My Family Daisypath tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Showing posts with label Adam Aslan. Show all posts
Showing posts with label Adam Aslan. Show all posts

26 Nov 2013

Dua heroku dah jadi bujang senang..... #Berkhatan

As Salam,

Lamanya tak menghupdate blog ni... ni semua due to my 4th pregnancy... opsssssss 4th sudah !!!!! What ???? Hehehe.. itu lah saya pun kurang percaya tapi itu sudah tertulis takdirnya... Saya redha..

Hmmm.. sekarang ni dah 5 bulan my pregnancy.. hmmm i guess its look like I'm having another baby boy .. What ??? Boy ?? Again ?? hehehee.. yes sebab sindrom2 semasa pregnant Si bunga Airis takde and tak nampak la for this time pregnancy.. Hmmmmm takpe lah... At least I have one flower in my garden... a very Sweet flower....

Ok back to the story...

Kali ni nak cerita and nak mengabadikan kenangan 2 heroku Adam and Aslan berkhatan pulak kat sini.

It's not easy okey... tambah2 me yang mmg takut nak tengok darah and luka-luka nie... I admit that I'm not strong enough and I don't know how to deal with that.. Nasib baik lah encik suami berani and he can deal with this. So aku serahkan segala-galanya kepada Encik Suami untuk uruskan anak2 dalam bab2 berkhatan nie.

Cuti hujung tahun 2013 mencatatkan satu lagi sejarah... Yes... Adam and Aslan akan berkhatan. Tanggal 16 November 2013, 8.20 malam di Putra Medical Centre, sungai Buloh  menjadi saksi kepada peristiwa ini.... Chewaaahhh.. (Hayat Jiwang TAK BOLEH BELAH hokey ....)

Keputusan untuk berkhatan nie sebenarnya kami yang putuskan. Tapi Adam and Aslan menyambut baik cadangan kami untuk berkhatan pada tahun nie. Tambah pulak Adam and aslan tengok cerita Upin Ipin yang menyatakan sunat nie tak sakit.. mcm kena gigit semut ja... so diorang ingat tak sakit lah... hmmmm mmg tak sakit tapi bila dah habis ubat bius tu... faham-faham je lah kan..

But sehari sebelum tu me and husband entertain dulu Adam and Aslan. Bawak tengok wayang cerita Thor sehari sebelum berkhatan. 

Di PMC nie cost berkhatan ialah RM250. Kaedah yang digunakan, saya pun tak pasti tapi mengikut cerita suami saya Doktor bius, pastu gunting pastu guna alatan yang macam laser untuk memberhentikan darah then Doktor akan jahit kulit sedikit.. sikit jer jahit dia....


Di sini saya ambil dari satu blog yang menerangkan kaedah yang digunakan di PMC ni..

Oleh itu ramai doktor menggunakan kaedah konvensional tetapi memotong kulit dan memberhentikan salur darah menggunakan cautery dan menjahit kulit menggunakan benang “catgut”. Ini mempercepatkan proses berkhatan dari 45 minit kepada 20 minit sahaja untuk seorang pesakit.

http://anuarsalmiah.blogspot.com/2012/10/kaedah-berkhatan.html

Untuk berkhatan ini semestinya perlu menunggu giliran. Abang Adam perlu masuk dahulu kemudian barulah diikuti oleh Si Adiknya Aslan. Saya dan Aslan menanti di dalam kereta sementara Encik suami membawa Abang Adam masuk ke hospital.

Tak banyak yang saya boleh ceritakan di sini kerana saya tiada di sisi Adam di saat itu. Cuma saya bolehlah cerita kembali apa yang diceritakan oleh Cik suami. Kata Cik suami sebelum Adam masuk ke dalam berjumpa doktor, mereka berselisih dengan seorang lagi kanak2 lelaki sebaya Adam/Aslan... Adam sempat bertanya budak lelaki tu, Sakit tak ?? Budak laki tu jawab " Tak... mcm kena gigit semut jer..."

Padahal menurut suami ada kesan air mata di mata budak lelaki tue.. hehehee.. semua cover line and nak mengenakan sesama sendiri...

