My Family Daisypath tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

29 May 2012

7th Anniversay Celebration 28 May 2012 @ KAfe D'Manggis, Kuang SungaiBuloh

Sempena ulang tahun kami tahun nie, kami tak dapat bercuti kemana2 sebabnya My Husband tak boleh nak cuti. Kalau Tahun lepas 2011 kami ke Bukit Tinggi, Colmar and Genting dan tahun sebelumnya 2010 kami ke Pulau Ketam.. Tapi tahun nie kami tak berkesempatan keluar dari KL

So we decided to have a celebration ala ala buffet.. pesertanya macam biasala, kami 4 beranak plus la pembantu aku..

So I choose Kafe D'Manggis kat Kuang Sungai Buloh nie sebab kalau tak salah aku Kafe ni baru masuk dalam Jalan Jalan Cari Makan bulan lepas.. So dah alang2 dekat gak ngan umah aku, Aku pun decide pegi sana ja..

I called for reservation on 2pm... then kami sampai kat sana dalam pukul 845 pm. Kat sini lebih afdal buat resrvation tambah2 lagi if kalau nak pegi weekends.

Masa aku sampai dah ramai orang, and nasib baik dah buat reservation so meja kami dekat la dengan meja buffet. Konsep kat sini adalah nak makan ?? Sendiri la masak.. Makanan yg dah siap dimasak ada la beberapa jer seperti nasi goreng cina, Buah-buahan, Telur ayam and telur puyuh rebus tapi kena kupas sendiri.. and tak lupa jugak ada beraneka jenis ais krim.. mmg anak2 aku suka..

Harga nya ialah RM20 seorang and RM10 bg kanak2. So makan la sebanyak mana yang mampu.. hehehe..

Macam2 ada kat sini.. ada udang bersaiz sederhana je la, sotong, ketam and ikan kembung yg dah diperap dengan rempah2..

Kalau daging2 untuk dibakar pun ada.. Beef, chicken and kesemuanya dah diperap dengan rempah.

Sos pulak ada 3 jenis.. Sos Yong Tau foo untuk cicah dengan bebola2 ayam,ketam alaaaaa bebola2 yang mcm jual kat Yong Tau foo tue..

Sos Cili and sos lada hitam. Sos lada Hitam tu untuk makan dengan daging2 yg kita bakar tadi..

Hmmmm.. menarik la jugak or mungkin aku yang jakun. Dah dok kat sini setahun lebih pun, baru nie la yang sempat aku pi makan kat sini...

Anak aku yang sulung tue ratah ketam... hmmm aku rasa ada la kot dalam 7 ke 8 ekor. Ketam2 tue dipotong 4 supaya senang dimasak and senang dimakan..

Anak yg no 2 pulak ratah udang and sosej bakar.. Boleh tahan jugak la diorang makan and seronok bila tengok.

Tapi dalam2 dok makan tue... hmmmmm part ni yang aku kurang gemar...

Adam and Aslan sibuk nak memasak sendiri. so diorg mmg memasak yer.. Bukan main suka diorg memasak..

Bila aku tanya masak apa .. diorg senaraikan la apa yang diorg masak .."Adik masak sayur, udang besttttt bunyi pstttttt (ala2 bunyi makanan kena bakar la)"

Yang abg Adam bukan main sungguh2 masak ketam. Dia nak masak sendiri yg dia nak makan... berpeluh2 la...

Dua dua macam dady diaorg.. suka bab2 bakar membakar nie...

Hmmmmm.. Buat la apa yang hampa nak... jangan over dah... Heheheee...

Adam and Aslan dok masak sampai lupa la nak makan ais krim.. sampai ais krim tue lebur je dalam cawan.. Last2 tak makan pun..

Apa pun kami enjoy la semalam kat sini. Peluh pun keluar sebab haba dari BBQ tue.. Hehehee.. tapi memang puas la..

Jom tengok photo yang aku sempat snap..
Him & Her





Dady and Flower Girl

Gelagat Adam Aslan
BBQ and eat
Foods
Enjoy ourself
Adam snap this pic
Pulun ketam jer
Baby Airis.. Look ada bungaaaa
Dok tengah pulun ketam
Aslan dok main2 ngan Chopsticks
My Love
Busy ...

28 May 2012

My 7th Year Anniversary - 28 May 2012

Alhamdulillah.. Usia perkahwinan kami mencecah 7 tahun.

