For Aslan 5th birthday this year, we decided to go for a short holiday trip at Gold Coast Morib Resort. Actually I planned this quite a long time ago when Groupon have a good deal for staying at Gold Coast Morib. As usual I bought 2 groupon to staying there for 3 days 2 night. Mana puas kalau stay for 1 night. Kami pergi 30 September and check out 2 October 2012.
Orang kata tak leh sampai kat Gold Coast Australia sampai Gold Coast Morib pun jadi la.. Wakaka...
On Sunday, 30th September 2012, at 12 pm we went off to Morib. kononya nak bertolak dengan keadaan yang santai. Aku cuma sempat masak bihun and nasi goreng je. Plus aku ada bawa bekal roti with peanut butter, Apollo kek, Air kotak for kids. Jadi la untuk anak2 and suami makan if tak sempat or susah nak cari makanan kat situ.
Dengan my maps at iphone, we used Lebuhraya Guthrie, keluar Shah Alam, kemudian ke Klang, Banting and sampai la Morib. Jalan agak sesak di Klang. Kalau ku tahu jalan sesak di Klang, akan ku ikut Lebuhraya Elite and keluar di Saujana Putra. Biar jauh sikit tapi tak pening dengan kesesakan lalulintas. Anyway, Kami sampai sana dalam pukul 1.30 tgh hari.
Proses check in agak lambat sebab masa tu agak ramai orang yang check in and check out juga. But overall not so bad and bilik yang telah dibooking telah tersiap sedia memandangkan aku request for early check in. Sepatutnya check in pukul 3 ptg.
Keadaan di Lobby ni lenggang sb aku ambik masa nak check out |
View from our balcony. Nampak lautr sikit pun jadi la |
Yang tak bestnya aku request a room with water park view tapi tak dapat. But it's still ok sebab our room tu ada nampak sedikit laut and terasa angin laut. So for me that is good enough.
Hari pertama kami sampai, kami tak start mandi-manda at water park lagi. Sebaik masuk bilik, my sons check out jakuzzi dulu. Credit to the management sebab every room here have their own Jakuzzi. So my 2 sons berenang dalam bilik jer la for 1st day. Sambil-sambil ibu and dady berbual2 di balkoni sambil menghirup udara laut dengan secawan kopi dan sepinggan bihun goreng... Chewaaahhh...
Set up Jakuzzi |
Airis pu nak mandi jugak |
Seksi boys.. opssss |
Keadaan di pantai, biasa jer. Don't expect a beach like Redang or Perhentian.. heheheee... Air lautnya coklat and tak sanggup la aku nak mandi malah nak jejak kaki ke air laut pun aku terasa geli. sorryyy to say la kan... maklumla Selat Melaka memang air nya begitu. Tambahan pula yang dekat dengan pelabuhan.
But memang dah set in mind pun and i knew that the beach tak sesuai untuk mandi manda. So the beach is not my focus la masa tu. Asalkan dapat angin laut di petang yang nyaman jadi la...
Kami terus pergi beratur to ride ATV tue. My 2 sons and my husband have so much fun ride that ATV. 10 minutes is not enough so my husband tambah lagi time and of course la mesti tambah duitnya. Yang freenya 10 minit jer, dah tentu tak puas naik tu??
ATV Ride |
4 beranak belasah ATV nie |
Dah besar dah Adam nie bila tgk pic ni |
They also have bicycle rent for kids. It just RM5 for hmmmmm not sure how long for RM5 tu. Kami sewa 1 basikal for Adam to cycling around. Dan hari tue jugak, we are so lucky dapat tengok sunset. Cantik sungguh ciptaan Allah.
Aslan in action |
They have cafe at the beach.. atas air |
3 sekawan.. Nampak tak gazebo tu ? |
Lepas main2 di pantai kami terus ke dinner and after that we back to the room and my 2 sons sambung balik mandi jacuzzi dalam bathroom and we just spent a night at room and watching a nice drama at TV3.
