My Family Daisypath tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

29 Apr 2013

My sweet pinky for my 8th anniversary.. yeayyyy !!!

Akhirnya si Pinky menjadi milik ku.. Yeayyyyy.. Samsung Note II in Pink color.. Very nice.. the pinky no so terang and not so pudar.. sangat menawan..

Bersempena dengan our anniversary yang ke 8 tahun katanye.. Wah diam tak diam dah 8 tahun berlalu and dah 8 tahun la aku bangun tidur and nampak muka cik abang.. hehehhe.. Hopefully bangun tidur nampak muka you sampai bila2... Amin..

He had asked me " Why nak yang ni jugak ?? The latest one will come out tomorrow 27 April 2013 ?? "

I said " because it's pink !!!! " yeayyyy..

Tak kesah la ketinggalan teknologi or what.. Kalau nak kejar teknologi memang tak terkejar la..Meh sini nak tanya .. Teknologi yang baru tu ado ke pink ??? Tak ado kan ?? Hehehehe .. so my sweet pinky telah berjaya and menang di hatiku...

So I have one set of pinky which is my myvi pink and my note II pink.. Sukeeeeeenyaaaa and now tidor malam pun tersenyum.. hehehehhee


I am a big fan of Apple but Apple dah kalah dah dengan pink.. sorryyyy... but i still keep in touch with apple yer.. No worries...

Tadaaaa... This is my new pinky ...Alhamdulillah ...senyum sampai ke telinga ...

Jom tengok.. sangat menawan hokey !!! 






17 Apr 2013

Update my diary - Mar and April 2013

Kesian kat my blog nie.. dah berdebu2 and usang.. dah lama tak update. Last update is on 27 Feb 2013.. Wwwwoooowww dah nak masuk 2 bulan rupanya aku tak menjengah blog aku nie..

Why ? Ye .. saya sangat busy. Busy dari segi segala-galanya.. Work , house , kids, HUSBAND hmmmm evrything become one. Jenuh nak ligan semuanya.. Memang memenatkan. Nasib baik la ada outsource yang boleh memop lantai and mengemas rumah secara menyeluruh dan iron baju every Weekend. Kalau semua nak ligan alamatnya hmmm mmg tak dan la..

Hari ni bila buka my blog... amatlah terujanya sebab entry saya tentang Hatiku Tertinggal di Janda Baik mendapat top view antara entri2 yang lain.. heheheee.. at least ada la jugak yg sudi berkunjung and baca pengalaman aku sekeluarga kat Janda baik and ada jugak yang bertanyakan soalan2 and tips if diaorg nak pergi ke sana.. Cool kan ?? Hmmm ntah la tapi bagi aku sememangnya sangat cool.. dah nak masuk 2000 view.. yeayyyy..

What Happened to me in last 2 months ??
Takde apa yang berlaku selain busy menguruskan segala2 nya. Now baru lah saya kenal sepenuhnya rumah saya.. hehehe.. kesian umah saya.. Selama nie saya tak pandang berat sangat pun sebab ada org yang kemaskan. Sekarang pandai2 la kan...

Dalam 2 bulan lepas jugak I received beberapa good news from friends yang rapat dengan aku. I am so happy for both of them. Sememangnya ini adalah perkara yang dinanti2 kan oleh mereka berdua. Aku doakan semoga mereka happy and mudahkan segala urusan mereka. Walaupun pada masa yang sama saya sangat sedih atas perpisahan ni but honestly this is really good for her. hmmmm sedih sedih..

Tapi aku ? Still here. Still in the same office and still doing some part time stuff. Tambah lagi 2 perkara sekarang ni saya mmg bergiat aktif menjual Pemanggang Ikan Ajaib dari Menang Glassware. My target is every house have 1 pemanggang ajaib.. Habis satu kampung aku suh beli. But of course this pemanggang ajaib senang and mudah digunakan and I love it so much. So to kawan2 yang belum ada boleh la ye PM saya di facebook kalau berminat. And mothers day pun dah nak dekat so apasalahnya kita laburkan sikit and bg hadiah to mak mak kita betul tak ??

