It's been a month I tak update my blog nie.. Fuhhhh dah berdebu-debu dah blog nie. Malas betul nak menulis. Malas satu then penyakit bertangguh yg menyebabkan bertambah-tambah berdebu blog nie..
Macam2 berlaku dalam sebulan lepas. Bermula dengan kesihatan saya yang tidak sihat kemudian berjangkit plak to my Si Bunga Airis dah la berjangkit bila dibagi makan ubat dia nagis kuat2 and muntah. Mmg getir sangat kestressan aku masa tu then dengan berita kematian my uncle iaitu adik to my mum then MIL yang tak sihat kemudian perkara2 mistik yang berlaku terhadap keluarga and diri aku sendiri disusuli pulak dengan berita kemalangan my SIL and my biras tapi Alhamdulillah mereka tidak apa2..
Tentang perkara mistik tue mmg aku diantara percaya atau tidak. Biarlah.. itu tidak penting samada percaya atau tidak asalkan benda2 yang tidak elok haruslah dibuang.. Sampai sekarang aku masih blurr memikirkan perkara2 mistik tersebut.
Peringatan untuk semua dan diri sendiri jugak, berhati-hati lah di jalan raya okey.. Jangan lupa baca doa selamat pergi dan balik.. Semoga perjalanan kita ke tempat kerja atau kemana sahaja selamat dipelihara oleh Allah SWT.
Bulan ni jugak my bibik akan balik ke kampung nya.. huhuhu.. Tiket dah beli and dia akan pulang pada 26 Feb 2013 nie. Lepas nie terkejar2 la hamba berlari ke sana ke sini menguruskan anak anak anak dan menguruskan diri sendiri.. Harap2 my erobic class still go on and that dah mendapat kelulusan from Encik Suami.
Lepas ni takde la rumah yang sentiasa di mop everyday, Takdelah baju yang dibasuh dan terus dilipat setiap hari, takdela org bukakan pintu bila aku come back from work.. semuanya perlu dibuat sendiri ye.. If balik rumah dari kerja and rumah bersepah2 harap dapat bersabar lah wahai hatiku..
Dan yang sedih sekali tiada la kawan peneman aku dikala Encik suami bekerja.. Tiada tukar2 cerita dan pengalaman bibik tentang kampung halamanya.. tiada milo ais or kopi ais or nescafe ais setiap hari..Sebut jer tersedialah minuman kegemaran aku tu. Lepas ni kalau teragak nak minum sila lah buat sendiri. Bercinta lah nak buat laksa seorang diri sebab tiada org blh perisi ikan.. Tiadalah kawan untuk aku mintak tolong tonyohkan limau kasturi dan minyak kelapa di kulit kepalaku untuk mengurangkan kelemumur.... huwaaaa
Sesungguhnya aku amat terasa kehilangan si bibik ini.. Bila dah dapat bibik yang sesuai dah tak lama pulak..Baru setahun dia dah kena balik sebab suami nya sakit. Nasib baik la permitnya sempat habis so tiada lah kerugiaan bg pihak aku. Saat ini suaminya dijaga oleh mak bibik nie.. ye ye.. aku faham.. kalau lah aku berada di tempat bibik aku pun tentu akan ambil keputusan yang sama balik ke kampung biarpun takde apa nak makan.. Makanan boleh di cari kemudian..
Yang pasti Si Bunga Airis pasti akan merasai kehilangan bibik.. Nasib baik jugak la bibik perlu balik setelah Si bunga Airis berumur 1 tahun 4 bulan. Sekurang-kurangnya dia dah besar. Terjaga malam atau menangis di malam hari sudah berkurangan sekarang ni so itu mungkin boleh memudahkan kerja aku kelak. Adakah aku bakal menguruskan anak anak anak seorg diri.. Suami?? yes he membantu la kalau nak ikut history dulu2.. Dia mmg seorang suami yang membantu aku buat kerja2 rumah tapi dia pun dah 3 tahun hidup berbibik so maybe kali ini nak start from the first kekok sikit la kot.
Tapi let see from the positive part. Mari lupakan perkara2 yang sedih and perkara2 yang berat yang akan datang.
The positive part is, I get back my Si bunga Airis.. Sebelum ni manja benor Airis and bibik. At least lepas ni aku dengan Si bunga Airis akan melekat sebagai mana Airis melekat dengan bibik. Yahoooo.. and lagi satu lepas ni aku akan lebih mengenali rumahku... sebelum ni kan bibik jer yang menyimpan rumah so lepas ni sendiri simpan sendiri tau la kat mana barang tu akan disimpan..
So lepas ni masak ke tak masak ke or kemas ke tak kemas rumah or kain lipat or tak berlipat.. jangan la marah yer Cik Suami sayang.. saya akan buat apa yang saya mampu..
Saya tahu Abg memang blh tolong saya mop rumah and sidai baju... Thank you darling.. Baju2 kemeja abg nanti kita hantar dobi je la sebab sy memang tak pandai iron baju kemeja... Abg tau kan saya tak pandai ??? heheheh dari mula2 kita kawin lagi sy dah bagitau abg dan telah saya mengaku yang saya tak reti iron baju.. Jangan lupe pasal itu yer Cik Suami..
Sebelah hati sedih di atas kepulangan bibik ke kampung and di sebelah hati lagi gembira sebab saya dapat menguruskan rumah dan anak2 saya sendiri walaupun tau beban beban yang menanti.. Saya akan buat apa yang termampu. Saya betul2 perlu menguruskan masa and no time to bermalas-malasan lagi selepas ini.
Harap2 bibik akan pulang semula dan bekerja dengan saya selepas 3 bulan dari sekarang. Kerana susah untuk saya nak cari bibik yang lain sebab takuttttt and mahalllll....
So hajat untuk mendapat baby satu lagi tahun ni terpaksa lah ditunda.. If bibik datang balik dalam masa 3 bulan dari sekarang saya akan berusaha lagi and hajat boleh diteruskan.. In shaa Allah..
Harap2 takdelah yang disimpan dalam hati dia. Memang saya ada marah2 dia tapi dia sendiri faham kalau saya marah mesti sebab kesilapan diri dia sendiri.. Saya bukan suka2 nak marah dia tanpa sebab..
So , GOOD LUCK TO ME AND JUST SMILE WALAUPUN NAK PENGSAN.. JANGAN MARAH2 BILA STRESS..ITU PERINGATAN TERHADAP DIRI AKU SENDIRI..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment