As salam
Dah lama sebenarnya teringin nak memiliki waffles maker ni.. sebabnya nak makan waffles puas-puas and nak isikan filling waffles ni sebanyak mana yang kita nak.. baru puas kan ?? Kalau beli redha ja la banyak mana si tukang jual tu letak kan filling nya untuk kita..
Tengok2 ada pulak Groupon buat sales jual waffles maker ni. apa lagi.. tanpa ditunggu terus grab la..
Meh sini nak share resepi. Resepi ni diambil sini sana dari blog2 yang ada..
Bahan-bahan
1) 2 cawan tepung gandum
2) 1 biji telur suhu bilik
3) 2 sudu teh yis ( ini untuk berikan keranggupan pada waffles walaupun sejuk and supaya keranggupan tu tahan lebih lama )
4) 1 sudu gula
5) Garam secukup rasa.. agak2 je la
6) Susu segar 1 cawan (boleh guna susu full cream dutch lady kotak tu ataupun boleh jugak guna susu cair)
7) 1 sudu besar esen vanila
8) 3 sudu besar marjerin dicairkan
9) setengah cawan air suam ataupun sediakan air secukupnya sehingga bancuhan tak terlalu pekat dan tak terlalu cair.. pandai2 la mengagak ye..
2) 1 biji telur suhu bilik
3) 2 sudu teh yis ( ini untuk berikan keranggupan pada waffles walaupun sejuk and supaya keranggupan tu tahan lebih lama )
4) 1 sudu gula
5) Garam secukup rasa.. agak2 je la
6) Susu segar 1 cawan (boleh guna susu full cream dutch lady kotak tu ataupun boleh jugak guna susu cair)
7) 1 sudu besar esen vanila
8) 3 sudu besar marjerin dicairkan
9) setengah cawan air suam ataupun sediakan air secukupnya sehingga bancuhan tak terlalu pekat dan tak terlalu cair.. pandai2 la mengagak ye..
Cara-cara
1 ) Campurkan tepung, telur, yis, gula, garam, susu segar, esen vanilla, marjerin. Gaul kan bancuhan menggunakan whisk.
2 ) masukan air sikit demi sedikit dan kacau sehingga bancuhan sebati.
3 ) Bancuhan itu hendak lah tidak terlalu pekat dan tak terlalu cair. Jadi pandai2 lah adjust ye kepekatan tu.
4) selepas selasai dibancuh, rehatkan bancuhan selama 15 minit.. ingat lagi lama direhatkan bancuhan akan menjadi semakin tinggi... lepas 15 minit kita kacaukan balik bancuhan
5) Panaskan waffles maker. Setelah agak2 dah panas, masukan bancuhan tepung tadi ke atas waffles maker.
4 ) Treatnya jatuhkan tepung di tengah2 waffles maker perlahan2, biarkan ia merebak ke tepi dengan sendirinya.
5) jangan ditutup terus penutup waffles tu. Biarkan dalam 15 saat kemudian baru ditutup.
6) semasa tutup tu tekan kan penutup tu kuat sedikit. Ini untuk pastikan corak kat atas tu cantik... terikut dengan corak waffles tu.. baru la cantik
7) tunggu la sehingga waffle tu masak sehingga jadi brown2... kita boleh jer tutup and buka untuk check waffles tu dah masak ke belum.
Bila dah masak and warna jadi kekuningan atau keperangan (suka hati.. kalau saya and anak2 suka yg garing) boleh la diangkat dan boleh la disapukan dengan filling kesukaan kita...
Anak-anak saya suka marjerin and coklat nutela ataupun marjerin denga kacang and coklat lady choice. ..
Nyum nyumm memang menyelerakan and anak2 memang suka. .. selamat mencuba..
Last but not least...
Jom tengok gambor...
Bancuhan Tepung |
Bancuhan tepung setelah direhat kan 15 minit... Yis tu dah merenyut-renyut |
Ni la Waffles maker yg di grab dr groupon.. berbaloi baloi |
Saya buka untuk check dah masak ke belum ?? |
Saya & anak2 suka garing mcm nie.. |
Our favorite filling |
Yang penting... kalau beli RM4.50 untuk sorang makan.. kalau buat sendiri modalnya murah jer.. and dapat makan banyak2...
Jadi...
Selamat Mencuba yaaaa !!!!
No comments:
Post a Comment