Lagi satu perkara, saya ada jual brooch yang bling2 and cantik2 and batu nya adalah dari swarovski. memang cantik la but currently I just jual secara offline je dulu nak test market. Sebab brooch mahal agak susah untuk dijual but some people tak kesah pun mahal asalakan cantik. And for me I love it because bila I pakai brooch yang bling2 and cantik untuk ke office,  I feel more energetic. Seriously energetic..Tak caya cer try.. Tak yah beli kat saya tapi beli la kat mana2 tapi brooch tu mesti cantik and colorful.

Ok Thats it for the business update. Kids update everything goes well. Semua sibuk dengan sekolah and homework masing2. Si Bunga Airis pun dah ok ke sekolah cuma biasalah nangis diwaktu nak tinggalkan dia but after that teachers said that she is fine. Alhamdulillah..

But she still moody at home after balik rumah. Maybe she needs my attention kot. Then macam2 tantrums la keluar. Bila bagi susu she pusing muka ke tepi then bila I nak simpan susu she nangis nak susu pulak. She looks like nak kan saya pujuk dia and takyah buat keja lain after balik rumah hokeyyy.. Boleh ke nak bergolek2 dengan dia jer... hmmmm of course la takleh kan.. Banyak keja menanti.. huhu..

Bulan ni Malaysia sibuk pasal isu2 mengundi tapi for me I'm looking forword for this school holiday in May nanti.. Yeaaayyyy tak sabar tak sabar. Dah lama tak pergi bercuti. Start Jan 2013 until May 2013 tak pernah lagi bercuti2 so hujung May ni mmg nak bercuti2 la.. Sekali sambut anniversary.. Yahoooo.. Tak sabar tak sabar tak sabar.. Kali ni sambut anniversary satu keluarga and mmg tak sabar.. I wish cepat la masa berlalu... Amin...

Okeylah this is update until now harap2 next update is all about my coming holiday...Yeayyyyy..

Wassalam..

P/S : ni antara contoh2 yg dijual.. kebanyakan yg dalam stock saya dah habis pun cuma ada beberapa jer yg tinggal.. In shaa Allah next stock boleh tunjuk lagi..
















Sayonara Bibik Sumiati

Semalam 26 Feb 2013, Bibik aku dah selamat lah pulang ke tanah airnya.. Pkl 8 malam waktu Malaysia aku terima panggilan darinya yang dia sudah selamat sampai di kampung halamanya.. Alhamdulillah..

Semoga hatinya terbuka untuk datang sini kembali dan semoga suaminya sembuh seperti biasa supaya Bibik boleh balik sini kembali.

Sepanjang perjalanan dari rumah ke LCCT terdengar esak2 bibik yang di control oleh dia. Entah apa yang disedihkan sangat. Mungkin dia sedih bila memikirkan Si bunga Airis yang telah dijaga oleh dia dari umur 1 bulan.

Sampai di airport, mmg muka dia merah.. Tapi waktu tu Si bunga Airis okey je.. mungkin dia feeling nak pegi jalan2..

Apabila di Gate untuk penumpang, Airis sempat lambai tangan kepada bibik tapi dia tak nangis.. Si bunga Airis masih tersenyum lebar..

Sememangnya drama and pilu menyelubungi aku waktu tu. My mum.. hmmm mmg nangis la.. then dengan aku sekali nagis bila tengok babak2 drama tu.. Addoiii.. I hate this situation hokey..

Semalam lepas kami hantar bibik airis mmg melekat dengan aku. Dengan Maktok dia pun, Airis tak berapa nak.. risau gak dalam hati aku.. bagaimana agaknya nanti bila nak hantar Airis ke nursery.. hmmm harap2 takde banyak drama sangat nanti.

tapi tido malam she fine.. mcm biasa. tak merengek..senang tidur asalkan kena tutup lampu.

Hopefully dalam 2 or 3 hari lagi Airis dah biasa dengan mak. Lepas ni dalam seminggu dua lagi nak try hantar dia ke nursery pulak.. kesian anak Ibu..

Sabar lah wahai hati.. Apapun hidup mesti diteruskan seperti biasa.Nak ke tak nak si Bunga Airis kena lah membiasakan diri.. Doakan mudah segala urusan aku kelak.. Amin