Dalam masa 7 tahun nie kami dah di anugerahkan 3 orang anak... sorang 6 tahun, 5 tahun and the last one 7 bulan..

Hmmmm... Usia perkahwinan 7 tahun, but usia perkenalan dah mencecah 10 tahun..

Macam2 susah payah, pahit manis dah kami harungi bersama.. But it just 7th year.. banyak lagi tahun2 yang perlu ditempuh..

Semoga perkhawinan kami berkekalan ke akhir hayat dan Semoga kami tabah menghadapi apa2 dugaan yang mendatang... Amin Ya Rabbal Alamin..

 



 


 


Sessi Manjakan diri di Andamai spa, Laman Seri

Tadi Siang aku sempat la pergi memanjakan diri Kat Andamai Spa di Laman Seri Shah Alam..

This is my second time aku pergi. My first time aku buat facial Kat situ sebabnya Andamai Spa ni menggunakan product pevonia iaitu samala dengan product muka yg aku gunakan sekarang..

Lepas buat facial tu Ntah mcm mana aku terjebak pi beli voucher promotion for 3 treatments only RM98 and RM25 if nak add on apa2 treatment..

Which is I think that price is cheap.. Kalau Kat KL aku rasa tak dapat kot harga yg mcm ni..

25 May 2012

Cikgu Aril a.k.a Fahrin Ahmad in the house

Today mcm best skit sb Cikgu Airil datang Ofis aku.. Ada interview for new issue untuk Majalah Rezeki..

Sapa yg tak tau sape Cikgu Airil tu ?? Ada tak yg tak tau??

Okeyla.. Cikgu Airil tu adalah Fahrin Ahmad. Aku tulis Kat sini Cikgu Airil sb now kan tengah hot drama Seindah Sakura Kat TV3..

I am not fan of Fahrin ni tp sejak tengok Dia dalam drama Seindah Sakura tu.. Hmmmmm I think he not bad..

Plus bila tengok in a real life... Hmmm Handsome Mamat ni.. Mukanya bersih and sikit pun takde jerawat.. Mmg pure la kebersihan Kat muka Dia tu..

Why aku Kata cam tu ? Mmg aku nampak la tue bukan make up.. Mmg asli.. Owhhh mungkin Dia menggunakan product Garnier.. Hehee .. Boleh caya ka??

Masa Fahrin mula2 sampai office and nak naik Atas Kat tmpt photo shoot for interview tu aku tegur Dia ...

"hai Cikgu Airil !! " Dia tengok aku and Ketawa.. "hahahhahaaa" tue je.. Sebabnya Dia kena tumpukan perhatian Kat tangga nanti kang jatuh pulak .. Hilang macho..

Bila dah selesai interview and photo shoot untuk dia, Our editor pun panggil la kami2 ni pi tangkap gambaq dgn Fahrin.. Apa lagi aku pun tak nak la lepaskan peluang.. hehee

Masa dok tangkap gambaq he steady ja.. Nak Kata ramah pun tak.. Nak kata malu2 pun tak tp Dia senyum ja..

Jom tgk gambar yg sempat snap from my iPhone.. Yg snap dr camera mahal from our photographer hmmmm mmg lambat la nak dapat Kat aku kan..

Jadinya tengok la yg ni dulu.. Nanti kalau dapat yg dr camera photographer nanti I update ok..

A'Farmosa Resort & Animal Safari @ Melaka and Pulau Pangkor

On 11 to 13 Mar 2012, cuti sekolah penggal pertama aku sempat la Pegi jalan2 Kat A Farmosa resort ..

Walaupun aku dah berkhawin dengan org Melaka selama hampir 7 tahun, aku tak pernah pun jalan2 Kat negeri Melaka ni..

Teruk betul.. Hehhee.. Yg aku tau Masjid Tanah and Bukit Rambai... Owh lagi satu hospital Melaka.. Boring tul..

So setelah aku bg proposal Kat my husband.. And Dia luluskan.. so aku pun plan la nak lepak2 Kat Farmosa Resort tu..

Kat situ aku booking Villa with 3 bedroom and with private pool.. I have a good deals and good price from My Deals...

Kalau hg biasa RM800 semalam tp dengan My Deals RM300 jer for one night. That's cool right ??

Disebabkab anak2 aku ni mmg suka sangat mandi manda, so this villa with private swimming pool ni mmg la sesuai for us..

 Villa tu pun besar so we decided to ajak la family husband aku join plus our plan is nak celebrate birthday Abg Adam yg ke 6 Kat villa tue la..

Plus lagi ramai mesti la lagi meriah kan ??


















So we stayed there for 2 nights and the check out day tu we masuk Kat dalam Animal Safari..

Activiti masa lepak Kat Vila tu adalah Swimming, cycling, eating, sleeping, eating and sleeping .. Hehehe.. Dah Nama pun nak lepak kan ?? So lepak ja la..


Entry tickets for animal safari Tu boleh tahan mahal Nya.. Huhuhu...

But it worth it la. We dapat set lunch and they have 4 shows plus naik lori masuk Kat kandang binatang buas mcm Tiger and Lion.. Selalunya kalau kat zoo ni binatang yg dikurung tapi Kat Farmosa Safari ni terbalik sikit.. Animals dilepaskan but manusia yg dikurung dalam Lori yg berpagar..

Yg aku kata 4 shows tu is Cowboy show, birds show, multi animal show and lagi satu elephant show.. They will buat this all show twice a day.. So kalau anda terlepas show yg Pagi.. U still can wait for the second show yg petang pulak

My kids really enjoy it and sempat la jugak we satu family naik gajah.. Which is a new experience to us.. Selalu naik kuda ja kan?? Sekali sekala naik la gajah pulak...Hehhee








 

 












Cuti sekolah Mar 12 lepas mmg aku ambik cuti direct for 1 week. So mmg betul2 nak plan cuti2 Malaysia.. After we jalan2 Kat A Farmosa Resort ni we Pegi Cameron Highland then after naik Bukit we Pegi Pulau Pangkor pulak.. Mmg cuti2 sungguh...

At Cameron Highland I dah masukan entry Kat my blog ni. So boleh chek it out here http://duniakuindahwarnawarni.blogspot.com/2012/05/cameron-highland-with-love.html

We stay at Cameron for 2 nights then we turun and off to Pulau Pangkor pulak..

Kat Pulau Pangkor ni pun we stay for 2 nights. Ye la kalau 1 night je mcm boring kan? Tak sempat nak explore seauatu tempat and penat from traveling pun tak hilang lagi.. Dah la Jauh kan?? Nak sampai ke satu satu destination makan sampai 3 4 jam...

Kat Pangkor we stay at Pangkor Island Resort. Kebetulan Ada kawan lama buat kenduri kawin Kat Pangkor.. So sambil menyelam minum air la... Boleh gak releks2. I get a good deal jugak sb kawan I yang kawin tue tolong get the staff rate kat Pangkor Island Resort tue..

Tapi bila pikir2 balik.. memang la room rate murah but but but.. makan kat sana mahal huhuhu.. tapi standard la kan ?? Dah nama pun island. We just lepak2 kat dalam kawasan resort jer and we keluar jalan2 at Pekan Pulau Pangkor around 4 to 5 hours jer..

Jom tengok gambar2 Kat Pangkor pulak.. Tak dapat nak ambik banyak photo sb busy with 3 kids and 1 boyfriend a.k.a my husband la...




For this 2nd sem, May school holiday, tak tau lagi nak pi ronda2 belah mana.. kena tengok pada budget and masa dulu.. huhuhu...

For me biar kurang pakai or makan.. asalkan dapat jalan2 tengok tempat org.. Yeayyyy

Next entry kalau i ada masa nak citer masa pegi jalan2 kat Sabah on Mar 2010... Insyaallah...



23 May 2012

Debat PTPTN

Assalamualaikum,

Hari nie nak citer pasal isu PTPTN nie. Td aku sempat la dengar Perdebatan isu PTPTN nie antara YB Khairy Jamaluddin dengan Rafizzi dari PKR kat you tube..

Dalam pedebatan nie citernya yang sorang nak hapuskan hutang bekas2 pelajar yg now dah keja dan nak bg pelajaran tinggi percuma kepada bakal2 pelajar yang akan masuk universiti.Yang sorang lagi sebaliknya la tapi yang sorang lagi nie nak try untuk minta dihapuskan admin cost PTPTN yang 1% tue..which is sama la jugak dengan PKR punya misi.. (kalau tak salah aku la)


I tak nak my blog nie jadi sesuatu yg serius.. so kita tak payah lah citer yang serius2 matters kat sini..So just nak sembang2 something yg small2 matter jer..


I am not the person yang taksub pasal politik. Bg aku serabut la dengan politik2 nie. so aku malas nak pikir pasal politik tapi aku nak citer pasal kehebatan kedua2 pendebat nie..


Bagi aku kedua2 pendebat ni bagus, ada tarikan yang tersendiri. Yang sorang rileks je masa debat tak kelam kabut...tapi point2 yang dia bagi tue... Dushhhhh kdg2 rasa mcm kena penumbuk ... which is point yg tajam dan yang sorang lagi ni tegas, bertenaga, bersemangat and Handsome.. hahahaa (No no.. pasal handsome nie tak masuk dalam ini cerita yer )

Tapi lepas dengar debat nie aku rasa aku rasa aku akan ikut la blog saudara Rafizzi tue.. Blog dia mmg menarik..


And jangan lupa Moderator nya Dr. Maszlee Malik pun cool and best..

Dalam masa perdebatan nie berlangsung seronok la tengok kedua2 pedebat ni sindir menyindir antara satu sama lain.. mcm2 perkataan la keluar, macam apple, rambutan, buku jingga, tetiba sorang jadi akauntan, creative accounting, seorang lagi pulak jadi lawyer... hahahaaa.. memang kelakar.. and panasssss...

Banyak fakta keluar, mcm2 angka keluar and macam2 statistik keluar and aku tak sempat nak ambik perhatian pun masa angka2 tue dibacakan... kalau nak tau pasal fakta2 or angka2 yang disebut td kena dengar sambil pegang pen dan kertas... hehehheee.. and then kena buat notes.. aku tak la nak sampai ke tahap tue nak bg perhatian kan ??

But anyway it nice... seronok tengok gelagat masing2

Moderator tue pun puji kedua2 pendebat nie sb masing2 dapat menepati masa yang diberikan...
Sebabnya kalau debat2 nie susah nak ikut masa.. nak suh berenti pun cukup susah...

memang seronok dengar mereka berbalas2 cakap nie...

Kesimpulan yang aku boleh buat :

Hapuskan hutang PTPTN and bg pendidikan tinggi free bagus.. memang aku alu2 kan.. Dan aku menerima dengan hati terbuka ...

But if sampai merugikan dan memufliskan negara.. aku dengar pun takut.. So aku harapkan kerajaan boleh la tulus dalam menjalankan tanggung jawb.. Sekiranya betul perkiraan Saudara Rafizzi maka tak salah kalau kerajaan bagi free pendidikan tinggi nie..

If tak dapat hapuskan PTPTN pun aku terima tapi aku setuju sangat2 jugak la hapuskan admin fees tue.. so kami peminjam2 PTPTN boleh bayar yg principal jer..

Negara kan ada banyak pendapatan.. apa salahnya hapuskan admin fees tue.... Jauhkan la segala gejala yang tak baik yang wujud dalam pentadbiran negara kita..

Peace !!!!

Korang2 dengar la pendebatan nie kat You tube.. kalau korang tak suka politik buat mcm aku dengaq supaya kita boleh senyum dengar sindir menyindir pendebat2 yang terlibat nie.. sekurang2 nya dapat jugak kurang stress sbnya mmg boleh membuatkan kita tersenyum..

Lagi satu Tuan rumah pendebatan nie mencabar PM kita berdebat dengan Anwar Ibrahim...

Huhhhhhh... MENARIK JUGAK KAN ?

Rasanya mau ada kerusi terbang nanti.. hehehee...








22 May 2012

Berkelah @ Ulu Yam

20 May 2012, Sunday sempat la satu family aku pergi ke ulu yam..

Kebetulan kakak aku dr Penang datang kt KL sebab suaminya nak tengok perlawanan akhir bola sepak kelantan lawan Sime Darby at Bukit Jalil..

Ulu Yam jer la yang sempat nak pegi and activities nya biasa la.. Mandi manda, bakar-bakar ikan, ayam and sosej dan tukang bakarnya ialah my husband, me and my sister Linda, then pasang2 khemah Walau pun sekejap je.. Kira jadi la untuk lepas kan gian..

Tapi kesian kat aku.. Tak berkesempatan nak mandi sebab2 yang tidak dapat dielakan.. Hehhee

Jom check it out...

19 May 2012

Seindah Sakura

Drama terbaru at TV3 yg bersiaran setiap Hari Isnin hingga Khamis pukul 7 malam bertajuk Drama Sakura memang best.

