My Family Daisypath tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

28 Nov 2012

Senyum tak perlu kata apa-apa ~ Owhhh... That's me ~













Senyum.. Tak perlu kata apa-apa ~ Airis ~





9 Nov 2012

Aku suke la.. Ko ader ??


Saya sangat suka beliau menyanyikan lagu2 lama..

terlalu klasik bunyinya dan saya terbayangkan drama2 melayu klasik dahulu.

Terbayangkan Sultan2 sedang tengok hamba2 menari dengan lembah gemalai.. 

Jom layan..







3 Nov 2012

Resepi Roti Jala Di kala Hujan

Hari ni hari Sabtu iaitu hari cuti lah kan.. Hujan di luar tu membuatkan perut terasa lapar. Si suami bekerja tinggal lah saya dan anak-anak jer dirumah. Hmmm perut terasa lapar tapi takde rasa nak makan nasi..

Terlintas di fikiran Roti jala cicah kari ayam.. sedap gak tu kan ?? Terus ke dapur and misi membuat roti jala pun bermula..


Roti Jala and Kari Ayam



Bahan Roti Jala :
Tepung 450g / 2 setengah cawan(di ayak.. saya malas nak ayak)
Telur 3 biji (dipukul sedikit)
Mentega 2 sudu (Dicairkan / dipanaskan supaya mentega tu cair)
Susu segar / Susu cair dalam tin (420 ml)/ 2 cawan
Garam secukup rasa
kunyit secukup warna
Air (420ml) / 2 cawan kalau masih pekat tambah la lagi ikut kesesuaian
Daun Pandan (Untuk dibuat berus)
Minyak masak 

Cara-cara :
Campur je semua bahan2 di atas kecuali Daun pandan and minyak masak. 
Gaulkan hingga sebati
Bila dah sebati, Kisarkan sehingga anda rasa halus
Kemudian tapiskan bahan yang dikisar tadi dan dibiarkan sekejap dalam 5 ke 10 minit

Cara buat berus daun pandan:
2 helai daun pandan
Dipotong menjadi 2 setiap helai
digunting kecil2 dihujung kedua2 daun
Kemudian digabung dan diikat dengan getah

Nie la rupa berus daun pandan saya

Peringatan.. jika anda nampak bancuhan anda masih pekat anda boleh lah menambah air supaya bancuhan tak pekat dan tidak tersekat dalam bekas nak menjala nanti..

Sediakan kuali leper. Goreskan minyak sedikit menggunakan berus daun pandan. Bila minyak panas anda akan boleh bau wangi daun pandan tu. Then boleh la start menjala.. 

Senang ja kan?? Harus di ingat practice make perfect.. so jala la banyak2 kali baru lah roti jala kita akan cantik sikit..

Resepi ini diolah semula and walaubagaimanapun.. diambil sana sini dari blog2 yang ada..

Selamat Mencuba.