Last Monday aku tiba2 terbayangkan seafood yang fresh dan segar bugar dalam kepala aku. Ntah kenapa tetiba saja bagai dipetik jari terus terbayang seafood yang enak2 dalam minda aku.. Owhh.. saya rasa saya tidak pregnant ye. Jangan salah anggap. org yang tak pregnant pun kadang2 ada jugak teringin nya.. hehee
Lalu aku pun kemukakan niat aku pada suami aku.. Ye la.. nak kemukakan pada siapa lagi kan ?? kalau tak pada si dia.
Lalu beliau kata ok and mcm biasa beliau menyuruh aku carikan tempat yg boleh dapat seafood yang segar2 and bagi aku biar berbaloi.. Kebetulan pulak dua tiga minggu lepas, adik aku ada menceritakan pada aku yang dia pegi makan seafood di Jeram..
Aku pun apa lagi.. Google la.. Google untuk dapatkan maklumat yang banyak and sebaik mungkin. Google untuk cari kedai seafood mana yang sedap dan murah.
Lalu terjumpa lah 2 restaurant ikan bakar yang paling famous di Jeram iaitu Aroma ikan bakar and Restaurant ikan bakar atau dengan nama lain medan ikan bakar. Restaurant ni terletak bersebelahan. Cuma terpulang pada kita la mana yang nak kita nak pilih.
Selepas jumpa restaurant aku check pulak google map untuk mendapatkan maklumat tentang jarak ke sana. And hmmm not bad. Mengikut Google Map dr rumah aku anggaran masa hanya 40 minit. Tapi dengan cara husband aku bawak keta mungkin kurang la dr 40 minit. So yes.. aku boleh proceed untuk ke Jeram.
Lalu aku google lagi untuk dapatkan maklumat restaurant mana yang sedap and untuk hari tu aku decide nak pegi ke Medan Ikan Bakar. Jadi on Wednesday 24 October 2012 kami pun pergi la Jalan-Jalan Cari Seafood di Jeram.
Jalan nak ke Jeram ni mmglah sangat senang dari umah aku. Kami menggunakan highway LATAR, dalam 10 minit perjalanan di atas LATAR then keluar di persimpangan Ijok then belok kiri ikut arah Kuala Selangor and lepas perjalanan 10 minit anda akan jumpa traffic light and belok kiri ikut arah Klang and dalam 10 minit lagi anda akan nampak Balai Polis Jeram di sebelah kiri and traffic light dan belok kanan. Kemudian jalan terus je sampai anda nampak Resturant Aroma Ikan Bakar sebelah kiri dan if anda terus lagi anda akan nampak Medan Ikan Bakar. Medan Ikan Bakar tu terletak dihujung jalan.
Bila tiba disini serta merta ingatan aku kembali ke zaman masa aku beranak 1 dulu. Aku pernah sampai di sini and aku pernah makan di Aroma Ikan Bakar cuma nama Aroma Ikan Bakar tu tak register dalam otak aku. And masa zaman tu pun Restaurant Aroma ikan bakar tu tak lah sebesar sekarang ni.. hehehehe.. tapi bila aku sampai sini semalam baru aku ingat semula.. Ish Ish.. sindrom nak tua nie.. bahaya tul..
Okey back to cerita Medan Ikan Bakar Jeram atau Restaurant Ikan Bakar Jeram. Next visit aku nak try Aroma pulak.
Restaurant Ikan Bakar ni sangatlah luas. Mempunyai meja and parking space yang banyak. Kami sampai sana dalam pukul 6 ptg so mmg la pengunjung belum ramai. But actually aku mmg plan pun pegi ke tempat yang famous pada waktu org tak ramai. Senang nak control anak-anak. Menurut blog2 yang aku baca, Kedua-dua restaurant ni mmg akan full house if kita datang on weekends. So kalau nak datang masa weekends elok la call and booking table dulu ye..
Restaurant yang sangat besar dan pekerja2 yang ramai dan dengan pilihan makanan laut yg banyak. So perfect.