Drama yg diadaptasi Dari Novel arahan pelakon Zul Huzaimy memang menarik perhatian aku untuk terus mengikuti drama ni.

Plus dengan lakonan hebat Fasha Sanda.. Aku mmg suka tengok drama2 lakonan Fasha Sanda ni.. She is beautiful and pandai berlakon.

Tapi biasala.. Aku tak berkesempatan nak tengok and ikut drama ni everyday setiap pkl 7 mlm. Aku cume layan drama ni Dari Tonton ja. Jimat masa aku..

Kalau melangut Kat tv kena satu jam sb plus iklan.. Tp kalau tengok Kat tonton 40 minit jer sb tanpa iklan..

Setakat hari nie baru episod ke 8..

Kisahnya memang sedih. Budak yg Susah hidup Kat kampung nelayan. Susahnya melampau2 sampai makan Kat sekolah Dia kena cari makan Dari dalam bekas Sisa buangan..

Nak makan telur kena cari Dari kedai and Dari Sisa telur yg pecah ... Kesian la hai ...

Syakira ni ditinggalkan oleh ibu nya yg ke bandar untuk cari keja. Tapi spai Dia umur 17 tahun ibunya tak balik2.. Tak tau apa yg jadi Kat ibunya..Tapi aku rasa ibu dia dah kena jual la.. sb masa ibu dia pegi tue, ibu dia ikut lelaki cina..

Shakira ni mmg seorang budak yang tabah dan cekal.. Pandai hidup berdikari..

Cerita nie mmg menarik la sampai kan membuat aku sedih and emotional.. Hehehe

Scene2 citer ni di sekitar Kuantan. Membuatkan tergerak hati aku nak pi Kuantan satu hari nanti nak jalan2.. Hehe..

Apa Ada Kat Kuantan ek?? Yg aku tau Ada seafood.. Hmmmm boleh plan for my anniversary trip this year nie..

Anyways.. Aku Akan terus ikut drama ni sampai habis... To Zul Huzaimy tak sangka anda Ada bakat jadi pengarah and to Fasha Sanda ... U mmg best.. Mmg patut menang BPH baru2 nie.. Peace...

16 May 2012

Happy Mothers Days, Teachers Day, Dady days

Dah lama aku tak update Kat sini..
Busy sungguh pulak tiba2..

Sebabnya last Saturday 12 May aku balik kampung, Sunday 13 May mak and Bapa aku datang Umah, Monday 14 May Ada gerak gempur Kat office.. So kena siapkan report sebabnya nak kena submit on Thursday.. Maybe kena buat presentation Kat Boss...

So mmg sibuk la skit.. Selalunya rileks la jugak kan..everything up to date... kehkehkeh..

Ni baru la Ada masa saja2 nak isi entry tak nak bg blog ni sunyi sepi jer.. Tue pun sb report dah siap tinggal la bahagian org atasan saya Saja..

9 May 2012

From Cameron highland with love

Yesterday dok what's app ngan geng2 Ofis aku.. Cerita pasal kesejukan di Cameron highland..

Bukan apa.. Kami berempat nie terkenangkan kenangan masa Kat London.. Sejukkkkkk... Kami berempat nie adalah aku, Kak Liza, zai and Ruzanna...

So Ntah Bila blh sampai Kat London lagi tak tau lah kan.. So kalau nak sejuk Pegi ja la Kat Cameron highland.. Sejuk jugak walaupun waktu kemuncak kesejukan tu just malam n Pagi ja.. Tengah hari tue it just nice je.. Tak panas and tak sejuk...

Masa cuti sekolah yg lepas, cuti sekolah bulan Mar, aku berkesempatan la Pegi ke Cameron highland ni.. Kami pegi on 14 to 16 May 2012. This is my second time sampai sini..



The 1st time is masa aku habis pantang Aslan.. Anak no 2 aku.. Masa tue bulan October or November 2007. No photo sebabnya masa tue aku dok sibuk dengan baby baru..

Habis pantang nak balik KL singgah la dulu jalan2 Kat Cameron Highland ni..

So this year on Mar 2012 aku sampai lagi disini... Memang sejuk and we stayed at equatorial hotel .. Sebabnya Kat sini Ada la entertainment for kids .. So bila malam mmg kami Akan lepak Kat lobby hotel ni sb Ada mcm2 activiti for kids ...

