Fisrt time I tried Laksa siam or Laksa Thailand ni masa aku pegi Krabi bulan lepas. Sekali rasa terus terpesona.
Balik dari Krabi apalagi.. teruslah meng google resepi nak try masak lah kan. Selalu kan asyik buat laksa utara ja.. So hari ni nak share resepi laksa siam plak.. Google sana sini.. Combined sana sini terhasil lah laksa siam saya..
Senang je.. konsep mcm laksa utara cuma laksa siam nie color kuning and guna santan dan adalah 4 bahan lain yang ditambah. Ala ala masak lontong.. tapi ni direbus sekali dengan isi ikan.
Bahan-Bahan :
Laksa yang bercap Penang Laksa twenty twenty. Boleh beli kat giant atau 99 Mart. Why laksa twenty twenty sebab mee nya kecil berbandang laksa biasa.
Photo from Mr Google lah.. Thankss yeaa.. |
Ikan sardin - 6 ekor kalau besar, kalau kecik pandai2 korang lah
Bahan yang dikisar :
Bawang Besar - 2 biji
Halia - 1 1/2 inci
Lengkuas - 1 1/2 inci
Serai - 2 batang
Kunyit hidup sedikit nak bagi kuning
Cilipadi hijau - Ikut la sukatan sendiri.. kalau nak pedas banyakkan lah cilipadinya
Cili besar 2 biji
Daun kesum agak2 lah kuantiti nya, selalu saya beli seikat 50 sen
Bunga Kantan - 1 atau 2 kuntum
Daun limau 2 helai
Santan yang diperah - sebiji atau santan pekat yang kita beli kat kedai tu
Garam secukup rasa
Asam keping secukup rasa
Perasa - if suka
Cara-Cara :
Ikan dibersihkan and direbus.
Asingkan isi dan isi ikan dikisar. Boleh guna air rebusan tadi untuk tujuan mengisar.
Kisarkan Bawang, Halia, lengkuas, serai, cilipadi, kunyit hidup dan cili besar.
Masukan dalam periuk isi ikan yang dah di blender dan juga bahan2 yang dikisar tadi.
Masukan daun kesum and bunga kantan.
Masukan garam, asam jawa
Biarkan sampai menidih
Bila menidih masukan santan dan daun limau dan biar sampai masak.
Kuahnya perlulah pekat, masam, and lemak rasanya. Saya tak suka pekat sangat.. so agak2 la korang nak kepekatan yang macam mana.
Then siap and bolehlah dihidangkan.
Anda boleh campurkan ulam2 masa nak makan tu. Antara ulam2 nya ialah kobis, kacang panjang, sawi masam...
Maaf saya memang bukan penggemar sayur so saya dan anak2 makan kosong jer.
Jeng jeng jeng... dah siap..
Sila lah tengok strukturnya dari jarak dekat.. nampak isi-isi ikan |
akak.. tahu x resipi aiskrim kelapa yg selalu kt hatyai jual tu?
ReplyDeleteYang.. huhu tak tau la.. cer try google.. mesti ada :)
ReplyDeleteAssalam.. tq atas resepi.. inshaAllah nak ke dapur nak buat utk berbuka puasa...(whooaa.. cepatnya) hhahaha.. pernah makan tp segan nak tanya tuan rumah. Nway.. jomlah jln blog akak!
ReplyDeleteAs salam Kak Rehanayat.. mcm mana dah try ke ? Jadi tak and ada apa2 comment tak pasal resepi ni.. Share and update la dengan saya.. TQ
DeleteIn Shaa Allah.. akan saya melawat blog akak.. Thanks for melawat blog saya...