Ni menyimpang sikit - Sedih la drama tu. Lakonan Fasha Sanda. Dah lupa la tajuk tu... cite yang mengisahkan anak dia dirogol oleh pak cik tua sebelah rumah.. Mmg geram aku tengok citer tu. Kalau aku dapat org tua tu.. tau la apa aku nak buat...geram and sangat lah strees aku tengok drama tu.
Ni menyimpang sikit - Sedih la drama tu. Lakonan Fasha Sanda. Dah lupa la tajuk tu... cite yang mengisahkan anak dia dirogol oleh pak cik tua sebelah rumah.. Mmg geram aku tengok citer tu. Kalau aku dapat org tua tu.. tau la apa aku nak buat...geram and sangat lah strees aku tengok drama tu.
Ok ok.. back to my story, we all pun tidur dengan nyenyak malam tu.
Pukul 6.45 Abg Adam dah bangun kejutkan aku. Owhhh Adam mmg jenis yang senang bangun pagi and bangun awal untuk ke sekolah. So bg Adam takde masalah nak bangun pagi. Jadi dia la alarm kami setiap hari.
Dalam pukul 8.30 pagi kami pergi breakfast then terus masuk ke water park. Memandangkan we received 2 complimentary passes only, so we have to buy another 3 passes for Adam, Aslan and bibik. For adults harganya RM35 and for kids RM20. Tapi puas hati sebab kami boleh guna passes tu sampai esok. So selagi kami ada kat resort tu kami boleh keluar masuk sesuka hati kat water park tu.
Get ready for breakfast |
Before swimming, bersantai dulu |
Kami semua mandi-manda termasuk lah Airis. Airis memang suka main air. yang bestnya segala permainan dalam tu tak payah beratur sebab pengunjung tak ramai memandangkan mereka dah check out. Hari tu kan hari Isnin. Mmg aku plan datang sini on weekdays sebab tak mau pening dalam kesesakan manusia.
Memang puas Adam, Aslan and Dady main gelungsur tu. We have our own space. Tak payah beratur and main apa jer yang nak. Tak yah nak berebut-rebut.
Memang puas Adam, Aslan and Dady main gelungsur tu. We have our own space. Tak payah beratur and main apa jer yang nak. Tak yah nak berebut-rebut.
2 beranak 'ber adventures' |
Gaya bebas my 3 heros |
Mula2 takut, lama2 dah pro |
Sama naik jer dady nya.. |
Dalam pukul 12 tgh hari kami naik ke bilik kerana memandangkan hari semakin panas apabila matahari dah terpacak atas kepala. My husband promise to Adam and Aslan yang kami akan turun mandi lagi pukul 4 ptg nanti. Nasib baik diorg ok walaupun liat tak nak balik bilik.
Kami balik bilik, mandi and tengah hari tu kitaorang makan maggie cup je sb lunch not provided and nak keluar cari makan rasanya malas sebab panas and kepenatan after mandi manda tadi. Jadi cukupla dengan maggie, cake and roti yang kami bawa bekal dari rumah. After makan we all take a nap kejap and tepat pukul 3 ptg, Adam and Aslan dah bangun and kejutkan aku nak sambung pegi mandi.Dalam pukul 4 lebih kami turun and mandi la sampai ke petang pukul 6.45 ptg. Mmg best sangat sebab takde orang. yang ada cuma 3 to 4 family jer so Adam and Aslan mmg enjoy sebab tak perlu beratur naik gelungsur.
Yang depan tue la ketuanya.. saman naik ngan anak nya.. |
Jenuh jugak dady layan karenah anak2 |
Airis take 5 sebab sejuk |
Kami balik ke bilik semula and siap2 untuk turun dinner. Dinner malam kedua sangat best. kami makan di cafe memandangkan tak ramai pengunjung and malam kedua tu hidangan nya more proper la. Ada desert yang cantik2. Masa 1st night takde maybe sebab ramai pengunjung.