Actually aku mmg dah plan nak naik Cameron Highlands ni masa hari raya 2011... Kononnya after balik raya dr penang nak naik la... Alasannya aku terlalu teringin nak tgk bunga2 Ros... Aku suka sangat sangat dengan bunga2 an nie..

Tp on that time tak berkesampaian sebabnya kesuntukan masa and aku pun time tue sarat mengandung 8 bulan.. Dah 8 bulan pun Ada hati nak pi jalan2...

Jadinya.. Nak jugak bg hajat tercapai... Aku adjust jugak seboleh-bolehnya supaya blh sampai Cameron highland masa cuti sekolah Mar 2012...

Mmg menyamankan... Sejuk.... Sedap Bila mata memandang pemandangan hijau daun teh.. Sejuk mata bila tengok bunga2 yg segar Dan cantik.. Aku sungguh teruja...

 Kami sempat la pergi ke Sungai Palas Teh Boh Plantations, shopping2 sarung tangan anak, pegi petik buah strawberry,  melayan jagung manis bakar, coklat strawberry, mushroom goreng cuma aku tak sempat masuk ke Rose Valley jer... Huhuhhu.. sedih.. sebenarnya Rose Valley is my target tp due to sibuk and rambang mata.. tak sempat..

takpe.. At least ada alasan nak pi Cameron lagi...

Cumanya aku notis banyak jugak la bukit2 hijau yg telah ditarah.. Jadinya bila kita pandang Bukit yg kena tarah tue nampak warna brown ja sb dah kena tarah.. Kesian Bukit tue... Tp nasib baik la suasana sejuk n nyaman.. jadi tak la aku tertumpu sangat kat bukit yang telah dirobek tue..

Masa aku sampai Kat equatorial tue dalam pukul 9 mlm.. Dalam perjalanan dr Brinchang (kalau tak salah aku) ke eqotorial hotel tue nampak la banyak rumah2 api... Rumah2 yg Ada lampu2 untuk bg haba pada tumbuhan.. Sungguh indah sekali..

 Jomm tgk photo2 yg aku sempat ambik ...






8 May 2012

Entry saja2.. Bila tgk ragam org

Chewahhh.. Mentang la Ada applikasi blogger Kat iPhone.. Keje nak mengupdate jer.. Layan je la kan.. Sementara nak jemu update blog nie...

Now Adam and Alan akan habis class Kat Kumon ni dalam pukul 8 mlm.. Aku dah selesai dinner Kat mcd td and dah selesai solat Kat petronas.. Kelam kabut aku datang blk kt class ni sb aku takut Adam and aslan Akan klr dr class even sblm aku sampai pun..

And aku dok la tunggu Kat luar class ni.. Ada la Lebih kurang lagi 10 minit class nak abis nie..

Brownies - my 1st time (update from Iphone)

Wah... nak bgtau jugak update from iphone bila i realize that blogger ni ada applikasi yg kita boleh download kat iphone.. senang la aku nak update 1001 cerita and kisah kan ?? cool kan ??

Okey back to story,

Last Saturday, 5 May 2012, untuk pertama kalinya aku telah berjaya buat brownies..

This is really really my 1st time I baked my brownies. Sesangat la teruja aku bila tengok hasilnya menjadi and rasanya sedap Cuma bagi aku agak manis.. Hmmm tapi overall lembut diadalam crunchy Di luar..


Memang sedap.. lembut di dalam and crunchy diluar

7 May 2012

Testing 1 2 3 with Blogger iPhone app. - Airis & Rabbit

Just nak testing and nak update... Senang la dah ada Blogger app kat iphone..

Today Ada satu lagi pets masuk dalam rumah aku.. Ianya adalah rabbit.. Rabbit Adam warnanya putih and namanya kelvin and rabbit aslan Nama nya t-Rex ... Colornya coklat... Ganas tak??

Aishhh... Jejaka2 dalam Umah aku ni mmg suka sungguh nak bela2 Haiwan peliharaan nie..

Gambar2 ni aku snap masa Adam and Aslan pegi ngaji..

Airis ni tak takut langsung.. Dia nak cekau je rabbit2 nie.. Takde langsung perasaan geli ke.. Takut ke.. Aku yg takut ... Waakaakaa


Kisah CIK TI a.k.a Jerry...

Habis la kau wahai tikus.. sapa suh kau nak masuk and tinggal dalam umah aku..