Menurut Cik suami, Adam seorang budak yang kuat and tabah... Yes... dia takut and ragu2.. tetapi pasrah and redha dan menyerahkan segalanya kepada doktor iaitu menunjukan tutttttt kepada doktor sambil mulut berdoa and membaca apa saja ayat2 yang terlintas di fikiran. Sama lah keadaan ini dengan Aslan.... 

Mulut berdoa and berwirid, tapi kaki kepit... hehehehe... Alhamdulillah selepas lebih kurang 30 ke 40 minit, Cik suami membawa adam kembali kepada kami yang sedang menanti di dalam kereta.

Adam menanti di depan bilik rawatan manakala Aslan menanti di dalam kereta







Kenapa saya and Aslan menunggu dalam kereta ? Kerana kami tidak mahu Aslan terdengar jeritan atau tangisan abang nya. Sebab nanti kalau Aslan dah dengar abang nya menagis atau menjerit kesakitan... confirm lah tak jadi Aslan nak sunat malam tu kan ?? So better tunggu kat dalam keta sambil main game...

Setiba Adam di kereta... Aslan terus tanya... " Abang Adam... sakit tak ?? " and the best part adam hanya menggelengkan kepala kononya tak sakit... Padahal ada bekas-bekas air mata di mata Abang Adam... kesian... Dia nak kenakan adiknya pulak rasanya.

Tibalah giliran Aslan pula menyerahkan diri pada doktor. And sama lah mcm Adam, Aslan berdoa, berwirid and baca lah sagala surah yang dia tahu.. tapi kaki maintain kepit... hehehee... Ye lah.. kita org dewasa pun dengar seram inikan kanak2 berumur 6 and 7 tahun kan ??

Sementara menanti Aslan, saya sempat lah berbicara dengan Adam.

" Sakit tak ?? " dia cuma mengangguk.
"Abang tahan sikit.. nanti kita balik makan ubat.. abg boleh tidur and rehat hilang la sakit... Abang nak milo ?? "

Dia menggeleng " Nanti abang nak kencing kalau minum banyak "

Mungkin dia berasa risau untuk kencing mengenangkan luka-luka di tuttttt nya...

Tiba2 Adam bersuara " Dady tipu Abang.... Dady kata Dr cucuk kat paha.... tapi Dr cucuk di tuttttttt..... " Aishhhhh...kesianya lah pada si Anak...

Saya hanya diam and beritahu yang dady tak tahu .... sebab tu dia ingat cucuk di paha...

Adam masih merintih sakit... pedih... and duduk pun nampak  tak selesa... Tapi dia tak menagis and tidak juga meraung.

Silap aku jugak.. sepatutnya kami pergi ke hospital dengan 2 kereta.. selepas sorang dah selesai, aku boleh balik rumah dahulu. Jadi takdelah Adam tunggu lama di dalam kereta dengan keadaan yg sakit and tidak selesa... Tak terfikir langsung akan hal ini.

Selepas dalam 40 minit, Cik suami telefon saya and menyuruh saya bawa kereta ke pintu hospital.... Aslan dah selesai. 

Sampai di pintu hospital, saya nampak Aslan menangis tapi tak kuat la... menangis manja manja gitu... merintih kesakitan.. kesian lah wahai si anak.

Sementara Cik suami menguruskan bil dan mengambil ubat. Saya memimpin aslan masuk ke dalam kereta. Otw balik mereka terlelap di dalam kereta. Mana taknya mungkin kepenatan menagis td and plus siang tadi aktiviti kami full. Sebelah pagi ke orientasi Aslan, tengah hari lunch diluar and terus bawak ke petang kami ke The store untuk tukar game psp Adam and Aslan. Ye lah nanti diorg tak boleh jalan2 banyak so at least they have something to play with.

Di rumah Cik Suami set up kan tempat tidur Adam and Aslan. Gantung tali untuk mengantung kain pelekat supaya tak terkena tuttttttt..... tempat mereka tidur untuk seminggu tu ialah di depan TV. boleh la rehat2 sambil melayan TV nanti.

Kemudian kami beri makan ubat. Ada 3 jenis ubat. Demam / tahan sakit, bengkak and antibiotik. Adam aslan dah tak nak makan and minum pun malam tu sebab takut nak kencing nanti. Kemudian mereka tidur seperti biasa. Tiada rintihan dan kesakitan. Mungkin kesan ubat tadi.


