 1 tengah hari. So agak lama la kami kena menunggu di bawah nanti sebelum bertolak ke jeti Phi Phi Island untuk menaiki feri. Jadi kami minum2 di cafe resort sambil-sambil mengambil gambar sebagai kenang-kenangan. Sememangnya hati aku sayu untuk meninggalkan pemandangan yang cantik dan air laut yang jernih serta biru.


Gambar kenangan









kenderaan yang kami naik untuk naik dan turun dari bilik

Senyuman ala ala model giteww



Kami dibawa ke jeti dengan long tail boat. Untuk check out Long tail boat ni diediakan FOC dari pihak resort. Adam and Aslan dah dapat kawan iaitu staff2 resort tu. Siap ikut budak2 staff tu ke bilik guest untuk mengambil tetamu yang hendak turun ke bawah.

Staf2 resort sedang loading bag guest yang nak balik..
Last Picture taken semasa Long tail boat nak meninggalkan resort.. Will be come back again one day..In Shaa Allah
Agak sedih untuk meninggalkan Phi Phi Island and segala kenangan di sini tidak akan kulupakan. Kalau ada rezeki and umur panjang akan aku datang lagi di sini and of course aku tidak akan teragak2 memilih The Beach Resort ni. Layanan, lokasi and kecantikan di sini cukup sempurna. 

Sempat lagi bagi ikan makan sebelum naik feri untuk balik ke Krabi
Kami selamat naik Feri and masing2 tertidur sebentar. Tiba2 aku terjaga kerana terasa gerakan feri yang terhuyung hayang. Masa tu tiada lagi daratan yang kelihatan dan hanyalah lautan yang luas. Kami berada betul2 di tengah laut. Awan sudah mula hitam and hujan sudah mula turun. Aku hanya melihat keluar dr cermin and memang jelas air laut agak bergelora pada hari itu. Gelora yang agak kuat.  Hmmmm hati aku risau. Pening kepala datang sebab keadaan feri yang terhuyung hayang mengikut rentak ombak..
Lama and kuat jugak feri dok bergoyang-goyang and ada penumpang yang mengambil langkah berjaga-jaga dengan segera menyarungkan life jacket yang sudah memang tersedia tersangkut di tempat duduk masing-masing. Aku pun tak terkecuali. Terus menyarungkan life jacket. Aku lihat sebelah anak2 masih tidur tetapi Cik Abang saya dah bangun. Aku suruh Cik Abang memakai kan jacket kepada anak2 tetapi he said takpe.. Nak sampai dah... Hmmm sangat degil hokey..
Aku berdoa dalam hati semoga selamatlah perjalanan kami. Tiba2 pintu terbuka and ada sorang mamat masuk and edarkan beg plastik. Beg plastik ni adalah untuk sapa2 yang terasa nak muntah. Nasib baik aku ada minyak angin and nasib baik lagi Si Bunga Airis tidur sepanjang dalam feri tu.. Kalau Airis tak tido masa tu confirm I akan lebih double pening.
Bila dilihat di luar aku nampak garisan putih di hujung sana. Bila aku tanyakan pada Cik suami, dia kata tu maksudnya ombak besar. Mula lah aku teringatkan kisah-kisah Tsunami.. Mengikut mereka sebelum Tsunami datang memang mereka nampak line putih di tengah laut... Fuhhhh kecut perut aku.
Setelah berada dalam keadaan yang terhuyung hayang di dalam feri yang gak lama masanya, akhirnya aku berasa lega apabila ternampak tanah besar.. Fuhhh syukur sangat2 sebab kami dah nak dekat sampai. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa sejam setengah menjadi 2 jam lebih. Kami tiba di Jeti dalam pukul 4 and si driver taxi yang menjemput kami di airport hari tu telah sedia menanti. Legaaaa tak perlu kami tunggu lama2..



Selamat tiba di Jeti Krabi

Driver taxi tu terus bawa kami ke kedai makan buffet Islam. Owner tu boleh cakap melayu.. Di sini ada nasi and lauk pauk, ada steamboat, ada bubur and aku terpandangkan mee yang sama yang aku nampak masa di Phi Phi Island yang ada sorang mamat makan masa di kedai makan hari tu. Bila aku tanya owner tu cakap ni adalah Laksa siam namaya.. Kuahnya isi ikan and lemak2 sebab dah dibubuh santan. Salah sat sayur nya adalah jeruk maman.. hmmmm dapnya.. lama tak makan jeruk maman ni..

(Ni adalah resepi laksa siam yang saya jumpa and dah try buat pun setelah ditambah sana sini dari blog2 yang saya jumpa.. nak tengok klik sini Resepi Laksa Siam

Hmmm okey and aku pun try.. Sedappp..memang sedap laksa siam ni. boleh diterima tekak ku.. Aslan and Adam pun suka.. lepas balik ni kena google resepi lah nampaknya. Boleh tukar2 selera makan laksa siam plak kan...asyik asyik laksa utara je kan ?? 

