My Family Daisypath tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

28 Sep 2012

Happy Birthday Aslan - 5 years ~ 29 September 2012



Buah Hati Pengarang jantung
With party packs



Esok 29 Sept 2012, genap la my second son Muhammad Aslan Haris berusia 5 tahun. 

Today he can count, he can do math, he can read, he already knows the basic-basic things, he dah kenal Iqra and Ustazah kata he so good and cepat tangkap. Dia tau everyday he has to do his homework. Dia tau dia if tak buat homework dia takut cikgu akan marah.. I really like that. Secara tidak langsung telah mendisiplinkan diri dia. In this 5 years dia tau dia kena bangun and mandi pagi2 kerana dia perlu ke sekolah.

He can perform menari2 di depan org ramai masa school concert. He can do step by step exactly apa yg teacher ajar tanpa salah sikit pun. Actually performance ni he dah biasa and dah start since he in 3 years.

Aslan ni seorang anak yang agresif tapi manja, ada hati dalam taman la jugak. Dia suka berfikir, bertanya dan of course nakal jugak.

But its normal la kan.. Bayangkan kalau budak2 dok diam jer,kita suruh duduk dia duduk, kita suruh cakap dia diam, kita suruh makan dia makan jer tanpa panggung kepala, mesti kita akan rasa susah hati kan ? Mesti terdetik di hati kita, Eh apasal anakaku nie diam jer. Tak sihat ke ? ada masalah ke?

So let think positive. Itu adalah fitrah budak2. Mmg agresif and macam2 hal tu is cara diaorg nak explore dunia ni. We just pray and mintak supaya mereka nie akan menjadi anak yg soleh and baik. Alahhh nanti dia besar dia faham la… Takan nak lompat2, panjat2 sampai ke umur 9, 10 tahun kot.

I said Aslan ni jenis yang “ada hati dalam taman”.. why ??

Because Aslan ni pandai mengambil hati aku and dady dia.Kalau dia bermain2 diluar rumah and nampak bunga, dia akan ambil bunga tue and datang pada aku and dia mesti cakap “ Ibu…. Adik ada sesuatu untuk ibu.. “sambil tangan di belakang. Then aku pun buat2 terkejut and tanya “ iyeeeee …apa tue ?" kemudian dia pun akan menunjukan bunga tu kepada aku… sambil senyum meleret… So sweet..

Kalau aku marah, dia nangis and bila mmg dia tau dia salah,dia akan kata “ ibu… sorry adik.. Adik saying ibu…" sambil nangis teresak2..hati sapa yang tak cair and sampai hati bila tengok anak kecil nangis macamtu..

Tapi kadang2 mmg mencabar jugak la kesabaran aku. Manadengan penat kita dan nak melayan karenah dia lagi.. hanya tuhan yang tahu. I am not a good enough nak bersabar, cakap lembut2 dengan anak.. but Insyaallah..aku akan berubah perlahan2… Aku akan try... Cuba sebaik-baiknya...

Kalau dengan Dady, Aslan selalu datang malam2 and tido dengan Dady nya sambil peluk and cakap “ Adik sayang Dady" owhhhhh so sweet..hati mana yg tak terusik bila dengar dia cakap macam tu. Malah suami and bapa mertua aku pun cakap kat aku Aslan nie pandai mengambil hati orang..

Satu hari di hospital, Atuk nya masuk wad. Kami pergi melawat and masa nak balik Aslan cakap kepada atuknya “ Atuk.. dok hospital elok2 tau.. jangan lupa makan ubat.." Tersedik jugak la atuknya sebab tidak meyangka yg cucu nya yang satu nie akan cakap macam tu. Masa tu umur Aslan baru 3 tahun.

Aku dah dapat cara mcm mana nak melembutkan hati anak aku yang bernama Aslan nie. Dia jenis yg keras jadi aku perlu berlembut dengan nya. If aku marah dia akan melawan and bertambah menjadi2 la perangai dia. If aku menengking, dia akan buat muka selamba and tidak sama sekali menurut apa yg aku cakap..

But if aku cakap lembut and memuji, kata2 yang memberi semangat, Aslan automatic akan menjadi seorang budak yg patuh pada apa yg kita cakapkan. 

Simple kan ? But but but… Hmmmm the big problem is me !!!kadang2 aku tak dapat bersabar. 

Aku cakap sekali, dua kali then kali ke 3 aku dah start nak marah.. ya Allah..Tolong lah aku.. Berikan lah aku kekuatan dalam mendidik anak2 ku. Sesungguhnya bukan niat aku nak selalu marah anak2 ku..

