As salam,
Dah baca ke belum 1st part cerita pasal my 4th delivery ni??? Kalau belum baca boleh la baca and klik kat My 4th Child delivery - 1st part
Now nak sambung crite ye....
Ok... lepas masuk ke dalam single room wad, saya sempat menunaikan solat magrib... selesai sudah solat magrib nurse pun masuk and nak memulakan prosedur.
Dalam pukul 830 malam macam tu, nurse masukan ubat untuk saya membuang air besar... masa tu cik suami takde kat wad sebab pegi jumpa kawan dia yg escot saya tadi.
Nurse tu pesan tunggu dulu sampai la perut rasa mmg betul2 tak blh tahan and memulas baru pegi buang air besar. Tujuan nya supaya ubat tu betul2 memproses keseluruhan perut and supaya semua yg perlu dibuang dapat dibuang sepenuhnya.
5 ke 10 minit selepas masuk ubat untuk buang air besar, perut pun memulas and berjaya la membuang air besar ... heheee...
Dah selesai nurse datang lagi. Masa tu lebih kurang pukul 845. Nurse tu nak pecahkan air ketuban... saya tak pernah rasa macam mana air ketuban dipecahkan.. dari anak no 1 sampai no 3... saya tak pernah menjalani proses pemecahan air ketuban... kalau ada pun semasa anak no 1 and 2.. tu pun setelah dalam labour room... and air ketuban tu mudah dipecahkan.
Tapi kali ni, aduhhhh perit rasanya.. tapi nurse yg bernama Nur Shahada rasanya kalau tak salah (seingat2 saya bila terpandang name tag nurse tu)... amat membantu...
First dia tahu kita malu... dia tak selak kain sepenuhnya.... hehe.. siap suh assistant dia tutup skit kain... nanti patient malu.... katanya..
Second, nurse ni sentiasa memberi kata semangat and kata2 yg manis semasa dia menyeluk untuk memecahkan air ketuban..
Mmg sakit masa nak pecahkan ketuban... bukan apa sebab kata nurse tu kita tak rileks.... kita keraskan badan and melawan.. sebab tu lah sakit... mmg la kita cuba nak bekerjasama tapi mengeraskan badan tu adalah tindakan rifleks.. tindakan di luar kawalan kita.. secara tak sengaja... sakit tau....
Prosedur pecahkan ketuban tu dibuat di dalam bilik wad. Masa tu cik suami ada di sisi... bila mata kami bertentangan dia seperti tahu saya sedang menahan kesakitan.... then suami saya tanya nurse tu...
"mmg ada ke prosedur ni?? Sb saya rasa anak no 1 sampai 3 takde pun buat mcm ni... " agaknya sebab kesian tengok saya dok tahan atas apa yg dibuat oleh nurse tu.
" Ada.. encik... mesti ada... kalau takdak maknanya air ketuban pecah sendiri atau dipecahkan dalam labour room.." jawab nurse tu.. lembut jer... nurse pun muda... macam baya2 aku je rasanya...
Nurse tu meneruskan lagi prosedur pecahkan air ketuban. Sebab dia kata kat assistant dia tak puas hati... mcm tak habis lagi and macam ada yg tak keluar sepenuhnya...
Aduhhh... terseksanya aku rasa... selagi nurse tu tak selesai selagi tu la menahan aku menahan sakit... dalam pada cubaan dia keluarkan air ketuban tu lagi... dia sempat bercakap kepada saya...
" puan rileks puan... kalau keraskan badan lagi puan akan rasa sakit... saya nak tolong puan ni... saya pun taknak puan rasa sakit... saya nak tolong puan cepat2 habiskan buang air ketuban ni... ada selaput yg saya perlu keluarkan...puan jangan keraskan badan"
Sejuk sikit bila nurse tu cakap macam ni. Lembut.. explain... and mgkn mcm dia physco aku jugak la supaya aku lebih rileks..
Prosedur tu mengambil masa dalam 15 minit jugak and masa proses pemecahan air ketuban tu aku rasa contraction semakin kuat.... contraction tetap ada semasa nurse tu tengah buat prosedur.