Kan dah kena tangkap... Amazing.. tak sampai sejam pasang perangkap... dah tertanggkap tikus tue.. hahahaaa.. suka hati aku.. padan muka kau!!!!!

Hari sabtu lepas dalam pukul 11 am aku nak masak nasi ayam.. Bila aku bukak kabinet bawah aku nampak ada kesan cakar di beg plastic tepung gandum aku.. padahal aku tak bukak lagi pun tepung tue.. so bila aku taanya assistant aku.. dia kata .. smlm dia guna tepung yg dalam tuppaware and dia tak nampak pun kesan cakar tue... ok la fineeee.. aku mmg dok terbayang dah.. adakah CIK TI ???

Cerita Tentang gaji gaji gaji

Tadi aku dekat bank area sungai buloh .. bank tue dekat jugak la ngan kedai tayar sebabnya tayar myvi ku yg comel and cun tue (Perasan sungguh ) dah dimasuki paku...

Ada la satu Pak guard bank nie.. ni.. India.. Agak tua la uncle nie.. Dalam 60 Lebih kot umurnya.. Uncle nie buat satu panggilan telefon ..

5 May 2012

Biar la apa orang nak kata... cara aku .. cara aku la..


Baru2 nie kita dikejutkan lagi dengan kehilangan seorang bernama Nayati budak warga Belanda kalau tak silap. Dia diculik di depan sekolah nya di International School Mount Kiara.. sekolah org kaya2 la tue.. and dekat jugak la dgn office aku.. Scary ok

And Alhamdullilah after 6 days missing this 12 years old boy telah dijumpai semula di R&R Rawang Selatan.. Tue pun his parents bayar wang tebusan.. kalau tak apa akan jadi kan ?? Nasib baik la mereka berduit...Apa pun syukur la...


Rasanya kepala otak saya nie dah tak boleh nak menerima kisah2 penculikan, penderaan, kematian dan pembunuhan kanak2 yang tak berdosa dan tidak tau apa2 itu.. Sedih bila terbaca berita ttg kes2 mcm nie.. yang mati kena bakar pembuangan bayi dan mcm2 lagi la….

Sb tue la kalau aku and suami keluar ke shopping complex or pergi mana2 saja la dengan anak2.. aku mmg tak akan lepaskan mereka.. faham2 ja la 2 boys nie.. Aishhh tuhan saja yang tahu betapa susahnya nak kawal mereka. Lari sana lari sini…

To yg takde anak hmmmm.. korang tak faham situasi aku.. To yg baru ada sorang or two anak… maybe you guys masih boleh control lagi anak2 korang and to yg takdak anak boy… ok lagi kot nak kawal yang girs but apa pun zaman sekarang nie budak laki and perempuan sama ja.. org jahat sekarang nie dah tak  kira nak ambik laki or perempuan, sama ja depa nak sebat… Mintak la dijauhkan dr tue semua kan …

Kalau aku keluar ngan anak2 aku, aku tak kisah kalau org nak kata or pandang2 sinis kat aku if aku marah or jerit2 pangil anak aku sb hanya aku yg tau mcm mana nak kawal anak2 aku.. So korang takyah la kata aku ni bad mothers yer sb aku tau kalau aku tak buat mc tue… mungkin anak2 aku leh hilang or sesat sebab budak2 nie kalau dapat jalan tue.. diorg jalan jer ikut kaki… dah tak ingat apa dah…

And sometimes aku lebih suka pergi shopping groceries sorang2 or pergi ngan suami aku saja and anak2 tinggal rumah sb senang untuk kami concentrate nak cari and beli barang apa. Anak2 tinggal je kat umah and of course la I will buy something to them. Bukanya kita lupa anak2 kalau kita tak bawak ke kedai. Sebabnya kalau bawak anak nie.. hmmmm.. nak tgk brg pun takleh.. keja kena kawal diorg jer… kalau sedang asyik tengok barang nanti anak2 hilang.. sape yang susah.. aku jugak…

Satu lagi kalau nak beli baju raya anak2 nie.. aku cukup takut bawak anak2 nie.. Sb masa shopping raya kan orang akan ramai sangat kat shopping complex... mudah untuk kita leka sb sibuk memilih baju untuk anak2 and mudah la budak2 nie hilang dari pandangan mata. Kalau dah hilang dr pandangan mata tue mmg pengsan la nak cari kalau la anak2 aku hilang.. hmmmm aku tak dapat nak gambarkan keaadaan aku masa tue…