Apa pun semoga semua anak2 ibu menjadi anak yang soleh dan solehah,diterangkan hati seperti Baginda Rasullah dan selamat di dunia dan di akhirat.

Mungkin apa yg ibu tulis ini boleh menjadi tatapan untuk anak2 ibu bila dah besar nanti. Sesungguhnya ibu sayangkan semua anak2 ibu dan kalau ibu marah bukan bermakna benci tetapi bermakna sayang..

Love you all.

Next entry nak cerita kisah masa nak melahirkan Aslan..







24 Sep 2012

Resepi Keow Teow Thng

Keow Teow thng.. aku tak pandai menghias hidangan heheheh

Last Saturday 22 Sept 2012, ada la my old friends nak datang Umah.. Dia ni dah lama merantau kat negara orang.. Bila dengar dia ada kat Malaysia ni, aku pun jemput la dia dtg Umah. Permintaannya, dia nak makan Keow Teow thng..

Alang-alang nak masak Keow Teow thng ni, aku ambik kesempatan masukan resepi dalam blog sekali. Memandangkan ramai jugak yg pm aku and nak mintak resepi nie.

Okey, sedikit pengenalan tentang keow teow thng. Actually Keow Teow thng ni masakan org cina. Keow Teow thng ni mcm Keow Teow sup but in Chinese style it's more to clear sup. Tidak mcm sup org melayu yg banyak menggunakan rempah.

Zaman-zaman aku sekolah menegah dulu, dalam umur 15 tahun, nie la favourite aku. Balik sekolah jer mesti singgah kt makcik yg jual kat astaka boundry kat Penang dulu. Kalau hari sabtu waktu ada kokurikulum sekolah, habis jer aktiviti KK aku and the geng akan datang and makan kat sini.

Lepas dah berkahwin and pindah ke KL mmg takde jual. if ada pun kat kedai Cina. Plus aku teringin nak makan masa mengandungkan Adam. So aku kena la usaha cari resepi kat google.. Nasib baik ada resepi kat google tapi tu pun cuma ada dua tiga cara je tapi kebanyakan diolah menjadi Malay style. Tapi ada satu resepi ni mmg from Chinese so aku just ikut la resepi dia.

Aku pun try and try and try buat sampaila aku teror so boleh la aku share kat blog aku ni. Tapi ni style aku lah ye setelah diubahsuai mengikut citarasa sendiri. Style aku ni more to spicy. I used serbuk cili and cilipadi kicap. Baru la best makan pedas2.

Jom start tengok apakah bahan-bahanya.



Bahan-bahan Untuk sup :
Ayam (kalau aku, aku akan guna yg bahagian isi jer iaitu bahagian dada)
Kaki ayam ( if suka makan kalau tak suka makan it just good for the sup taste. Boleh juga ditukar dengan tulang2 ayam yg boleh dibeli di pasar malam)
Air (suka hati banyak mana untuk buat sup)
Halia sedikit mengikut ukuran air.. ala mcm kita buat sup ayam biasa tu
Ubi sengkuang sebiji dipotong besar
Gula batu (secukup rasa)
Sos ikan
Lada sulah (satu sudu besar but secukup rasa)
Kiub ayam (satu)
Garam secukup rasa

Bahan sampingan :
1 labu bawang putih ditumbuk halus
Minyak untuk menumis bawang putih (i used minyak sayur)
Serbuk cili Alagapa's or Baba's
Fish cake
Bebola kesukaan( ayam / udang / sotong)
Daun bawang dihiris
Taugeh dicelur
Cilipadi digunting kecil, dicampur dengan kicap 

* Bagi aku, susah untuk meletakan sukatan bahan tertentu. So pandai2 la korang. Ni bukan nak buat kek so kita mesti pandai mengadjust apa yg patut.


Caranya :


Untuk sup

Rebuskan ayam, kaki ayam, halia dan juga sengkuang dan juga garam secukup rasa.


Sengkuang yg telah dipotong sedrhana besar


Bila isi ayam dah masak keluarkan dan disiat kecil. Lepas siat masukan tulang ayam ke dalam sup balik. just to make sure sup tu akan lebih sebati ngan rasa ayam.

Isi ayam yg telah dipotong dan direbus
 Isi ayam yg telah disiat




Masukan gula batu, kiub ayam, lada sulah dan sos ikan(secukup rasa) 

* Sos ikan bersifat masin so agak2 sukatanya biar rasa bersesuaian dgn garam tadi. 

Fish Sos, make sure ada tanda Halal Malaysia


Bila dah menidih and nampak sengkuang dah masak boleh tutup api dah. kalau boleh biar menidih lama sikit supaya air sengkuang betul2 sebati ngan kuah sup. And kalau nampak air kurang boleh tambah air lagi.

* tujuan sengkuang untuk menyedapkan sup tp kalau suka boleh ja kalau nak makan sengkuang tu. Kalau saya, saya akan makan kuahnya jer.

* sup ni memang rasanya manis sikit.. Itulah tujuan kegunaan gula batu. Tp pandai-pandai la kita agak. Jgn buat manis sgt. 

Rupa sup yg siap dimasak



Untuk bahan sampingan :

Minyak Bawang putih :
Tumiskan bawang putih dgn minyak yg sudah dipanaskan.
Perlahan api dan kacau2 sampai la bawang jadi kekuningan.



      Bawang putih ditumis
            

 Bawang putih anda akan jadi mcm ini

minyak bawang putih

Sambal :

Masukan sedikit minyak. Bila minyak panas masukan air sikit dan kemudian masukan serbuk cili.

Kacau hingga sebati and dia akan jadi mcm ni. Ingat api kena slow ye.

Sambal


 Rebus and potong bebola and fish cake mengikut saiz yang anda suka.


Celur Keow Teow / mee / bihun

Celur Taugeh 

Hiris daun bawang

Potong cilipadi and dicampurkan dengan kicap

Bahan sampingan







Dah siap :





Cara hidangan :

Masuk kan keow teow dan semua bahan sampingan ke dalam mangkuk. Termasuklah minyak bawang putih yg kita tumis tadi. 

Dan masukan kuah sup mengikut saiz mangkuk anda.

Peringatan : Kalau tak letak minyak bawang putih tu mmg tak akan sedap kuah thng tu tadi. Sukatanya agak-agak la bersesuaian dgn saiz mangkuk kita tadi. Kalau semangkuk keow teow thng yang nak dihidangkan mungkin anda boleh letak sesudu kecil miyak bawang putih tadi.





Beginilah rupa hidangan anda nanti.






Selamat mencuba !!!!


Last but not least, saya abadikan gambar tetamu2 saya yang datang menikmati keow teow thng disini.



 












21 Sep 2012

AIRIS SAFIA ARIANA

Dalam diam2 Airis dah already nak masuk 1 years.. Kejap je masa berjalan.. Rasa baru je mabuk2 mengandung kan Airis smlm.. Now she dah besar and bijak dah.

Ketawa Dia, senyuman Dia, bau masam dia mmg tak pernah hilang dari fikiran aku..

My daughter ni sometime macam2 hal dia buat. Boleh tahan jugak lasak dia. Tapi lasak2 pun still girl style la.

Kalau org kuat suara sikit, muka dia dah sebek, kalau Abg marah muka Dia sedih, kalau jerit nyaring, kejang2 kaki kalau nak sesuatu, kalau main dgn cat keluar la suara dia yg ala2 nak nagis, happy, takut... Sungguh mengada ok..

Bila I balik keje dia mmg nak dok atas my dukung je.. Kesian she wants my attention.

Don't worry Airis ye.. Lepas ni ibu janji kita boleh bermanja-Manja and berpaluk2 ye...

Jom tengok gambar anak dara saya ni ..

dulu kecik jer kaki dia la nie dah besar

Nak ikut Ibu pegi work pagi2




cheeky face
Start to climb dah


1st baju Kurung - Aidilfitri 2012
Flower Girl

Lady driver
Just smile



Mani & Pedi Session with dady

memanjat
Nak gusti ngan Abg Aslan


1st baju Kurung - Aidilfitri 2012
Just Smie
Bug wristlet and flower headband
She not afraid of anything
Smile in the bean bag
Dah pandai masuk bawah meja
She thinking how to escape

She on the table while Abg do their homework



Enjoying under the table

Pandai sepahkan barang ok
She love to round2 with motorbike
Opssss
Cik Jah pakai tudung
So Girly
Enjoyyy and laughing
She's Dady girl

Try to naik tangga and she did it
Dapat duit raya then masuk mulut
Airis, Flower girl
Ta tih.. Ta Tih..
Cik Jah mengemas ker ???
Our Flower Girl
Her Tantrums