Selesai makan kami terus meminta taxi driver tu balik ke hotel. Dah penat rasanya badan setelah 2 jam bergelombang di laut. 
Di Krabi, kami meninap di Phu Phi Maan Resort and Spa. Di Ao Nang beach.. jauh dari laut dan permandangan bukit.. Resort ni kecik jer tapi ala ala mewah ala ala suasana kampung sebab agak sunyi lah resort nie. Kemas, cantik dan bersih keadaan resort ni. Memang anda akan berpuas hati....Resort ni adalah salah satu resort yang mempunyai logo halal jika anda lihat di websitenya. Pemiliknya adalah muslim. So bolehlah makan apa saja di sini tanpa rasa was-was. Resort ini berkonsepkan islamic. Why ?? Sebab di sini memang tidak dijual alkohol. bagus kan ?

Kami mendapat maklumat dari driver taxi tadi yang owner Phi Phi Maan Resort ni ada connection dengan owner Railey Village.. Railey Village ni pun cantik jugak kalau tengok pada websitenya. Mempunyai halal restaurant. Maybe Kalau ada rezeki next trip boleh la try kat Railey Village ni pulak..
Balik pada Phu Phi Maan Resort, bauu-bauan bunga kemboja menusuk hidung bila masuk di resort ni. Mana taknya memang banyak pokok bunga kemboja di tanam di sini. Menyegarkan...
Kami disambut mesra oleh staff di situ. Check in tidak mengambil masa yang lama sebab kami sampai pun dah pukul 5 petang. Kami disambut dengan juice buah-buahan.. hmmm sejuknya terasa tekak nie... Tapi tiba2 pulak hilang mood nak bersantai di tepi kolam yang ada ikan sebabnya Si bunga Airis dah memecahkan cawan yang berisi jus tu sebab berebut dengan abangnya.. Waduhh !! Kami beredar ke bilik setelah aku beritahu kepada receiptionist " If I need to pay for the glass, please put in my bill ok " Huhuhuu... memang kena charge le ke atas cawan yang pecah tu.
Sampai di bilik aku sangat berpuas hati. Bilik yang kemas, susun atur yang cantik dan ruang yang luas berbanding dengan resort yang kami menginap di Phi Phi Island. Keseluruhan lantai di dalam bilik nie ialah kayu. sangat selesa.  Bilik air bersih, besar dan kemas..ada bath tub.. ada shower.. keseluruhan bilik berlantaikan kayu.. bilik berbalkoni..  Sekali lagi maaf saya tak sempat nak ambil gambar sebab keletihan sangat.. anda boleh tengok kat website Phu Phi Maan Resort and Spa. Samalah dengan apa yang ditunjuk di website dengan apa yang kita perolehi di sana. Diorang tak tipu.. What you see that you get ok..

Balkoni with day bed.. sangat selesa


Seperti biasa kami berehat sebentar and perlu turun semula ke kolam atas permintaan anak2. Aduhhhhhh mmg tak tahu penat kan kanak2 nie..Nak mandi kolam jer kerje nya..

Kami turun untuk mandi kolam. Keadaan kolam sangat best. Besar.. bersih.. luas.. memang nampak menarik ditambah pulak dengan keadaan sekeliling yang berpemandangan kan bukit.. Kolam terdapat 2 bahagian. Bahagian atas dan bahagian bawah. Kedua-dua bahagian cantik, luas dan bersih.  di sini agak nyaman dan tenang. Ia seperti berada di kampung modern. Kolam ada dua bahagian.. satu diatas and satu dibawah. Takde masalah nak mandi di atas atau di bawah. Owhh yaaa.. di sekeliling kolam tu ada banyak pokok bunga kemboja kalau tak salah saya.. cantik bila bunga tu jatuh dan terapung di dalam kolam...

Kolam Bahagian bawah



Kami main di kolam bahagian atas.. Lebih sesuai untuk Airis

Yang pasti saya sangat berpuas hati di Phu Phi Maan Resort and Spa nie. Its perfect.

Kami mandi sekejap je sekadar puaskan hati anak2.. kami naik ke bilik dan malam itu kami sekeluarga hanya berehat di bilik memandangkan perut masing2 dah kenyang sebab kami dah late lunch tengah hari tadi. Lagipun dengan badan yang penat lebih baik kami terus tido jer.......Makanya kami pun perlu tido awal kerana esok kami dah berjanji untuk mulakan perjalanan kami seawal pukul 9 pagi dengan driver tadi taxi tadi..
Sorry lah yer tak banyak gambar yang boleh menggambarkan Phu Phi Maan Resort and Spa ni yang saya ambik. Seperti saya kata tadi anda boleh tengok di websitenya. Sama sahaja apa yang mereka gambarkan.. anda pasti tak menyesal.. 













No comments:

Post a Comment