Kebiasaanya kalau shopping raya aku akan keluar shoping khas untuk brg anak2 ja… Untuk barang2 aku, suami and rumah aku akan pegi sendiri tanpa anak2.. Semua yg aku buat ni demi keselamatan anak2 aku… aku tak dapat nak effort kalau anak2 aku hilang



Jadi kesimpulanya di sini :
  1. Biar la apa org nak kata kalau kita terjerit2 panggil anak2 masa kat shopping complex or pegang anak tak nak lepas2. Tak kisah la org nak kita kita nie ibu yang suka jerit2 or ibu yang garang macam singa janji anak kita selamat sb hanya kita yg tau perangai anak kita and if something bad happen org yg memandang kita dengan sinis sb kita jerit2 panggil anak tadi tak leh nak tolong buat apa pun…
  2. Biar la kita tinggal anak2 dirumah kalau nak shopping grooceries . Lebih selamat jika kita nak bandingkan bawak anak2 jalan2 shopping, sedangkan kita dok sibuk shopping satgi anak2 kita hilang… Sb kita masih boleh bawak anak kita jalan2 di tempat lain, taman permainan, picnic and outing yg betul2 jalan2 so that we can focus to our kids too… and belive me if kita bawak budak2 shopping they akan BORINGGGGG…. Sb tue la they akan dok lari sana sini…
  3. Sometimes ada jugak akan kata, “Hmmmmm.. org tue pi jalan tak bawak anak … kesian anak dia” … if I heard that I akan kata kat org yang kata tu “ Whateverrrr .. cakapla apa yang ko nak and talk to my hand” Sibuk jer org cam tue kan ?? kalau jadi apa2 ko cuma mampu kasihan kan aku aje kan ??
  4.  And sometimes kalau aku kat rumah, Aku nie jenis tak bagi anak main luar dari pagar halaman rumah.. sbnya aku malas nak klr and aku malas nak bersosial ngan makcik2 sebelah… Anak2 aku nie akan dtg la mintak kebenaran and kdg2 aku bagi and kadang2 tak… So kalau time aku tak bagi tue… makcik2 jangan cakap apa yer.. suka hati saya la yer…  saya tak nak anak2 saya terperangkap dalam bahaya and kalau jadi apa2 makcik2 mesti tengok jerk an ??
  5.  Ada jugak aku terserempak ngan parents yang menggarikan tangan anak mereka. Maksud saya parents tue garikan tangan anak mereka pada tagan parent tersebut.. I totally tak salahkan parents tue sb hmmmmm… hanya parents tue yg tau how to control their kids.. tapi harap2 tue bukan la parents tue sengaja buat mcm tue yer…

So bukan mudah la nak jaga anak2 nie.. sendiri ingat la yer..
t
4   


Adam aslan 1st. Class at Kumon

Assalamualaikum semua,

Today 4 May 2012 ~ hari yang memenatkan...

Today is 1st day Adam Aslan start their class at Kumon.. The class started at 630 pm.. Kelam kabut keluar office ambik diorg and bawak ke class. Look like a good response from Adam and Aslan.. Nampak mcm they like it plus Ada jugak they jumpa their friend yg same school.. Hmmm not bad la.. Huhhh... Cuma the problem is me..

2 May 2012

Selamat Hari Pekerja

Hari nie hari Selasa, 1 May 2012 persamaan ngan cuti Hari pekerja..

So I also decide nak cuti jugak... Tak nak masak kat umah and just nak keluar round2 ja, cuci2 mata, shopping2 tingkap.... 

So start from breakfast kitaorang makan kat kedai Roti Canai yang sedap kat area Tasik Biru.

Dah habis tue kitaorang pegi kedai ikan hiasan sb biasala jejaka2 dalam rumah aku nie mmg sayangkan haiwan2 peliharaan... Tak yah susah2 nak bawak diorg pegi zoo tapi cukup la just pegi round2 kat kedai yang jual pets nie... cakap ja kat mana pun.. mesti suamiku akan menyempatkan diri singgah and meninjau keadaan kedai haiwan peliharaan tue... Walaupun sambil2 lalu kat mana2 pun kalau suami aku ternampak kedai pets pun and kalau ada kesempatan confirm suami aku akan singgah jugak....