Aktiviti yang tak lasak yang boleh dibuat sementara waktu jerrrrrr !!! 
Haaaa.... yang sepah tu keje Si Bunga Airis.. dia sorang pun masih boleh and masih mampu buat sepah hokeyyy !!!

Keesokan harinya, seperti yang dijangka.. aduhhh susahnya untuk memandikan mereka. Cik suami hanya lap2 badan and cuci bekas2 darah di kaki mereka.. Aduhhhh... saya memang tak tengok... Maaflah.. saya tak berani nak tengok perkara2 yang macam ni. Tak sanggup. Biarlah Cik suami yang uruskan mereka.

Mulanya nak kencing pun Adam Aslan tak berani, tapi sebab tak tahan akhirnya berjaya jugak dia membuang air kecil. 

Dari sehari ke sehari luka makin baik. Saya hanya masak sup daging, sup ikan merah and ikan goreng. Hanya itu jer menu untuk Adam and Aslan. Tak berani nak bagi makan ayam or sotong or udang takut gatal atau bengkak or nanah pulak nanti..

Geng dr Penang datang melawat.. Lagi cepat lah sembuh nanti tue...


Hari ni dah 10 hari peristiwa berkhatan tu. Hero2 saya dah pakai seluar. tapi jalan agak senget sebab kuping2 luka masih ada yang belum tertanggal. Mereka dah mandi seperti biasa. Cuma Si abang Adam tak berapa berani nak pakai seluar and saya tengok kupingnya lebih banyak dari adik. Takpe lah janji tak bengkak and tak nanah sudah. nanti dah kering and tertanggal kuping nya ok la tu....

Semalam mereka dah bermain di luar sambil jalan senget2. Hehehehe..masih seriau agaknya..Dalam senget2 pun masih lasak. Takpe lah asalkan mereka berani mencuba buat aktiviti seperti biasa seperti sebelum sunat.

Begitu lah ceritanya. Lepas ni me and husband plan, dah sembuh sepenuhnya, kami akan bercuti2 ke Legoland and mungkin terus lajak ke Universal studio Singapore....


Yeayyyyy !!!! Buku merah jangan lupa bawa moga2 belum tamat tempoh.... opssss ternyanyi plak..

Sekian sahaja. Nanti I akan hupdate cerita legoland and Universal Studio yer....

byeeee.... Wassalam..























12 Dec 2012

Bila ada bising.. bila takde sunyi..

Sunyi je rumah sejak 2 minggu nie.. Adam and Aslan ada di kampung.. Lagi 4 hari baru la dua beradik tue balik rumah balik and I hope keadaan seperti normal.

Sometimes mmg pening bila dua beradik tu berdentam berdentum, tapi bila takde alahaiiiii sunyi nya... semut berjalan pun silap2 boleh dengar. Tinggal la kami kadang2 ber-4 and kadang-kadang ber-3 bila Dady kerja.

Me ?? Balik keje main2 dengan Airis. Pukul 9 lebih macam tu Airis tido makanya dengan saya lah tido sekali.. Awal sungguh.. Jarang dapat tidur awal macam tu kalau Adam and Aslan ada. Bagus jugak tidur awal cuma kadang2 terasa itu bukan saye.. ngeh ngeh ngeh..Sometimes pukul 12 tengah malam mula lah terjaga and mata pun berkelip-kelip tak boleh nak tido..

Airis pun bila main2 di depan rumah and ternampak kanak2 lelaki yang sebaya abangnya bermain di jalan.. Airis kan memanggil2 seolah2 memanggil abang2 nya. Mungkin she think tu abg dia kot..

Takpe takpe.. Lagi 4 hari je lagi rumah kami akan kembali berdentum berdentam dengan kelakuan dan suara kegembiraan Adam Aslan and Airis. And lagi 4 hari Airis akan dapat main dengan abg2.. Yeayyyy..