Pada hari weekend breakfast and dinner disediakan di luar cafe. Tapi tempat tu berbumbung. Mungkin sebab cafe nya tak boleh nak menampung pengujung pada hujung minggu. So they set up tempat makan di luar je. Pada pemerhatian aku makanan pada weekend tak 'se special' makanan masa weekdays.
After dinner kami pergi jalan2 di tepi pantai. Tapi tak lama pun sebab aku tengok anak2 dah nampak mengantuk and mata dah merah tambahan pulak ada bau yang kurang senang di pantai memandangkan air laut surut. Jadi kami balik ke bilik and berehat sambil tengok TV dan tidur.
Hari ke 3, Selasa macam biasa bangun pagi turun breakfast and terus mandi lagi kat water park. This is last round sebab nanti pukul 12 tengah hari dah nak check out. Sama jugak macam semalam, org tak ramai and kami betul2 have our own space.
Pukul 11.30 pg kami pun naik ke atas and bersiap2 nak balik rumah. Habis sudah percutian kami kali ini. 3 hari rasa sekejap jer. Tapi apa kan daya kerja2 di ofis menanti and anak2 perlu ke sekolah. Cukup lah dah 2 hari tak ke sekolah.
Kesimpulanya :
Gold Coast Morib nie sesuai bagi yang berkeluarga. Maklum la budak2 nie mmg suka main air. Jadi kalau datang sini lepak je kat dalam nie... dah settle pasal kanak2.
Ada kedai serbaneka kat dalam hotel nie but the price mahal ye. So kalau nak bawak maggie, air kotak or jajan untuk anak2 beli la siap2 kat luar. Maggie cup dia dah berharga RM3. Maklum la ahkak nie anak ramai. So kena beli secara pukal jer.. wakaka..
Ada kedai serbaneka kat dalam hotel nie but the price mahal ye. So kalau nak bawak maggie, air kotak or jajan untuk anak2 beli la siap2 kat luar. Maggie cup dia dah berharga RM3. Maklum la ahkak nie anak ramai. So kena beli secara pukal jer.. wakaka..
Every room ada jakuzzi.. mmg best berjakuzzi dalam bilik. You have your own privacy (actually I tak sempat pun nak berendam dalam jakuzzi tu ).
Ada laut. So selain lepak di tepi kolam boleh juga lepak di tepi laut and naik ATV or cycling sambil menikmati angin laut.
Yang tak bestnya, ada bau yang kurang menyenangkan pada waktu malam and pagi. Rasanya bau dari laut kot sebab air surut. jadi nampak berselut. So kitaorg mmg tak lepak lama2 diluar pada waktu pagi and malam
Keadaan agak panas di reception masa hari kami nak check in. Mungkin sebab orang ramai jadi hilang segala aircond. Dah tak rasa dah. Panas tahap berpeluh gak la.
Di sini, hotel and biliknya tidak la perfect. But for me, tak sempat nak tengok2 keadaan di sini dengan lebih detail sebab aku perlu mengawal anak2. So everything is just nice. You cannot expect a 5 stars hotel la yeaaa...
Apa pun, boleh la repeat lagi nanti... Insyaallah
Last sekali Jom tengok photo-photo yang sempat diambil disamping kesibukan melayan anak-anak.
Di sini, hotel and biliknya tidak la perfect. But for me, tak sempat nak tengok2 keadaan di sini dengan lebih detail sebab aku perlu mengawal anak2. So everything is just nice. You cannot expect a 5 stars hotel la yeaaa...
Apa pun, boleh la repeat lagi nanti... Insyaallah
Last sekali Jom tengok photo-photo yang sempat diambil disamping kesibukan melayan anak-anak.
View from balcony ke dalam bilik |
ada gazebo |
Adam naik ni banyak2 kali |
Salah satu gelungsur favorite aku and Aslan.. hehee |
seronok anak- anak main yer :-)
ReplyDeleteAh ah.. bukan anak jer seronok.. Dady nya pun 2 X 5.. hehe
ReplyDelete