Ada mcm2 ikan. Ada Kerapu(susah nak jumap kat pasar), Jenahak, terubuk, Siakap(dah biasa kan.. so tak pandang la), Bawal and ikan kecik2 yang bukan pilihan aku petang tu.. Maklumlah dah ada pilihan ikan yang lebih besar. And ada la jenis2 ikan yang aku tak kenal. Aku memang sangat teruja. Ketam dan sotong nya pun besar2. Mmg seronok and habis hati la aku petang tu. Tersenyum sampai telinga. Apa yang di idamkan ada di depan mata..
Petang tu kami pilih Ikan kerapu sederhana besar, Ketam yang saiz XL 3 ekor, Sotong Saiz XL 3 ekor, udang laut saiz L dalam 10 ekor kalau tak salah aku. ikutkan hati mmg nak ambik lagi tapi bila pikir2 tak baik membazir aku hentikan niat aku. Apa pun bab pilih memilih seafood ni aku serahkan kepada suamiku yang terchenta.. Dia pandai bab2 pilih seafood ni cuma pilihan nak buat masak apa beliau serah pada aku..
Restaurant Ikan Bakar ni menyediakan kemudahan tandas dan surau yang selesa. Suraunya luas pendek kata boleh buat berjemaah lah disitu. Selain tu ada juga tempat permainan kanak2. Tapi mini ja la and I am so thankful walaupun mini ada jugak tempat hero-hero saya nak bermain. So takdelah diorg boring..
Kami memilih meja yang dekat dengan tempat permainan and yang paling dekat dengan laut. Baru la ada feel makan seafood di tepi laut. Betul tak ??
Service makanan sangat cepat. Tak sampai 15 minit makanan yang dipesan dah sampai. But I think service diorg cepat sebab waktu tu hanya 6 ke 7 meja jer yang ada pelanggan.. meja yang lain semuanya masih kosong.. Maklumlah waktu tu baru pukul 6.30 ptg.
Bila makanan sampai.. apalagi.. Baca doa and teruslah bersantap...
Jom tengok apa yang kami order..
Lala masak cili |
3 ekor Sotong goreng tepung |
Udang masak cili |
Butter prawn |
Ketam Goreng Cili |
Ikan Kerapu tiga rasa (Bahagian Ekor) |
Rasa menyesal jugak sebab kerapu nie aku buat separuh ja masak 3 rasa. Yang bahagin kepala kami decide untuk bakar.
Next visit aku nak buat 3 rasa ni for the whole fish.. and ikan bakar pun nak buat whole fish jugak.. hik hik hik... Sedap sangat sebab ikan digoreng garing and sos 3 rasanya cukup lengkap.. Wajib cuba..
Tepi pantai wajib minum air kelapa muda |
Nie la semua hidangan kami.. Cuba teka berapa ?? |
Overall makanan kat sini mmg best. Seafoodnya fresh. Hidangan tambahan kami cuma order 3 pinggan nasi putih.. Sebab niat di hati nak meratah seafood so nasi ambik sikit ja la and kami tak order pun sayur-sayuran..
Semuanya disapu licin... Total semuanya RM142.60.. Terpulang pada anda la nak tentukan murah atau mahal.. Tapi bg saya dengan kesegaran seafoodnya memang berbaloi-baloi...
Tengok lah sendiri bilnya.. |
Now jom tengok gambar yang aku sempat snap..
baru cakap dgn bob arituh, bila dah naik semula selera makan, nak g mkn ikan bakar, ketam, sotong dan sebagainye (i nye feveret place kat kuantan nun hehee). tapi i, lebih selera bila makan bakar-2 ni. aritu masa mkn kat umbai, bila order goreng tepung dan sebagainya, tak selera sngt nak mkn. kalau bakar ikan sekor pon bole ngadap sorg
ReplyDeleteMaybe u boleh try kat sini nanti.. ikan masak 3 rasa dia pun sedap.. i ratah jer ikan tu. gorengan yg perfect ;-D
ReplyDelete