Dah selesai air ketuban dipecahkan... Aku dipasang air drip supaya dapat membantu proses contraction. Untuk bg lagi sakit supaya laluan cepat or mudah terbuka... selepas tu perut ku dipasang CTG... masa dah siap pasang CTG tu aku sempat tengok jam sudah menunjukan pukul 9 malam.
Yes aku rasa sakit or contraction semakin kuat. Dari pukul 9 mlm to 905 malam... ada satu contraction... kuatt and sakittty...dr 905 ke 910 malam ada 2 contraction... bila nurse tu masuk and tengok kertas CTG tu... dia mengerutkan dahi...
I asked her " dah 5 minit kan sakit datang ??? " maklumlah jam mmg ada kat depan katil... so mmg aku pun dok check jugak and timing contraction sendiri...
Nurse tu jawab " hmmmm... tak sampai 5 minit Puan.. 2 minit and seminit setebgah dah datang blk contraction... "
" saya rasa kuat sangat tau sakit...." aku bgtau nurse. Dalam pada dok sembang ngan nurse tu contraction masih datang dan pergi...
Nurse yg bernama Nur Shahada tu betitahu kat assistant dia untuk tolak katil ke labour room.. sempat juga dia cakap kepada saya..
" kalau saya tau contraction puan cepat mcm ni saya setting kat labour room je tadi..."
Dalam pukul 915 malam Saya ditolak masuk ke labour room dengan katil... dalam labour room contraction semakin kuat... kuat sangat contraction hanya Allah yang tahu... Mmg lengan tangan suami saya genggam kuat2 menahan sakit.. tinggal tak gigitttt jer lengan dia...
Nurse tu advice my husband untuk urut2 di belakang pinggang saya semasa contraction... mcm mak dok buat masa aku nak lahirkan Adam and Aslan... dr situ aku tau yg nurse tu mmg berpengalaman. Walaupun hanya dia n asisstant dia je yg handle aku masa tu.
Masa dah masuk dalam labour room, kesakitan contraction tu ada lah dalam lebih kurang 6 7 kali... rasanya tak lebih 10 kali... tapi sakitnya sangat kuat and perit.... yes think positive.. sakit contraction yg kuat tu maknanya bagus sebab mempercepatkan pembukaan laluan..
Masa tu nurse tu masih memasang CTG diperutku... aku siap cakap pada dia...
" takleh bukak ke tali CTG ni... saya sakit la.. nak gerak pun susah..."
Nurse tu kata doktor masih suruh pasang nak tengak jantung baby... cam tu lah.... so CTG tu masih lagi terpasang kat perut... rimas tau... mengingatkan aku semasa nak melahirkan Abang Adam... CTG kat perut hingga ke labour room... rasanya tak perlu kot sb contraction sangat kuat ...
Sampai satu tahap tu... saya bgtau nurse tadi...
" Saya dah rasa nak teran... sekali lagi rasa sakit... saya dah rasa nak teran..."
Muka nurse tu agak terkejut...
"Ye ke puan ??"
Lalu dia buat VE lagi... and I can hear she askes her friend to call doktor... and dia bgtau kawan dia dah full... maknanya I'm ready untuk bersalin...
Haaaa ... kan aku dah kata... lagi sekali sakit mmg aku akan teran.. nurse tu kepitkan kaki aku and suruh aku tahan
.. jangan teran lagi.... suruh aku tarik nafas panjang2. . Yes yes .... aku akan cuba bertahan... nurse tu bgtau Dr dah on the way datang dari bawah.
Aduhhh.. ni la yg susah ni... nak tahan dari meneran.. mmg perik... susah nak tahan kalau dah rasa nak teran... tp tahan jugak la sebab tak mau sesuatu yg tak diingini terjadi.
Aku terus cakap kat nurse tu.. " Dr mana??.. panggil doktor. Saya dah tak tahan dah..."
Tiba2 Doktor muncul. Aku masih blh melihat yg Dr Ratna dah kelam kabut pakai apron... dia siap sempat tarik nafas panjang sebab kepenatan berlari naik ke labour room kot.
Then Dr Ratna cakap " ok puan... klu rasa nak teran.. teran kuat2 and panjang2...."
Aku tanya Dr... " dah nampak kepala baby ke??" Sempat lagi tu tanya soalan.... keh keh keh
"Belum lagi... Puan kena teran baru Dr blh nampak kepala baby... " jawab Dr sambil tersenyum.
Then dgn tiba2 aku dah rasa nak teran and apalagi I terus teran... 1st teran tak panjang sb mcm kelam kabut but second pya teran I teran betul2 walaupun sebenarnya belum datang rasa nak teran tu sepenuhnya sb saya dengar Dr kata teran panjang2... tu yg tiba2 ada semangat n kekuatan nak teran tu.
Apa lagi... terus terasa baby meluncur keluar and baby terus diletakan di atas perut saya...
Baby dilahirkan pada pukul 928 malam. Kiranya tak sampai dr pukul 9 malam tadi selepas dipasang CTG... 928 malam saya dah selamat melahirkan. Tak sampai 30 minit...
Aduhhh... mengeletar kaki menahan kesakitan.... and seingat2 saya... saya ada merengek sikit menahan sakit selepas baby keluar kemudian terdengar suami beritahu saya...
" baby dah keluar dah tu... kat atas perut ibu.... Cukup sifat... baby boy..."
Masa tu terdengar baby nangis... aku x dapat tengok sangat baby yg masih kat atas perut aku tu tp aku nampak putih2 di muka baby lalu aku pun terlelap....
Dalam terlelap tu terdengar Dr Ratna, nurse and cik suami berselawat... saya pun mengikut.... rupa2nya Dr Ratna offer Cik suami memotong tali pusat anaknya..... (saya tahu pun setelah keluar dr labour room and setelah diceritakan oleh Cik suami..)
Kemudian saya terlelap sehinggalah saya terdengar suara nurse and cik suami. Saya masih di dalam labour room and cik suami datang jengok saya and nurse tu bgtau yang saya masih tidur sebab Dr cucuk ubat tido...
sama seperti melahirkan Airis..sebab tu la saya mengantuk selepas baby berjaya keluar sebab Dr Ratna dah cucuk ubat tido... so semasa proses jahit menjahit... saya tidak merasai keperitanya... sama mcm airis dulu....
Masa Adam and Aslan... saya dijahit hidup2... huhu.. katanya dibius tapi saya masih rasa sakit semasa jahit tu.. huhuhu... mgkn bius sikit kot... sb tu terasa.... jahitan kali ni pum sama macam Airis. Tak banyak jahitanya..
Saya tersedar dr tidur semasa nurse tolak masuk ke bilik wad tp saya just sambung tido jer.... dlm pkl 10 lebih Dr Ratna dtg melawat. Mgkn dia nk balik dah kot. So sblm balik dia melawat patient dulu. Saya disuruh bangun untuk buang air kecil oleh Dr Ratna apabila bangun dari tidur nanti.
Kemudian saya sambung tido bila batang hidung cik suami masih belum kelihatan. Malas nak mencari and nak fikir saya sambung tido.
Pukul 11 lebih baru cik suami datang and dia beritahu yang dia balik rumah untuk mandi and tengok anak2 yang dah tido.
Malam tu kami berdua tidur di wad. Sebab tu la saya memilih untuk stay di single room sb suami boleh menemankan saya.
Begitulah cerita saya untuk pengalaman melahirkan anak yg nombor 4 ni.. kali ni saya tak sempat pun nak makan telur ayam kampung seperti kelahiran no 1 sampai 3.
Biarpun sekejap and agak senang baby keluar, tapi sakitnya kuat.... contraction nya membuatkan saya tak boleh tahan tapi sebagai org Islam... kita masih boleh menahan kesakitan bila kita teringatkan Allah and bila kita ingat balik yg ini adalah fitrah manusia.
Macam saya bgtau td sakit kuat tu maknanya bagusss sebab membantu pembukaan laluan dan mempercepatkan proses kelahiran...
Sekian saja.. itulah pengalaman saya yg boleh saya ceritakan...