6 Dec 2012

Blog yang berdebu - Updated Story

Assalamualaikum,

Dah lama saya tak menhupdate blog nie.. aduhhh.. saya sungguh tak tahu kesibukan apakah yang melanda diri. Owhhh.. saya tengah cuba untuk membahasakan diri saya .. saya ye.. bukan aku.. Tak baik kalau budak2 baca perkataan aku.. nanti jadi ikutan mereka.Tambah2 sekarang ni Abg Adam sudah pandai membaca ye. Kadang2 sms saya di telefon pun dia baca ye..

Here a quick updates... Memandangkan dah lama tak menghupdate blog yang dah berdebu nie..

Cuti sekolah dah start dari awal bulan November hari tu.

Until now no plan yet nak ke mana2 lagi sebab I hate crowd.. mana nak layan and kawal anak2 lagi..mana nak berebut dengan orang lagi.. memang menyakitkan kepala saya.

But but but.. Early school holiday hari tu we went to Tambun Lost World with my sister, brother and my Maksu family. My husband tak join sebabnya no cuti.. Almaklumlah nak dekat Deepavali so he have to bg chance to his Hindu friend.We stayed di Lost Tambun Hotel for one night and mandi manda whole whole day. Tu pun we went Sunday and Monday just to avoid crowd. Then balik Penang for 1 week.









Di Penang tak pegi mana2 but just lepak2 kat rumah and keluar makan2 my favorite dishes. And sempat shopping baju sekolah Abg Adam yang akan masuk standard 1 next year. Saya sangat teruja. I planed to early shopping pun just because again.. to avoid crowd ye.. Bukan sebab tak sabar2 nak shopping. Memang best pegi Kimnovak hari tu because only me and Adam dalam kedai tu. No hassle. We got all the sizes we want.. Maklum la we are the only one yg awal kan.. Sempat sembang2 ngan chinese lady tu.. She said after gaji mmg ramai orang and masa saya pegi tu diorg tengah prepared la apa yang patut before their big days comes.

Menggayakan baju sekolah baru

Terkenang di zaman semasa aku sekolah dulu. Kimnovak nie la yang aku selalu datang dengan mak and bapa beli baju sekolah. The Uniform quality is damn good. Memang saya tak pernah lagi la tengok tempat lain kualiti kain nya sebagus kimnovak nie. But the shop is too small. Damn small.  Sebab itu lah every back to school promotion this shop akan full tahap yang mmg memeningkan kepala. So that why I decided to come here early.
 
One week tu sangat-sangat la pendek masa nya.. kemudian dah start kerja. While I am working, of course la all my kids semua kat rumah la dimusim cuti sekolah ni. Mengikut bibik memang berdentum berdentam la rumah di waktu ketiadaan saya and yesss saya dapat bayangkan mcm mana keadaan berdentum berdentam tu...

And saya perasan, apa saja yang saya masak di malam hari atau di awal pagi untuk anak2 makan, bila balik kerja pasti terluak..Boleh dikatakan habis lah.. Alhamdulillah.. At least makanan yang saya masak tak terbuang begitu sahaja. Selalunya saya akan masak pada malam hari so that they can eat for tomorrow. Mungkin sebab tak tau nak buat apa, main-main then bila penat they feel more hungry at home kan ?? I dont know.. Kalau tak pening memikirkan makanan yang dimasak tidak habis dimakan.

2 hari selepas balik dari Penang, my sister in law and her family datang rumah. Saje la bawak anak2 jalan2. But they came on weekdays so saya and suami mmg bekerja. She plan to bawak anak2 nya termasuk Adam and Aslan jalan ke KL naik komuter. maklum la Adam and Aslan termasuk her kids tak pernah naik komuter so she just bawak je la budak2 ni merasa macam mana naik komuter.

Bila saya balik dari rumah mmg nampak la mata Adam and Aslan bercahaya keseronokan dapat peluang naik komuter. Tak habis2 diorg bercerita how komuter looks like. hehee..

Dalam masa yang sama, on that day is my birthday. Alhamdulillah tahun ni umur saya dah 31 tahun. Dah meningkat tua dah saya nie. Saya sangat bersyukur kepada Allah kerna memberikan saya semua2 orang yang ada sekeliling saya hari nie. 

And this year dapat la kek dari office and bila balik rumah ada pulak kek from my husband. Lepas dah potong2 kek tu, we just celebrate di Tree steak house kat Sungai Buloh. Dah alang2 sister in law ada kat rumah so keluar la makan ramai2 as my birthday treat. hmmmmmm.. Then my sister in law pun balik la after 2 nights stayed in my house.

At office
At home






 


Lepas diorg balik, nasib baik ada my cousin from Penang pulak yang datang umah so bolehlah layankan anak2 dirumah. Adam and Aslan pun asyik berkepit jer dengan si Zafar tu. Anyway kami sempat jugak la tengok wayang beramai2 citer Wreck it Ralph. Cerita tentang watak2 dalam kedai video game. Bila malam watak2 game tu hidup.. hehehee.. Layan gak la citer tu and boleh nampak la yang Adam and Aslan suke tengok citer tu. A beautiful and colorful scene. Kali ni saya bawak je Airis and Bibik masuk panggung sekali heheee.. and Airis is a good girl. She diam and matanya besar bila tengok screen yang besar tu. But that only 30 minutes first then Bibik bawak dia jalan2 kat bahagian belakang panggung tu memandangkan org tak ramai. Ye la citer pun start pukul 9.30 mlm and sempat jugak la Airis terlelap dalam panggung.. hehehe..

And now I am thinking kesian anak2 keboringan kat rumah and me and my husband decide nak hantar anak to staying with their Atuk and Nenek di Melaka. Hmmmm maybe for 1 week or 2 weeks. Will see how its work la. Depends on me and my husband too boleh ke tahan life without Adam and Aslan. Bibik and Airis will come back and stay with me.. Just Adam and Aslan je nak tinggal di kampung. Itu pun atas permintaan diorang nak tingal dengan Atok and Nenenk dan jugak Pak Long and Mak Long.

Kesian kat aku kan ?? huwaaaaa .. eh silap silap.. Kesian kat saya.... but but but.. I also kena kesian to Adam and Aslan. Pasti boring di rumah memandangkan saya memang sekeras-kerasnya tak bagi anak-anak keluar dari rumah sepanjang ketiadaan saya di rumah. So I think this is good time for them to stay with their Atuk and Nenek di cuti2 sekolah nie.. Biarlah diorang biasa-biasakan diri berjauhan dengan kami. 

Apa yang pasti, setiap kali saya call untuk bercakap dengan Adam and Aslan, they takdepun rasa nak nangis ke.. yang kedengaran kat telinga saya.. suara kegembiraan. Suara yang sangat gembira..

Ye la... enjoy la wahai anak2.. Nenek masak kan sedap. Tak payah baca buku, tak payah buat homework.. kerjanya mainnn jer... lepas main makan.. lepas makan tidur.. memang la sesuatu yang menyeronokan.. Takpe Ibu bagi chance to Adam and Aslan before sekolah start balik ye..

With Airis in  MAHA 2012 (she pose like that takde sapa ajar pun)


Oh ya.. lepas balik dari hantar 2 beradik tu, saya sempat jugak lah menghadirkan diri di MAHA 2012. Tak dirancangkan pun and kebetulan adik saya nak pegi so saya join la pegi. kalau nak harapkan saya jer mmg tak pegi la MAHA 2012 tu. En. Suami tak join pun sebab beliau kerja. Sedikit cerita pasal MAHA 2012 kali nie, baru la saya tau yang MAHA ni di buat every 2 years. Best la jugak sebab selain exhibition makanan dan pertanian ada jugak tempat bermain untuk kanak2, ada tram yang bawak kita pusing keliling MAEPS tu, pastu ada lah segala haiwan peliharaan lembu, kambing  bla bla bla.. Tapi saya tak tengok pun la segala haiwan peliharaan tu sebabnya hmmmm sebabnya Adam and Aslan tak join so I am not intrested on that. Kalau 2 beradik tu ada mungkin kami dah pegi tengok segala lembu kambing tu dah. In shaa Allah next 2 years in 2014 boleh la pegi bawak Adam and Aslan sebab masa tu maybe 2 beradik tu dah besar and dah faham bahasa kan. so boleh la bawak kat tempat yang ramai orang mcm tu.. Kat MAHA 2012 macam biasa la.. shopping time.. rasa sini rasa sana... sampai kenyang.. Apa yang aku borong coklat, kek, pati santan, Roti arab, Sos char keow teow, nanas madu.. hahaaa.. nanas pun saya terjebak pi beli, Topi cowboy untuk Pak Munir (my bibik husband), topi airis and ballon yaya boyboy boy for Airis and Sofea.. mmg ntah apa2 yang saya beli. Anyway baru la hati terasa puas if beli.. kalau tak beli sama la mcm tak pegi MAHA 2012 kan..

