My Family Daisypath tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

25 Nov 2014

Resepi apam pisang kukus (ala ala kek pisang )

Malam ni hujannn..  sejukkk... perut lapar... tengok kat dapur Mother in law ada pisang.... tinggggg tercetus la nak cuba buat apam pisang... boleh jugak panggil kek pisang sebab teksture nya gebu dan gebas...

Bahan2
Pisang dilenyek (boleh guna pisang yg manis2... cth pisang emas, pisang berangan). Hari ni sy guna pisang 44 hari... hasil tanaman father in law

Kuantiti pisang dilenyek adalah 2 cawan

Bahan yg diblender sampai kembang
1 cawan gula
1 cawan minyak sayur/ minyak masak
3 biji telur
2 sudu kecil banana esen

Tepung 2 cawan
2 sudu kecil Serbuk soda bicarbonat
2 bahan ini diayak

Cara2

Pisang dilenyek halus (tak payah blender kalau nak kejadianya cantik)

Blend kan gula, minyak masak dan telur sampai kembang... bila kembang masukan banana esen dan blend sebati lagi

Campur kan pisang dengan adunan yg telah di blender

Masukan tepung dan kaup balikan sampai sebati

Sedia untuk dikukus selama 45 minit

Taraaaaaaa... siap suda

Cuba jangan tak cube yer...