Semoga anda yang membaca ni dapatlah manfaat dalam perkongsian saya kali ni...
Last but not least ni la baby saya... gambar ni diambil dalam masa 2 jam selepas kelahiran...
Muhammad Aliff Haris |
Testing....
ReplyDeleteseronok pulak baca kisah delivery awak ni.. saya dalam proses nak carik hospital yang best nak bersalin anak ketiga ni.. nak tanya.. yang telur kampung tu tujuan dia apa yer.? macam mana cara makan dia?
ReplyDeletejemput singgah blog saya .. http://ladysuerauf.blogspot.com
Thanks sebab sudi baca entry saya ni... kalau nak tau ayam kampung tu kena baca la entry masa saya melahirkan anak 1st and anak 2nd...yg 1st and 2nd memang saya makan telur ayan kampung tu. Telur ni sapah satu untuk memberi tenaga... tenaga sangat diperlukan semasa proses kelahiran ni. Masa anak pertama saya.. saya mmg tak maka apa dr petang tp survive maintain kuat and tahan jugak la sampai saya melahirkan keesokan pagi tu..
ReplyDeleteBancuh milo dalan mug macm kita nak minum milo mcm biasa tu cuma saya tak masuk kan gula and saya lebihkan milo. Pastikan air betul2 panas... masuk la air sehingga 3/4 mug.. pastu pecahkan telur ayam kampung dalam air milo tu suka hati la sebiji or dua... saya masukan 2 biji... tuen kacau milo tu laju2 supaya telur tu sebati ngan air milo tu then minum..rasanya macam milo susu jer. .. cubalah try..
Klu camtu kena baca la entry melahirkan ana no 1 sampai 3 plk ye...
Salam kak. sy tgh survey hosp bersalin. plan nk g PMC sbb dekat sikit. nak tanya:
ReplyDelete- perlu bayar apa2 deposit x utk kelahiran?
- sy biasa checkup monthly di KK so kalau nk bersalin di PMC at least kena bpe kali checkup dgn doc?
- sy kalau boleh nk dgn doc perempuan. so dr wan ratna tu mmg on call ke. ade possibility x dia takde mase sy nak bersalin huhu
- weekend sabtu dan ahad boleh dtg check up x?
Waalaikumusalam. . Masa nak masuk wad bila nak bersalin tu kena bayar deposit RM1500. Lepas dah selamat nak keluar wad baru bayar full bill tu.
DeleteDulu sy pun monthly check up kat KK. Tapi sy pegi untuk scan anak masa tu sy cakap kat doc sy nak bersalin kat situ. Bila dah 8 bulan lebih saya akan pegi chwck up di PMC. Sekurang2 3 kali kena check up kat PMC baru lah diort terima kes kita. Tajleh pegi terjah je tau.
Masa nak pegi 1st tu cakap kat kaunter awak nak Dr Ratna. Tapi sellaunya diorg akan tanya nak Dr apa...Dr on call. Walau tengah malam nak bersalin dia akan turun. Tp tak tau la charge nya mcm mana. Doa banyak2 mudah2 dipermudahkan segalanya.. cuma kalau waktu dia bercuti diorg akan inform awal. Selalu dr ratna bercuti lama skit masa hujung tahun... nanti u sembang la ngan dr .
Sabtu ahad ada check up. Kena buat appointment dulu.. malam pun ada klinik masa hari biasa...
alamak sy bersalin bulan november hrp2 Dr Ratna x cuti pjg la mase tu hehe. Dgrnye ade sorang lg gynae perempuan ye? sy bace byk review kate ok PMC tu. So InsyaAllah akan ke sana. ni anak no 2. anak pertama hrtu pegi gomen. Sebab 1st pregnancy kan so mcm takut nak ke swasta kalau ade ape2. sbb saya ade diabetic (tp on diet control je), 1st pregnancy pun normal je bersalin. Hrp2 kelahiran kali ni pun dipermudahkan. Nak ke swasta sbb nak doc perempuan + kelesaaan. sabtu ahad bleh checkup ok la sng sket xkacau masa keje. Thanks 4 info ye!! :)
Delete