While Adam and Aslan kat kampung, Ibu and Dady pun tak melepaskan peluang la kan.. hehehee..

Me and Mr. Husband tgk midnight movie selepas Airis tido. We watched The Twilight Saga : Breaking Down Part II. Best giler the latest Twilight Saga nie.. Kira Bella pun dah jadi pontianak.. Wakaka.. Tapi mmg best la. Recommended movie to watch. kira semua nya jadi pontianak kecuali Bella dady and anak Bella. Anak Bella tu dah jadi half manusia half pontianak.. Boleh Cam tu ???? keh keh keh

Nothing much to do masa Adam and Aslan takde rumah. Balik umah masak sikit2 then tengok TV. Semalam sempatla tengok Istanbul aku datang kat Youtube.. heheheee.. sorry la.. sebab saya layan di Youtube jer..

Cerita yang sangat comel and cute.. Cute sangat2 Lisa dalam tu. So cheeky bila si Lisa Surhani buat perangai gedik2.. hahahaaaa... Saya mmg suka citer yang tak memeningkan kepala ni.

Hmmm.. 2 beradik tu akan stay kat kampung sampai minggu depan. 15 Dec 2012 baru la nak jumpa balik 2 beradik tu. Sooo.. hmmm I have to find something supaya tak boring and tak sunyi kat rumah. But anyway at least saya ada masa nak main2 and nak beramah mesra and nak bermanja-manja dengan Airis. 

Airis dah pandai sekarang. She will tiru whatever yang saya or bibik buat. For Examples if she dapat kain, Tak kira la apa jenis kain sekalipun, she akan lap lap meja or sofa sepertimana yang bibik selalu buat.. hahaaaa.. Ada jugak Airis mengurut-urut saya sepertimana yang bibik buat.. haha.. kelakar la bila tengok.. then she senyum.

Bila Airis dapat pensil, dia akan duduk meniarap and buat2 tulis sepertimana abg2 dia buat.. Kalau Airis dapat my phone tangan dia akan tergodek godek atas screen iphone...hahahaha.. I swear its funny if you guy tengok how she act. Then she akan sengeh sengeh ala ala cute giteww.. hehehee.. macam2..

Kalau ada sepit rambut or cekak or rantai manik2.. dia akan minta kita pakai kan ke atas dia. Then tepuk tangan sengeh sengeh suka...

Sejak dapat kaki Airis jalan tak berenti2. Ke depan kebelakang then jatuh terduduk. Then bangun and sambung jalan lagi. Dah pandai buka and punggah laci sampaikan our kabinet perlu diikat if not mmg selamat lah dikemas oleh si kenit yang masam bernama Airis.

She kinda dance
Terasa diri dia lawa if dipakaikan accesori



cara si dia ber posing

 




Bila time kami jer di rumah tanpa Adam and Aslan baru la aku tau betapa sunyi nya rumah tanpa suara 2 beradik tu. So I think misi no 4 perlu diteruskan.. wakaka.. Relevan tak ?? Whatever la kan..

Ok lah.. that some update yang sempat melintas dalam fikiran aku.

Jumpa lagi.. Byeeee..





























2 Jul 2012

Resepi Sausage Roti Roll Kriuk-kriuk


Sausage roti roll kriuk kriuk

Just want to share this resepi with all of you. Nama nie i just hentam jer and idea tue ada jugak datang dari salah seorang kawan saya Cik Mah Diva... Wakaka

Easy, Nice and dah jadi my kids favorite.Every weekend mintak buatkan ini..


Spread kan roti gardenia dengan butter, mayonis, chilli or tomato sos....ikut selera anda..

Then roll kan roti gardenia yg telah di spread kan dengan bahan diatas dengan sausage ayam atau daging yg telah digoreng sedikit (elok lah digoreng dulu sausage tu.. jangan goreng lama sangat..)




Tumbuk biscuit cream creaker sampai betul2 hancur atau boleh juga guna nestum original.. kalau guna nestum original tak payah tumbuk halus dah..





Celup Roti yg dah digulungkan tadi with telur and then lumurkan with cream creaker yg ditumbuk halus tadi or nestum and goreng sehingga kuning keemasan..












Tadaaaaaaa.... Dah siap untuk dimakan


Nak bagi sedap and let think creatively lagi, Lets eat this Sausage Roll with the Magic Cheezy .. It so yummmmmyyyyy....

Sedap dimakan with magic cheezy


Sumber2 resepi adalah merata2 dari internet...


Adam love it very much



Aslan enjoying the food


18 Jun 2012

Movie in memories with my 2 kids

My memories I had snap during movie time with my 2 kids.

If I not mistaken, only 2 movie yg I terlupa nak snap which is Toy Story 3 and Chipmunks.. And yeaahh also Madagascar 3...
 













15 Jun 2012

Madagascar 3 - Europe's Most Wanted


Adam Aslan in action


Sempat snap kat spiderman jer, movie dah nak start

Last night 14th June 2012, me, my husband and my 2 kids went to watched the Madagascar 3 Europe's Most Wanted Movie.

As usual pantang jer keluar kids movie genre, we mesti sampai je kat cinema. The very last one is The Avengers Movie.. Hehehe.. This is our  must  activities in my family.

Nice, funny,fun and cute story. Recommended to watch this movie with your kids.






5 May 2012

Adam aslan 1st. Class at Kumon

Assalamualaikum semua,

Today 4 May 2012 ~ hari yang memenatkan...

Today is 1st day Adam Aslan start their class at Kumon.. The class started at 630 pm.. Kelam kabut keluar office ambik diorg and bawak ke class. Look like a good response from Adam and Aslan.. Nampak mcm they like it plus Ada jugak they jumpa their friend yg same school.. Hmmm not bad la.. Huhhh... Cuma the problem is me..

27 Apr 2012

Aku perlu bersabar...

Aku perlu bersabar... Sabar untuk apa? Sabar dengan karenah anak2.. Yang adakalanya membuatkan aku hilang kesabaran disebabkan kepenatan. Tapi aku perlu Kuatkan hati aku supaya aku dapat sabar menghadapi karenah anak2... 

1 Apr 2012

I miss my 3 kids

Assalammualaikum,

Hi semua.. Happy Sunday.. I'm busy and have to standby for World Halal Forum 2012..
Every year I akan berkampung Kat KL convention for 3 4 day for world halal forum..

Actually I don't want to tell about WHf story.. I just want to tell how I miss my 3 kids.. Hmmmm.. No words can describe.


Last night I stayed at hotel and I already standby my daughter kain for me to sleep with .. Huhuhu... The smell is so nice...

Nie la kain batik betung Airis mlm2


This morning I waked up, its empty and quiet.. takde suara2 budak2 yang akan tanya me for macam2 soalan.. Normally kan pagi2 lg bukak mata dah nampak my kids tue.. I felt different. I do really miss them..

I have 2 more nights to sleep without my prince & princess.. Hopefully not so bad and I still can tahan..

This is my 1st time I berpisah dengan Airis.. Mcm mana la Dia agaknya kat Umah with my mother.. I'm so miss her smell... Hope everything ok..

Ibu sangat2 rindukan semua.. And Dady pun ibu rindu jugak  ;-P

Ok la.. Night all. I'm tired and need to wake up early tomorrow

Semoga Allah memudahkan segala urusan and takde la org2 yang akn menumbulkan masalah esok.. Amin

24 Mar 2012

My Very first time blogging citer pasal Iguana

Assalamualaikum ,

Hi semua.. this is my very first time nak berjinak2 dengan penulisan blog nie.. 

1st sekali.. I asked myself.. Why I want to try to write something in my blog ???

Hmmmmm.. its because i want one day my kids can read my story and of course kebanyakanya mesti about them.. hahaha


Second because i want to share my experience, my knowledge, my opinion and apa2 saja yang I tau and I can share with my friends yg sudi melawat to my blog nie..  (harap2 no syok sendiri la... Insyaallah)